Ada reader bagi mesej supaya buat review sikit pasal shopping di Beijing.
so paham le kan...orang Malaysia suka shopping di Bejing kaedahnya.
Bukan shopping sayur, tapi shopping barang -barang keperluan seperti bag, baju etc (ha-ha...perlu sgt lah tu kan).
Aku bukan org yg suka cerita pasal shopping sgt lah. Kalau pi amik-amik gambar kat pasar sayur, beli ikan ke aku suka gak le nak cerita. Tapi pasal beli hangbag/kasut bagai ni agak kemalasan. I hate shopping actually.
oklah..kalau nak cerita pasal shopping di Beijing ni 2 minggu pun tak habis kot.
tuh belum shopping di tempat-tempat lain di Negara China ni.Banyak peniaga di Malaysia yang mendapatkan bekalan barang-barang dari China. Selain harganya yang berpatutan, banyak pula pilihan.
Ok..since aku stay di Wangfujing area, tempat shopping adalah sgt banyak. Turun je depan hotel butik LV, Jalan lima nam langkah sket shopping mall besar-besar tersergam depan mata yang menempatkan ZARA, Nike, Coach, etc dan segala macam kedai berjenama dan tak berjenama. Dari shopping Mall besar sampailah ke gerai -gerai y menjual pakaian, street food dan kedai kecil.
ok..lets go..
Wanfujing ni terletak dekat je dgn Tiananmen Square. errr..kalau pi Beijing tak pi dataran ni mcm tak pi Beijing la. Nak ke sini amik subway Line 1, berenti kat stesen kat Oriental Plaza. nama stesen mak tataw sebab tak naik subway. mak naik kaki mak sendiri terkedik-kedik jalan kaki. Nak senang ko stop je depan BEJING HOTEL yang Mengadap ORIENTAL PLAZA.
Dulu masa pi dn travel agent, aku tak pi sini pun. Padahal dkt je dgn dataran Tiananmen. Dia bawak kitarang pi Russian Market. Tapi bagi masa 1 jam setengah je utk shopping. Haha. Bengang je semorang.Muncung oke makcik kaki shopping dlm group aku tuh. Kami pi berlapan je masa tuh. Aku bukan kenal sgt dengan derang. So just jln sket2 tgk2 beli sobiner. Makcik-makcik kaki shopping yang dah standby bawak be besar mengamuk-ngamuk kat tour guide. Aku gelihati. Tak amik pot sgtlaaa..pasal aku bukan kesah sgt hal shopping moping nih time tuh.
So malam je mmg kami duk jalan-jalan sini.tak sampai 4 minit pun jln dari hotel. Kawasan yang meriah cantik, dgn lampu dan pokok krismas gergasi. masa aku pegi nih kan time org celebrate new year, dan sale sana lepas krismas.
Shopping Mall
Di sini terdapat book store yang terbesar di Bejing. Wooo..besar gila oke. 6 Tingkat!
Dipenuhi oleh buku-buku yang mainly in Chinese tapi ada gak byk yg dah dialih bahasa ke Bahasa Inggeris.
ok..jom jalan lagi..Kalau ke Wang fujing, harus lah ke Oriental Plaza ni. Antara shopping mall terbesar di Asia katanya. Memang besar pun. walaupun dia cuma 2 tingkat je tapi bentuknya memanjang dan terbahagi kpd beberapa blok. Dkt hujung mall ni ada stesen subway. hah. senang nak ke mari.
Dalam ni ada kedai baju, kasut, panggung wayang, cafe, restoran, showroom kereta dll.
Aku beli beras dan telur dlm mall ni lah.Ada supermarket dlm ni..lepas shopping sket-sket dlm ni..mohhhh kita balik.
Selain dari department store, kedai cenderahati dansebagainya, ada juga side street food stall. Aku tak beli la..
selain tuh ada juga exhibition dan festival dijalanan kadang-kadang tu. so..veryyyy de meriah lah tempat ni.
Haa..ni le salah satu pertunjukan apa tah..mereka ni duk jalan tegak.patah balik..jalan tegak.
Aku takut gak lah..kot di zrasss, hayun kapak dia tuh.... aaaa...Tapi banyak gak aku amik gambar depa ni..sporting gak derang ni.
me at Wangfujing street
Meriah!
Aku sempat jalan-jalan dan soping sket dlm mall ni..banyak choice. Some kedai bleh mintak diskaun lagi...oh ya..ada kedai2 dlm ni yang tak beri plastik masa kita beli barang. Nak plastik kena bayar 20 sen. takkan aku nak jinjit barang aku kan.. Baguslah..actually derang buat kempen NO PLASTIC. menyokong kempen memelihara alam sekitar.
kuar masuk kedai...
Dingin dan meriah
beli belah di beijing katanya.
