Thursday, August 26, 2010

Kisah Kak B

ehhh..terasa terlalu sadis lah citer hal sembelih anak tu. oh tiba-tiba aku pegang leher aku.
rasa..errrrrrr....oh takleh imagine. bukan sembelih ayam ok. tapi sembelih orang iaitu ANAK.
tengok orang sembelih ayam pun ngeri..niii..orangggg,aaaaa....
oh...saya setuju pendapat sorang blogger tu. kita as komuniti kena peka dgn persekitaran, jiran etc. kalau ada ahli keluarga/kejiranan yang mengalami masalah mental, kita kena peka/amik berat. Kadang mereka makan ubat, so ahli keluarga kena monitor ubat ada ke tak..makan ke tak. Dan kena monitor juga tahap kesihatan fizikal dan mentalnya. kena buat check up ek hospital secara berkala. Dan kalau dah tahap yang rasa tak boleh kawal, kena do something.

errr... aku ada pengalaman.
ni cerita masa aku keje di Johor Bahru.
Aku duk rumah ber-4. semua bujang. Rumah Flat ok.
and macam orang lain, kami keje semua lain-lain tempat.
Aku amik satu bilik sorang je, tak nak share bilik...aku keje shift..org balik keje..aku pi keje pulak.
eh ada sorang lagi keje shift jugak. nurse kat hospital JB.
satu hari, ada sorang perempuan join masuk rumah kami (housemet aku iklankan utk org join bilik dia).
so jadiklah 5 orang. Tapi derang duk bilik kongsi-kongsi, sebilik 2 org kot.
Aku panggil dia Kak B. ( ingat Datok je yang boleh buh abjad-abjad S, K, M semua??)
tapi sesekali adalah semorang kat rumah time weekend,if aku tak keje weekend.
kami joging sama-sama...makan bekpes kat restoran sedap kat jalan Padi-Padi tu. (kami duk Bandar Baru Uda)..so merasalah kau macam duk tgh sawah, semua jalan nama Padi. ke ke ke. Padi Mahsuri..Padi Malinja, Padi apa tah lagi....

OK...berbalik kisah Kak B.
Aku tak tau Kak B keje mana. dia ni kerani ke apa tah.
Time aku sebok kalut nak pi keje , time tuh baru dia balik.(aku masuk keje pukul 8)...kul 7 aku dah kalut kuar sebab nak tahan teksi. So bual-bual gitu je..kadang ada gak makan sama..
Kadang aku keje shift siang..jumpa lah derang jugak but sebab kdg aku balik sampai rumah pukul 11 malam. derang dah tidur.

Buka puasa pun aku jarang laaa dgn derang. Derang duk bentang hidang-hidang makanan, aku duk sebok bersiap nak pi membanting tulang kat Kilang elektronik kat Jalan Tampoi tu. sedih eh.

AKu balik, biasanya rumah sunyi dah..sebab bos aku gila. aku patut balik pukul 8 pagi. Tapi kadang pukul 12 tgahri baru balik. Sukati je nak wat meeting pukul 10 ke..pukul 12 ke dan tak kasik aku balik as IF that kalau aku takde, kilang tu meletop.

Cuma Kak Anis yang keje nurse tuh kadang adalah kat rumah if time tu shift dia malam/petang. Haousemet yg berdua tuh..aku lupa..aku bagi nama Enot dan Farah la, keje opis hour termasuk lah Kak B.

Kak B ni aku tengok baik je macam orang lain. Tapi yang kami kagum. wow..kalau nak pi keje..vouge gila oke. mekap dia..pipi mata semua warna warni. memang jenis bersolek macam nak rak. Tudung, baju..perghhhh. Dia rupa biasa2 macam kitarang lah..tapi dia mmg suka melawa. Solek muka beriya-iya
Ye la..masatu aku baru grad..keje kat kilang ..nak melawa apa lah kan. Eh..melawa lah jugak oke..tapi xdelah mcm kak B. aku mana reti pakai eyeshadow ke hapa.
Kira Kak B ni menjaga penampilan sungguh la...bau jgn cakap lah. wangiiiii....

Pernah kami pi joging sama.. pi joging pun bersolek beriya-iya. Tapi tak kisah je..aku, Anis, Enot, Kak B pernah joging sekali sekala hujung minggu.
Kak B tuh baik <--------eh apesal aku asyik puji dia. sebab dia belanja makan roti canai lepas joging. eh takdelah. dia mmg baik, kadang dia masak. makan lah sama.

