Tuesday, August 31, 2010

Bazar Ramadan 83500

nombor poskod yang merujuk kepada nama tempat..
Berkesempatan balik kampung hujung minggu lalu.
Ke Bazar Ramadhan dengan abah...
dah pesan dengan emak..

"mak tak payah masak lah..kita ke bazar ramadan je..senang".

emak adalah sedang menggoreng REMPEYEK sedap yang sebahagian kecil adalah aku punya.
so..kalau cakap tak payah masak mungkin akan dapat extra, termasukklah dah ku rembat 3 plastik utk bekal bawak balik sini semalam.hik.



Bazar Ramadhan Pekan 83500

adik penjual ikan keli bakar dan ayam percik..u are on camera!

Terdapat banyak gerai kuih muih, cendol, nasik ayam = RM10 3 bungkus.,lauk pauk, dll.

ada air katira, ai beli sebungkus. Tapi tak sama dgn yang JIRAN saya bagi.

ayam percik....1 = SINGGIT.. murah tak?

oh..wahai penduduk pekan 83500, tau tak kat mana org jual air jambu ni time bulan tak puasa?
tak sempat beli. but looks sooooo tempting lor. Nak beli tangan dah penuh dgn 3 air, so abah aku dah jeling time aku nak berenti beli. so belum dapat rasa....
kat mana nak carik ni???

sate.. 1 = o.40

Ayam percik..satu singgit, 3 = RM 3.00

Rojak, ikan keli bakar, murtabak..kuih muih lauk ikan pari lemak cili api, asam pedas, cendol, air tebu . air katira,dll.

Kuih adalah 4 ketul = RM1.00 ! besar-besar pulak tu! dan sedap! Penuh tangan kiri dan kanan.
Terserempak kawan abah yang sengih2 tgk kami jalan mcm tak cukup tangan bawak juadah.
"Borong??" katanya. ke ke ke.

BUka puasa ber-4.

Sempat keluar membeli belah pada hari sabtu..bawa mak abah dan adik. dari pagi-petang. ke BP Mall, Square One, K4.
orang adalah super ramai..
penat gila. Tunggu adik lelaki aku pilih seluar jeans dan baju dan kasut adalah sangat menguji kesabaran oke.


sale sana sini.

Balik masak!
start 5.45-6.45.

asam pedas kepala ikan merah.
siput sedut masak lemak dgn batang keladi.
sayur lemak putih batang keladi.

Tiba waktu berbuka, penuh meja sebab jiran-jiran 'munjung'.
Rezeki...

Nak raya dah?

Mata berpinar meneliti nombor dan pelan..

tok! tok! tok!

Auntie cleaner masuk bilik.

Morning!

Auntie: U raya balik mana??
Aku: errrr....Johor.
Auntie:Baju raya sudah siap ka??
Aku: errrr....dah.'
Auntie: berapa pasang?
Aku: errr...2
Auntie: Kuih sudah buat ka?
Aku: err...tak buat.Beli.
Auntie: Banyak ka??
AKu: errr..tada lah auntie, sikit saja.
Auntie: Cuti lama ka?
Aku: 2-3 hari je...
Auntie..: pot..pet..raya..raya..raya...
errr..

sebenarnya kan auntie...
i nak cakap gini.

Raya???..oh..otak sesak sangat now ni sampai nak fikir hal raya adalah tidak sempat.
Dengan course dan exam immediately after raya yang sepatutnya aku dah start study sekarang ni. Tapi dengan kerja berlambak ni, tang mana aku nak pegang nota, buku segala?
Dengan seminar paper yg dateline weekend ni, persiapan nota utk talk..field work arrangement, then akan ke Sabah seminggu- kerja, paper jurnal yg tgh duk edit, correction untuk thexxx, field work di hospital next week dan the list goes on............
Bila aku nak fikir pasal raya?
Bunyik macam POYO.. tapi itulah yang aku betul-betul rasa now ni.

sedar tak sedar...eh...rupanya seminggu lebih je nak raya?

so jawapan aku untuk auntie kat atas tu adalah sekadar berbasa basi.
Takut dia terkejut tergolek kalau aku cakap aku belum sempat pikir pasal kuih raya.