Silk street ni dibuka pada tahun 2005 menggantikan Xiushui Market. Di sini terdapat pelbagai pilihan barangan dari kasut, handbag, baju, suitcase, kraf, brg antik, alas meja, cadar, pakaian bersulam tangan, mutiara, sutera, alat mainan, gadget electronics,, barang kemas dll.
Pendek kata...bawak le duhets bebanyak kalau nak shopping di sini. Rambang mata..
Ada juga restoran, cafe,dll. Silk street ni dah jadi 'ultimate one-stop tourist destination' di Bejing.
MUdah nak kemari, kalau takmo naik teksi, boleh juga naik subway , turun di Yonganli subway station (Exit A).
hehhe..nampak beno org Malaysia ni mmg rajin ke mari dan memborong. Menajana ekonomi gitukan temanya..
dan mereka boleh communicate dlm bahasa Inggeris.
Haa...kat sini..ko kalau takmo beli..jgn gatai-gatai nak tawar sebabbbbb....haaa..tak pasal-pasal ko kena marah karang.
tapi some of them are rude.
Contohnya..biasalah, kita kan bila masuk kedai nampak benda cantik..of course nak tgk.Tak semestinya nak beli ye tak?konon nak tgk..pegang-pegang, nak tanya harga kan?
Kat sini..haaaaa..ko kalau wat cam tuh.depa consider ko mmg nak beli.
If tanak beli, baik jgn tanya harga, sebab depa ni penjual tegar tau.ko start tanya harga, derang takdenya nak lepaskan ko. depa akan ajak ko bargain supaya ko beli jugak!
or.jgn lah saja-saja main-main tawar dan tak jadi beli lari..derang akan follow oke!!!!
cthnya..aku kan...
3 org sales ramah tegur aku. "malaysia??" aku ckp ya., aku kan kdg ramah gak..
derang mula lah ckp.."murah-murah..!". dia terus tarik aku tk beg-beg kedai dia. aku saja pegang satu beg kaler oren..lawa gak la. saja tanya..'How much?"
derang terus tunjuk kalkulator dan ckp sambil tekan nombor. "if other people i sell 850 yuan. For you 450 Yuan" dan tunjuk no tertera di kalkulator.
cehhhh..mahalll nya...beg setoet je ok...aku terus geleng kepala tak nak..nak blah jalan.
eh..tak koser mak nak spend 225 ringgit=450 yuan utk beg imitation. aku pun blah...dan derang jerit..." how much you want?" aku saja jawab sambil jln laju.."50 yuan"! dan jalan laju. Hahaha..aku main-main je. ke ke ke.
tau apa jadik..minah tu kejar aku sambil ketawa..dan hulur beg tuh.."ok..50 yuan!" hulur bag dan mintak duit...aaaaaa???
kaannnn..mak dah terperangkap....
terpaksa mak hulur duit dan beli gak beg tu..ihiks.
so dari situ..i learn something..if tanak beli..jangan gatal2 tanya harga koz they are really smart..derang akan buat smapaiiiii ko beli oke!
dan kalau dah tawar-tawar ko tak jadik beli..haruslah ko kena marah karang,.ihiks.
Ada gaklah peniaga yang sopan...tak semua mcm tuh..tapi kebanyakkannnya cam tu la.
As aku ni penawar tegar, so haruslah mak tawar habis-habisan.
aku beli baju panas..cashmere, dia letak harga 1200 yuan..and end up aku dpt beli dgn harga 200 yuan. kalau kat tmpt kita, aku pernah beli kat mid valley rege dlm 580.00 ringgit!
so 200 yuan= RM100, kira good bargain la.
tu pun sebenarnya nak tgk2 je..tapi dek kerana mak telah termakan bodekan adik manis penjual yang tak sudah-sudah bodek mak ckp muka mak cam budak umur 17 tahun lah..apa lah..mak pun beli. lagipun berguna gak lah kan...so tak rugi.
Dan mak pun jalan-jalan-jalan, beli sket2..and ada gaklah mak menerima maki hamun penjual.
pasrah je la kan...tahan telinga.
ehhhhhh...dah aku tak dpt rege yg aku nak..aku tanak beli marah-marah pulak. And sadis oke. dia pi ngendap aku pi bargain beg yang sama aku nak beli kat kedai selang 3 kedai dari kedai dia. bleh? dgn muka yang masam, dia duk meninjau2 aku bargain nak puaskan hati dia yang aku takkan dpt harga yang aku nak.ewahh....dia tak tau yang mak ni penawar tegar. Dapat gak rege yang aku nak kat kedai sebelah..so mak ala-ala keji nak melambai ala-ala miss world turun pentas kat peniaga yg ngendap aku tu.,..ke ke ke.
Dan derang ni mmg pandai lah nak influence ko oke!
