Dari Ranau, kami bergerak balik ke Kota Kinabalu.
Banyak pilihan kenderaan untuk ke Kota Kinabalu dari Ranau. Kami pilih naik unser. bas mini, teksi pun ada. harga lain-lain.
Perjalanan balik pun hujan. jalan basah, nampak licin. Dengan keadaan kabus, agak scary jugak lah.Pernha juga hampir bertembung dengan kereta yang memotong melulu dari arah hadapan.
Mujur pemandu cekap, sempat brek dan mengelak. Huh...
Melalui lencongan di kawasan tanah runtuh. Jalan sgt berkabus, dan jarak pengelihatan agak terhad. melalui beberapa nam tampat. Antaranya Nabalu. kemudia terus menuju ke Tuaran, Tamparuli, Sepanggar dan terus ke KK.
Perjalanan selama 2 jam lebih juga sebab dua kali berhenti di area tanah runtuh.
Plaza warisan
Sampai di KK, turun di Padang Merdeka dan jalan kaki pegi makan di restoran yang sedap. Selepas itu merayap kejap di pasar (pasar kraftangan) dan pasar ikan masin.
ye-ye O amik gambar cili. Wah makcik ni terus je susun cili dia cantik-cantik.
Aku memang sukaaaaa sgt pegi pasar..baik pasar malam ke...pasar ikan ke..kat sini macam-macam ada. Lokasi? depan HOTEL LE MEREDIAN. Aku datang awal lagi. Peniaga ada yang baru nak susun barang dan mula berniaga. Gerai-gerai makan pula sudah beroperasi.
susun...susun sayur
hi...!
gadis Sabah yang manis dan sporting..
ceria..!
Oh, terserempak dgn dua gadia manis yang sporting sangat. Aku hala kamera, derang siap posing-posing mcm-macam gaya. Thanks u ols. Cantik derang ni..
:)
Kami makan durian. saja nak rasa durian di Sabah. Pi kat Ranau jalan-jalan tak jumpa. derang kata kena ke pasar.hi...!
gadis Sabah yang manis dan sporting..
ceria..!
Oh, terserempak dgn dua gadia manis yang sporting sangat. Aku hala kamera, derang siap posing-posing mcm-macam gaya. Thanks u ols. Cantik derang ni..
:)
durian ni ada yang dijual bijik dan ada yang dia belah siap-siap bubuh dalam polisterin container tuh. Ye laaa..bukan sumer orang gigih nak bawak balik kulit durian ok..
Makan 2 biji durian, suruh abg durian belah, takmo mkn dlm polisterin....dia dah pegang. So aku suh dia belah, dan kami langsaikan makan kat situ jugak. Orang tengok macam pelik je..hahaha..
mak fedulik. Makan durian kat kaki lima kedai oso mak pernah (tu diaaaa gelojohhh).
Durian ni sedap gila, pahit-pahit manis..uiiii....ok..kita belah lagi sebijik.
Masa duk makan ni, mat saleh yang duk amik gambar tuh amik gambar durian yang kami makan. Nak gak pelawa kasik, tapi takut dia hempuk aku dengan lens nik0n dia yang besor cam belalai gajah tu..mat saleh ni kalau bau durian dekat2 biasanya akan larik lintang pukang.
ngggaapp..
Makan on site 2 bijik berharga RM10.00. Macam mahal lah...yg sebijik mula2 ada 3 ulas je, tapi besar-besar. Tapi dah tinggai makan tak yah berpeluh belah dan utk hilangkan kempunan ok lah.
Macam-macam ada. dari t-shirt, key chain, pasu, fridge magnet dan segala cenderahati.Makan on site 2 bijik berharga RM10.00. Macam mahal lah...yg sebijik mula2 ada 3 ulas je, tapi besar-besar. Tapi dah tinggai makan tak yah berpeluh belah dan utk hilangkan kempunan ok lah.
oh yang famous di sini, mutiara Sabah dan juga kristal
T-shirt
suasana dalam pasar kraftangan.
Dalam ni banyakkk sgt kedai. Pandai-pandai nak tawar harga.
Suasana di kaki lima,dipenuhi dengan tukang jahit.
T-shirt
suasana dalam pasar kraftangan.
Dalam ni banyakkk sgt kedai. Pandai-pandai nak tawar harga.
Suasana di kaki lima,dipenuhi dengan tukang jahit.
7 comments:
sabah takde kuih lain ye selain kuih cincin?suma gi sabah mesti beli kuih ni....nape ek?
memang betul2 mengimbau kenangan..masa duduk sana tak de la pula nak ambil gambar mcm ni.tgk balik gambar rasa mcam haa...kenangan...disitula perjalanan kami bermula..
baru kawin terus duduk sana... masa tu MAS masih guna fokker..
tiap2 ptg beli sayur kat pasar tu la.. duduk kat Api-api Apartment belakang Promenade Hotel dan lepas tu pindah Beverlly Hills di Penampang. masa tu 1 bungkus sayur yang byk masih RM1.mmg puas la makan sayur ber2.hehe.. pasar kraftangan tu pula tpt beli buah tangan atau nak jual kat kawan2 KL.sampai kenal dgn peniaga2 kat sana.oohh..kenangan betul.. hehe... (sorryla ye)
kuih cincin tu sedap dan rangup. itupun kalau beli yg elok.ada juga peniaga jual yg dah tak rangup dan ada yg tak sedap.kalau sempat gi pasar tamu hari ahad pun byk org jual.
Fuyoo, itu dulian haa, nampak manyak selap hoooo. Dah lama tak pi sabah.
afendi arif,
kuih cincin ni popular di sana.
dan kebetulah yg saya beli ni sgt sedap.
:)
Hana Yusuf,
wah..tinggal di sana dulu ye?
pengalaman menarik kan...
yer, kat sana mcm2 sayur ada..pucuk manis tuh espesially, sgt sedap.
sampai now ni duk teringat-ingat.
walau dah banyak kali ke sabah, bagi saya sabah ni unik dan menarik.
:)
geraugebang,
yess..dulian itu mmmg manyakkk sedapps!
mari2 melancong ke sana..now everyone can fly.
:)
wau, that's my cousin and her roommates. =)
Post a Comment