Tuesday, March 29, 2011

Kak Limahhhhhhhh!!!

Lama dahhhhh aku carik dvd kak limah.
bukanlah carik pun,
kebetulan, aku pi jalan-jalan di pasar minggu...sabtu pagi yang lalu di sebuah pekan dlm Daerah Batu Pahat.
Dari jauh, aku tengok dua orang budak lelaki mengadap gerai jual err..dvd.
Nampak aku berjalan ke Gerai mereka, mereka panggil aku sambil senyum..

adik penjual: "kakk! cd kak! dvd kak!"

aku: dik..hantu kak limah ada??

adik penjual:( senyummm) .. tak de lah kak.

aku sampai ke meja derang.

erkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

time ni aku terus rasa nak pinjam tudung saji kat pakcik penjual barang plastik dan pinggan periuk sebelah adik penjual CD. nak cover muka mak yang tetiba termalu-malu ayam.

adik penjual : Haa.. ni kak.. Ni CD surah Yassin, terjemahan. Yang tuh CD asmaulhusna. yang ni ha..ni kak. dua ustaz yang buat terjemahan. suara derang sedap. Surah Al baqoroh ayat 1 sampai habis, sambung dengan surah pendek.

aku: (senyum. cakap dalam hati...kah-kah. kau catzzzzz. lenkali nak tanya sila tengok-tengok dulu yaaaa) . hem..kejap, akak tengok-tengok dulu ya. derang ni jual cd agama, dari cd nasyid, cd ngaji sampailah terjemahan etc. Cd doremon pun tak de ya.

adik penjual: yang ni, surah pendek, hafalan untuk budak-budak. Kalau anak-anak akak duduk dalam kereta, haaa..baguss ni kak. budak-budak umur 4-5 tahun, budak darjah 1, senang nak hafal. ada doa-doa pendek. Bagus kak.

errr... muka ahkak ni rupa mak orang anak empat ke dikkk????

moral of the stori:

Catz, ni pekan kecik ya. takkan lah ada orang jual cd cetakrompok disiang hari di pasar pagi catz oiii! ni bukan KL. ngok ngek!

Last-last beli CD nasyid. ya..moga cahaya keinsafan meresap kedalam jiwa.



BUT.

Finally, aku jumpa dvd ni dekat kaki lima depan bank di JB. Malam pukul 9.00, dekat mana tah, tak jauh dari wisma daiman rasanya. so dapatlah mak tgk ghopa kak Limah..

wakakakkaa.

dah nama pun cehtak rompak RM5.00 kan. aku takde dvd player (kesiaaaan).
so tgk dekat notebook. suara, ya ampunn..pelan . dah maximum aku adjust semua benda. so kena dengar guna earphone. AZAB tak? tgk cerita hantu, dengar music background yang seram suspen-suspen pakai earphone..
bila guna earphone, wowww....kuat, loud and clear...and seram. bongok je aku rasa.

aku meniarap atas katil malam tadi sambil makan keropok dan hirup iced coffee Vietnam.

baru tengok 12 minit, dvd dah hang!
tgh adegan yang awie tegur kak limah..

"kak limah, masuk le..kang kena malaria tapioca"..dah stuck.ngek.

aku kuarkan semula. haaa..ok...eh..apek perampok dvd tuh rakam pakai astro 1st. sabooo je.
nasib gambar cantik dan suara clear. kalau tak, bukan rumah kak limah yang terbakar, apek dvd tuh dengan bank-bank tuh sekali yang akan kebakaran. (err..apek ni jual kat kaki lima mebenk).

aku ketawa terkekkekekkekekkeke sorang-sorang. bila sampai pat suspen-suspen, aku minimize dan tengok blog.kah-kah. penakot betuiiii aku ni.
hantu mak limah tuh sampai separuh cerita pun aku tataw rupa dia. Bila kak limah nak kuar je aku terus klik window lain, baca blog.
wakakkakaka.

tapi dah akhir-akhir tuh..aku tgk gak le. lama-lama hilang lah jugak rasa keseraman.
hik.

kelakar gila dan aku rasa dialognya penuh dengan kata-kata sindiran yang pedas.
hiksssssssssss.

cer citer..cer citer.

dialog yang aku ingat.

Kalau kita ingat pada org, orang akan ingat kita. lebih kurang gitu le kot.

err..jiwang aku ni, walauponnnnnnnnnnnnnn tengok citer hantu.

:)

10 comments:

marie said...

you ni catz..ada aja lawak di pagi hari...terbahak akak kat dpn pc ni...:)

Anonymous said...

hai catz...saya pun tgk cerita ni sambil tutup muka bila part seram...tapi tak seram mana pun kelakar adalah..hi hi hi..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Anak2 mama berdekah2 ketawa...mama pi hendap tengok....rupanya depa dok tengok hantu kak limah...:))

Uncle said...

Hantu kak limah pergi tengok dgn anak2 saja sebab aunty kata dia tak paham...marina tidur half way through!!

Anonymous said...

lawak tul baca tang cd nasyid tu....konfiden je kan...aku tgk sengih2 depan pc ni.....mas yp

catz said...

marie,
gigil ok tengok citer nih..kehehehehehe.
malaria tapioca.kih..

catz said...

Anon,

part suspen2 tuh je yg seram dan mendebarkan. yang lain mmg sakit perut ketawa..hahahah

catz said...

mama,

mama tgk join sekaki tak? mmg kelakar gila kan.hahhaha
:)

catz said...

uncle,

marina selalu tgk citer kartun jepun ke? so tgk citer kak limah tak faham..hehhehe..

catz said...

mas yp,

tu lahhhh..terusss aku insaf!.heheheh