Thursday, March 10, 2011

Perusahaan ke 2 : Kerepek Peria katak


Setelah kejayaan perusahaan pertama iaitu perusahaan kerepek arrow head menembusi pasaran timur Tengah dan Eropah, kita akan mengusahakan perusahaan kedua (haa...jangan ingat kereta nasi0nal je yg ada version ketama , kedua, perusahaan kerepek mak pun ada!).

Hasil lawatan ke surabaya bulan lalu, membuka perspektif baru dalam lembaran perusahaan kecil aku.Melihat betapa segala jenis buah-buahan boleh dijadikan kerepek dalam meningkatkan pasaran, harga komoditi tersebut, aku berfikir untuk mencari idea yang agak sama tetapi menggunakan sayur-sayuran yang berkhasiat tinggi.
Kerepek pisang, kerepek ubi semua tuh i dah tak boleh buat, sebab nanti interfere perusahaan mak i di johor. kang dia fire i ala2 oltromen kangggg..hangus i.
Sesungguhnya lawatan ke Surabaya membuka mata aku bahawa segala benda atas bumi ni kalau kita rajin kaji dan improvise sikit, boleh menjadi something yang sedap ( ni dlm perspektif makanan). Bayangkan di sana, nenas pun boleh jadik kerepek. Buah longan pun tetiba menjadi kerepek sedap youuuu.
Cuma mungkin teknologi yang digunakan berbeza, pernah juga saya melihat betapa di thailand, buah-buahan dijadikan pelbagai produk makanan yang boleh dijual ke serata dunia. Thats why dalam bidang pertanian, mereka memang sangat jauh kedepan berbanding kebun nenas i yang sangat sekangkang kera tu.

Bila saya ke bandung baru-baru ini, saya melihat, branding produk merupakan elemen yang sangat penting dalam strategi pemasaran. contoh: brownies kartika sari dan Amanda.
berduyun orang beli seolah-olah ianya sangat eksklusif, tak terdapat di tempat lain, padahalllll berlambak je orang buat brownie. Malah kak senah, kak temah semua, kita pun boleh buat (kalau rajin laaa) tapi adakah boleh jual? 'BROWNIES CIK KIAH". agak-agak orang beratur tak nak beli? takdenya.
So untuk mewujudkan satu fenomena bukan senang! kan?
kalau tidak, masakan penaik-penaik kapal terbang BDO-KUL memegang beg plastik/ beg kertas berisi brownies kartika sari/amanda dan ramai je menjinjing kotak berisi brownies siap ada yang pegi borong dekat kilang. kan?

so..now..aku nak venture satu perusahaan baru yang bakal mewujudkan fenomena kerepek.
jeng!
kerepek peria katak!
hik.

merepek.

ok..actually, aku suka jugak kadang makan peria goreng dekat kedai mamak. Tapi normally kecut-kecut je dan dah lembek bila kita amik tuh kan. Tapi rasa memang lah sedap. lemak pahit.
So bila ke pasar malam semalam, i got idea.
berlambak je orang jual benda ni dan murah.
Ada yang jual longgok dah bubuh dalam bakul, sebakul RM2.00 ada yang jual ikut timbangan.
Yang jual dalam longgok bakul nampak banyak dan murah, tapi aku takut nak beli oke sebab penjual adalah terjerit-jerit.

"haaaaaaaaaaa..kakak baju hijauuuuuuuuuuuu!!! sayur murah2..RM2 sebakul, 3 ikat RM2..4 ikat RM2.00...murah-murahhhhhhhhhhhhhhhhhh-mari beli!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

bersahut-sahutan dengan penjual gerai opposite..lepas tu gelak2. dah lah aku sorang je yang baju hijau di situ, so semorang macam pandang aku. binawe.

Lagiii laaa aku tak nak beli oke. Dah lah kau lagi tua, siap panggil aku kakak? lepas tuh jerit-jerit semorang tengok aku. biol.

ok, kalau kau panggil aku adik ke..mungkin aku beli sayur kau dua ikat (seringgit), kih-kih.

End up aku beli sayur peria ni dekat seorang pakcik yang jual sayur ikut timbangan dan nampak menggiurkan. sayur peria tu yang menggiurkan. bukan pakcik tu.
sekilo RM4.50 katanya.aku beli 5 bijik ni, Rm1.30.


ok..jom balik. kita usahakan kerepek peria katak.



Ini adalah peria katak yang menggiurkan


Untuk buat tepung celupan, aku main agak-agak je. sukatik ai. malas nak google resepi.

campuran perisa


so bahan-bahan aku yang aku guna:

Bawang putih- 5 ulas (tumbuk halus)
serbuk kunyit - satu sudu
serbuk kari - 3 sudu besar
sedikit garam

Gaul semua bahan seperti diatas.


