Wednesday, January 27, 2010

Eksperimen : Kerepek Arrow Head

Hah..
chinese new year dah dekatkan..?

pi supermarket pernah tak nampak benda ni?? Nama buah ni arrow head.

catz biasa nampak, tapi tak pernah amik pot pun sebab tak tau apekah kegunaannya.
Nak masak kari ke?
Nak masak lemak ke?
Hiris-hiris buat rojak ke?
oh..tataw camana nak makan.
sehinggalah kawan catz beli dan masak benda ni..dia buat kerepek.
weekend hari tuh dia bawak ke rumah..oh sedapnyaaaaa!!1
kerepek arrow head yang lemak-lemak manis..oh setappp!


so semalam, balik keje singgah Supermarket Bintang, beli benda ni. Oh buah ni adalah sejenis 'root vegetable' yang bermaksud, buah yang berada dlm tanah sementara belah atas tanah ada daun/pokok. Macam karot tuh sumer lah. err..kiranya ni sayur le kan?
Nak jumpa sayur ni, time nak chinese new year je ada. so if nak try rasa, pergilah serbu supermarket berhampiran rumah anda.

aku google-google, jumpa artikel ni:

The arrowhead is a member of the Alismataceae family. It is a semi-aquatic plant that is botanically known as Sagittaria sagittifolia. Unlike other Sagittaria species, the arrowhead we are familiar with rarely flowers. The plant is native to China and Japan where they are cultivated in the large scale. It's attractive, jade green arrow-shaped leaves point skywards and to the Chinese, this is an auspicious sign as it signifies continuous improvement .

full artikel baca sini : http://www.greenculturesg.com/articles/jan06/growingarrowhead.htm

Aku kupas dan cuci bersih
haaa..
mariii masak!
kita buat snack.

hiris nipis-nipis dan bubuh garam sket, ratakan.

Panaskan minyak, goreng arrow head. kena jaga takut hangus. Api jangan besar ye..karang tak garing tetiba hitam.

kalau nak bagus dan sihat, sila bakar dlm microwave.susun atas baking tray, buh garam sket, buh olive oil sket, bakar. dlm 3 minit gitu..pepandai le adjust.buat le few trial utk dapatkan optimum time, ikut saiz oven memasing. (ni resepi kwn aku tu).


tadaaa...

krup..krap..krupp..krap..! sedap!
makan sambil tengok sinetron.

err..sesambil tgk sinetron abih sepinggan.
eh..dah beberapa drama Indon aku tgk kat TV. mengisahkan tentang kesusahan hidup seorang gadis..hidup susah, akis pagi makan pagi, kdg tak makan etc..family susah sgt. keje kutip tin lah, etc. sadiss..cerita sedih sampai aku yang tengok nangis. Tapi kan..endingnya samaaa je sumer. Rupanya dia anak org kaya raya. kalau tak bapak dia yang dah lama dia tak jumpa adalah kaya, or mak dia yang bagi dia kat org rupanya kaya. So akhirnya berjumpa, jejak kasih. so tetiba jadik kaya dah live happily ever after. eh..apesal hampir sumer citer samaaaa je plotnya?
cih..wat penat je nangis sedu sedan.
buang karen.

33 comments:

adie-ishmael said...

ada nampak ubi/buah/sayur kepala anak panah ni masa pi Tesco itu hari...nanti nak beli n cuba masak ler...

syarqiah75 said...

nyurmm22 mmg nampak sedap...leh cube bebila..psst..drama indon mmg selalu lerr cam tuh..kali terakhir tgk sinetron cite---> kiamat sudah dekat..pak deddy mizwar berlakon,pastu x pernh tgk dah..

kucingorengemok said...

ko ni... dah² la bersinetron, mari la tengok cerita badul beramai²

aku tak boleh blah tengok heroin misai lagi panjang dari misai laki aku, hahahaha >:)

Wahidah said...

namapk crunchy..mesti best kn

CAHAYA said...

ending sama pun ko still layan gak kan? haha. :)

kerepek tu nampak sedap je. tapi part goreng tu yg kureng sikit tu. nak bakar plak tak lulus2 pakai oven. adoi lah!

ain.ya.nun. said...

mcm sengkuang je buah tu. =p

afendi ariff said...

ko tumis bawang putih, pastu goreng ngan ayam pun sedap....
aku penah try...infact mcm2 sayur yg nyonya kt pasar mlm tu jual suma aku try....
tp bila tnya nak masak apa diaorg akan jawab...kasi goreng la...@ bikin sup ma....mgkn tu je kot dia org tau...
tp sedap....heh!

