Monday, May 31, 2010
ATV activity (part 1) : P.A.C.A.T
aku biasa lah tgk kat dalam TV. Dulu-dulu tengok dalam citer oramputeh je. Sapa tengok citer James Bond , Magnum PI, haa..adalah benda ATV ni.
Lepas tu, pernah dgr, ada dah tempat yang offer xtvt ATV ni kat Malaysia. Tapi takdelah aku amik pot pun. Tetapi, sejak cik Linda Onn itu selalu ber ATV, ha, baru lah tau kat mana ada benda ni. aku rasa macam best je ek benda ni? Wah, aku kan cepat terpengaruh.
ok..aku bubuh gambar ATV itu, sebab rasanya ada org yang tak tau camana rupanya.
Rupa dari dekat macam traktor je? eh bukan. ha-ha. Benda ni juga dikenali sebagai quad bike, three wheeler dan four wheeler. Kiranya banyak jenis lah.
Biasanya diguna untuk off-road lah, masuk semak, hutan, naik bukit yang curam dan berselut. Eh, kalau u ols ada ladang sawit, nak memantau pekerja u ols yang suka berkelah dan tidur bawah pokok, pun sesuai pakai benda ni. Benda ni 4 tayar dan boleh berjalan atas apa-apa bentuk muka bumi, sesuai untuk aktiviti lasak lah.
Tapi kalau nak ke ofis naik benda ni macam over lah pulak.ha-ha.Aku baca, ada jugak yang boleh jalan atas jalan biasa. Yang gambar aku amik kat atas tu, ada yang boleh jalan atas jalan biasa. Tapi kelajuannya tak sure lah. Ada di sesetengah negara, benarkan ia sbg street vehicle, tapi sesetengah negara tak benarkan. Benda ni ada beberapa kelas lah/ kategori. Biasanya ia adalah single operator, so bleh naik sorang je. Tapi ada dah yang boleh bawa penumpang, biasanya dipanggil sebagai tandem ATV.
Kenderaan ni macam motorsikal, tapi ada 4 tayar yang memberi kestabilan semasa merempuh halangan pada kelajuan rendah. Ye la, contohnya naik bukit berselut. Tekannn je lah minyak, or else boleh terbalik jika salah handle.erk.ngeri di situ.
Ok, berbalik kisah ATV tu (panjangnya intro),
Kawan blogger aku nak join xtvt ATV. Aku pun tanya pasal benda ni kat dia. Dia bg contact no penganjur dan ok...set..terus ajak kawan sepengetehan aku untuk join sekali.
So, macam excited oke! ha-ha. gedik gila kan. Lepas tu asyik baca blog Linda Onn yang selalu join xtvt ni. Wah..best. Nak tunggu Linda Onn ajak aku tah bila la kan?? Dia bukan kenal aku. AKu je yang kenal dia.
Ok, kitarang pi kat tempat yang Linda On pegi tu la, kat Kampung Kemensah.Hari sabtu hari tu.
Aku mana lah reti nak pegi situ, so jumpa kawan aku yang nak pegi sekali. So masa borak-borak, out of banyak topic yang nak di gossipkan, kawan aku gatai mulut cakap.." eh..ko rasa ada pacat tak? kan dalam hutan, lepas tu pi air terjun, sure ada punyalah...eiiii" dengan tangan buat gaya pacat. siot tak???
aku memang pantang oke dengar perkataan P.A.C.A.T ni. adalah suatu mimpi ngeri ya! sebab pernah ada bad experience pasal menatang ni.Aku pun tataw lah napa dia duk cerita hal pacat. Kan ke baik diskas like..eh...ko rasa senang tak nak handle ATV tu? Ko rasa best tak? susah tak? derang provide lunch sekali tak? ko rasa guide ATV tuh hensem tak? kannnnnn????
Lepas tuh menakut-nakutkan aku pulak tu.