Petuanya..kalau dia letak rege 500, ko bargain je serendah mungkin. macam aku, agak keji la.
AKu suka-suka je ckp bawah 100. letak le rege berapa..aku akan ckp aku nak 50 yuan. ke ke ke. tak kisah lah kalau dia pikir aku ni sengkek ke, gila ke apa. Bukan aku jumpa dia lagi pun lepas ni kan? so pandai2 lah nak main tarik tali,..katalah dia nak rege atas dari seratus.ko bertegas nak 70 ke..60 yuan ke...eh, harga asal adalah 500 yuan oke!
nak murah lagi kena beli lebih dari satu.dan tektik mak sgt berjaya laaaaaa...lalalalallaa..
derang siap ckp kat aku.." u are crazy"..." why are u so hard??? u hard bargainer'...dgn muka agak mencuka la..tapi tangan lajuuu je pack barang yg aku beli dlm plastik dan pasrah bila aku hulur duit rege yg aku nak..hiks.
eh....macam-macam ragam la...semua ni pengalaman.
ada deretan cafe di tingkat bawah. ada juga restoran besar.
kuar je dari kompleks ni dah gelap oke....balikkkkk!!!!
the amoi penjual with potential buyer..kihkih
kan..
Actually banyakkk sgt tempat shopping di beijing. aku pegi gak Russian Market, tapi tah..tak suka sgt. Aku dah penah pegi sebelum ni. aku masuk kejap dan kuar balik. Aku takde masa sgtlah nak shopping actually just pi kejap-kejap. Lagipun cuaca tak mengizinkan utk merayap secara berlebihan.
Tata beijing.
15 comments:
salam...hi..salam kenal..bestnya jdik catz jejalan ke sana sini..psst..smlm saya lps ke wong solo,terpengaruh ngan iklan catz (^_^)pstt..pas nih ke mana lagik?
itu baju merah baru beli ya! yg catz dpt beli bargain dgn apek / ammoi...eh ye ker!!
suma barang imitation ke?
Best shopping kat Beijing...brg sana murah2 belaka.
Rugilah Catz kalau pi jalan2 tak bershopping. Alang dah murah...grab ajer lah...hehehe.
syarqiah,
apa khabar?
welcome to my blog..
enjoy reading ya..
hah..camana wong solo?
sedap? pedas? cukup sumer kan...
bleh le syarqiah buat review..
:)
keep reading ya..enjoy..
:)
hajah zainab@mama,
oh yg merah tuh??
bukannn...
belum pakai lagiii..
ihiks...
mama..nak nasik dagang bungkus daun se!
afendi arif,
maksud ko? kedai yg mana?
kat soping complek tak lah..
kat silk street tu ye..
tapi cantik2 sgt..
leez,
tu lah..
takde plan nak soping pun sebenarnya..
tapi tah camana..tersoping gak..
cantik2 gak brg sana..
bestnya shopping. Shopping bestnya.
weyy..bukan ko x pi shopping kaa :P
Haaa betol tu Catz.. serik dah nak shopping kat Beijing tu.,now dah mahal sangat barang nyer, kalau tak pandai bargain memang kene tipu jer lah..nasib bukan kaki shopping.My mum punya kwn beli ubat herba sampai harga RM2ribu. Arrr nak pengsan kalau dengar..haha
Ada sekali tu Linda tengok jer lah barang kan dlm Silk street tu, duk belek-belek tak semestinya nak beli la kan,org cina nie ganas giler paksa org beli siap main tarik-tarik baju winter i wokey, oh very the rude..hish serik-serik..
So buat bodo jer lah.. bila dia tanya,
"Hey lady you want a bag? Malaysian,Malaysian murah, murah?"
SO, selamba jer lah jawab,
"Nope, I'm from India" hahaha padan muka, siapa suruh asyik tipu org jer keje nya kan..hehee diaorg cakap bahasa cina, kita cakap bahasa Melayu.. kutuk-kutuk cikit..kakakaa
kak gerau,
kalau duhetnya banyak lagiiii besttt..
:)
Inah,
mmg aku tak pegi shopping..
(sila percaya ye..)
kihkihkih..
Linda,
hahahahha..lawak le koo..
dari india?
ada rupa kahh??
kehkehkeh..
derang sana mmg dah tau org malaysia je yg suka soping sana..
oramputeh biasanya derang pi bhgn baju kat tingkat bawah..jrg jumpa derang kat area kasut dan bag..
hehhehe..
mmg derang rude..
ko baru pandang je bag dia, dia ingat ko nak beliiii..
ke ke ke..
keji kann..
sib mak penawar tegar...so haruslahhh kan...sib jugak terkena yg 1st bag tuh..so aku taulah nak bargain serendah mana..hehehhe
takutnya nak shopping di beijing nih..adessss. i nak pergi mac ni kutt
Post a Comment