Friday, July 30, 2010

Aku,durian dan Mandy Lamb.

9.00 pagi.

Aku buka mata. Sunyi. Oh tidur mati rupanya selepas Subuh tadi. Melompat dari katil dan terburu ke bilik air mengingatkan appointment pukul 11.30 pagi.

Oh.demm. tak ada air?? Air tangki pun tak ada. Adalah air satu baldi je. Aku gunakan untuk cuci apa yang patut. Yang penting, muka kena Nampak macam orang mandi.

Bersiap lebih kurang,aku memecut menuju ke Putrajaya.

Sambil memandu, tangan ku meraba beg galas di sebelah tempat duduk penumpang.

Ah????????????

Kamera. Kamera aku mana? Hati berdetik kuat.

Oh. Mati laaaaa. Bongok ok. Tak ada kamera macamana nak kerja?

Baru teringat, kamera di bawah katil! Goshhhh….macamana ni?

Mahu berpatah balik, aku sudah hampir sampai ke Bangi.Kalau berpatah balik memang tak sempat pun.

Aku dial nombor pejabat En Mahfuz.

“Hello” terdengar suara lemak merdu dihujung talian. Tu mesti suara Kak Vieona , yang sentiasa keliru jantina diri. Nama tak nak kalah tu.

“Hello Kak Vie, Kiah ni. Encik Mahfuz ada? “ aku bersuara menggeletar sebab dalam otak tengah fkir apa aku nak kelentong.

“Encik Mahfuz tak de hari ni. Dia pesan kalau Kiah datang, dia minta saya assist you, bawa ke sekitar resort dan boleh lah mula untuk kerja photography tu. Tapi client dia tak dapat datang, artis yang terlibat tu, kucing dia kena chicken pox, so dia pegi vet hari ni. Jadi dia minta u study dulu untuk pilih lokasi dan shot terbaik. Hari sebenar photoshoot tu dia akan beritahu nanti” Terdengar suara kepit Kak Vie panjang lebar.

“Phewwwwwwwwwwwwww!!” – Lega aku. Rasa nak joget-joget dalam kereta serta merta.

“Ok , Kak Vie, I’ll be there in 10 minutes”. Aku tekan minyak menuju ke Putrajaya.

Aku dah bayangkan kena pecat dengan Encik Mahfuz. Or, should I say that actually aku yang memecat diri sendiri atas kecuaian? Oh terima kasih Tuhan.

Aku sampai ke Resort XXX dan Kak Vie sambut aku di lobi. Kami berjalan ke sekitar resort, dan aku buat sedikit catatan dan dengan kamera kecil kompak, aku merakan sample sudut menarik.Mulut Kak Vie pot pet pot pet. Tapi layan sajalah kan. Tadah telinga sajalah mendengar dia berceloteh dan mengarah itu dan ini. Oh, ada jugak dia tanya, minyak wangi apa yang aku pakai. Bau semerbak je.

Kak Vie cakap “ Ko siram badan ko dengan minyak wangi ke Kiah? “

Kenalah kan, pakai minyak wangi 1 baldi sebab tak mandi.

Pukul 1.00 tengahari, Kiah pecut ke Pejabat. Bosan. Pukul 2.30 petang baru teringat dia tak makan apa-apa lagi.Pelawaan Kak Vie untuk makan di kafe terpaksa ditolak. Malaslah. Kak Vie tu kepoh sangat. Lagipun kalau dengar suara kepit dia tu lama-lama, aku macam nak pitam dah.

Pukul 3.00 petang, aku keluar dari pejabat. Sunyi.

Oh, baru teringat aku belum mandi.Ha-ha. Aku fikir, nak makan apa ah? Tak ada apa yang aku rasa nak makan.Oh, rasa nak makan durian.Aku pandu ke supermarket berhampiran. Nak beli durian yang dah tak ada kulit, dalam paket.Malas ok nak bawak buah durian naik atas rumah. Dah lah tuh, beli durian katalah 6 kilo bersamaan 2 biji, isinya adalah bersamaan 400gram je tah kan? Yang lain tu berat kulit.