Kawan-kawan mostly cakap: oh..Puasa ni penat makan.
ye lah kan. buffet puasa sana sini. mana yang vendor belanja..boss belanja bagai. Oh..dah banner buka puasa buffet bergantungan sana sini. semua kata promosi.Terseksa mata aku tengok orang buh gambar derang pi buffet ramadan kat blog. mak oi.

Berkesempatan ke PD 2 minggu lalu.
Panas.
Hajat nak makan ayam golek Batu 4 podiksen
Tapi tah tak tau kat mana agaknya abang koboi yang friendly itu berniaga kan time bulan puasa ni.
so dah terlepek.


malas nak ke bazar ramadan...

Ada benda yang membuatkan jadik pissed off lah masa check in.. tapi malas lah nak cerita. aku dah bubuh komen dekat comment form and bagi direct kat GM dia.
malas nak fikir dan mengamuk. Nipis pahala puasa aku kang.


buffet buka puasa yang dengan diiringi oleh nyanyian lagu live yang mikropon adalah nyaring gila. sila buat sound check dulu sebelum nyanyi plis.

Tapi makanan sedap..harga pun masuk akal untuk buffet buka puasa yang berapa banyak sgtlah kita boleh makan.

Masak lemak tempoyak pucuk kayu dengan petai..oh this one is to die for lah.. mableshhhh!

tempoyak, budu, cincalok, sambal belacan geng

kerabus and salads

kuih muih

laksa johor stall

geng laksa johor. sedap!

gerai bakar-bakar. ada sate, ikan bakar, lamb leg bakar dll

my food

sambal tempoyak gak yang aku makan beriya.

food selection was quite extensive.. ada gulai kawah, lauk pauk melayu, beberapa jenis sup, bubur-bubur, buah-buahan, choc fondue pung ada. tak sempat nak makan semua.Tak sempat nak amik gambar semua pun.sebab bila aku jalan-jalan ke buffet kaunter tuh, amik gambor, pegang kamera, orang pandang aku pelik. so malu lah pulak.

Thursday, August 26, 2010

Kisah Kak B

ehhh..terasa terlalu sadis lah citer hal sembelih anak tu. oh tiba-tiba aku pegang leher aku.
rasa..errrrrrr....oh takleh imagine. bukan sembelih ayam ok. tapi sembelih orang iaitu ANAK.
tengok orang sembelih ayam pun ngeri..niii..orangggg,aaaaa....
oh...saya setuju pendapat sorang blogger tu. kita as komuniti kena peka dgn persekitaran, jiran etc. kalau ada ahli keluarga/kejiranan yang mengalami masalah mental, kita kena peka/amik berat. Kadang mereka makan ubat, so ahli keluarga kena monitor ubat ada ke tak..makan ke tak. Dan kena monitor juga tahap kesihatan fizikal dan mentalnya. kena buat check up ek hospital secara berkala. Dan kalau dah tahap yang rasa tak boleh kawal, kena do something.

errr... aku ada pengalaman.
ni cerita masa aku keje di Johor Bahru.
Aku duk rumah ber-4. semua bujang. Rumah Flat ok.
and macam orang lain, kami keje semua lain-lain tempat.
Aku amik satu bilik sorang je, tak nak share bilik...aku keje shift..org balik keje..aku pi keje pulak.
eh ada sorang lagi keje shift jugak. nurse kat hospital JB.
satu hari, ada sorang perempuan join masuk rumah kami (housemet aku iklankan utk org join bilik dia).
so jadiklah 5 orang. Tapi derang duk bilik kongsi-kongsi, sebilik 2 org kot.
Aku panggil dia Kak B. ( ingat Datok je yang boleh buh abjad-abjad S, K, M semua??)
tapi sesekali adalah semorang kat rumah time weekend,if aku tak keje weekend.
kami joging sama-sama...makan bekpes kat restoran sedap kat jalan Padi-Padi tu. (kami duk Bandar Baru Uda)..so merasalah kau macam duk tgh sawah, semua jalan nama Padi. ke ke ke. Padi Mahsuri..Padi Malinja, Padi apa tah lagi....

OK...berbalik kisah Kak B.
Aku tak tau Kak B keje mana. dia ni kerani ke apa tah.
Time aku sebok kalut nak pi keje , time tuh baru dia balik.(aku masuk keje pukul 8)...kul 7 aku dah kalut kuar sebab nak tahan teksi. So bual-bual gitu je..kadang ada gak makan sama..
Kadang aku keje shift siang..jumpa lah derang jugak but sebab kdg aku balik sampai rumah pukul 11 malam. derang dah tidur.

