Tuesday, July 6, 2010

Jajan di jalanan : Pisang Epe

Sekitar wisata ke Makassar, Sulawesi Selatan.
catatan tentang jajan dijalanan yang popular di Makassar, pisang epe.

Masih melekat di otak rasa manis pisang epe, rasa enak coto Makassar, dan kemeriahan di trans studio. naik bot tengah hari panas ke pulau....errrrrr, rasa cam naik tongkang.

kenderaan popular di kota Makassar. Saja aku nak rasa naik. Eh, tapi gambar kat atas tu bukan aku oke. sopan sangat duduk tu. Anak sapa la kan.

Ni baru aku. Kaki siap menjulur ke depan. Untuk tambah efek aerodinamik kot aku ni. Lajuuuuu gila orang ni bawak. saja nak rasa naik. wuhaaaaha. Gila excited sebab takut terpelanting. Takdelah berat sangat aku ni kan. Lajuuuu je pakcik tuh bawak.


eh, aku nak cerita pasal jajan yang popular di Makassar. Oh ya,.satu hal aku suka di Indonesia ni kan. Bila kita berjalan ke sana, kita boleh tengok, setiap kepulauan / tempat/provinsi ada makanan istimewa yang tak terdapat di tempat lain. Contoh.. di palembang ada Pempek Palembang, di Jogja ada kuih istimewanya, dan di Makassar ni ada Pisang Epe dan Coto Makassar. So dalam lawatan kita, banyak benda yang kita boleh makan dan cuba.


Salah satu makanan yang sangat popular adalah pisang epe. Biasanya ia dijual di stall-stall kecil tepi jalan pada waktu petang. Turun je dari beca kat atas tu, aku nampak ramai orang mula menolak gerai pisang epe. Around pukul 5 gitu kot. Masing-masing cari tempat. Ini di sekitar Losari. Saja jalan-jalan ambil angin petang di tepi laut. Dah redup sikitlah walau matahari masih juga memancar terik.

Pisang yang digunakan pisang jenis kat atas tu.hahaha. aku tak tau nama. Tapi pisang ni, aku sangat suka. gorengggggggggg! cicah sambal kicap. pisang kepok ke apa gitu namanya.
Pisang epe ni ada macam-macam perasa. Ada keju, durian, coklat. kacang. Manis sekali rasanya.

mencari tapak untuk menjual pisang epe di sekitar kawasan berhampiran pantai Losari.

Ok..jom kita tengok, macamana nak buat pisang epe ni. oh ya. aku ni 1st customer pakcik ni taw.
nervous pakcik ni oke sebab aku duk amik gambo dan tgk dia buat step by step.

pisang ni dibuang kulit. then dibakar atas arang.

sesambil tu terbalik-terbalikkan lah pisang bakar ni. kang hangus jadik 'pisang terbakar' pulak.

bila pisang tuh dah agak rata kehangusannya, maka langsung di press menggunakan blok kayu. Oh..pisang itu di jepit/ di tekan dengan blok kayu khas. so dalam kata bahasa kita..pisang tuh dipenyekkan. apesal aku lupa amik gambo kan. khusyuk sgt tgk gamaknya.


pisang disiram dengan kuah warna coklat ni. ia adalah gula merah yang dicampur sedikit kelapa dan durian/keju/coklat etc. aku mintak perasa durian. harga ..err..lupa. around 5 ribu rupiah. waa..kat tempat kita 5 ribu boleh beli peti sejuk 4 pintu u ols. kat sana boleh beli pisang epe sajork. hiks.kelasss.


selain itu, ramai sungguh pedagang jalanan yang menjual air dll. oleh kerana akak ni duk membuat aksi melintas-lintas depan aku banyak kali dan merayu beli air yang dia jual, aku beli la air coke.


oh. mungkin ada yang nak tau, tahap masak camana yang pisang tu bleh buat pisang epe. tu ha..tengok. yang masak-masak manja je kak senah. Kalau yang dah masak sgt tuh, baik dipenyek-penyekkan je buat cekodok pisang or lempeng. pun sedap kan.

sedap dan manissss. owh manis cam rasa sampai ke otak. Tapi 1st time makan, so aku suka je.


Oh..heavan. duduk makan pisang epe tepi laut petang-petang.

Pantai Losari.

1st aku tau pasal Losari ni tengok promo pasal melawat Indonesia kat TV3 yang Adibah Nor jadik host tuh. Banyak lagi catatan menarik. Kalau rajin aku tulis lah.

