tok! tok! tok!
Auntie cleaner masuk bilik.
Morning!
Auntie: U raya balik mana??
Aku: errrr....Johor.
Auntie:Baju raya sudah siap ka??
Aku: errrr....dah.'
Auntie: berapa pasang?
Aku: errr...2
Auntie: Kuih sudah buat ka?
Aku: err...tak buat.Beli.
Auntie: Banyak ka??
AKu: errr..tada lah auntie, sikit saja.
Auntie: Cuti lama ka?
Aku: 2-3 hari je...
Auntie..: pot..pet..raya..raya..raya...
errr..
sebenarnya kan auntie...
i nak cakap gini.
Raya???..oh..otak sesak sangat now ni sampai nak fikir hal raya adalah tidak sempat.
Dengan course dan exam immediately after raya yang sepatutnya aku dah start study sekarang ni. Tapi dengan kerja berlambak ni, tang mana aku nak pegang nota, buku segala?
Dengan seminar paper yg dateline weekend ni, persiapan nota utk talk..field work arrangement, then akan ke Sabah seminggu- kerja, paper jurnal yg tgh duk edit, correction untuk thexxx, field work di hospital next week dan the list goes on............
Bila aku nak fikir pasal raya?
Bunyik macam POYO.. tapi itulah yang aku betul-betul rasa now ni.
sedar tak sedar...eh...rupanya seminggu lebih je nak raya?
so jawapan aku untuk auntie kat atas tu adalah sekadar berbasa basi.
Takut dia terkejut tergolek kalau aku cakap aku belum sempat pikir pasal kuih raya.
Kawan-kawan mostly cakap: oh..Puasa ni penat makan.
ye lah kan. buffet puasa sana sini. mana yang vendor belanja..boss belanja bagai. Oh..dah banner buka puasa buffet bergantungan sana sini. semua kata promosi.Terseksa mata aku tengok orang buh gambar derang pi buffet ramadan kat blog. mak oi.
Berkesempatan ke PD 2 minggu lalu.
Panas.
Hajat nak makan ayam golek Batu 4 podiksen
Tapi tah tak tau kat mana agaknya abang koboi yang friendly itu berniaga kan time bulan puasa ni.
so dah terlepek.
malas nak ke bazar ramadan...
Ada benda yang membuatkan jadik pissed off lah masa check in.. tapi malas lah nak cerita. aku dah bubuh komen dekat comment form and bagi direct kat GM dia.
malas nak fikir dan mengamuk. Nipis pahala puasa aku kang.
buffet buka puasa yang dengan diiringi oleh nyanyian lagu live yang mikropon adalah nyaring gila. sila buat sound check dulu sebelum nyanyi plis.
Tapi makanan sedap..harga pun masuk akal untuk buffet buka puasa yang berapa banyak sgtlah kita boleh makan.
Masak lemak tempoyak pucuk kayu dengan petai..oh this one is to die for lah.. mableshhhh!
sambal tempoyak gak yang aku makan beriya.
food selection was quite extensive.. ada gulai kawah, lauk pauk melayu, beberapa jenis sup, bubur-bubur, buah-buahan, choc fondue pung ada. tak sempat nak makan semua.Tak sempat nak amik gambar semua pun.sebab bila aku jalan-jalan ke buffet kaunter tuh, amik gambor, pegang kamera, orang pandang aku pelik. so malu lah pulak.
1 comment:
catz..ni kat thistle hotel tu ke...
Post a Comment