Buka puasa pun aku jarang laaa dgn derang. Derang duk bentang hidang-hidang makanan, aku duk sebok bersiap nak pi membanting tulang kat Kilang elektronik kat Jalan Tampoi tu. sedih eh.

AKu balik, biasanya rumah sunyi dah..sebab bos aku gila. aku patut balik pukul 8 pagi. Tapi kadang pukul 12 tgahri baru balik. Sukati je nak wat meeting pukul 10 ke..pukul 12 ke dan tak kasik aku balik as IF that kalau aku takde, kilang tu meletop.

Cuma Kak Anis yang keje nurse tuh kadang adalah kat rumah if time tu shift dia malam/petang. Haousemet yg berdua tuh..aku lupa..aku bagi nama Enot dan Farah la, keje opis hour termasuk lah Kak B.

Kak B ni aku tengok baik je macam orang lain. Tapi yang kami kagum. wow..kalau nak pi keje..vouge gila oke. mekap dia..pipi mata semua warna warni. memang jenis bersolek macam nak rak. Tudung, baju..perghhhh. Dia rupa biasa2 macam kitarang lah..tapi dia mmg suka melawa. Solek muka beriya-iya
Ye la..masatu aku baru grad..keje kat kilang ..nak melawa apa lah kan. Eh..melawa lah jugak oke..tapi xdelah mcm kak B. aku mana reti pakai eyeshadow ke hapa.
Kira Kak B ni menjaga penampilan sungguh la...bau jgn cakap lah. wangiiiii....

Pernah kami pi joging sama.. pi joging pun bersolek beriya-iya. Tapi tak kisah je..aku, Anis, Enot, Kak B pernah joging sekali sekala hujung minggu.
Kak B tuh baik <--------eh apesal aku asyik puji dia. sebab dia belanja makan roti canai lepas joging. eh takdelah. dia mmg baik, kadang dia masak. makan lah sama.

SUatu hari tuuu.... aku balik dari keje. malam.
pukul 11 lebih (eh balik keje pastu pi dating ke apa ni??)
aku bukak pintu. gelap. TAPI.
punyalah aku terkejut beruk. Ada sorang pompuan duk kat tgh ruang tamu.
Muka putih..duduk depan lilin.
aku was..errrr..apakah ini? oh..rupanya Kak B tengah duk sapu-sapu muka dia dengan susu. SUSU PEKAT MANIS PENUH BERKRIM oke. Dia hadap 3 tin.

aku tanya la.... " eh...buat apa tu?"
Kak B jawab: "tengah bubuh susu kat muka...nak whitening muka ni.."

aku kan...cakap dalam hati.. "errr...boleh ke eh..buh susu kat muka banyak-banyak pastu jadik putih??"

lepas tuh aku nampak dia duk sapu lagi..biar kering..sapu lagi... so korang imagine. duduk depan lilin. muka putih tempek susu pekat manis berlayer-layer tebal. seram ke tak??

pastu susu adalah meleleh ke lantai jugak. hissssh.

aku pada masa itu hanya berfikiran, oh agaknya petua kot???? apa-apalah kak B oi.
aku masuk bilik..mandi etc..tidur. aku kunci bilik.

cuma esoknya tu..ada gak cakap dgn K Anis pasal hal tu.

Oh rupanya memang Kak B selalu buat gitu. cuma aku shift malam time tuh..mana aku nampak kan. so keadaan macam biasa je...


sehinggalah.. PADA SUATU HARI.

jeng-jeng-jeng.

Aku tengah tidur. Aku start keje malam hari tu.

So pagi tu aku sambung tidur lah. kumpul energy sebab nak keje malam tu .

tok-tok-tok! "

Catz! Catz!Catz! Bnagun!!! "

terdengar ketukan kuat di pintu.

siap bang!bang! bang! tangan kat pintu.

Tgk jam. pukul 10 pagi.

Aku yg tengah mimpi terkulat2 bangun.

Aku bukak pintu. Muka K Anis tersembul...oh..ni mesti dia cuti/or keje malam kot.

dia terus masuk bilik aku. kunci pintu. MUKA CEMAS.

aku mamai..." napa ni?" aku tanya.

