Thursday, October 6, 2011

kisah kicap itu....

kegemaran sepanjang zaman..!

kicap !

benda yang paling simple dan sedap.

ok..resepi 1:

pegi dapur...amik telur.
panaskan kuali, buh minyak sikit (versi yang guna kuali tak lekat tu tak berapa best u ols).
tuk-tuk-tuk...ketukkan telur..terjunkan telur...ok ...kerrecekkeeeeeeee......lariiiiiii!!!!!! waaa,takutnya..
meletop-letop kau. sapa suruh kau baling telur tu kan..memang lah melompat ngek.
amik sudip, pegang hujung-hujung je batang sudip,wakakaka, macam ala2 main lawan pedang...terbalikan telur, biar tepi dia macam garing kecoklatan sikit..

ok..amik sepinggan nasi suam/sejuk.

angkat telur tadi buh atas nasik.

amik kicap...crot..crottt....walaaaa....

peringatan : guna kicap lemak manis kicap udang sahaja. kicap lain tak jadik.

kih-kih.

2 pinggan u ols.



Resepi no 2:

cili api- hiris
bawang besar merah - hiris
kicap
limau kasturi - 3 biji


satuka cili api, bawang,kicap. belah dua limau kasturi, separuh perah, separuh biar je duk dlm campuran.
makan dengan nasi panas.

peringatan: kicap-----> kipas udang.


resepi no 3 dan seterusnya bersambung nanti ke siri seterusnya.



kicap ni selalu menyelamatkan aku.
banyak masakan aku yang actually, aku buh kicap.
contoh buat sambal, buat kuah kacang , and pernah aku zaman jahil-jahil masak asam pedas pun bubuh kicap kipas udang. ahahhaha..anak sapa lah punya resepi kan.
eh..bukan aku salah resepi tauuuuu...entah kenapa aku ni macam suka nak buh kicap sikit, sebabbb..aku rasa macam keji sngt rasa asam pedas aku.
so nak bagi rasa makanan, aku jalan pi peti ais, amik kicap..crot crettt 2-3 semburan kicap..
then rasa-rasa sikit...ehh....jadik ok pulak rasa.
kihhhhhh..


aku rasa, nak bagi balance rasa sambal (aku tak suka ajinomoto) , normally aku akan bubuh kicap sikit.
Masak mee goreng? bawang putih + cili kisar+ sos tiram+ KICAP KIPAS UDANG ---> sedap gila mee goreng kau nanti. Tak payah belajar masak. kompem sedap!

Begitu penting kan peranan kicap kipas udang ni kan.

sejak aku mengenalinya lama dulu, aku ak tukar brand lain dah.
if abah aku beli kicap brand lain, aku sanggup pegi kedai semula beli kipas udang nih tau!
wah..setia membuta tuli kan aku ni. macamlah dapat diskaun. memang tak le kan.
mentel sangat!


Biasa tak dengar ni:


"kesian dia tu..miskin..makan nasik dengan kicap je.."

"lauk telur dengan kicap JEEEE..."


aku pernah tgk dalam rancangan bersam@mu kat tibi3 pun dia antara skripnya,

" bla..bla... makan dengan hanya berlaukkan kicap dan telur".


wah, gitukan.

kicap ni macam makanan orang susah...


TAPIII.....
kan..
aku baru je bertukar paradigma..wah kauuuu...ayat...kehkeh...
rupanya kann..

MAHALLLLLL kicap ni.

percaya tak..selama ni, aku tak pernah tukar brand kicap sejak aku rasa dah lebih 15 tahun,
habis ke kicap mesti akan beli, dan baruuuuuu beberapa hari ini, baru lah aku perasan bahawasanya.....Kicap yang aku makan ni mahal u ols.
aku baru tau harga kicap ni..
all this while, aku duk fikir kicap ni harganya adalah RM2.40.
serious aku tak tipu.
aku style beli benda2 dalam botol aku memang akan pilih benda yang aku suka dan kalau boleh hok paling murah.
contoh, sos cili, aku guna kimball, yg botol besar pun tak sampai rm3.00 kan?
thats y aku fikir kicap ni harga bawah RM3.00.

dah suka lah katakan. main amik je...

rupa-rupanyaaa....



ni harga kat hypermarket gergasi...

botol kecil




botol besar

harga tertera di botol

kan....aku baruuuuuu tau inilah harga kicap ni. sejak bila dia mahal macam ni ek? ek?
aku perasan sebab, supermarket ni buat promo..5.79 tapi dia buh kertas, 5.69. murah seposen. terus aku macam kak senah berselendang nak tengok..ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh????? ni kicap aku niii...apa ke mahalllllllllll??? bukan harga nya rm2.40 ke????

terus aku rasa nak boikot tak nak beli.

eh, tapi beli jugak.
ha-ha.

terus aku rasa, eh...selama ni aku takdelah susah mana, sebab makan kicap mahal.


alasan, kata KOG..sebab kicap ni sedap.sebab tu mahal.
iskkk....
ai tak boleh terima ok alasan tu..
dah lah tekak aku ni tak nak pulak bertoleransi.

bukti sokongan tidak berbelah bahagi


aku rasa, ia patut dijadikan barang kawalan. harga siling RM3.00 je.

setuju tak? esok pembentangan bajet kan? harus dibahaskan ni.

entry seterusnya, harga-h
arga kicap di pasaran.

25 comments:

cikwawi said...

baru naik harga kicap nih. rasanya time bulan puasa haritu kot. sebelum nih botol kecik tu cuma 3 hengget lebih je.. tup2 mencanak naik. cer compare harga kicap lain semua lebih kurang je RM3.. dia je paling mahal. haritu cam boikot beli kicap jalen, tapi mmg tak sedap cam kicap kipas udang lemak manis.

suhaila said...

ooo ye ke dah naik..tak penah perasan & tak penah checkpon..