Mama Miraki said...

catz..aku pun pernah buat kerepek bendalah ni. rasa dia cam keladi sikit kan..memang sedap.

pinkebaya said...

wei..
padanla xnak neman aku shopping smlm huhu..
bz bereksperimentasi ghupenye..
kire terror la tiada yg jd africa
that day aku buat the first 2 batches rentung hehe
betu kate en Fendi tu.. buat sup pun sedap mcm white turnip rase die

zixol said...

wah catz,mcm best jek..kirim kat aku sket bley??? bleh laaaaaa..plezzz..da cakap pless dah nih..kikiki

zixol said...

wah catz,mcm best jek..kirim kat aku sket bley??? bleh laaaaaa..plezzz..da cakap pless dah nih..kikiki

attyfir said...

nampak pun cam shedap je tu ..
aku tak layan citer indon.malas aku .kang aku stress nengoknya .ekekekkkek

Faizah Jaafar said...

ooOoo...nak cuba laa nnt....

petang kang gi carik kat coket...

@xiM said...

macam tak pernah tengok jer buah ni..

Zie said...

Salam Catz,

Cara letak garam ni.. bahaya, karang masinnya tak sama... jom kongsi pengalaman ni :-

Hiris nipis2 dan masukkan dalam minyak panas, masukkan air garam dan marjerin, kacau rata. Goreng sehingga kekuningan.

Memang betul tu, masa musim raya cina je ada buah/ubi tu.. Selamat mencuba & salam kenal.

Anonymous said...

Salam Catz,

Cara letak garam tu.. bahaya sikit, karang masinnya tak sama, jom kongsi pengalaman ni :-

Hiris nipis2 dan masukkan ke dalam minyak yang panas dan letakkan air garam dan sedikit marjerin.. kacau rata. Goreng sehingga kekuningan.

Memang betul tu... musim tahun baru cina je ada buah/ubi ni.. memang sedap.

-Zie

Anak Jawa said...

patutnya si indon2 dlm sinetron tuu yg mkn kerepek ni... hehehe

Anak Jawa said...

catz... lagu latar kat blog ni benar2 bikin hati bergelora....

catz said...

adie,
sila cuba dan post kat blog ye.
katanya buat sup pun sedap.
sila google resepi.
:)

catz said...

syarqiah,

bila nak buat eksperimen kerepek ni?
mungkin boleh dipasarkan di restoran anda..hiks.
or masak sup ke..
banyak khasiat ni.

catz said...

kog,

now tgh layan cerita ikan duyung dari philipine pulak.
dyesebel ke apa tah..
hehhehe...

tulah..aku nak cadangkan mereka buat 'threading' misai mereka. pakai benang.aku baru buat last week. hahha.kena paksa.hilang misai aku.
:)

catz said...

wahidah,
catz buat hentam je..potong tak sekata.
some crunchy..some tak.
kena hiris nipis dan goreng dgn api sederhana.tapi lemak betul rasanya.
sedap!

catz said...

CAHAYA,
hhhehe..terlayan sinetron.
tu lah..guna microwave oven baru lah sihat.yg berminyak sgt catz tak makan. siap aku lap2 dgn tisu.
next eksperimen dgn oven lah. ada banyak lagi buah ni dlm fridge.
if guna microwave..time masak adalah 2-4 minit.sila try and error.
:)

catz said...

dak pink,
haiii!

ye..macam sengkuang rupanya bila dah kopek. bila hiris, mcm keladi.

catz said...

afendi arif,
thanks for the recipe.
mmg pun..nyonya2 mmg selalu akan ckp, goreng or sup. ikut style mereka masak.

catz said...

Mama Miraki,
kan..kan?
sedap kannnn??
apa khabar oh org kampung ku..?
:)

catz said...

pinkebaya,
aku tertidur lah..tgk2 dah nak abis maghrib,.
nasib tersedar,lapar tuh yang buat eksperimen kerepek.

catz said...

azizol,

sila pergi ke supermarket dan jejak sayur ni ye..hiris2, goreng..
hehehe...semudah ABC.
eh..ko kan suka masak kan???

catz said...

atty, mmg sedap.
ko beli buah ni kat bintang.
suh kakak goreng.
hehehhehe....
tgk sinetron pu n stressss kannn??

catz said...

Faizah jaafar,

ye..sila cuba, and buat report ye..
:)

catz said...

@xim,
buah ni ada kat supermarket time nak raya cina je...
now ni ada lah..pi tgk..
pastuh wat eksperimen ok.

catz said...

Zie,
salam perkenalan.
:)
ye betul..lebih mudah bubuh air garam dlm minyak.
saya pun letak sket gak dlm oil tuh.
thanks for sharing.

welcome to my blog.
happy reading ya..
:)

BaTiK_PiNk said...

catz;

semlm ida gi Econsave, beli arrow head ni..buat mcm yang catz ajar tu..menjadi!! sangat sedap.......terima kasih ye sebab kongsikan resepi ni....

p/s: mak ida terkejut tetiba lak anak dara dia beli arrow head ni....lepas goreng, kasi mak makan...terus diam, pastu bertambah lak tu makan.....hehehhe