28 comments:

xplorer said...

catz - aku penah makan benda ni kat bukit tinngi padang . tapi dia tak letak kuah , cuma dia di penyet and dibakar.

Taufik said...

salam, nice log on ur blog.. terasa lapar memanjang! btw dijemput untuk ke kedai kami iaitu Kedai Kek lapis sarawak di Jalan Reko Sentral Bangi (berhampiran Econsave yang bakal dibuka dan downtown baru di Jalan Reko) untuk merasai tester Kek Lapis Sarawak pelbagai jenis dan perisa! Maklumat lanjut ada di FB qalas qalas kek lapis

NenetPenne (NP) said...

bila masa ko ke sana catz? tak ketahuan aku... errr perlu ker aku tahu? ha ha ha...

ooh pisang, konfirm aku tak leh makan...

Umie said...

nasib baik la jauh tempat tu...kalu x memang umie dah g dah..hari tu pasal n3 kak cat Yati Ayam Percek tu pun umie dah g makan 2 kali kat situ..suka sgt makan nasi kerabu dan ayam percek...

ain.ya.nun. said...

trademark catz slain makanan adolar gambar & kaki sahaja =)

Dessert Queen said...

Ni citer baru ke bila ni?Best...best..best

puansri said...

oh...sedapnya pisang itu...

Uncle said...

ok kejap lagi nak pergi jugak!

Anonymous said...

ya allah nko ni catz.syok btullah tengok gambo tu.lapar tau.tak tahan tengok kaki terjulur kat beca tu.......mas yong peng

@xiM said...

tadi kat Floating market damenseduak ada jual mender ni!heheee..tp x beli..:)

geraugebang said...

ha ha ha...ko memang tak miss posing kaki ek catz..ha ha ha...dia guna pisang nipah ek...goreng sedapnya...cecah sambal kicap

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam catz,

rindunyer...hampir dua minggu tak baca ceriter kat sini...macam2 makanan yg mama dok terliur nih..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam Linda,

mama sempat tgk perlawanan antara Spain Vs Germany semasa kat Heathrow...best waktu tu, pelbagai bangsa dok menonton! mama sokong spain!

PINATBATE said...

macam nak test buat kat rumah jer..penyek pisang tu pakai anak lesung batu ala-ala ketuk manja ok kut..

catz said...

hi xplorer,
benda yang sama ke? tu mungkin pisang penyet.hik.

catz said...

hi Taufik,

welcome to my blog.
happy reading.
reko sentral?
oh tak jauh dr rumah.
will check it out soon.
tq.

catz said...

nenek penne,
dah lama dah.
malas je nak tulis.
:)

catz said...

umie,

rajin jugak ye jjcm.
bangi banyak sgt tempat makan kan..
:)

catz said...

dak pink..
yea..kaki ku..hiks..
:)

catz said...

Nowwa,
citer dah basi.
:)

catz said...

puansri,

sedap dan manis sampai ke otak.
:)

catz said...

uncle,

waa..cepatnya nak pegi..
:)

catz said...

hi mas yong peng,

mmg sedap..
:).
jom jln2 batu pahat.
:)

catz said...

axim,

sama ke??

catz said...

geraugebang,
yeaa...pisang nipah..
baru tau namanya.
tu mmg sedap goreng cicah sambal kicap.
:0

catz said...

hi mama,
dah balik dr london?
welcome back.
:)

catz said...

pinatbate,

boleh je penyekkan dgn benda empat segi.kepit gitu, bagi penyek sikit.

:)

Ir. Megat Mukhtar said...

salam,
saya dan isteri la ni sedang berada di Makassar.Mai sini dengan promo Air Asia. Tidor kat Hotel Yasmin..hotel 3.5 bintang..boleh tahan ..book melalui Agoda, murah.Dah dua malam di sini..ada lagi dua malam.
X der banyak menda sangat nak tengok kat Makassar. Walau bagaimana pun boleh la...tukar tukar angin, tengok dan perhati cara orang sini hidup.
Petang semalam pi Pantai Losari, makan pisang epe sambil tengok matahari terbenam di ufuk Barat...cantik dan mengagumkan..kuasa Ilahi.
Pisang epe enak dimakan. Dibuat dari pisang abu.nipah ( keratan bentuk 3 segi) . Balik mesti coba buat. Kuah nak pakai lempuk campur gula melaka...yummy