AND..
kompem lah ada pacat, coz organiser e-mail, suh pakai stokin dan kasut proper coz ada pacat!
wah..gigih aku maghrib-maghrib pi supermarket beli stokin panjang. stokin yang aku ada paras buku lali je. Dah la kena beli 3 terus, entah apa motif, diikat 3-3. So kena beli 3 jugak. Adik sales kata, Beli je lah 3 kak, murah. Oi...3 dah RM24.00. Baik aku beli satu, baru RM8.00. Kalau ko kata 3 tuh RM8.00, ha..tu baru murah namanya.iskkkkk. Aku nak pakai satu je dan sekali aja oke. Bukan le sebab aku ni kedekut. Eh..memang kedekut pun.
So sejak hal pacat itu ditimbulkan, mmg aku macam dah agak tawar hati la nak join sebenonya.
Tapi kan....eh....aku tengok last week Pojiah Latip pun pegi jugak kat situ. oh best.
So malam tu...aku duk sms dengan NENET yang jugak akan join.
aku: nenet, aku takut pacat.
nenet: ha-ha.
cehhhhhhhh.
aku takleh tidur oke!
so esoknya, pagi-pagi aku jemput kawan aku. Oleh kerana tempat nya aku tak tau. mak tak pernah sampai kg kemensah u ols, so kehadiran 2 geng aku ni penting. Tempatnya belakang zoo negara, tapi aku ni, jalan pegi Zoo pun tak reti. Lalu depan2 tu pernah la.
Kawan aku ni biasa pegi zoo...so dia reti la.
TU pun, masa masuk kete, kawan aku siap cakap.." sebenornya aku demam..so aku tadi nak sms ko tak jadik pegi, tapi dah ko sms ckp dah on the way, aku gagahkan jugak bangun".erk.
so aku jawab " kalau ko tak jadik pegi, haruslah aku hantar polong atau hantu penanggal ke rumah ko..suh cekik ko"
Aku ni kan, nak pi area KL pun penakut. apa benda tah. ngek tol. Aku memang buta jalan KL. Takut nak drive. Kalau kat kampung kemensah tuh ada LRT, harus aku naik LRT je la.Harap-harap ketua kg kemensah baca blog aku. senang lain kali aku nak pegi.
So kami bertolak pukul 9 lebih. Then dah nak smapai zoo, kawan aku pulak drive kete aku. Sebab, masuk jalan kampung yang sempit aku agak ngeri. Dah le ada yg tepi tuh gaung dan parit.Peristiwa kelakar.
masuk je simpang ke Zoo. kitarang slow, eh..Zoo la??? kampung kemensahnya mana? takde signbod pun??
Berenti tepi jalan depan Zoo negara. Ada makcik tengah duk makan bekal nasi dia tepi jalan bersama seorang pakcik. Aku rasa derang tuh gardener/cleaner kat area zoo tu, sebab sebelah derang siap ada penyapu, penyodok sampah etc.
AKu tanya.." Makcik, tumpang tanya....Nak ke Kg kemensah ikut hala mana?"
Makcik jawab : Nak pi rumah sapa?
Aku: errrr....makcik tau ke Kg Kemensah kat mana?
Makcik: Tau. Tapi korang nak pi rumah sapa?
Aku: err...rumah kawan
Makcik: Nak kesana, ha..ikut je jalan ni terusssssssssssssss..terusssssss aja. Anak nak pi rumah sapa?Nama kawan apa?
Aku: err...makcik..jalan ni terus je ye?
Makcik: ye..terusssssssssssssss..terussssssssssss..jangan pusing balik. Nak pi rumah sapa?
aku: err..terima kasih makcik..babai.
Kawan aku dah gelak-gelak macam pontianak, sebab makcik tuh keep tanya nak pi umah sapa.
Siap sound aku..ko cakap je la nak pi umah Husin Bongek anak Pak Dollah jual tempe.ewahhhhhhhhhhhh.
Buat nya Husin tu laki makcik tadi...kangggggggggggg tak pasal-pasal dia siasat napa nak jumpa laki dia..tak pasal-pasal dia rembat ko pakai penyapu.
ha..haru?
