Tuesday, July 27, 2010

Kronologi tempoyak dan petai




Semalam tiba-tiba aku rasa kemaruk nak masak.
Fikir nak masak apa untuk buka puasa. Ye-ye O sangat lah kan. singgah kedai beli nasik goreng ke..apa ke kat kedai, makan sudahlah kan?
oh tidak.
aku memang ada satu habit or kementelan? yang kalau rasa nak masak, aku tetapppp nak masak. Tak kisah lah dapur aku nak terbalik ke...tetapppp nak masak.

On the way balik, aku beli ubi kayu. errrr...motip? tiba-tiba teringin ubi kayu goreng. Then beli petai. durian. Ni beli gerai sayur kampung dan buah tepi jalan. Ramai pulak orang. ha-ha.
Pi supermarket beli ikan. sayur. tempe. timun tua. Telur ikan. dan lain-lain.

Lepas tu aku tak tau nak masak apa. macam tak kena konsep gitu kan bahan-bahan nya. Ha-ha. masak pun kena ada konsep-konsep. Ingat langsir raya je ada konsep kak senah..hik.

Menggunakan bahan yang ada, aku masak:
sambal tempoyak timun tua dan petai.
Ikan siakap goreng petai.
tempe goreng.
sayur bendi masak air.
telur ikan goreng berempah.


sambal tempoyak timun tua with petai


Mungkin tak ramai tau resepi sambal ni. ok. jom kita memasak makanan berunsur tempoyak ini.resepi asal takde petai, aku je yang memandai bubuh.

Resepi sambal tempoyak timun tua with petai

Bahan-bahan:

Timun tua (1 biji cukup le)-Kalau pi supermarket, pi bhgn sayur, timun ni kulit warna kuning oren kecoklatan. semalam aku beli regenya adalah sekilo around RM3.50 kot.
tempoyak - (satu mangkuk) errr..aku takde tempoyak actually. so durian D24 aku telah bertukar menjadi tempoyak segera dalam masa 10 minit.ha-ha. aku amik isi durian, buh garam sket, gaul-gaul rata, biar 10 minit. hik.siap ada kronologi.hik.
petai - 20 biji (eh..sukati nak letak berapa, takyah susah-susah kira).ni sbg panduan je. Jangan letak satu pokok udah la ya.
ikan bilis - (segenggam)
daun kunyit - 2 helai (hiris halus)
bawang merah - 3 biji
cili kering (blended) - 2 sudu
cili api -untuk hiasan. (tapi kalau nak hias dengan objek lain boleh je, sukati)
garam

Cara-cara:

Kupas kulit timun tua tu. belah dua, hiris nipis agak2 lah.
Tumbuk bawang dan ikan bilis. If nak letak cili api boleh la kot. Resepi ni ala-ala tradisional, so blender adalah di banned ye disini. Tumbuk guna lesung. Kalau tak tak sedap.
Campurkan cili kering, tempoyak dan bahan tumbuk dalam satu mangkuk, gaul rata.
Tambahkan dua cawan air, kacau.
Tuangkan bancuhan kedalam periuk dan biar mendidih. Masukkan timun tua dan daun kunyit, dan biar hingga timun lembik. Masukkan petai. kacau sebentar hingga layu.
Masukkan garam. kacau rata.
Siap untuk dihidang.


sedap dimakan dengan nasi suam


Ini pula ikan siakap goreng petai.

Goreng ikan garing. Biar tepi.
Then tumis bawang, halia, cili kering 2 sudu. Masukkan sos cili sket, sos tomato, kicap manis. kacau rata, masukkan tomato hiris dan petai.
Rasa tu agak2 lah, pedas, manis, masam, seimbang,
Tuang sambal atas ikan.
Hidang.


Ni ubi kayu goreng makan depan TV. Hem...kupas ubi, belah-belah kecil. Cuci bersih, dan rendam dgn air garam sebentar. Goreng. oh sedapnyaaaaaaaaaaaaaa.


Oh ya,
aku menyesal gila semalam.
Nak nangis oke, kopek petai.
Actually, ni 1st time lah beli petai hidup dalam seumur hidup aku.
Gatal, konon nak makan yang fresh la..yang supermarket tak berapa best tah apa ke benda.
Oh..menyesal oke. dah la..masa nak beli malu-malu. bongok je aku ni. Lepas tu siap beli ubi kayu sekali. kih-kih-kih.

Azab ye mengopek petai ni. patutlah sepeket kecik je kat supermarket dah RM3.00. isi cuma berapa je. Baru aku tau susah. Nak terkopek ok kuku aku. Dan sangat lama. sakit kuku aku. sambil tumis sambal sambil kopek petai. multi tasking gitu. Dah la nak kejar time buka puasa.
akhirnya..buka puasa dengan merasa sambal tempoyak, sebab time tuh dah masuk buka pose dan aku tak siap masak lagi.
hahhahahaha.

Lepas isyak goreng ubi pulak.

apa aku merepek cerita kronologi masakan aku ni????


14 comments:

Lady of Leisure said...

kopek petai pakai kuku? mesti sakit i slalu kopek petai potong skit kilutnya tu pastu selak skit dah terkeluar issinya...

meg said...

camne hang kopek petai tu catz? org senang je.. amek pisau.. hiris tang buah tu (yg masih dlm kulit).. pastu bukak kat hirisan tu.. kuarkan biji petai.. senang je... aku yg x paham cite ko ke apa nih (konpius).. hehe

NenekPenne said...

wahhh semalam berparty petai lah ko yer catz?

Mummy Eda said...

Ooo..buat tempoyak kacau ya! Mmg sedap! Tapi apasal struggle kopek petai? Cuba try kaedah ni.. Amik pisau, belah dua setiap biji petai tu (potong melintang tiap bj dr sepapan petai tu)..lepas tu kopek.. hehehe, cuba la!

catz said...

lady of Leisure,

kat rumah ada satu papan lagi..i'll try lagi..cuba jaya..hahaha

catz said...

meg,
hahaha..tak reti.selalu beli hok dlm plestik kat supermarket.
balik ni nak try lagi..hihihi

catz said...

Nenet,
yeszaaa...
hang nak join..
join de club..
hikss

catz said...

mummy Eda,
i'll try karang.
kat rumah ada sket lagi.
hahaa..apa ke jakun sgt catz ini.
cuba jaya to find the easiest way to kopek petai.
thanks for the tips.

Kak Nora said...

Salam,
Akak ronda-ronda blogsphere, singgah di Catz, very interesting and 'cheerful' blog. Penulisnya juga begitu kah?

Tijah said...

hoihhhh???? mari sini mak ajar prosidur kopek petai terpantas siap SOP sekali.

nasib baik ubi goreng tu takde petai sekali kannnnnnn?

Tijah said...

kak nora. nak tolong jawab boleh?

tak. tak. penulis dia siriyes mcm guru besar skolah agama persekutuan.

larikkk...

catz said...

Kak nora,

thanks for visiting my blog.
:).
blog ni merepek-repek je kandungannya.
thanks sebab sudi baca.
orangnya biasa je.
selalu mendung.
:)
salam kenal.

catz miow

catz said...

Tijah,'
mana SOP nya. petai ado lagi sebakul tuuu...sakit jari mak ni ha...
'wah...wah..wah..
guru besar kah??? errrrrrrrrr....
siap ko aku kejar pakai rotan.
hhahaha

Hajah Zainab bt Abdullah said...

mama datang check apa catz masak...QC gituu....hehehe!