Wednesday, August 25, 2010

Entahlah...mental.

1. aku rasa blog aku ni entah apa-apa aku tulis. sejak nak puasa.
.bulan puasa ni macam tak ada modal nak cerita pasal apa. Masak-masak? tak masak. eh..ada la..sekali dua masak. tapi masak mee goreng je pun. so malas le nak gebang-gebang hal masak memasak.
ehhhhhhhhhhh....lupa. ada laaa..masak sahur.
hari-hari masak, without fail you.
Tapi takat goreng telur, ikan kering, buat sambal, masak sardin, masak kicap, simple-simple dish, masak air, masak nasik..malas le nak gebang.
Nak cerita hal juadah buka puasa?
pun macam malas. asyik ulang benda-benda yang sama. Penyakit addiction kepada masakan makcik bazar ramadan yang itu..so menu nya hari-hari adalah masak lemak tempoyak patin, ikan talapia, asam pedas ikan baung/ tenggiri. hari ni pun..menu sama. eh. hari ni aku tambah menu. sambal paru makcik ni adalah best..citarasa aku. tak pedas..adalah pedas sikit-sikit dan manis-manis sket..oh sedap.

eh..update: ha-ha. Hari ni aku dah interbiu makcik tu.

aku: makcik..makcik ni memang berniaga kedai makan ke?
makcik: ha'ah..
aku: kedai kat mana?
makcik: alaaa..warung tepi jalan, dekat trafic light simpang 4 -bangi-putrajaya-klia-dengkil tuh..
aku: ohhh..kat mana tuh
makcik: ala..tak jauh dr trafic light, hala ke kota warisan, yang ada teksi banyak-banyak berenti tuuuu...
haa..actually i was wonder gak kedai ni yang kdg aku rasa nak berenti tapi tahap ramainya manusia makan disitu adalah sama ramai dgn teksi -teksi, airpot Limo yg berenti depan kedai ni. pernah terpikir, sure kedai ni sedap kot...haaa.see.terjawab dah.
so korang imagine lah senirik kat mana ye.
eh..aku bagi clue lagi la.
kalau dari putrajaya..stretttt je menghala ke dengkil/salak tinggi/KLIA ..akan jumpa traffic light simpang 4...hala ke kota warisan..kedai tuh belah kanan..depan dia dipenuhi oleh teksi-teksi/epot limo. kalau lengang tu maknanya korang salah kedai.
err..pandai-pandai lah korang nak u-turn mana sebab tuh jalan besar 4 lorong..yang tengah-tengah ada divider. kalau malas nak pusing, park tepi jalan lintas je ye tak? nak makan sedap memang mencabar. kena gigih.


3 comments:

AyunasiA said...

tau tau tau!!!

Ana Ali said...

Catz, saya tau tempat itu memang banyak kete berhenti, akus elalu ikut situ dari nilai kalau nak gi ke Seri kembangan atau pasar borong selangor tuh... boleh lah try jugak gamak nyer

serisinisana said...

oo...kedai makcik tu kat situ ke? dulu masa duduk PD, kalau nak gi KL slalu ikut jalan tu...slalu la nampak kedai tu penuh je ngan teksi2 limo bagai... nak kena try ni...oh...tp skrg dah jauh