So..kami teruskan perjalanan.
Wa..jalan sempit dan jauhnyaaaaaaaaaaa masuk dalam.
Mak oiiiii!!!!
siap suspen..mana ni????? jumpa cam chalet, jeram tempat orang berkelah.
Jalan masuk dalam lagiii....dan lagi dan lagi..
akhirnya..
sampai.
Ok. bersambung.......untuk aksi tragis latihan tarian zapin di dalam hutan dan berperang dengan pacat-pacat.
Sunday, May 30, 2010
Majalah : i SIHAT
Majalah ni baru dilancarkan minggu lepas di HUKM. Sebelum ni, majalah ni pernah diterbitkan suatu ketika dulu, tapi dihentikan penerbitan atas sebab tertentu.
Now ia kembali dengan wajah baru, lebih segar dan sangat berinformatif.
Kandungan majalah meliputi semua golongan. Terdapat kolum Kesihatan Lelaki, Kesihatan Wanita, Kesihatan kanak-kanak, Kesihatan Warga emas dan lain-lain. Terdapat juga kolum pakar perubatan menulis, resepi dalam ruangan menu sihat, petua kesihatan, buletin sihat dan cergas, info cergas, info MINDA dan emosi, panduan gaya sihat dan cergas, personaliti sihta, kerjaya pilihan dan banyak lagi.
Harga?
RM5.50 di Semenanjung Malaysia dan RM7.00 bagi Sabah dan Sarawak.
Saturday, May 29, 2010
Jom masuk dapur : asam pedas kepala ikan
Makanya, haruslah dapur berasap.
Menunya..sama je kan? asyik-asyik aku masak asam pedas. Takde lah masak gulai kawah ke, kari kepala ikan jaws ke, masak kicap arnab ke. Ye. Asyik-asyik asam pedas ikan.
Now ni aku macam menyayangi binatang la. Menyahut kempen selamatkan binatang ke apa tah.
Kalau binatang ikan aku tak berapa kesian la.
So menu dari dapur aku adalah :
1.asam pedas kepala ikan mayung
2.sayur pucuk paku perisa durian
3.tempe & tahu goreng cicah sambal kicap
4.ikan goreng
dan utk tea-time aku goreng pisang kepok (errr....tak tau nama lainnya). Cicah sambal kicap. memang orang Johor kan. Kod ic tengah - tengah 01. hihik.
Kepala ikan mayung dan isinya - aku beli sekor besar . terima kasih akak penjual ikan di pasar malam yang memberi diskaun 50 sen dan tolong siangkan ikan. Rupa ikan ni yang belum di potong menakutkan oke.
cili kisar/giling -yang tak berapa pedas berapi.
serai, halia, belacan, bawang merah, bawang putih, asam jawa, tomato,minyak
Cara masak:
Tumbuk bawang-bawang, dan halia. Tumis dgn api kecil yang perlahan. masukkan belacan.
Masukkan serai yg di ketuk. Tumis api kecik oke.
masukkan semangkuk air asam jawa, dna tambah air lagi.
Rasakan garam dan masamnya. aku buh gula skitttt je.
masukkan ikan, didihkan hingga masak. masukkan tomato
Biar api sederhana.
Dah cukup asam, garam, masam-manis. Angkat le.
Sorry kalau tak sedap ye resepi aku ni. resepi campak-campak namanya.
Apa??? daun kesum?
takde. tu pun dah oke. sedap sgt. eh perasan.
haahhahaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Dihidang bersama sayur pucuk paku yang di masak bersama tempoyak. Tu yang jadi perisa durian. Tumbuk bawang mrah, bawang putih, ikan bilis,cili hijau 2 biji, dan 2 biji cili padi. Tumis bahan tumbuk. masukkan tempoyak 2 sudu. Masukkan sayur. Bubuh garam. kacau-kacau, angkat.
selamat menjamu selera!