Kak Anis cakap, " Kak B. Kak B....dia..dia....ehh...macam pelik..dia pegang pisau tadi....then masuk bilik air.mandi lamaaaaaa sangat. Nyanyi-nyanyi. Kejap dia nangis. Kejap nyanyi. Bercakap kuat-kuat dalam toilet. Muka dia nampak pelik!

aku: "errrrrr???..apesal eh?"

Kak Anis cakap.." akak dah sembunyikan semua pisau, benda tajam, lesung segala. akak rasa something wrong laaaa".

Kami jengket-jengket kuar bilik... ye..betul...dengar dia menangis..ketawa..pastuh senyap..kang dia macam sembang-sembang.

siram-siram air...nampak buih sampai ke lantai... .eshhhhh. Kami panggil dia..ha-ha berani ko. "Kak B...kuar Kak B..lama dah mandi tuuu" --->

suara aku kuat tapi takut-takut.

Kak B jawab:

" Apa....? aku tengah nak pegi kayangan ni.
.blaa..blaaa....merepek..merepek..bla..bla." dan ketawa kuat! " pergi kauuuu..hahahahahha"...

suara adalah tak normal ya.

so kompem.something wrong.

aku dan Kak ANis gelabah. Camna ni? nak buat apa? oh..kena cari family dia.

So..kami bersiap..aku dgn tak mandi..ala kadar bersiap..kami sorok semua benda yg ada potensi jadi senjata termasuk lesung.pinggan , cawan kaca, semua angkut masuk bilik aku.kunci.

Dan kami kunci pintu dari luar, mana tah K Anis dpt mangga.

naik kete Kak Anis. Pi ofis Kak B bekerja. Kak Anis tau sebab dia pernah tumpangkan Kak B pi keje.
Kami jumpa org opis dia dan cerita..so derang carikkan contact family dia. dapat nombor abang dia. nasib abang dia keje di JB. so kami call..tapi lama jugak masa tuh.

aku risau gak dgn Kak B yang kat rumah..iskk dah lah kami kunci pintu.
Kami bagi alamat kat Abang Kak B. nasib dia biasa area tu..so kami balik rumah.

Sampai rumahhh....ni rumah flat ye...terkejut. semua jiran berkumpul/menebeng di koridor.
sampai je...ada sorang Akak tuh.umur 40-an..cakap..

" mana u ols pegi...u tau tak house met u jerit2..bla..bla..." marah-marah.
So sebagai jiran yang prihatin kononnya..derang sound-sound kami..kata kami kunci pintu la..etc
kami cerita la hal sebenar.
Derang cakap.." u ols ada masalah..kena lah kongsi dgn jiran.Ni senyap-senyap je...bla.bla.."

PADAHALLLLLL.... sebelum2 tuh muka masing2 masam je dgn kami. nak tegur pun tak nak. sebabbb??? pernah sorang jiran marah kami sebab laki dia senyum kat kami time balik keje nak ke pintu rumah dia.elehhhhhhhhh. takut laki dia suka kat anak dara 5 org ni ke??? eh..tak taste langsung oke.

pesen laki orang yang melintas depan rumah jiran pun bini jerit kat tingkap..

" bangggggg!!!..masukkkkk dalammmm!!!!" <--- tak koser oke nak skandal dgn laki orang yang pesen macam ni. tak taste langsung. eh melalut pulak.


macamlah kami nak kat laki dia. start hari tuh kami mmg tak berani laaaa nak bergaul dgn jiran pasal takut kena serang dengan lesung.
Macamlah kami nak kat laki depa tuhhhh. oh pelisss laa.we got a better taste lah kak senah.
Time ni ko tiba-tiba perihatin pulak.

so kami bukak pintu.

Oh..kak B masih dalam bilik air u ols.
ketawa mengilai..nangis-nangis.

Tak lama tu abang dia sampai.

so kami cerita apa yg jadik. so abnag dia cakap..mmg Kak B ada masalah mental. Dia memang amik ubat. Oh agaknya vitamin kecantikan yg dia cakap tu lah kot ubatnya. mana kami tau. tgk elok je. So abang dia kata nak bawa Kak B ke hospital. May be kena masuk wad kot..sebab dulu dia mg pernah duduk wad.
Tapi Kak B tanak kuar jugak.
Kami dah puas pujuk. dia ketawa..nyanyi..marah2.

sambil-sambil tu...aku siap belah buah tembikai kat abang dia.
Punya lah menjajau carik pisau oke sebab dah sorok segala pisau.
Eh boleh plak kan. makan tembikai time-time gitu.ha-ha.dengan back ground suara Kak B nyanyi lagu Ella.
sebab lama sgt tunggu Kak B kuar toilet, kami sembang-sembang.

