Thursday, March 10, 2011

Petua halau hantu. bukan hantu Mak LImah ye.

random:


1. Hantu Mak Limah

Dah berbulan aku rasa, orang asyikkk cakap pasal cerita hantu mak limah ni.Tapi actually sampai laaa ni, aku still tak tengok lagi. Ni cerita hantu kelakar ke? menakutkan tak? if tak menakutkan nak le tgk. tapi kalau setaraf dengan zombi kg pisang, boleh le aku tgk, sambil tutup mata pakai bantal.

2. Hantu masak

Aku tataw lah napa, hantu masak pun dah balik rumah. bukan ke rumah Mak Limah, tapi ke rumah akuuuu!
benci!!!

yes, am losing weight. few grams (kih). And now feeling good. and have another few kg to go to achieve my target (eh..penjual herb@l life kata..i should lose weight more, and the best weight is 43kg.setelah dia membelek segala carta etc)
43 kg u ols!! wah....43kg? that is tiang lampu?
aku tak nak 43 aku kata. kurus sgt dan tak realistik. ok..sebenarnya aku bukan nak ckp tak realistik. tapi tak seksi dan mustahil lagipun nak dapat 43 kg. kerempeng ok. Mungkin kalau aku kena duduk dekat padang pasir 2 bulan..err..mungkin la. tapi ni Malaysia oke.
eh..tapi kan.. orang cakap " ala..ulat dalam batu pun boleh gemuk".
errr..tu ulat. masaklahnya, ko ulat ke ??

ok..persoalannya. kenapa lately aku gila main masak-masak ni?
contoh; pegi pasar malam. beli je lah makanan siap.
takkkkkkk.
sanggup redah orang ramai ke bahagian sayur mayur ikan semua diiringi suara abang penjual/akak penjual/pakcik/adik penjual yang jerit2.." haaa..kak..sayur 3 ikat 2 ringgit!!!"
"kak sini kak!..sayur 4 ikat 2 ringgi!"
mari! mariiiii! mariii!!!
"udanggg!..udangg! harga runtuhhh!'
gila kau. jual sayur jerit-jerit sampai takut aku nak beli.
sanggup redah cari ikan, sayur,petai mak nenek.

err..aku bukan nak cakap aku rajin masak ala-ala tekan butang lift terus tekan ke tingkat 120.
aku rasa aku mengalami masalah bermusim.Musim hantu masak masuk dalam badan.
sikit-sikit nak pegi dapur.
sikit-sikit rasa nak ke dapur masak, geledah peti ais, nak masak.
Macam now, aku dah terfikir, weekend ni sarapan nak masak nasik lemak. padahal boleh beli kan? tapi nakkkkk masak. tah apa tah.padahal nak isi tekak senirik je.
lepas tu dah fikir, lunch aku nak masak mee rebus.
Dinner mungkin nak masak sambal goreng jawa pulak.
ngeksssssss.
macam membazirrr je.

tapi kalau memang takde mood masak, boleh pulak aku berfikir secara waras bahawa, tu semua high kalori.kalau makan roti 2 keping dah kenyang apa ke hal kau nak masak nasik lemak seperiuk ??????


sambal sotong petai - dinner


gigih aku kopek petai. stok sebulan.


ni nyampah ni.

Sapa ada petua?


macamana nak halau hantu.


I nak halau hantu masak dalam badan ni.

11 comments:

marie said...

betul catz...hantu memasak ni mmg bermusim dia dtg..mungkin, lepas ni dia jengah rumah akak kot..tak pun, cuba catz halau ke umah akak, sbb akak memang nak menjemput hantu ni, ala-ala dah tengah bulan ni kan..haruslah rajin-rajin sikit akak memasak...kih!kih!..

nanti awal-awal bulan, akak halau hantu tu pi umah catz balik ye..

kucingorengemok said...

takyah buang hantu tu... masak, pastu kasi jiran sebelah, atau pak gad... dapat pahala

AyunasiA said...

hantu kak limah? tarap zombie kg pisang je kihkihkih. takyah tutup2 mata pon. kita bakar rumah dia!

Uncle said...

nak jadi kawan dengan hantu ni boleh tak?

Ana Ali said...

catz,

hantu yang berfaedah..bab2 masak nih tak elok dihalau..buat kawan2 jer ..banyak guna...hehehe

catz said...

marie,

i tgh carik tok moh nih..nak halau dia pi umah u pulak.
hahaha.
:)

catz said...

kog,
jiran sebelah aku tak makan petai kot.
ihikssss.

catz said...

kog,
jiran sebelah aku tak makan petai kot.
ihikssss.

catz said...

ayunasia,
umah sapa ko nak bakar nih...ahahaha.
jgn bakar rumah yang kat taman tott, jalan toott..no toott udah ye.kang masuk jek sapa nak jamin ko.
hiks

catz said...

uncle,
boleh ja..kang catz halau dia ke Ampang.hehehhe

catz said...

Ana Ali,

mmg banyak guna, tapi aku yang gemokkk...help...
:(