ABC Mangga yang tinggi dan sedap
Boring dgn warna hitam layout blog ni, aku tukar putih. macam lagi senang nak baca, tak yah pakai kanta pembesar.
2. Di samping banyak perkara yang berlaku, ke sana dan ke mari, something yg really buat kucing gembira. Kunjungan seorang teman dari Miri. Johorian yang bermastautin di Miri kerana bekerja di Shell, Miri. So aktivitinya adalah bergossipan dan makan-makan. Last jumpa last year kot???
Lepak di pavilion. (menaiki teksi yang ala-ala F1 racer, nasib le kerajaan dan enforce pakai seat belt kat belakang, kalau tak harus aku terpelanting ke kerusi depan tiba-tiba. Nasib selamat sampai, walauuuu aku rasa nak jotos je drebar teksi tu..banggg musim F1 dah lepas, tak yah lah feeling2 over sgt).
1st round, char kuew teow dan mee rebus.
2nd round pula adalah asam laksa, ABC mangga yang tinggi.
Eh, kejap. sesuatu yang membuatkan aku termalu.
knowing that dia terjal mcm aku jugak le dulu , masa lintas jln dari pavi ke starhill utk cross ke ritz, aku dgn selambanya telah menarik tgn dia lintas jalan semasa lampu melintas pejalan kaki masih merah. tapi dah jem pun, so merah ke, hijau ke, kereta tetap berenti di situ. takde beza la kalau nak lintas. And mak tekejut coz suddenly dia cakap, JANGAN LINTAS, tunggu hijau, kita kena ikut peraturan. aha..kan aku dah termalu ayam di situ.oh..engkau sungguh sudah berubah ye menjadi skema. Aku je yang terjal tak habis.oh maluuuu.
Hari ni, dia dah fly ke Jawa. Travel ke Jakarta, Bandung, Jogja. have a safe journey fren! sila makan bakso, es teller banyak-banyak. oh jeles.
oh, ya. thanks for the periuk dan kain dari Brunei itewwww. Terharu mak. Can't wait for my trip to Miri-Brunei. Duk intai-intai bila uncle Toby nak bagi 0 fare lagi. uncle Toby....oh uncle Tobyyyy!
oh ya, pembuat air di food republic itu sangat ramah ya, dan kelakar gitu. Second time aku beli air, dia siap ingat muka aku and "eh akakkkkkkk...kita jumpa lagiii" dan sgt terhibur dgn lawak-lawak spontan nya.
3. Rasa nak tengok konsert rossa. erk..! comelnyaaa..takpe. saya memang jiwang. sebab itu suka rosa yang mukanya comel, dan lagunya jiwang-jiwang.
oh.karatzzz nya aku.
apa aku merapek meraban ni????
Friday, May 28, 2010
Red Wok : Makanan Cina , Thai dan steambot/BBQ
Tetapi akhirnya berjaya makan di sini.
Lokasi? TAMAN KAJANG IMPIAN, Bandar Baru Bangi. Dekat seksyen 7. Sebelah je.
Konsep? Makanan Cina dan Thai. So, kalau tercari-cari makanan Cina yang halal dan sedap, hah, sini lah tempatnya.
Red Wok juga (menurut laman webnya) melancarkan 'ALL YOU CAN EAT buffet stimbot, korean sizling style.Terdapat lebih 100 jenis pilihan item utk stimbot/ BBQ termasuk nasi goreng, mee, dumplings, buah dan ice cream sebagai pencuci mulut.
Info lain, boleh chek di laman webnya : RED WOK
Saya telah makan malam di sini bersama cik Leez yang suka jalan-jalan ke merata rata dan suka juga makan-makan. Dia telah berikan saya majalah secara percuma. Sesi mengeteh yang menjadi agenda makan malam pula.
Later . i'll blog about the new magazine. :)
Makanan kat sini, kita boleh pilih portion yang kita nak. Small, Medium, Large. Tapi, catz rasa, yang small pun kita boleh makan tiga orang. Portion agak reasonable dengan harga.