Barulah kami terfikir..a'ah ek..orang normal ada ke tempek tiap2 hari kat muka susu 3 tin???

So tah lupa camno abang dia pujuk , Kak B kuar. Tapi berkemban je.
punyalah susah nak pujuk suh pakai baju.
siap boleh amik tembikai sepotong..masuk mulut.

Abang dia pujuk-pujuk tak jalan gak.
macam makin teruk pulak.

Kami bukak pintu. so memang menebeng lah segala jiran yang 'prihatin' tu.

So abang dia call orang hospital kot.
Orang Hospital datang rumah.
Abang dia kata nak pi jalan-jalan..jommm...
so dia naik van sepital.

lega..

gila gelabah oke!

sambil tuh kak anis sempat cakap.." eh..abang dia hensem la..tuh beriya ko potong tembikai tadi ye?..." choiiiii.

tu lah kisahnya.

so..orang sakit mental ni mmg kena monitor ubat dia...dan perlakuan dia.
macam kami mana perasan. rasa dia normal je.

Bayangkan kalau lah K Anis takde...dan aku tidur tak kunci pintu ke..iskkkkkk....
takyah lah bayangkan. anything can happen . Mana tau dia nampak aku yg tgh tergolek tidur ni macam tembikai ke? oh ngeri.

Tapi Alhamdulilah. semua selamat.

Lepas tuh aku tak tau apa jadik.

sebab tak lama tu aku pindah
....

Wednesday, August 25, 2010

Entahlah...mental.

1. aku rasa blog aku ni entah apa-apa aku tulis. sejak nak puasa.
.bulan puasa ni macam tak ada modal nak cerita pasal apa. Masak-masak? tak masak. eh..ada la..sekali dua masak. tapi masak mee goreng je pun. so malas le nak gebang-gebang hal masak memasak.
ehhhhhhhhhhh....lupa. ada laaa..masak sahur.
hari-hari masak, without fail you.
Tapi takat goreng telur, ikan kering, buat sambal, masak sardin, masak kicap, simple-simple dish, masak air, masak nasik..malas le nak gebang.
Nak cerita hal juadah buka puasa?
pun macam malas. asyik ulang benda-benda yang sama. Penyakit addiction kepada masakan makcik bazar ramadan yang itu..so menu nya hari-hari adalah masak lemak tempoyak patin, ikan talapia, asam pedas ikan baung/ tenggiri. hari ni pun..menu sama. eh. hari ni aku tambah menu. sambal paru makcik ni adalah best..citarasa aku. tak pedas..adalah pedas sikit-sikit dan manis-manis sket..oh sedap.

eh..update: ha-ha. Hari ni aku dah interbiu makcik tu.

aku: makcik..makcik ni memang berniaga kedai makan ke?
makcik: ha'ah..
aku: kedai kat mana?
makcik: alaaa..warung tepi jalan, dekat trafic light simpang 4 -bangi-putrajaya-klia-dengkil tuh..
aku: ohhh..kat mana tuh
makcik: ala..tak jauh dr trafic light, hala ke kota warisan, yang ada teksi banyak-banyak berenti tuuuu...
haa..actually i was wonder gak kedai ni yang kdg aku rasa nak berenti tapi tahap ramainya manusia makan disitu adalah sama ramai dgn teksi -teksi, airpot Limo yg berenti depan kedai ni. pernah terpikir, sure kedai ni sedap kot...haaa.see.terjawab dah.
so korang imagine lah senirik kat mana ye.
eh..aku bagi clue lagi la.
kalau dari putrajaya..stretttt je menghala ke dengkil/salak tinggi/KLIA ..akan jumpa traffic light simpang 4...hala ke kota warisan..kedai tuh belah kanan..depan dia dipenuhi oleh teksi-teksi/epot limo. kalau lengang tu maknanya korang salah kedai.
err..pandai-pandai lah korang nak u-turn mana sebab tuh jalan besar 4 lorong..yang tengah-tengah ada divider. kalau malas nak pusing, park tepi jalan lintas je ye tak? nak makan sedap memang mencabar. kena gigih.