Bubuh tepung beras, gaul sebati dan mesra alam


Bubuh air, agak-agak le kan. jangan cair atau pekat sangat



basuh peria, hiris nipis. Ada petua, nak hilangkan pahit, rendam dengan air garam. tapi aku nak rasa pahit-pahit tu kekal. kalau tak nak pahit langsung, baik buat kerepek timun. so takyah susah nak rendam ye mak temah.

Celup dalam bancuhan tepung tadi dan goreng dalam minyak yang banyak. kejap je prosesnya, terbalik-terbalikan. Api sederhana ye. karang jadi kerepek terbakar. Dah garing, angkat dan letak atas tisu serap minyak.

wah..dah boleh jual makan!

ready to ngap!

rasa?
sedap gila!
this will be my fav snack.
senang nak prepare dan sekejap dah siap.
makan terus lepas goreng tu. LEMAK-LEMAK PAHIT! sedap gila coz rasa lemak pahit peria dan bawang putih sangat obvious.

ok..bekalan peria dari ladang-ladang sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor dah sampai.
kerepek akan dipasarkan dalam 3-4 hari lagi. DAN DALAM PELBAGAI PERISA.

1. perisa bawang putih
2.perisa jinta
3.perisa bawang putih dan halia
4.perisa stoberi???? tgh R&D

and many more.

so..i namakan perusahaan kedua ni: PERIA CHIPS KIAH

ni baru balik meeting dengan orang F@MA tentang packaging dan strategi pemasaran. Target market adalah Indonesia, India, China dan Eropah.
Agent i di timur t3ngah kata, pasaran kat sana hold dulu sebab tengah berg0lak, derang bizi, tak berapa lalu nak makan.

ok..daaa.

oh ya..boleh juga didapati secara online. httP://kerepekperiamerepek.kom.

tata.
nak pegi carik benih peria.

ingat---> pertanian adalah perniagaan.

21 comments:

nur easy said...

haha kena cepat2 patentkn ni..;)

Penang - Used Item said...

Nice,, I love this too.. In Southern Indian restaurant biasa ada kerepek peria ni..

attyfir said...

memang suka gak makan peria nie ..tp lom penah lagi goreng cenggini , cam menarik je hah..

none said...

nak order

DrSam said...

tak sia-sia rombongan cik kiah rajin melaram di seantaro benua. memang kena dengan pepatah 'Jauh perjalanan luas pandagan". Good luck Catz. I hope your venture into this new business will be a success one. make us proud catz!

afendi ariff said...

kalu order arini bila blh dpt?
heh....

Ana Ali said...

catz... namapk sedap..aku datang rumah ko lah makan..pas tuh nak tapau skali eks....

NenetPenne (NP) said...

catzzzz...aku memang suka peria goreng mcm ni...kalau ada kat kedai mamak, memang ini lah yang aku cari...

MIL aku pandai gak buat..sedappp

mak aku sendiri suka buat kerabu...bukan kerabu yang kering kontang tu tapi kerabu versi kelantan yang pakai santan tu...

dari kecik lagi aku suka makan peria tu sebab aku nampak muda..ehem ehem..siyes ni....

catz said...

nur easy,

patent???? haruussss..kan.
hiksss

catz said...

Azi-Bam,

aku dah jemu dengan kerepek pisang dan kerepek ubi.
:).
so kerepek peris now jadi hot selling item
;0

catz said...

atty..
try le ..snek sihat berkhasiat.heheh

DCKEY OJOLALY said...

semalam dah wat...guna tepung kfc...sedap gilerrrrr...mm menu wajib pas ni...tq 4 d ide...

catz said...

serisinisana,
order..? alalaaaa..u buat lagiii sedap kot...
:)

catz said...

DrSam, nih projek main2 dekat dapur ye...
kilang bukak tahun 2021 kang..
hehehhe
:)

catz said...

affendi,
order hari nih, taun depan dapat.
pakai courier cap siput.
ahhaha.
oi..senirik goreng laaa..
:)

catz said...

Ana ALi,
jom...jom..mai le..makan2..
:)

catz said...

netnet,
bak el resepi kerabu peria.
mengancam bunyiknyaaaa!

catz said...

OJOLALY,
wah..extra sedaplah u punya..siap bertepung kfc tuh..
:)

illa said...

dah try buat semalam!
sedappppp giler..trus tel ibu kat kg suh try gak sbb kt kg ada pokok dia :)
i boleh jd supplier peria fresh :p heeehehe

NenetPenne (NP) said...

nanti aku tanya mak aku cemana nak buat kerabu peria bersalut santan tu...

Haley said...

Kat mana nak cari penanam peria katak di Sabak Bernam dan Kuala Selangor?