Wednesday, July 21, 2010

Bila jiran ajak join fesbuk group.



Communication technology 3G, 4G (wimax recently) and govt project, High speed broadband, rakyat adalah mendapat benefit yang sangat luas. And application yang sangat banyak melalui teknologi jalur lebar bagai ni menjadikan hidup kita lebih mudah? Komunikasi menjadi semakin semudah ABC. Teknologi makin berkembang..and of course lah ada pro and cons nya kan.


slide presentation , Prof Thar3q, uTm.



Tru communication technology timbullah segala device communication, iphon3 , dan segala benda canggih. Masyarakat kita dah dalam internet environment ..so.timbulah segala jenis benda like faceb00k, twitter (ni apa benda ni???) - jakunnya aku, dan segala communication medium, jaringan sosial di alam maya. order pizza pun order online sambil niarap berkemban kat tilam aja kan senah?

eh..apa ke aku merepek ni? hahhaa..that was some of knowledge sharing during the international broadband comm sym that i've attended recently. and i presented my paper which relate to Wim@x antenn@ facility, effect etc. Biasalah, technology ada orang suka, ada orang tak suka, walauuuuu pun benda tu bagus. kan senah. tak suka dah. tapi orang lain suka, takkan nak cabut antenn@ atas bumbung atas rumah kedai Ah Kong sebab ko sorang tak suka. nanti takde coverage pulak lah dol satu kawasan tu.

Apa kaitan entry merepek-repek aku ni?

Oh..ni angkara fesbuk.

Pagi ni, jiran ku itu telah meng sms (satu2nya jiran yang aku kenal dan bertukar-tukar juadah).ha-ha.

" weh, apartment kita dah ada fesbuk group.kelassss..derang ajak join."

wa-wa-wa. kagum mak laaa...

aku pun search lah. Jumpa. Ok..katanya untuk berkomunikasi sesama jiran, update news dgn jawatan kuasa penduduk dll. Untuk berdiskusi dan bersosial lah gitu. Aku tengah fikir, nak join ke tak. now aku tengok baru 11 orang yang join.
errr..errr...err.

Adalah pro and kons nya kan.

yelah..duduk dalam rumah, mana ada jumpa jiran. Balik, bukak pintu..gedegang..dah.
Society zaman sekarang. Masing-masing busy. Muka jiran pun tak kenal.
Macam aku, jarang je pun balik situ. So mana ada kenal jiran kecuali jiran tingkat 11 tu. ha-ha.
Jiran sebelah pintu??
ha-haaaaaaaa.... tak kenal.
padahal..tah2 parking lot dia sebelah aku.
Camno nak nampak bayang nok..grill pintu rumah dia pun dipasang langsir u ols.
Grill oke. bukan pintu rumah tuh.
Ha-ha. sila imagine dengan imaginasi tahap 7. Langsir warna kuning.
Ok..actually jiran arab. ada lah sebab kot dia nak pasang langsir, maybe dia suka bukak pintu. tu pasal grill pun di bubuh langsir. Jiran sebelah sana pulak? err..jumpa kat lift pun tak bertegur. sekali tu je la. aku segan nak tegur as derang pun buat tak endah dan tak pandang pun aku.
so...its clearly describes lah kehidupan berjiran zaman sekarang ni. Oh..ada satu floor dgn aku yg aku kenal masa meeting penduduk. Tapi derang selalu fly, koje dgn airlines, so lagilah aku tak jumpa.

Tapi kan. ha-ha. baru-baru ni, barulah dpt bertegur sapa dengan jiran yang bubuh langsir kat grill sebelah pintu. itu pun adalah kan scene nya. if not takdelah kan.


ceritanya,

aku balik apartment.
sampai dah time maghrib.
dah lama tak balik sini, so ingat nak mengemas sebelum pi out station.
bukak grill.
masuk kunci ke pintu kayu.
gek..gek tek..tek.
eh..tak boleh bukak ??
kunci pusing..bunyik tek!
tapi cam tak sangkut.
ohhhhhh..jadik lagi. dulu pernah lah gitu.
nasib baik masa tuh budak-budak bujang sebelah pintu ni ada.derang tlg bukak kan.
Mengada kan? aku bukak tak boleh, org lain boleh pulak. Bongok je rasa. Tah apa-apa.