Ok, apa yang kami makan.
Agak kecewa la. Tapi ia memang sedap sebenarnya kalau dimakan terus sebelum kuah nya jadi cairrr. Next time i should remind betul-betul supaya dessert dihantar kemudian.
Portion yang agak banyak untuk makan berduaan, padahal amik small size je semua. So justified lah dengan harganya yang pada pendapat saya agak mahal, tetapi dgn portionnya yang banyak, food yang sedap, suasana yang selesa, adalah reasonable untuk restoran seperti ini.
Kalau nak buat function makan-makan, boleh check di laman web yang saya telah letakkan link dia atas itu.
Overall, sangat berpuas hati, sedap! Akan datang lagi untuk steamboat/BBQ pula.
:)
Sunday, May 23, 2010
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Lirik : Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF8)
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
Ulang rangkap 3 dan 4
Kebahagiaan… dalam perpisahan…
Lagu: Edry Abd Halim
Lirik: Edry Abd Halim
lagu sedap. Aku dah download mp3 nya. Gigih aku search tadi.
sapa nak download, klik sini: mp3 kebahagian dalam perpisahan
:)
Lately banyak air crash.
Tertengok video klip lagu baru oleh Shahir juara AF8 kat atas tu.
Back ground cerita video klip ni kapal terbang yang terhempas.
eh. Macam kebetulan je. Semalam pun ada air crash.
Gigil.
oh, semalam, sesambil download, layan nenek main bola.
Mak Tom aka Mak Jah orang gaji drama sembilu sedang gigih buat uji bakat bola sepak kampung Tangga Batu.
wa-ka-ka-ka.
Oh..saya sedang terkekehkehkeh tgk drama Nenek Perkasa.
Kelas ye. Nenek-nenek main bola sepak.
Siap prektis pakai getah sekerap. kihkihkih.
Semangat world cup dah datang.
:)
t.a.t.a.
Siem Reap, Cambodia: part 2
Cambodia yang dulu dikenali sebagai Kampuchea terletak bersempadan dengan Thailand ,vietnam , dan Laos pada bahagian utaranya.
Ibu negara cambodia ialah Pnom Penh dan ia merupakan bandar terbesar di cambodia. Ia adalah pusat bagi pemerintahan dan pusat ekonomi,ndustri dan kebudayaan bagi cambodia.
Namun begitu tarikan utama pelancong adalah Siem Reap yang menempatkan dataran Angkor dan sangat terkenal sebagai Tapak sejarah warisan dunia. Selain Angkor wat, tasik Tonle Sap juga menjadi tarikan utama.
Luas mukabumi Cambodia adalah lebih kurang 181,035 km/persegi dan mempunyai populasi seramai 14 juta ethnic Khmer. Orang Cambodia dikenali sebagai "Cambodian" atau "khmer". Kebanyakkan mereka adalah penganut Theravada Buddhist tetapi ada juga sebahagian yang menganut agama islam dikenali sebagai "Muslim cham". selain itu, ada juga yang berbangsa China, Vietnam dll.
kegiatan utama penduduk adalah pertanian yang menjana sebahagian besar ekonomi cambodia. lebih kurang 59% rakyat cambodia terlibat dlm bidang pertanian. Selain itu ada yang terlibat dengan bidang pelancongan dan industri lain seperti pembuatan pakaian.
Kalau berpeluang dan ada kesempatan, suatu hari nanti catz nak travel ke Pnom Penh.
:)
Sedikit catatan mengenai tempat tinggal, tarikan pelancongan, tempat makan halal dan tempat shopping.
Ramai yang tanya mengenai hotel di Siem Reap.
Oh banyak sgt pilihan hotel dari budget hotel hinggalah hotel 5 bintang.
Saya letak link kalau nak check hotel rate dan review.
Klik di sini.
Jarak dari pusat bandar takdelah jauh sgt pun.
