Sunday, August 8, 2010

Lauk mu dah cukup masin + tomyam yang kontroversi.

Beberapa hari di Sungai Petani,
Balik dari gunung Jerai, sempat ke Tanjung Dawai.
Tanjung Dawai ni tepi laut, ada tempat makan, ada tempat jual belacan ikan kering bagai lah.
Saja lah nak ke sini, femes jugaklah di utara ni kan?

Selepas sehari atas gunung dan kebuluran..er..cuma minum 2 cawan teh o panas yang disediakan 'anak dara gunung jerai', kebulur sangat.
Aku ajak kawan aku ke tanjung Dawai untuk dinner.

weh..aku ingat dekat. rupanyaaaaa..jauh oke dari Bandar Sungai Petani ni.
Dari Sg Petani, amik hala ke UiTM merbok.
wowww!
cantiknya uitm ni. dah lah lalu waktu senja. cantiknyaaaa uitm merbok.
siap rasa nak singgah. Nampak deretan kedai makan seberang jalan uitm, mesti student uitm yg meramaikan di situ.

Meneruskan perjalanan.

eh cop..ada lalu satu jambatan tinggi yang panjang. lupa lah merentas sungai apa.
tapi cantik gila pemandangan nampak sampan dan bot. gila lawa la...rasa nak berenti je. Tapi tak boleh.


perjalanan ke Tanjung Dawai

Aku drive slow-slow relaks je sebab lalu kawasan kampung. Tu pun hampir gak nak langgar kucing melintas. main cak-cak pulak kau ye. Dah lintas..separuh jalan, patah balik, lintas balik.
oh..tak sesuai ko nak main polis sentri atas jalan ye kucing.

Aku rasa jauh gila..tak sampai-sampai.
ha-ha.
Menyesal pulak tak pegi awal supaya nampak scenery cantik tepi laut.
'sampai dah gelap.
Tanda dah sampai, nampak deretan gerai seafood/ikan bakar tepi laut.
Meriah je suasananya.

tempat parking ni mengadap pantai. nampak tak deretan gerai-gerai makan tu?

salah satu kedai ikan bakar/seafood - tapi aku tak makan kedai ni.cerita di bawah takde kaitan dengan kedai ni.

ok, ni gerai yang aku makan. eh..aku makan di gerai ini. Marah pulak tokey kedai ni if aku makan kedai dia.

Mula-mula..pilih ikan. sotong, atau apa2 binatang yang kita nak makan. Timbang. dan bolehlah mintak advice adik/abang/kakak/pakcik yang timbang tu, nak masak apa.
Abang or maybe adik la yg menimbang adalah ramah.
kawan aku nak steam ikan ni, tapi abang penimbang kata..

"eh..tak sedap..sini yang sedap masak 3 rasa"<----- wah statement. oklah ..kami follow. sotong - goreng tepung kerang-bakar. so..pilih tempat duduk. pilih makan bersila..dekat dgn laut..waaaaa..angin kuat! BEST!

so...pelayan datang amik order...

order :

tembikai
tembikai laici
lai chi kang sejuk

DAN

nasi putih 2
sayur kailan ikan masin
tomyam seafood + daging
sambal belacan + timun

kerang bakar

kerang bakar dan sambal/kuah asam yang masinnnn

ikan siakap DUA RASA . Masin dan manis sahaja!


sotong goreng tepung. Sambal / sos cicah sotong ni sedap.

tomyam...looks so tempting..!

dinner...

macam tamak sangat kan?

Actually aku haus gila. Sehari suntuk atas Gunung Jerai, kejap sejuk, kejap panas. Memang rasa nak order air tembikai satu baldi. Tapi order segelas je tembikai laici aku sedut 3-4 kali dah habis..srootttt...sroootttt...srootttt..katam.

So nak minum lai chikang pulak. Tapi hairan.kenapa lai chi kang tak sampai-sampai!
Aku tunggu..duk toleh-toleh..tak jugak sampai. Menyampah oke bila ko tgh makan, ada benda tak sampai sedangkan dah mula makan. Duk toleh-toleh sampai aku rasa leher aku nak panjang cam leher zirafah. menyampsssss.

AKu panggil waiter yang macam busy bawak food untuk meja sebelah.

"mana air lai chi kang saya?".

Waiter pun beri harapan , kejap lagi ye.