So..dengan bag, baju dan segala mak nenek barang berlonggok depan pintu, aku call jirang bawah yang selalu bg aku makanan tu. Aku siap pesan, ko bawak jelah tukul besi ke lesung ke sng nak pecahkan kunci ni if mmg tak boleh bukak. Hempuk ajalah tombol tu dengan lesung kannnn.
Takkan aku nak tidur depan pintu pulak.
So dia pun dtg dgn sopan santun. Tolong godek-godek dan tak berjaya.
Tup-tup jiran arab aku yang bubuh langsir kat grill tuh balik dari mana tah. terus dia masuk rumah.
eeeeeiiii. tak de pun kan nak tanya ke apa.

so aku geram lah. saja buat bunyik kuat-kuat gedegang-gedegang kat pintu .
haha. dia keluar oke. Tanya..wut happen?
aku cakap , i kenot open the door.
dia jawab : balkoni lock tak? if not u can enter ur house tru my balkoni.

errrrrrrrrrrrrrrrrrrr...kerrrrrrrrrrrr. aku ni macam pekak sikit kan. Dia yang nak tolong panjatkan balkoni tu? atau dia suh aku panjat balkoni umah dia, and climb/lompat/ jalan pejam mata panjat ke balkoni aku?

oh..ngerinya option yang dia suggest u ols.

Aku bukan labah-labah kaki lapan oke. Aku tak leh lekat kat dinding and merambat ke balkoni sebelah. oh..ngeri di situ.


and, kalau dia pun yang nak panjat, oh better not lah kan? kang dia jatuh bersepai ke bawah dari tingkat namblas ni, tak pasal-pasal bini dia saman aku. tu pun ngeri gak.

Lagipun balkoni aku kunci lah.

so mak tanya..' u want to try?" aku hulur kunci.

dia masuk kunci dan tek.!!!!! pintu aku TERBUKAK tak sampai 5 saat u ols....

so aku labelkan pintu aku sbg mengada-ngada!!!!!!!!!!!!!!!!! benci oke! lempang nak?

so now i'm considering to replace the key set with the expensive berukir-ukir kot baru pintu aku tak mentel? gedik.


so dek kerana peristiwa tu lah baru bercakap dengan jiran. kan?

apa aku merepek sampai ke sini ha? pointnya nak join ke tak fesbuk jiran-jiran.hahhaah.

ok..yang ada dalam otak aku adalah.
bagus jugak join. kot lah terjadik peristiwa mcm tu lagi, if jiran tgkt 11 aku takde..sapa nak tolong?
so bagus kalau join, aku bubuh status kat fesbuk

" tolong!help! tak boleh masuk rumah, i cant open my door. my unit no is..XXXXX..helpp...i'm hungry and tired. help me now".

ko rasa berduyun tak jiran aku nak datang tolong? - if lah derang duk ngadap fesbuk je kan?

or..since majority neighbour adalah arab, aku kena speaking arab sket lah. errr..susah gak lah kan. jumjumaton - tengkorak. tu je aku ingat.
hiks.


ada benefit lain tak if aku join?

hem..maybe updates apa terjadi di kejiranan? jiran dapat new baby? (err..ada ke baby second hand?), rumah jiran kena masuk pencurik? rumah gegar sebab gempa bumi? or any updates like if aku tak bayar duit mantenance 3 bulan, dia akan hantar alert kat fasbuk dulu nak potong air rumah aku? if not terpaksa mak tido hotel cam 4 bulan lepas. ha-ha. padan moka aku.

Lepas tuh, boleh berkenalan dengan jiran-jiran? Tapi aku tgk yang join tu, letak muka anak/baby derang as profile photo. camno nak kenal ha? Muka baby 8 bulan aku rasa sama je ghopanya. iskk.

Adakah bagus ber-fb sesama jiran? Medium komunikasi berkesan?
Kalau berkesan sgt tak bagus jugak kot? Like...dijadikan medium untuk memberitahu jiran yang kita beli sofa baru?

update status " bestnya sofa empuk baru ni. mahal ni. beli kat KLCC. RM9000 je".

pastuh siap buh gambo. hahahhaa.

or nak raya,pakat-pakat beli langsir baru , tayang-tayang gambar pastuh tag semua jiran.hahaha. ala-ala suruh tgk album langsir rumah dia secara paksa.
ala-ala show off secara berjemaah gitu?
mentel.

or tayang kuih raya, so kekdahnya..dulu nak tau jiran buat kuih apa..kita dtg rumah, now tayang kat fesbuk je? hahhahaa..liarnya imaginasi aku. ngokngek.

or if tak reti masak apa, or garam habis takleh nak masak, nak pi kedai malas, so buh status " beras habis..lapar..laparrrr..4 hari tak makan.." - agak2 jiran simpati and hantar food tak?
hhahhahah.

hahhahhaa..sewel laaaa.

dah. merepek betul aku ni la..

ok..berkisar arab-arab jugak. makan kat saba' hari tu. gatal nak order benda ni sbb aku tgk dlm program jln2 cari makan kat 703, derang order benda ni kata sedap. siap beriya2 mkn.
hahahha.. grape leaves apa ke benda tah nama menunya. bukan daun pucuk ubi oke.
haaaaaaaa. kenot eat u ols. hhahahhaa.pelik rasa dia.

see..benda lain, kabsah, kebab licin..! Tapi benda tu..tak laluuuuu... tak tau nak describe rasa inti dia tuh. hiks.dah la orang meja sebelah duk pandang-pandang je nak tgk aku makan benda pelik tuh.stress oke nak makan.
ok..next time order je lah benda yang suit dgn tekak jawa aku ni.
heeeeeeeeeeee

Rasa nak bubuh gambo kucing kat Fesbuk profil3 aku. hiiiiieeeeeeeeeee.