SUatu hari tuuu.... aku balik dari keje. malam.
pukul 11 lebih (eh balik keje pastu pi dating ke apa ni??)
aku bukak pintu. gelap. TAPI.
punyalah aku terkejut beruk. Ada sorang pompuan duk kat tgh ruang tamu.
Muka putih..duduk depan lilin.
aku was..errrr..apakah ini? oh..rupanya Kak B tengah duk sapu-sapu muka dia dengan susu. SUSU PEKAT MANIS PENUH BERKRIM oke. Dia hadap 3 tin.

aku tanya la.... " eh...buat apa tu?"
Kak B jawab: "tengah bubuh susu kat muka...nak whitening muka ni.."

aku kan...cakap dalam hati.. "errr...boleh ke eh..buh susu kat muka banyak-banyak pastu jadik putih??"

lepas tuh aku nampak dia duk sapu lagi..biar kering..sapu lagi... so korang imagine. duduk depan lilin. muka putih tempek susu pekat manis berlayer-layer tebal. seram ke tak??

pastu susu adalah meleleh ke lantai jugak. hissssh.

aku pada masa itu hanya berfikiran, oh agaknya petua kot???? apa-apalah kak B oi.
aku masuk bilik..mandi etc..tidur. aku kunci bilik.

cuma esoknya tu..ada gak cakap dgn K Anis pasal hal tu.

Oh rupanya memang Kak B selalu buat gitu. cuma aku shift malam time tuh..mana aku nampak kan. so keadaan macam biasa je...


sehinggalah.. PADA SUATU HARI.

jeng-jeng-jeng.

Aku tengah tidur. Aku start keje malam hari tu.

So pagi tu aku sambung tidur lah. kumpul energy sebab nak keje malam tu .

tok-tok-tok! "

Catz! Catz!Catz! Bnagun!!! "

terdengar ketukan kuat di pintu.

siap bang!bang! bang! tangan kat pintu.

Tgk jam. pukul 10 pagi.

Aku yg tengah mimpi terkulat2 bangun.

Aku bukak pintu. Muka K Anis tersembul...oh..ni mesti dia cuti/or keje malam kot.

dia terus masuk bilik aku. kunci pintu. MUKA CEMAS.

aku mamai..." napa ni?" aku tanya.

Kak Anis cakap, " Kak B. Kak B....dia..dia....ehh...macam pelik..dia pegang pisau tadi....then masuk bilik air.mandi lamaaaaaa sangat. Nyanyi-nyanyi. Kejap dia nangis. Kejap nyanyi. Bercakap kuat-kuat dalam toilet. Muka dia nampak pelik!

aku: "errrrrr???..apesal eh?"

Kak Anis cakap.." akak dah sembunyikan semua pisau, benda tajam, lesung segala. akak rasa something wrong laaaa".

Kami jengket-jengket kuar bilik... ye..betul...dengar dia menangis..ketawa..pastuh senyap..kang dia macam sembang-sembang.

siram-siram air...nampak buih sampai ke lantai... .eshhhhh. Kami panggil dia..ha-ha berani ko. "Kak B...kuar Kak B..lama dah mandi tuuu" --->

suara aku kuat tapi takut-takut.

Kak B jawab:

" Apa....? aku tengah nak pegi kayangan ni.
.blaa..blaaa....merepek..merepek..bla..bla." dan ketawa kuat! " pergi kauuuu..hahahahahha"...

suara adalah tak normal ya.

so kompem.something wrong.

aku dan Kak ANis gelabah. Camna ni? nak buat apa? oh..kena cari family dia.

So..kami bersiap..aku dgn tak mandi..ala kadar bersiap..kami sorok semua benda yg ada potensi jadi senjata termasuk lesung.pinggan , cawan kaca, semua angkut masuk bilik aku.kunci.

Dan kami kunci pintu dari luar, mana tah K Anis dpt mangga.

naik kete Kak Anis. Pi ofis Kak B bekerja. Kak Anis tau sebab dia pernah tumpangkan Kak B pi keje.
Kami jumpa org opis dia dan cerita..so derang carikkan contact family dia. dapat nombor abang dia. nasib abang dia keje di JB. so kami call..tapi lama jugak masa tuh.

aku risau gak dgn Kak B yang kat rumah..iskk dah lah kami kunci pintu.
Kami bagi alamat kat Abang Kak B. nasib dia biasa area tu..so kami balik rumah.