Tungguuuu..pun tak sampai jugak. Kena panggil waiter sekali lagiiii..." mana air lai chi kang makkkkk???"

so..waiter pun cakap..sori..sori..kejap lagi saya mintak derang buat.

Aku nampak sorang waiter bawak air lai chi kang....tapi dia tak dtgt meja aku..dia pi meja lain and nampak lah semorang cko tak order benda tuh...so dia mcm blurrr..jalan semula ke kaunter air...kawan aku lambai. bg isyarat air tu meja kami punya.
Waiter tu nampak kami lambai, tapi dia siap dia letak air atas meja then baru datang.

"eh, tu air meja kami punya. tu lai chi kang sayaaa"

waiter diam je..pergi balik amik air tu dan menonong jalan ke kaunter air.

ehhhhhhhhhhhhhh. tu air kami...bawak ke mari le.

waiter buat donno. eh? dia blur ke? tak dengar?

Terpaksa panggil waiter lain pula..dan cakap lagi yang air laichi kang aku manaaaa????????
oh pehlis la..ko import khas dari Jamaica ke air lai chi kang aku niiii?????

Akhirnya dapatlah air itu. Tapi mmg turned off oke!


So kami mula-mula makan ikan siakap tu...
errr..ni 2 rasa ke 3 rasa?????
nampak kualh sambal dia mak oi, merahhhhhhhh.
Tapi..rasa dia cuma manisssssssss..dan masinnnnn sahaja.
i mean, kita masak, rasa kena seimbang. ada lemak, masin, manis, pedas sikit, dll. baru sedap.
Tapi Ikan memang rasa sangat fresh. so makan sajalah.

Sotong tepung? ya ampunn.... crunchy tapi awat besar2 tepung tuh...sampai hampir besar tapak tangan. tepun garing dan masa masuk mulut nak kunyah rasa nak cedera mulut la sebab rasa tajam-tajam. ke aku yang gelojoh?

thennnnnnn.

Tomyam.

masa pesan, aku cakap, nak tomyam campur, letak seafood dan daging. tak nak ayam.
Bila datang,aku rasa kuah tomyam. mak oi......masin gila!!!
kawan aku selak isi tomyam.

kawan aku: "catz, ko tengok ni...besarnya daging!"
aku: (amik sudu, jongkitkan daging tu), err..ni daging dengan tulang ke? 1st time paulak aku tgk org buh tulang ala2 sup tulang dalam tomyam.
kawan aku: cuba ko tengok betul-betul.
aku: ehhhhhhhhhhh. daging la..awat besar penumbuk ni?? nak suh kita gigit camno ni?
kawan aku: entah. dia ingat kita ni harimau/singa ke?
aku: eiiiiiiii. ni apa masak macam ni?


aku panggil waiter yang rajin lap meja dan yang amik order tadi.

aku: dik, ni apa?
waiter: tomyam
.aku: ni? daging besar camni? memang hidang macam ni ke?
waiter: errrrrr.....tu lah tomyam daging. Tadi nak tomyam daging kan?? campur seafood.
aku: ye, tapi takkan hidang mcamni..daging besar penumbuk ni? lepas tu daging tu kerasssss.
waiter: err...saya pun tak tau lah kenapa macam ni.
aku: (aku pandang muka kawan aku) this is an insulting lah.
waiter: errrr...(muka blurr)
kawan aku: so ?
aku: u amik balik tomyam ni. Sorry, kami tak nak makan dah.

waiter: err...tak nak?
aku: ye tak nak.
waiter: saya bawa ke dapur, cakap dengan tukang masak.
tak lama lepas tu, waiter tadi datang balik.

waiter: kak..nak tukang masak hiris daging tu ke..kejap lagi saya hantar balik. atau nak bungkus.?
aku: kami tak nak. Kami tak nak makan dah.
waiter: errrr.....pergi balik ke dapur.
so kami teruskan makan. dengan mood yang dah terbang.

tak lama, wauter tadi, lepas lap2 meja sebelah, dia dtg meja aku dan cakap.
" sapa yang tak marah ye tak.. hidang macam tu? kalau saya pun marah".
aku dan kawan aku mengiyakan, berbasa basi sket.