18 comments:

attyfir said...

kalau aku ..aku tak join kot..nanti ganggu privacy aku je
kalo nak join gak ...tp tak aktif..
mana tau cam ko cakp..leh minta tolong ke apa..mana le tau .hehehe...

Hanisah Ishak M.D said...

makanan yang guna grape leaves tu dawali.

kat jordan ni ade yang di jual dalam tin. catz nak? kalau nak saya belikan. hehe. tapi kalau xsedap, awal2 sy minta maaf.

lagipun insyaAllah lagi 2 minggu sy nak balik msia. ye ye!!

mama ju said...

Bestnya cerita catz.

Tapi memag selalu beat pun, byk idea.

RASANYA MAMA ada add catz kat fb..tak confirm pun....sori...

al-qamar said...

jumjumaton=tengkorak, hahahahaha!!! saya pun dok ingat yg tu je...

ada lagi satu yg saya ingat, soalan berkaitan grammar - ma hua fe'el mudhariq???

hehehe...

kucingorengemok said...

jauh entri ko meraban ye... se-'raban' arab yang suruh ko panjat balkoni tu, hahhahaa

Dessert Queen said...

Hahah..bab labah-labah tu,terus aku bayangkan ko melekap kat dinding tu Catz..ihiks..cute plak!

Mmmm...ala join jeala..pastu status kau kat FB customizekan je,selected org je boleh tgk..apa susah..[susah gakla kalau kau ada 500 friends pastu ko nk kasik 100 org terpilih je tengok..hahahah]

Owh Grape leaves ek?Aku pernah makan mcm tu jugak,tapi nasik yang dibalut kobis kat umah lecturer aku dulu[bini dia org Palestine]aku ingat sedap la sekali dah mkn,kat umah orang terpaksa telan even rasa nak muntah..hihih

NenetPenne (NP) said...

ni pendapatan aku yang tak seberapa eh..

mula2 join la dulu, orang kata for ice breaking..then since dah kenal2 kat fesbuk, then kalau terjumpa kat luar barulah senang nak bertegur sapa... kira dah ada chemistry gituh...

zixol said...

bubuh gambo kucing?

meow meow~

puansri said...

pernah berjiran dengan satu family yang berlainan bangsa kat satu flat kat JB...masa tu aku baru kawin...stress sgt sbb bila dorang bergaduh laki bini, macam ada angin puting beliung je kat luar rumah..ada sekali tu laki dia baling bini selipar kat bini dia, gedegung...kena pintu rumah..pernah juga time nak masuk rumah,,laki dia mabuk sambil duduk luar rumah,,so kami tak jadi nak masuk rumah masa tu..cuma masa kami nak pindah tu barula berkenalan ngan bini dia,,sebab ada barang2 yang kitorang bg kat dia...sangat kesian sbb bila bini dia buka pintu rumah tu, aku tengok rumah dia memang tak ada apa2..duduk atas lantai simen semata...anak2 dorang kecik2 lagi... yang baby tu tergolek je kat atas lantai simen tu... sadis aku menengoknya....

catz said...

atty,
nak gak lah join.
aku jarang duk sini.
apa2 hal adalah updates news dari persekitaran sini.
:)

catz said...

Noor Hanisah,

catz tgk org makan mcm sedap. saja nak try.
sekali..erkkk..takleh masuk lahhh.
hahahahha.
azabs je nak telan.
hahahhaha.
hows life?
back for good?
:).

thanks ya.

miow

catz said...

mama ju,

apa nama kat fesbuk?
saya sms mama, tapi mesej tak deliver pun?

catz said...

al qamar,

hahahah..tu je mak ingat..ops..satu lagi..ainon=mata.
hiks..

catz said...

kog,
otak tak stabil..tuh meraban-raban.
hahha

catz said...

Nowwa,
kdg derang letak herbs/rempah yg kita tak biasa rasa..
so mmg takleh go.
hahahhaa..rugi aku RM5.00.
hahahah

catz said...

nenet,
ok gak kan..
:)

catz said...

azizol,
yea..pinjam kucing ko boleh?
:)

catz said...

puansri,

sadisnya cerita you.
tapi kesian kan org macam tu.kita yg tgk dan dengar pun rasa teruk, org yg mengalami lagiii kesian.
:(