Tuesday, March 15, 2011

Bread butter pudding

puding roti in the making

Jom masak.
Ok, resepi puding roti ni macam-macam version. aku carik yang paling simple, bahan paling sikit. Ada satu resepi tuh, guna telur sampai 6 bijik.tapi mmg nampak sedap menggebu. aku punya target. maksimum guna 2 bijik telur je. Ni versi makan sendiri, untuk anak tekak diri sendiri. so kos juga patut diambil kira. hik. Aku tak nak beli telur sampai 10 bijik sebab akhirnya akan busuk macam last month sebab tak habis guna.so berpada-pada ya catz.


Bahan-bahan:

1. telur 2 bijik
2.roti 6-8 keping ( i guna butterscotch bread utk effect lebih sedap)
3.butter - 4 sudu (cairkan)
4.kismis -segenggam (sukati je..nak letak 2-3 genggam pun boleh)
5.susu penuh krim -400-500 ml (malas nak sukat,aku tuang je agak-agak)
6.esen vanila
7. serbuk kayu manis (optional) -aku tak letak sebab takde, malas nak kikis2 kayu manis kat dapur)
8.tepung custard
9.gula (1/2 cawan) - ikut le nak manis mana.


Cara-cara:

1.sapu butter kat mangkuk/loyang pembakar/bekas pembakar

2. pecahkan telur dalam mangkuk, kacau(pukul) then masukkan susu, butter cair tadi, esen vanila (kacau sebati)

3. susun roti yang dicarik-carik dalam bekas pembakar sesambil bubuh le kismis. Then tuangkan bahan campuran yang semangkuk tadi. Biarkan tenggelam, tekan2 sket pakai garfu.
Biar le around 30 minit.
Oh..sambil tuh preheat oven ye.

4. Bakar pudding selama 30-40 minit dalam suhu 160 darjah. (bergantung pada oven).

Aku biarkan dalam oven..dan tinggal naik atas pegi mandi. Then aku turun 15 minit kemudian (mandi katun sebab takur dapur terbakar) ... sekali tengok....makkkkkkkkkkk!
membuak-buak puding tuh naik. ok..tarik napas catz. Ye adik-adik, memang adunan ni akan membuak naik seperti di atas ye..so tak yah le nak takut tak pasal-pasal. nasib abik mmg baca dalam resepi bhw puding akan naik melampau..so biar aja. err..syok gak tgk tau. ha-ha. Aku siap duduk depan oven sebab tengok makin lama makin galak dia naik sampai terjojol-jojol kismis tuh segala.Macam nak terpelanting kismis tuh semua tauuu.
ok, tak yah le jakun sangat ye catz.
sesambil tu buat sos kastad.


Untuk buat sos custard ni, catz guna gula, tepung custard dan susu penuh krim tadi.

Mula-mula, masukkan susu, gula, kacau dengan api kecil. Jangan mendidih ya. Then agak-agak gula dah sebati (ikut le nak manis mana..aku buh 3 sudu je) , bancuh tepung custard 1 sudu setengah dgn sedikit air. masukkan sikit-sikit dalam susu tadi. kacau-kacau. Hingga sebati, agak likat.


Bubuh dalam bekas dan sejukkan.


Ok, cukup masak, dah kecoklatan, kuarkna dari oven dan sejukkan. Puding roti yang membuak tadi dia akan kempis bila dah sejuk. ceh....acah mak enon aja kan.

hiris dan makan dengan sos custard tadi.

Puding roti suam, sos custard tu sejuk. Kombinasi yang buat aku makan 3 hiris.

Tak pasal-pasal aku dinner siap berdessert bagai malam tadi. Dinner aglio olio resepi campak-campak dan dessert bread butter pudding. over gila.
yummehhhhhh!

ok..jom masak!

8 comments:

serisinisana said...

i syuke... i syuke benda ni....
tp antara bread pudding yg sedap pernah di rasa adalah di grand season hotel... cubalah...yummmy

Idy said...

wow!! nampak sgt sedap bread pudding ni..Dahlah pergi baca entri ni waktu lunch..hasihh!!

:D

Yattisa Roslan said...

sedapnya.....x baik memouth watering kan i tau....

Hajah Zainab bt Abdullah said...

wow...nanti nak try resepi ini..

Inah said...

aku punye version lagi malas kot catz..letak roti dlm aiskrim yg dicairkan..pehtu campak butter and sultanas..letak peach skit bg efek buah buahan..and wallahhh..dah jadi :D

@xiM said...

aku tak suka puding roti..tak taw pasaipa..

~cik_awa~ said...

sis mintak izin copy paste resepi ni..tQ (^__^)

~cik_awa~ said...

sis, mintak izin copy & paste resepi..TQ (^___^)