Habis makan.

nak bayar.


cakap dengan cashier yang mungkin merangkap tuan kedai.
aku: " er..tomyam tu tak payah kira ye, kami tak makan"
tuan kedai: (muka masam).. "kenapa pulak?"
aku: "tak makan sebab tomyam tu pelik, daging tak hiris.u tanya waiter dgn tukang masak."
tuan kedai: (muka masam) - bercakap something, mumbling which aku tak berapa dengar.
Tiba-tiba, adik penimbang ikan yg suggest masa 3 rasa lalu dan cakap kuat-kuat..

" Haaaaaaaaa...sedap tak? sedap tak?????" - dengan muka selamba depan bos dia.

Nak aja aku cakap: "lori garam tumpah ke dik??????????? semua benda masinnnnnnn gila."

kitarang speechless. tak koser. kawan aku pulak, time aku duk kosentret berurusan dgn tuan kedai, dia nampak tukang masak adalah bercekak pinggang memandang kami ala-ala mcm nak baling senduk.

tak puas hati kot.

huh.


entahlah. semua benda tak kena kan. memang bukan rezeki kami nak makan sedap-sedap kot malam tu.

On the way balik.

Jauh jugak lah rasanya. bawak kete dah agak laju berbanding pegi.
tapi kena hati-hati sebab lalu kawasan kampung, so akan terserempak kucing melintas, budak2 jalan tepi jalan raya ramai-ramai, jumpa motor takde lampu. so mmg kena hati-hati.

oh. tapi kan. tiba-tiba, meluru seorang pak aji, naik motor. ehhh..tiba-tiba meluru ke jalan bertentangan arah dengan aku, lajuu..
sebelah pegang handle motor, sebelah tangan pegang tong gas kat belakang.

sila imagine dengan imaginasi tahap 9.

agak sedikit akrobatik di situ,

aku terkejut sebab dah depan aku. aku honkkkkkk!

dia terkejut, aku terkejut. so dua-dua gabrah. nasib baik aku tak laju sangat, sempat elak. Kalau tak... adala yang yg kena hempap tong gas.
Menangis lah Mak Aji yang entah-entah tengah goreng cekodok kat rumah, tapi gas habis.



hem..selamat sampai di bandar sungai petani semula.

Balik rasa dekat pulak.

untuk menghilangkan gundah gulana hati..lepak di starbucks di Village Mall.

Meriah rupanya Sungai Petani ni kan.









8 comments:

kucingorengemok said...

apa hal daging seketul woi?! haha. sian ko. dan aku simpati gak kat waiter2 ni ye, sebab apa-apa hal dia orang kena jawab, padahal dia tukang bawak food tu ke meja je...

Romie Pujaan said...

kat langkawi ade satu kedai ni kat pantai cenang. dulu byk kali dtg best je until dat day. bayangkan kita duduk baru sampai mengharap pesanan diambil. pelayan ramai2 bleh duduk kat sudut kedai mcm tunding menunding sapa patut amek order aku. xdtg2 pun sape2. last2 ade pelayan sorang ni pegi belakang meja aku nak cuci tangan. aku dgn selamber badak dok tegor. " nak tutup dah ke kedai? kalau x apsal x amik order??"

boleh pelayan tu buat pandang sinis cam bajet miss thailand universe. kuang ajo betul. nasib baek member aku yg dtg skali penyabar.

yg xbley blah penah ade kuar article pasal kedai tu best gila babi. xpuas ati. xpuas ati

xplorer said...

besor bebenor daging tu . simpang masuk ke tanjung dawai tu dah tak jauh dah dari restoran din ikan bakar , rugi tak cuba

NenetPenne (NP) said...

tu namanya sup tulang tomyam..

cian ko katz...

cian kat ko...

tak pelah tak ada rezeki ko
kang kalau ko kata sedap, kena pulak ko taip sambil tutup2 mata masa publish gambar2 makanan tu....
betul tak..

catz said...

kog,
'nak marah tukang masak kang dia baling mak dengan senduk/kuali benjol kepala aku kang..so waiter lah menjadi mangsa luahan perasaan aku...
hhahahaha

catz said...

Romie,
aku kalau pi kedai..pelayan buat dek tak amik order, aku blah je.
tak koser den nak tunggu.
:)

catz said...

xplorer,
rugiii tak gi din ikan bakar..masalhnya..tak tau akan kewujudannya.
:)

catz said...

nenet,
tu daging seketul lah..solid dan keras..
takde tulang...
hahahahaha