Jom main mercun???

kem salam je lah.

Tak yah le.

sebab??


buang duit : dari bakar duit tuh baik le belikan mak kasut raya ke...handbag raya ke...or balang kuih raya baru. senyum mak tu kang.
beli mercun dapat apa????

buang jari : err..dah few cases nih...jari anda amat berharga ye adik-adik. banyak benda boleh dibuat dengan jari. contohnya: tolong mak gentel kuih siput di malam raya.dapat pahala dan dapat makan.

kang mata ilang sebelah: oh ni tak boleh beli kat kedai ..

merbahaya kepada nyawa manusia dan binatang.

jangan lah dengki kat kucing/kambing/lembu ikat mercun kat ekor derang. dosa.


bahaya.

miow tak suka mercun.

anti gila dulu..balik ngaji..pakai selipar..

popppp!!!!!!!!!!

sapa ikat mercun kat selipar akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu???????? nanti aku balas pakai C4 nak???

awasi adik/anak anda. Jangan main mercun hingga membahayakan diri dan org lain. Yang paling penting...tak yah le join main mercun.

kesimpulan: I HATE MERCUN -----> forever.titik.




Monday, August 23, 2010

I LOVE U

masak lemak tempoyak kepala ikan patin - super sedap


masakan ikan patin yang secukup rasa tempoyak, lemak, kuah likat, dan penuh kasih sayang.



plus...

.
.
.
.
.



aku: makcik..nak ikan asam pedas tu. err..ikan apa tu?
makcik: tenggiri.
aku: nak kepala dengan badan satu hiris (badannnnn??????)
makcik: ok.. (tong..teng..tong..teng)..eh..amik semua lah dik....3 ni dengan kuah semua RM6.00
aku: eh bolehhhhhhhhhhhh. makcik..bungkuskan kuah tu semua (tamak!).



kepala ikan tenggiri dan 2 ketul ikan tenggiri + kuah yang banyak --->super sedap


suara background:

lelaki muda X: makcik...nak udang sambal ni. Boleh rasa??
makcik: heyyyy..puasa..mana boleh rasa?
Lelaki muda Y: rasa guna tangan lah makcikkk... (motiffff??)
dan X dan Y ketawa cam pontianak mengilai...

meriah nya gerai makcik kan.

dan mereka borong sambal udang makcik tu. separuh dulang habis.



sedapnya masakan makcik.

dah 5 hari berturut saya makan asam pedas dan tempoyak makcik.

makcik bazar ramadan .....i luv u... very strong...

Shopping at Disneyland

wah tajuk...poyo gila.
kehkehkeh.


Tektik peniaga kedai kain baju raya-langsir raya-sarung kusyen raya-pelita raya-dll.
Untuk meriahkana kedai dia lah kot.
SO feeling-feeling kat disneyland pulak eh.



aww..sexy you..

budak-budak suka. termasuklah ai. eh kau budak ke catzzzzzzz??

hi...i sexy ke?


kucing A: dalam tu lelaki ke perempuan?
kucing B: perempuan lah. Nampak tu..jalan lenggang-lenggang.
kucing A: lenggang???ai teka lelaki..kaki kurusss.nadan kurus, takde tek-teks.tinggi pulak tu.Jalan kengkang-kengkang. and i suspek, minie mouse to India sebab tadi mcm dengar budak lelaki india tu bual-bual dengan dia cakap India.
Kucing B: errrk. comel je.

hik.hik.hik.

Sunday, August 22, 2010

Card error??

entah kenapa?
semalam..
nak guna DSLR amik gambar juadah buka puasa.
tekan shutter takmo jalan.
tengok-tengok " CARD ERROR"..ho.....?????????????????????????
try kuar masuk semula kad takmo jugak!
try godek-godek buh kat laptop..
mula-mula kuar " u have to reformat before use".
hah????????????????gila..kalau re format, habislah gambar dalam tu semua?kan?
dalam tu ada gambar-gambar kerja atas Gunung Jerai, kat TuDM dan banyak gambar-gambar aku travel yang tak sempat downlod/lupa / malas.

er..nak nangis kejap.

mungkin kena beli memori kad baru.errr..tapi..

kejap..nak guling-guling dan nangis hentak-hentak kaki.

sahur 22.08.2010 di Podiksen (nama oramputeh)
.
.
.
.
.
(bak kata kucingorengemuk)

Thursday, August 19, 2010

Akhirnyaaa..... murtabak beratur ???

