Wednesday, October 5, 2011

Life's like that : versi kena mandrem

sambal goreng jawa -masak beberapa hari yang lalu. stok seminggu.

#7

sejak habis raya dan berkahirnya segala makan free, jemputan jamuan raya baik oleh rakan , pejabat sendiri dan kompeni orang, jamuan raya ahli politik berbagai parti, maka kedengarannya lah.." ok now dah boleh start diet".

wah.

bunyik macam senangkan.

sedangkan msa puasa pun tak turun berat apatah kurus, niiiiiii baruuuuu habis bulan Syawal yang jamuan makan sana sini tak habis-habis kan.

kawan aku tanya,

jeniffer lepat: " catz kau kan..antara nak pegi exercise dengan kawal nafsu makan, mana yang kau lebih susah nak buat??".

aku: mestilah kontrol makan..tuuuu susahhhhhh!

jeniffer lepat: eh...bagi aku kan....exercise lagiii susahhhh....kontrol makan senang je. jangan makan. dah.

aku: ehhh...tak...aku kalau ko ajak bersenam ke..aku ok je (ecehhhhhhh), aku sukaaaaa masak. janji dapat masak gembira. camna tu?? aku bukan jenis yang kalau nak makan takde makanan boleh pejam mata, tidur atau membiarkan diri mati kelaparan. tidakkk!

jeniffer lepat: ye lah kiah. kau memang dah bertambah gemuk.

aku: er..btw, time bila nya aku kurus? setau aku..last aku kurus..masa aku tingkatan 4.


ye u ols.
aku dah start exercise, now pi jog walauuuuuuuu pun takdelah nak jog sangat. tapi sesambil dengar lagu korea, hello-hello yang Hong Ki nyanyi tu...sekurang-kurangnya aku jalan laju-laju.
dan untuk nak meningkatkan semangat waja sekarang ni, aku siap beli kasut sukan adidas baru.
kih.
konon lah kan.

aku dah start perlahan-lahan makan secara sihat.

tapi tu lah.

aku rasa dah kena mandrem lah dengan satu kedai tomyam tu.

bila aku lalu je jalan depan kedai tu, otomatik aku singgah beli nasi goreng dia yang sedap tu.
padahallll nasi goreng je pun.
tu lah..aku rasa memang dia dah mandrem aku.
pagi-makan cereal.
lunch- light meal/low kalori meal.
malam- nasik goreng satu polisterin.
penat aku joging 5 round kat sports complex tu..balik sekali makan nasik satu polisterin.

nak kena jumpa ustaz mana-mana ni, nak counter back mandrem tu.
tapi yang pasti bukan Ustaz shauki. ekekekkekeke.takut mak u ols.


hahhaa.



tak yah kena mandrem pun memang kau dah kuat makan kiah.

alasan.

pfttttsss..

12 comments:

Cik Jah said...

jgn terkena mandrem bomoh jowo udah le kak catz, mandrem makanan ni sumer org tkene :)

liemaopurut a.k.a ana said...

sama la kite....ai pun baru buat sambal goreng semalam...teringinnnnn gitu...puas rasa dapat makan berulang2 kali....

Tijah said...

aku tak penah buat sambal jawa tu. ada lagi tak? hikhik

Uncle said...

Ada satu gerai tepi jalan kat bangsar yang jual kari kepala ikan.......pergh.......ada satu lagi kat kampung atap! Kereta penoh sampai ke Istana negara!!!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

wohaaa!!!...

jom xcersice & diett!..
Adidas nih.. naper bukan nike?..
kerana dutanya kah?

tasekM said...

aku nk pi joging nih.
jom beb.



.

catz said...

C.J,
kann..katanya sumer pakai mandrem..hahaha..tapi kalau mmg sedap tak delah rasa keji sgt..hehhehe

catz said...

liemaopurut,
baru makan samabl goreng lagi tadi..
ada setuppeware lagi..ahahhaha..tamak.
suka kannnn

catz said...

Tijah,

ada..jom le dtg rumah.

bawak durian oke.
hhahaha

catz said...

Uncl,
kdg pelik je kan..sanggup2 je org beratur..kihkihkih.
kalau ai bukak gerai ada tak org sanggup beratur.
hikss

catz said...

Life,

jom jogingg esok pagiii...
hehehhee....ko lari dr s. alam ke bangi okeis.

catz said...

tasekM,
jommmm..
ko lari ke sini.
aku siap pegang obor olimpik lagi..
hehehehhe