Tuesday, March 15, 2011

That Little Gerai , AU5

Jom..jalan-jalan cari makan!


Lokasi adalah di :

Jalan AU5D/1
Lembah Keramat, WP Kuala Lumpur


(sederet dengan Syed Bistro) ---> tak jauh dari Giant Taman Permata.


Boleh rujuk sini

mereka juga ada facebook, klik sana pula. :)

Sebelum ini, mereka berniaga di Setapak dengan nama One Step Western tapi atas sebab tertentu mereka berniaga di sini.

That Little Gerai serves western food seperti lamb chop, chicken chop, grilled chicken , steak yang dihidang bersama coleslaw dan mashed potato/fries.
Selain itu, mereka juga menu lain seperti pasta dan burger.

Chef Aidy and his friend (lupa nama--if ingat saya update)

Gerai adalah kepunyaan chef Aidy yang juga chef di sini. Ha u ols. mana nak dapat makanan sedap disediakan oleh chef berpengalaman dengan harga berpatutan??? Haa...hanya di That Little gerai.

Chef Aidy dulu lama tinggal di US, more than 20 years. Bekerja dalam bidang ini yang merupakan minatnya. Berpengalaman bekerja dengan hotel dan restoran ternama. Antaranya di Marriot (Shook) Starhill.
Kini beliau menjalankan perniagaan sendiri dibantu beberapa pekerja.

Klik gambar untuk baca detail. Gambar saya pinjam/copy dari blog dadaiq


Dari rumah uncle dan aunty, kami ke sini. Chef Aidy menyambut dengan ramah. Sementara menunggu ahli jemaah makan sampai dan tunggu order, kami makan fries sambil borak-borak.
Ramai juga pelanggan mereka.

Marina (busy with fries,hik-hik), uncle, Yuya and Abang

Oh malam ni istimewa. kami dihidangkan lasagna istimewa!
Mula-mula baru sampai, nampak derang hantar lasagna ke meja sebelah..wah..kami dah jeling-jeling you! Nampak sedap gila! so dah telan air liur. Kak Fatimah siap fikir nak order.
Tak lama..jeng!

Chef Aidy hantar lasagna ke meja kami..semua excited (aku je lah kot yang over..kah-kah).

apa lagi! lets dig....!! uncle ala-ala potong kek dan serves untuk semorang. Hehe. F&B director hidang u ols. i tukang makan je.


Tak sampai 5 minit ..selamat masuk perut. and the 1st thing i remember was...." makkkk sedapnyaaa....nak lagi boleh tak???"
Tapi dah habis. merasa lah sorang sikit.,
Then chef Aidy came to our table to capture the lasagna photo tapiiiiiiiii.....
dah tinggal tray sajork!

chef Aidy : " aikkk?????? tak sempat i amik gambar..habis dah"
Suara perempuan: " SEDAP sangat! TAK CUKUP! (ketawa hik-hik-hik, tutup-tutup mulut).

* u ols rasa...siapakah perempuan yang tak berapa segan itu? hik-hik-hik.

ok.lets see other menu that we had that night.



spaghetti bolognese

1st i saw it..wow..banyak daging dari spegetti kan? selalu orang bubuh sos daging tuh secepuk je atas sepinggan spegetti kan? ni dah ala-ala terbalik. Yang ni Kak Fatimah yang order (dia duduk belah kanan catz). wah..laju je tangan i melintas ke kanan.kih. hemm...SEDAPP!! excellent!!
Portion banyak dan memang tak kedekut daging. AKu bisik kat Aida yang duk sebelah kiri aku..
aku: "Eh..banyak gila sos pasta+daging ni"
Aida: "a'ah..ni untung ke niaga mcm ni...pemurah gila"

Then we giggled...sambil sesi rasa merasa.

Tulah kan..memang ikhlas tuan puanya gerai ni masak. Tuhan akan murahkan rezeki dia jugak kan...

(Aida dan Aidy adik beradik).




BigS burger

Yang ni Iq yang order. patty ni derang buat sendiri katanya. 200gram. besar dan sedapppp katanya. aku surf few blog yang buat review, semua puji sedap.

set burger

lamb chop with black pepper sauce

sedap dan portion besar. I like the mashed potato dgn coleslaw. semua sedaplah. Rasa sos black pepper tu just nice. yummeh!

fish and chip.lupa sapa order ni. ni catz pinjam gambar dari FB derang.