Setiap kali aku ke bazar Ramadan ni, aku lalu gerai murtabak ni.
So rasa nak beli sebab tengok ramai orang kerumun dan menunggu dengan penuh kesabaran tak berganjak.Kiranya , kalau ko nak ko kena tunggu sebab yang dah siap habis. So kena tunggu melanguk tengok derang masak secara live gitu.
Bila aku cakap " kak murtabak daging satu"..
akak tu akan jawab..

"kena tunggu dik. Yang ni (yg dia tengah bungkus) dan yang atas kuali tu semua dah orang punya".

next aku singgah: dia jawab:

" kena beratur dik....yang ada ni semua orang punya."

ehhh..tak kuasa ok.

Malas lah. macam nak beli setem kat pejabat pos zaman tahun awal 90-an pulak. Tu takpe jugak, ko memang tau setem tu dah ada, sampai turn, amik setem, bayar.

Yang ni..ko kena tunggu abang murtabak tu lenyek tepung dulu, buh inti..masak etc..lama oke.

so malas laaaaa.


Tapi semalam...
he-he-he.
Tahap keinginan makan sangat melampau. aku kena pi site oke. dah lah panas-panas buta di bulan Ramadhan yang syahdu, kau kena diri atas bumbung bangunan 19 tingkat.
Memang rasa nak beli air 5 jenis untuk buka puasa.


Agak gigih sebab sampai bazar awal dan adalah aku tgk 4 orang yang tengah beratur.
agak curious oke. sebab derang ni order banyak-banyak. minimum 4 keping kauuu.
Aku order 2 dah la kan. Nak order 1 macam keji pulak, sebab dah penat-penat beratur menunggu.

Akak murtabak: Haaa..beratur..beraturrr....senang nak bagi.
aku: murtabak daging 2 kak.
Abang murtabak: haaa..saya sekarang buat murtabak daging. Saya tak buat campur-campur. sapa nak murtabak ayam kena tunggu 20 minit! (dgn suara kuat).

wah kauuuu.

Lepas tu..adalah ramai lagi datang dan akak murtabak akan cakap.." beratur..beraturrrrrr".

wah. Maju ek bisnes.

Tiba-tiba ada sorang nenek tua dah agak bongkok, menyelit sebelah aku dengan cucu yg aku rasa umur darjah 1 kot.

nenek : murtabak saya dah siap???
abang murtabak: Dah order ke?
nenek: dah tadi..murtabak daging satu.
abang murtabak: mana bolehh..dah order kena tunggu...mana saya ingat..pot.pet..
nenek: ala..dah order... (dan dia berdiri je sebelah aku..aku kesian dia..mmg nak bagi dia potong q je..kesian..)
nenek: orang ramai..kdg saya tak ingat
akak murtabak: beraturrrr...
nenek:
alaaaa..macam ni baik buat murtabak sendiri...pot..pet.. (aku rasa nak gelak oke time ni..tapi tahan mulut)

Cucu nenek pijak-pijak kaki payung pasar malam, so payung goyang-goyang....dah le dia kat tepi aku...

Aku: dikkkk..ko jangan le main-main payung ni..kang robohhhh kang gerai ni. Akak ni dah la 1st time ni dik nak beli..turn akak lepas ni..kang kempunan kang kalau gerai murtabak ni roboh dikkk... -------------> wah berani mati kan aku sound adik ni? acually.


(ha-ha..cakap dalam hati je ok).


so aku bagi jelah makcik ni dulu.kesian dia.

dan akak murtabak ni tak sudah-sudah dengan ayat..

"haaa..beratur..beraturrrr..."



so aku pun selamat lah dapat murtabak 2 keping. dan terus balik.

oh..tipunyaaaa.

takkan beli murtabak je kan???

memang ternyata sedap. Tak sia-sia beratur lama.

