Thursday, July 29, 2010

Bilik ais @ice room

Tiba-tiba teringat..
Masa aku lalu kat Bdr Baru Nilai, ala..dekat kedai jual-jual kain tu..

Nampak le kedai ni..ice room?
eh..kedai jual ais eh? ke kilang air batu??? (lagi keji kan? sebab org lain fikir ais krim, tapi aku fikir air batu..ke ke ke).

duk fikir, eh kenapa kedai/kilang air batu kena buat lawa-lawa? ke trend zaman sekarang? so aku bayangkan abang-abang lori (pinjam perkataan Linda On) ais akan berbondong-bondong datang sini amik air batu.eiiii...ha-ha . ngek nya aku.

tiba-tiba kawan aku kata, ada kedai ni baru bukak di Bandar Baru bangi.

jom kita melawat kedai/kilang air batu...
Terasa seperti hendak makan bangunan ini, kerana hijau yang cantik dan menggiurkan .

kan?


restoran ye cik kiah. bukan kilang air batu .

menu ice room merangkumi appetizer, minuman sejuk, panas, ice blended, ice cream, makanan barat, cina, makanan melayu dan bermacam-macam desserts.


menu

hijau dan cantik

ha..aku lupa apa nama menu ni, tapi related dengan passion fruits. nyam. sejuk dan beku dan sedap. sebeku hati saya sekarang ini.

deep fried durian tempura

isi di dalam adalah durian. bukan ulas buah durian.Tapi sangat rasa durian.
Tapi kalau betul-betul suka durian, baiklah pegi makan durian kat gerai Pak Mat, jalan nak ke Seromban.

steamed lotus rice.
saja nak try. rupanya adalah nasi yang sangat pulut. ke memang pulut?
dalam tu ada ayam, hirisan cendawan. Tetapi lain kali tidak akan order lagi sebab, bukan selera saya.

duck roast mee ke apa gitu nama. Tapi sedap.Yang sedap hirisan duck tu lah. Tapi sayang, ianya adalah 4 helai saja.

Harga? ada yang reasonabvle, ada yang aku rasa mahal.

macam rasa nak makan dinding kedai ni. hijau yang nampak sedap.

seorang berhati beku, dan seorang lagi terkulat-kulat nak makan steamed rice tu.heeeeeeee.

aku: haa..makan le habiskan.kalau tak, jangan balik.
axa: akakkkk dah habiskan ayam dalam niiiiii....

hi-hi.

Kedai ni terletak di seksyen 8, bandar baru bangi. sederet dengan paparich.
di Bandar Baru Nilai pun ada.


17 comments:

Hani Ahmad said...

Kat mana kedai ni sis?menarik2 sejuk mata memandang.. (*_*)

Anonymous said...

Cantik kedai ni, pandai tauke dia sesuaian kaler. tp sy tak minat daging itik...he3

attyfir said...

hari2 lalu tgk ..je..lom ade keinginan nak singgah ..

NenetPenne (NP) said...

mee tu mcm kat LITTLE TAIWAN jer..

ooh kedai tu sangat sophisticated kan..

leenda said...

kedai ter paling lah hangat n terlatest sekarang di BBB... hijau je mata memandang...
mee duck tu cam maggi mee je rupanyer.. hihihi..
n lotus rice tu adalah pulut sebenarnye..for me i like it..
different ppl different taste ..
overall, ice cream nye mmg BESTTTT..:)
next time nk p ajak lah ME k, catzs... cheers!

Xuera_lar said...

lar...kat bangi pun ada? selalu nampak yang kat Nilai jer....
cuma pertanyaan seposen dari akak...ada cop halal tak?

Yattisa Roslan said...

i like!!

Hidayahsalleh said...

teruja nak pergi..=)

Bangchik and Kakdah said...

Baca sepintas lalu, ingatkan kedai jual ais saja.. ~bangchik and kakdah

~ Mummy Gee ~ said...

yup kat BBNilai pun ada ice room, location kat Nilai Square...

Cik Lily Putih said...

dah pegi dah tapi management cam kureng sket lah. nanti kite buat review

Romie Pujaan said...

ya Allah ni la kedai kegemaran kak rozline canthek!!

Uncle said...

wah memang semuanya nampak sedap kalau Catz yang bercerita...menarik sungguh!

Lady of Leisure said...

pergh memacam ada kat iceroom ni ropanya

Hana' Yusuff said...

wahh..awat la makin byk rest baru kat bangi tu..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

catz minat hijau yer...tapi jgn ler makan segala yang ijau, including that dinding ijauuuu....huhuhu :)

Anonymous said...

Dulu2 teringin sgt2 nak g ice room kat nilai tu..skali dh masuk kan dlm kedai..tetiba baru sedar xder logo halal..apadaaaa.!! so xmkn ler kat situ..tukang masak pun cina rasanya
.