Yang ni takde sapa order. pinjam gambar dari FB derang. Dori fillet with mustard cream sauce. Nampak sedap.Org yang buat review cakap sangat sedap.next time maybe boleh try.

aglio olio seafood

Aida dan Wakana order yang ni. So catz berpeluang merasa. ya ampunnnn..sedap gila u ols. sampai tangan catz melintas 3 kali ke pinggan Aida. ha-ha. Aida pulak ckp.."makan catz..makan..sedap ni..i mmg selalu order nih". aku kan tak berapa segan bab makan ni. hiksss. so 3 ke 4 kali tangan i melintas ke pinggan dia. hiiihihihi.setappp!
uncle order grilled chicken kot..tak sempat snap photo.

we ols malam tuh...yang lain mana tah..jalan-jalan kot..jalan-jalan ke dapur. hikhik. Uncle sefamily, Aida and Iq sefamily, Kak Fatimah dan Abg Farid sefamily.
oh..ai suka main pipi anak ka Fatimah. dia tak nangis pun. baby baik, if nak bg nangis kena cubit kuat-kuat kot.ha-ha.

Happy customers

Friendly chef and customers

Aida, her brother chef Aidy and i

overall? satisfied!!
oh ya..kalau u ols nak suruh derang masak benda yang takde dalam menu mcm mousaka ke, mushroom ke nak buh dalam makanan u ols. ha..bawak je.hiks..they can cook anything. Nak suruh derang masakkan seafood ke..bawak je. jangan ko bawak ular sudeh. hehehhe.
Bila makanan adalah sedap, layanan bagus, makan kat gerai pun kita rasa lebih best dari makan di restoran 5-6 bintang.
Harga- reasonable.
taste wise - excellent
service - boleh improve lagi
ambiance -makan kat gerai ramai-ramai dengan kawan-kawan adalah lebih seronok..boleh ketawa sampai bergegar meja dan tapak gerai. hik.
thanks to uncle sefamily.
This would be my fav makan place.

jom...!!

20 comments:

Netnet said...

ko sampai hati tak ajak aku... *sambil nyanyi lagu sampai hati ameng...*

zixol said...

buat aku lapooorr

Uncle said...

Salam Catz.

That was fun....as I will be leaving for bali for 1 month again....i'll contact you for our next makan session when I come back...amacam?

serisinisana said...

lasagna itteeww sungguh menggoda

Inah said...

mcm style william eh..sonoknyaa..dekat ngan umah aku :)

@xiM said...

giler lah mantap seleksi makanan yang ada!!!

meleleh air liur beb!!

atty's said...

tengok entry nie meleleh2 air liur nie..huhuhuuuhuhuu

Hajah Zainab bt Abdullah said...

oh tidakkk..."kecewa" yang amat bila tengok hidangan2 tu seme....uncle bila nak ajak KN gi makan2!! :))

Aidy said...

Thanks Catz for the write-up..I'm humbled.

Hope to see u soon.

p/s <3 ur blog..it's great..keep it up!

che'Burn@che'Qis said...

Hye Catz..burn here. we came to 'that little kedai' jas now..ordered ikan dory wit masterd sos ngan lasagnia...

honest review..hmm, abit dissapoint la..sbb sbelom dtg td, mmg high xpektesyen..sayang sibu kali sayang..

ikan dory masterd sos - ikan dory nya masin. sgt. but the sos ok.

lasagnia - ok. tp xde 'umph'. x kick.

hmm...but the chef was really frendly. penoh ngan senyuman. x smpi ati nk tegor dia ckp ikan dia masin..hehe

we oso saw u, catz wit ur grup. ramei tol..hehe x sempat to say hi cos cikpuan xlarat da. penat sgt katanya.

mayb akan try lg ke sini, cube try mkn yg lain..hehe jomm??

catz said...

netnet,
jom...next session..jommmm!

catz said...

zixol,

lapar? sila ke dapur.atau ke kedai makan berhampiran..jangan tenung gambar lama2..nanti pengsan.
:)

catz said...

uncle,,
ok je....bawak kaum sahabat ramai-ramaii...kan...err..chef! lasagna satu!!..
ihikss

catz said...

serisinisana,

ya yanggg..menggoda kalbu sungguhh! kan...!

catz said...

Inah,

william mahalssss..sini ok le jugak..sedap pung sedappp!

catz said...

axim,
karang ko dtg KL, bawak le sahabat handai kaum kelorga ke sini...sedap and worth..chef yang masak nih..
:)

catz said...

atty,
jom..bawak geng blogger ke sana..
hehhe
:)

catz said...

haja zainab@mama,

kang uncloe balik KL, kita pakat mai KL lah..meriahh..jom mamaaaaa...

catz said...

Aidy,
hai..u are welcome.
welcome to catzscafe.
blog i merapu rapu je..
i will write on best makan place..
:)

catz said...

hi burn,

hi..welcome to catzscafe.
oh..u nampak i dgn other friends..
hahaha..kitarang mmg suka makan and try new place.and some of them were new friends and meet at TLG to try their menu.
eh..i rasa ok je if u let the chef know that his cooking was a bit salty..maybe he will improve and meet their customers requirements.
:).
i ordered lasagna as well (order satu tray.hehe) and it turned out to be good and delicious as usual and my friends like it.

they have other menu as well. now they got salmon, i defiitely will try other menu soon..ye..marilah meramaikan jemaah.:)