AyunasiA said...

saya pengguna tegar kicap jalen. menurut sejarahnya, owner jalen tu dulu share partner kipas udang ni. kendian derang berpecah (mcm kumpulan sepah pulak) dan keluar lah jalen yang lebih kurang sama rasa (tapi lagi sedap kot) dari kipas udang hahaha. (asik komen pasal sejarah je huhuhu)

catz said...

cikwawi,

tu lah kan.
sedih mak ni.
naik apesal zoooommmm terus naik sampai dekat rm6.00.
mak oi..
mahal gila kannn..
ni sebab tukar management ke apa ni ek?
rasa mcm kena carik alternatif lah.

catz said...

suhaila,

catz yg memang selalu beli pun tak perasan...
iskk..gila mahal kan....

Hajah Zainab bt Abdullah said...

mama pun guna kicap kipas udang...berpasang2an ... ada yg manis & yg masin tu....wajib ada dalam peti & juga stoknya! tentang harga tak tau ler...hehehe..mcm catz jugak!

C.J.Da'HotNCold said...

ye saye pon ade! kicap ni mmg sedap tiade tandingan :p

Niza said...

owh dh mahal rupanya rega kicap cap kipas udang ni... x penah check masa beli.. tp mmg sodap pn

zainon said...

Nak tau sbb apa kicap ni mahalllll..........tgklah rumah toke dia kat Lrg Adil, Kg.Melayu Majidee,JB.... Akak sekeluarga mmg pengguna tegar kicap ni drp azali lgggg....

ijan said...

Owh, kicap kegemaran ku jua ni. sdappppnye makan ngan telur goreng :D

catz said...

cik wawi,
camno nak boikot..benda kegemaran..tuh susah tuhhhh

catz said...

suhaila,
sure u pun pengguna tegar kan.
hehehe.

catz said...

ayuna,
aku mmg patut beralih arah kot.
mahalsss beb.

catz said...

mama,

dah suka..main ambikk je kan..
heheheh

catz said...

C.j,

sama lah kitaaaa...tegarrrr..tekak ni tanak tolak ansur kan.

catz said...

Niza,

sedappp ek...
mak sukaaa!

catz said...

zainon,

kesian saya pengguna yg tak kaya ni..
sobsss....

catz said...

ijan,
kicap dan telur goreng = 3 pinggan nasik..
hehhehe..kan...seleraaaa saja.

Anonymous said...

Salam catz,
saya ingat saya sorang jer perasan harga kicap nie naik.Rupa2nya mmg betul naik gila harganya.Itulah...lauk xpress untuk anak2 mmg kicap plus telur atau ikan goreng. hehehe nampaknya kicap bkn makanan org takder duit...tapi mereka yg mampu...huhuhuhu!!!!
Dayang

Anonymous said...

Salam catz,
saya ingat saya sorang jer perasan harga kicap nie naik.Rupa2nya mmg betul naik gila harganya.Itulah...lauk xpress untuk anak2 mmg kicap plus telur atau ikan goreng. hehehe nampaknya kicap bkn makanan org takder duit...tapi mereka yg mampu...huhuhuhu!!!!
Dayang

Anonymous said...

oh..sy beli kicap ni dr kecik2..masa tu harga rm0.90/botol..pastu naik jadi rm1.10..
bila awk blog kata rege dah naik baru sibuk nk cek stok kt dapur..huhuhu x sedar pun..byknye naik..adoi..tp xleh boikot :(

ank johor

fitrihayon said...

salam.... aku mmg bekas penguna kicap jenama utama (tak bole sebut.. hehehe). Di sebabkan harga die melambung setinggi gunung, aku telah diberi cadangan untuk cuba kicap baru oleh promoter kat pasaraya. Ada beberapa kriteria yang aku selalu tengok kalau diberi cuba produk baru.
1. Tgk label org Islam punye ke?. Ok pass. (Muslim & Bumiputra)
2. Rasa dia sedap tak…? ok pass (Sangat sedap OK)
3. Ada sijil halal tak…? ok pass.. ada sijil halal
Yang penting harga pun masih mampu untuk dibeli. RM3.50 sebotol 430ml. . Ok pass… Lepas kira2... 1ml=RM0.008 (RM3.50 bahagi 440ml, dapat la 1 ml = RM0.008) Korang kira la sendiri kicap lain kalau nak banding... Kicap nie mmg murah gile rupenye... bentuk die je besar. tp harga murah. aku suggest 100% beb... Kicap ENAQ nama dia... Bole ushar2 kat website dia. www.enaq.com.my

Berbaloi-baloi.....

Anonymous said...

ada org rekomen kpd sy utk cuba kicap lemak manis JALEN, kononya rasa hampir sama dgn kicap kipas udang..wow, in fact lebih sedap daripada kicap kipas udang.! yg penting harga murah bro. terbaik!

Anonymous said...

betul tu.. kicap jalen yg lemak manis yg kaler oren lagi sedap dari cap kipas udang. try la!

tapi skrg nak try kicap brand enaq ni la sebaba da komen akt atas kata sedap..

- sy yg kdg2 beli jalen, kdg2 beli kipas udang..

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya pernah kerja kat kicap jalen. Dari cerita saya dengar, sebenarnya kicap kipas udang punya pengusaha tuh adalah anak angkat kepada haji jalil (kicap jalen) pastuh haji lambak (kicap udang) khianat and berpecah. Dulu kat malaysia memula memang kicap udang jeh ada. Thats why anda semua kata rasa lebih kurang, sebenarnya formula asal daripada jalen. Wallahualam