Dan semalam..saya juga buka dengan asam pedas ikan dan talapia gulai cili api tempoyak yang sedap dan terbaik!!!!
Di masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

Tapi bukan kasih sayang aku. kasih sayang makcik bazar Ramadhan .heeee.

haaa..aku baru notice gerai dia semalam.
Lauk kedai dia nampak sedap-sedap.
STyle masakan rumah yang sedap, ikhlas dan penuh kasih sayang dan kuah melimpah-limpah.
harga? reasonable kot? Dua lauk ni RM5.00 boleh makan sampai sahur.

asam pedas sedap!

masak lemak cili api tempoyak yang wow!

close up sikit.

sebenarnya. macam-macam lagi aku beli, bagi memenuhi selera tekak sempena semalam kena keje tengah panas.
air tebu siap beli 2 bungkus----tak habis pun. ada lagi sebungkus dlm fridge.
nasi kerabu.
karipap sardin. oh thanks kepada adik yang bagi aku extra kuih sebab aku borong karipap sardin dia. (baca betul2..BORONG..so can u imagine..berapa karipap i beli??)
Petang ni akak datang lagi kedai awak ye.
eh..ada lagi.
puding.
dadih.
errrrr...kesian peniaga murtabak yang sorang lagi. bertimbun murtabak dia..org tak beli sgt. aku pernah beli, tawar, dan takde rasa murtabak yg betul2 murtabak. Harap akak revise balik lah resepi murtabak akak tu ye?

semalam kan..memang masa bawak hasil tuaian di bazar semalam, kalau orang tengok aku kan..sure pikir. Oh..akak ni ada anak 5 orang , kucing 6 ekor kot.
heeeeeeeee...

Wednesday, August 18, 2010

Cerita hujung minggu 2: Weekend gateway at POGH

weekend gateway at Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, sebelum Ramadan.




Hotel yang dipenuhi kuda...

POGH

Golden horse

Reception

Fresh flowers

lobi

view dari atas

ro0m

King bed ..golek.



lounge area..ada live band

catz with horses

Restoran..pun ada kuda di mana-mana.

seafood

dimsum

pemakan yang ambil gambar sendiri


cakes, puding


Makanan: ada promosi makanan dari timur tengah..nasi arab, lamb etc. Dan ada juga western, italian, chinese. malay food, fresh seafod, salads, desserts, dll.

ice cream----> yummeh

aku suka gelas biru ni dan tidur macam ikan buntal (apa kaitan? oh perkataan buntal tu kot?)

BIG brekafast on sunday morning..the buffet spread was good. siap ada lontong bagai. and sedap.


Tengahari..proceed ke The Mines.
Makin meriah aku rasa tempat ni. Ramai pelancong dari Timur Tengah di sini. Mereka tingal di hotel sekitar sini.


i likeeee this

cik kiah basuh kain tepi sungai Catz


Ohooo..dari petang sabtu tu masa lepak-lepak, catz terbaca dalam blog Tijah. (motip sangat kan Tijah, tengah berehat, aku menelaah blog ko..tegar tak aku? ada hadiah ke? kuih raya ke gitu..barang 5-6 jenis??).

Baca dalam blog Tijah, pasal takoyaki di The Mines.
Gigih aku carik kedai ni terpusing2 kat tepi tangga tu.


Masa aku datang, derang tengah masak-masak takoyaki tu..aku nak squid tako, dan kena tungu dekat 20 minit. Takpe..nak makan sedap kena sabar kan Jahhh.

DANI DANA Takoyaki..squid tako ni regenya RM4.80

tu dia...4 biji besar-besar dan SEDAPPP!
eh Jah..yang mcm kertas nipis2 tuh fish flakes ke? aku makan duduk tepi sungai, benda tuh bergerak-gerak ditiup angin dan bergerak sebijik cam ulat. oh ngeri. betul oke..dia punya pergerakan mcm objek bernyawa..mcm ulat. Tapi sebenarnya sbb ditiup angin. BUKAN ULAT. LOL!

jemput makan, at Nandos

sedikit sama merasa ye tak. Aku bagi makan ikan-ikan ni sebijik tako. bagi-bagi. AKu campakkan sikit-sikit. Berebut oke. Ikan ni asal dari jepun ke? Laluuuu dan lajuuuu je makan takoyaki? kann...

Lunch..

stoberi smoothie

sos peri-peri sedap

mild...

makan sambil tgk ikan dan beri ikan makan. Ikan ni makan ayam.hiks.

and....here we go. Cool blog.Choc blog.
errr..lagi perasa apa yang sedap? aku beli bluebery blog tak sedaplah. macam tak kena rasa dgn pearl kenyal-kenyal tu.

then soping dan balik.

dah.