Sampai rumahhh....ni rumah flat ye...terkejut. semua jiran berkumpul/menebeng di koridor.
sampai je...ada sorang Akak tuh.umur 40-an..cakap..

" mana u ols pegi...u tau tak house met u jerit2..bla..bla..." marah-marah.
So sebagai jiran yang prihatin kononnya..derang sound-sound kami..kata kami kunci pintu la..etc
kami cerita la hal sebenar.
Derang cakap.." u ols ada masalah..kena lah kongsi dgn jiran.Ni senyap-senyap je...bla.bla.."

PADAHALLLLLL.... sebelum2 tuh muka masing2 masam je dgn kami. nak tegur pun tak nak. sebabbb??? pernah sorang jiran marah kami sebab laki dia senyum kat kami time balik keje nak ke pintu rumah dia.elehhhhhhhhh. takut laki dia suka kat anak dara 5 org ni ke??? eh..tak taste langsung oke.

pesen laki orang yang melintas depan rumah jiran pun bini jerit kat tingkap..

" bangggggg!!!..masukkkkk dalammmm!!!!" <--- tak koser oke nak skandal dgn laki orang yang pesen macam ni. tak taste langsung. eh melalut pulak.


macamlah kami nak kat laki dia. start hari tuh kami mmg tak berani laaaa nak bergaul dgn jiran pasal takut kena serang dengan lesung.
Macamlah kami nak kat laki depa tuhhhh. oh pelisss laa.we got a better taste lah kak senah.
Time ni ko tiba-tiba perihatin pulak.

so kami bukak pintu.

Oh..kak B masih dalam bilik air u ols.
ketawa mengilai..nangis-nangis.

Tak lama tu abang dia sampai.

so kami cerita apa yg jadik. so abnag dia cakap..mmg Kak B ada masalah mental. Dia memang amik ubat. Oh agaknya vitamin kecantikan yg dia cakap tu lah kot ubatnya. mana kami tau. tgk elok je. So abang dia kata nak bawa Kak B ke hospital. May be kena masuk wad kot..sebab dulu dia mg pernah duduk wad.
Tapi Kak B tanak kuar jugak.
Kami dah puas pujuk. dia ketawa..nyanyi..marah2.

sambil-sambil tu...aku siap belah buah tembikai kat abang dia.
Punya lah menjajau carik pisau oke sebab dah sorok segala pisau.
Eh boleh plak kan. makan tembikai time-time gitu.ha-ha.dengan back ground suara Kak B nyanyi lagu Ella.
sebab lama sgt tunggu Kak B kuar toilet, kami sembang-sembang.

Barulah kami terfikir..a'ah ek..orang normal ada ke tempek tiap2 hari kat muka susu 3 tin???

So tah lupa camno abang dia pujuk , Kak B kuar. Tapi berkemban je.
punyalah susah nak pujuk suh pakai baju.
siap boleh amik tembikai sepotong..masuk mulut.

Abang dia pujuk-pujuk tak jalan gak.
macam makin teruk pulak.

Kami bukak pintu. so memang menebeng lah segala jiran yang 'prihatin' tu.

So abang dia call orang hospital kot.
Orang Hospital datang rumah.
Abang dia kata nak pi jalan-jalan..jommm...
so dia naik van sepital.

lega..

gila gelabah oke!

sambil tuh kak anis sempat cakap.." eh..abang dia hensem la..tuh beriya ko potong tembikai tadi ye?..." choiiiii.

tu lah kisahnya.

so..orang sakit mental ni mmg kena monitor ubat dia...dan perlakuan dia.
macam kami mana perasan. rasa dia normal je.

Bayangkan kalau lah K Anis takde...dan aku tidur tak kunci pintu ke..iskkkkkk....
takyah lah bayangkan. anything can happen . Mana tau dia nampak aku yg tgh tergolek tidur ni macam tembikai ke? oh ngeri.

Tapi Alhamdulilah. semua selamat.

Lepas tuh aku tak tau apa jadik.

sebab tak lama tu aku pindah
....