Sampai supermarket. Ala. Takdelah hari ni, derang tak jual durian. Huh.Aku berlegar ke sekitar ruang menjula sayur dan ikan. Pun tak ada rasa nak beli apa-apa. Aku jalan mundar mandir, ke rak menjual makanan dalam tin. Tak ada rasa jugak nak beli apa-apa.

Aku keluar dari supermarket, dan berjalan ke gerai majalah di sedut tepi bangunan. Aku berdiri melihat tajuk utama akhbar dan belek majalah. Dari ekor mata, aku Nampak jelingan tajam adik penjual majalah yang seolah-olah berkata,

Oi, nak baca beli la. Kalau tak ada duit, jangan pegang-pegang majalah ni”.

Aku buat tak tau. Memang lah macam keji sebab macam baca free. Aku belek majalah dekorasi dan Majalah Resepi. Tapi macam kita nak beli bawang dan ikan kembung kan? mestilah kita nak belek-belek dulu.

Eh, macam best majalah ni. Tapi agak gigil, bila adik penjual majalah berjalan hampir ke arah aku. Cepat-cepat aku letak. Kot dia bengang, terus cekik aku kang, macamana kan?

Ok, aku cepat-cepat beredar. Aku minum segelas the ais di restoran mamak sebelah supermarket.Rimas juga bila pengambil order macam tak puas hati aku tak order makanan dan tanya berulang kali masa hantar the ais aku. “Kaka..makan apa mau? Roti canai ada, nasi beriani, tandoori..bla..bla..bla..”

Eh. Dah la.

Sampai apartment, aku terus hayun mop, vacuum lantai rumah. Berhabuk. Dah 2 minggu aku tinggalkan. Lepas mandi dan solat,ON TV. Tengok rancangan masak-masak.

oramputeh nak makan durian, kat Penang


oi..dia makan oke! kagum.



Sunyinya. Macam nak keluar tengok wayang. Tapi malas. Tertidur.

Terbangun bila waktu maghrib hampir dipenghujung.

Sunyi.

Pukul 10.30 malam.

Lapar.

Aku bukak laci cabinet. Jumpa kad restoran arab depan rumah.

“ hello” suara ala-ala busy dihujung talian.

Aku order mandy Lamb.

“Can I have extra sauce?”

“No problem ma’am. 15 minutes yea”.

Tepat, 15 minit kemudian, terdengar pintu diketuk.

“ Food delivery…!”

Aku kelam kelibut cari tudung. Sarung dan bawa beg duit ke muka pintu. RM12.00 untuk makan lewat malam. Agak pricey lah bila aku cuma mampu makan separuh.

OK, dah tak boleh tidur.

Sunyi.

Mata terkebil-kebil.

sunyi.

Aku capai kunci kereta, turun ke bawah.

Ke mana?

Tengah fikir.

bersambung....

9 comments:

Tijah said...

eh. oramputih tu selekeh kan rambut dia? dia tu patut pakai tudung ariani la baru kelihatan kemas sedikit.

ko pegi mana mlm2 weh?

PurPlè said...

sedapnya lamb mandy tu... menggugat diet.

make sure sambung ok... teruja ni nk tau citer seterusnya...

Anonymous said...

catz...nape cam sedih je lately...mas yp

NenekPenne said...

berani ko katz, malam2 buta keluar sorang2.. apa ni?? biasa ni?
ha ha ha
apsal tak datang umah aku?? kat USJ ada orang jual durian..aku segan nak makan situ sorang2...

Lady of Leisure said...

bersungguh omputeh tu makan durian hehe

afendi ariff said...

makan tgn kiri lak tu....ceh!

Uncle said...

cerita dah suspense ni...ala...sambung la kejap lagi!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

mak balik keje time tuh..woohoooo...mak gigihhh nokk..

~aUroRa CoLleCtiOns~ said...

kalau lapar suke bace blog ni..pastu bertambah2 laparrrrrrr!!! ni pon tgh lapar..seteresnye tgk sambal udang kt bwh :(