Monday, August 9, 2010

Radix Fried Chicken , Sungai Petani.


Actually dah lama aku nak rasa. Masa pi ALor Star hari tu tak sempat. so bila nampak di Sg Petani (pukul 12 malam) terus fikir, esok lepas check out hotel, mesti nak singgah.
Gembira dapat merasa.Oh, ya...Sungai Petani adalah sengat meriah dan membangun. terkesima sebentar melihat pesatnya pembangunan di sini.

ok, jom makan.

Restoran ayam goreng bumiputera Islam pertama di Malaysia...
maklumat lanjut klik sini.
Segar, organik, lazat, berempah,rangup, halal.


Radix Fried Chicken,Sungai Petani, Kedah.

restoran cantik yang berwarna oren.

interior yang juga cantik dan cozy..

set ayam goreng, coleslaw dan mashed potato,air sarsi

Rasa ayam goreng yang sedap. Oh, kalau ada banyak cawangan kan bagus. Nak compare dengan K EP Ci ? Bagi catz sedap je (aku ni apa benda yang tak sedap??)... i mean, dari kecik kita dah biasa dgn K EP Ci, so secara otomatik, kita akan duk compare jugak. Tapi yg ni ayam organik, di jamin Halal..rangup juga. coleslaw to sedap..mashed potato pun sedap juga. so nothing to complaint. Sedap.

sos cili keluaran HPA

Baguskan..dari air..sampailah sos semua keluaran bumiputera Islam. Kalaulah ada banyak lagi cawangan sekitarSelangor ..KL...kita akan ada banyak pilihan. Dan menyokong perniagaan bumiputera Islam kan.

suasana tempat makan yang selesa

Saya menyokong sekiranya banyak lagi cawangan restoran ini dibuka terutamanya di kawasan lembah Klang.



DAN....

aku tak tau bahawa ia terletak di kawasan yang kalau nak letak kereta adalah berkupon. SOoooo..
terpaksa pasrah bila tgh gigit ayam goreng, nampak org majlis perbandaran tengah saman kete aku yg tak de kuponnnnn...
nak kejar tak sempat laaaa....


err..aku tak sempat bayar lagi saman tu..bila nak bayar ni ek?????

ada sesapa di Sg petani boleh bantu saya????

saya dahului dgn ucapan terima kasih, sekiranya ada yg sudi bantu,.

:)

19 comments:

kucingorengemok said...

aku pun teringin nak rasa, tapi takkan nak kena pegi sg petani kan? i bet kalu bukak kat bangi sure laku

cikwawi said...

kat kluang ada branch dia.. n ada restoran nasik ayam radix juga. pon dijamin sedap. meh aa singgah kluang nun..

al-qamar said...

bila la nak bukak branch kat bangi ni... tp ada kawan saya ckp, RFC ada nak bukak kat shah alam. *fingers crossed*

Yayah AsbestoS said...

Ketz, laki gue kata takyah bayar. hahaha...

attyfir said...

lebih kurang cam kfc je ye..

Farah said...

Dah lama dgr cerita tap x merasa nk makan sbb x ke utara. ape kate akk je buka branch dia kt KL ni? menarik kn?

Unknown said...

catz.

berdasarkan pengalaman, tak payah bayaq.. hahah

Leia Azmi said...

hi Catz,
ada satu RFC ni dah dibuka kat kota bahru betul2 depan HUSM... tapi tak try lagi .. lepas baca entry u terasa nak pi makan kat situ bila balik sana nanti...

kembarahitam said...

hi catz..dh 2-3 ari nmpk entry u ke utara ni..baru arini leh comment..ekeke..
SP adalah kg ku..:) smua pon sodaps kat cni..malangnya i keja far2 away 4rm SP..
oh.parking tu, abaikan ja la. bukan u slalu p sana kan..hehe..

catz said...

kog,

kat kluang dah adaaaaa.
sila serbu..
:)

catz said...

cikwawi,


awak di kluang kah??
nantik bila2 nak merayap ke kluang..jalan2 cari makan.
:).

selamat berpuasa ye cikwawi.

catz said...

alqamar,
kalau bukak kat bangi..sure meletopsss kan....
:)

catz said...

Yayah Asbestos,
hi..
welcome to my blog..
hahahha..
kann..kan..dulu2 pernah gak kena saman mcm ni kat kajang..
tapi catz tak bayar..takde apa pun..hihihihi..

catz said...

atty,
lebih kurang je.
sedapnya..
:)

catz said...

Farah,

hi..welcome to my blog..
:) happy reading.
:).

bukak cawangan?
errr..1.5 milion dik...
hiksss....kalaulah duhets jatuh dr langit.hehehhe..ok gak tu..

catz said...

Hann,

br berkira2 utk malas nak bayaqqqq..
hikhikhik

catz said...

Leia Azmi,
hai...welcome to my blog...
yeah...serbu...kita ramai2 sokong perniagaan org islam bumiputera.
u tinggal mana?

salam ramadan.selamat berpuasa.
:)

catz said...

kembara hitam,
welcome to my blog.
:).
sungai petani menarik dan sgt happening.
i likeee SP ..
rasa nak mai sana lagi.
:)

ateh bie said...

sedap catz..adoi lama dah x pi..kalau ada kat area kl bagus kan..jom kita bukak....haha

p/s:suka tul lagu nih...lalalala....x tgk kcb the series ke.??