25 comments:

Anonymous said...

akak, sangat seram ok kisah akak ni..
lagu cinta-cinta akak tu ulang 4 kali baru saya khatam kisah ni..
Huiish..seram.. Sebaik tak jadi ape kan..
Mak saye penah cita bout cikgu kat sekolah dia yang pegi menuntut ilmu macam-macam akhirnya jadi gila.
Boleh tak die amek parang sambil asah-asah dalam bilik guru, pastu kata nak pegi semelih kambing.
Mana ada kambing kat sekolah??
Sebaik ada sorang ustaz ni tolong tenangkan dia and amek parang tu..Kalo tak...

Btw, sempat kan makan-makan time krisis2 camtu.. Buatnye kak B tetibe kuor dari bilik air sambil pegang pisau pastu tunjuk kat akak?? Imagine..imagine..
hehe

Uncle said...

amboi...saspen betul cerita....kalau dapat kat jin shamsudin ni mahu dia buat pilem...

attyfir said...

leh buat drama citer ko nie catz.
takut gak kan ..org sakit mental .mmg kena amik ubat ..

aku pn ..ade pengalaman ngn orang sakti mental .masa aku keje klinik ..
org tu serang.hempas barang bagai ..

Chik Att said...

huh... trilll betul citer .....

azieazah said...

MasyaAllah.. akhirnya.

Sungguh dahsyat gak tu. Tak terbayang kalu.. kalu.. uishhhh.

Adakala serba tak kena kita dgn jiran ni. Baik sangat pun susah, renggang pun payah...

Yattisa Roslan said...

lawak nyer citer ni tahap gaban...

Masni said...

catz, ngeri juga baca citer hang..trill sungguh..
ari nih beli lauk apa plak?

Unknown said...

seriau baca citer ni..

CiK NuYu said...

Best pulak kisha kak B ni..
Gigih baca..macam kelakau pun ye..
:D

Live LiFe..LoVe LiFe.. said...

salam ziarah...sangat menakutkan..xtaw la kalo jadi pada saya..mujurlah xde apa2 yg berlaku..

orangrawa said...

bole buat filem...tapi jgn kasik kat raja azmi plak direktornye!!

PINATBATE said...

kecut perut akak baca cerita ni..naik seram nak makan tembikai..

catz said...

honeydear,
hai..welcome to my blog..
happy reading ya.
selamat berpuasa.

oh..kisah u pun seram gak.
asah2 parang kat sekolah.
oh..ngeriiii..
now ni macam2 kan. menakutkan.iskk.

btw, salam kenal.

catz

catz said...

uncle,

uncle nak watak tak dalam pilem ni?
hahahhaa.
or uncle je jadik director nya.
hiks.
:)

catz said...

atty,

experience ni menakutkan gak.
tapi mujur takde apa kan.
:)

catz said...

chik Att,
mmg thrill.
boleh buat pilem gitu,
'haahhaha.,

hows puasa? raya? persiapan oke?

catz

catz said...

azieazah,

time tuh semua bujang. takut kena baling lesung dgn akak depan pintu.
hahhaha.
tulah. nak baik dgn jiran pun takut gak time tuh,
bila benda2 tuh jadik, barulah jiran nak bertegur sapa.
ngeri jugak bila di ingat2kan.

catz said...

Yatissa Roslan,

hai...apa khabar?
selamat berpuasa.
:)

catz said...

rose rahim,

u seriau pegang-pegang leher tak?
isk..ngeri oke bila tgk berita yg tang semelih anak tuh.
takut.

catz said...

Cik Nuyu,
kelakau ke??
oi...ngeri oke.
hahhahaa.

'eh.,.hows puasa? persiapan raya? oke?

:)

catz said...

hi Live live, love live..

apa khabar?
welcome to my blog.happy reading ya..
ye..agak menakutkan kisah ini.tapi kelakar pun ye gak.lawak senyum2 sendiri bila ingat.
:).

selamat berpuasa.

catz

catz said...

orang rawa,

kalau bg kat Raja azmi, makin sensasi lah pilem ai ni.
hahhaha.
ada unsur2 18SG gitu.wakakaka

catz said...

pinatbate,

errr..tiba-tiba takut nak makan tembikai? hahaha., tembikai tidak bersalah.hiks.

catz said...

Masni,

hari ni beli paru sambal, hati masak kicap, asam pedas, tempoyak patin.
:)

Anak Jawa said...

ala2 silent of the lambs tau... jodie foster jer yg layak belakon kalau nk jdkan filem kisah ni. hehehehe