Saya menginap di Hotel Pacific, Siem Reap. terletak lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta dari lapangan terbang.
Channel Tv adalah sangat banyak. Oh ya! Dapat TV Malaysia, RTM 1. Internet free, dll.
Hall dan bilik dipisahkan dengan pintu sliding kayu. Cantik.
Balik dari Angkor wat, ada complimentary fruits atas meja
kenderaan yang biasa kita nampak di Siem Reap ni selain kereta adalah motorcycle taxi dan tuk tuk. Harga tak sure sebab tak sempat nak naik.
Kalau naik kereta, hire driver untuk jalan-jalan, sehari lebih kurang 25 - 3o USD. Boleh tawar menawar.
shopping!
tempat shopping terkenal di siem reap ialah Central Market dan Old market.
Cenderahati, sutera cambodia, bed cover, pearls, lukisan adalah benda-benda yang biasa pelancong beli.
Bargaining dan haggling skills adalah sgt penting ya puan-puan dan cik-cik sekalian.
Ini kerana, harga barang adalah agak mahal. so mmg kena bargain. Peniaga di sini pula agak susah lah nak tawar compare u ols pi Thailand sana. urus niaga kebanyakannya dalam USD. so pandai-pandailah. bagi catz, baik u ols convert2 dulu dalam reil, sebab biasanya, adalah lebih murah beli guna REIL cambodia. Tapi kebanyakan penjual mahu dollar. Pepandai lah agak, mana lebih untung.Tapi mmg agak mahal shopping di sini. skill penawaran juga agak gagal.hiks.
selendang, alas meja,dll
kedai ni jual bed cover dll. Cantik juga. Tapi agak mahal lah. Dia kata USD75. oh..tawar-tawar, minimum USD60 dia bagi.
Lukisan.
oleh kerana mostly penjual lukisan nak USD, so mmg mahal. lukisan secoet je pun 15 USD.
Memang azab oke nak tawar.Dan mereka pula agak sombong / tegar, like take it or leave it. So pandai-pandai guna skill anda.
barang perhiasan
macam-macam ada
Merasa pengalaman berbeza berbanding membeli belah di Thailand. Tak mudah tawar menawar di sini. Jarang lah nak jumpa penjual yang merayu-rayu sangat kita beli bila mereka rasa kita menawar harga yang tak berapa masuk akal. Ada la. tapi jarang. Derang rela tak jual kalau kita tawar murah sgt.
Barang-barang ada yang lebih kurang sama je mcm di Thailand
Cenderamata seperti fridge magnet banyak jugak dijual dengan harga paling rendah sekitar 1 USD.
nice painting
Ada sorang penjual paksaaaaaaa aku beli silk. Dengan segala pujuk rayu dia yang berbakul-bakul dan claim dia jual paling murah dah, aku pulak yang terpedaya kena beli. eh? terbalik??
penjual mainly nak kita guna USD
beli lukisan setelah bertekak/ bargain/haggling dgn penjual ni. Ni je lah satu-satunya penjual lukisan yang merayu-rayu suruh aku beli bila aku tawar dgn harga yg jauh lebih murah dari harga yang dia tawarkan.
Lukisan diletak dalam sarung yg dianyam dari mengkuang..kot?
Kalau nak pi tailor utk tem;ah baju/suit pun ada. Selain tu, kalau rajin pergilah Angkor Night market. terdapat lebih 130 stall menjual pelbagai produk.
Makanan halal.
Oh, agak susah.
'Aku jumpa satu ni je, tak jauh dari old market.
Makanan macam-macam ada.
harga? berpatutan.
rasa? ok.
Dah ni je kedai yang aku jumpa masa duk surf-surf kat internet sebelum pegi.
Phanna aka supir mak tunggu kat luar masa ni. Dia ajak pi pasar malam lepas makan. malas. Dia cakap lagi murah, banyak choice etc. Malas. apa aja yang aku nak beli pun. bawak bag kecik je lagipun.
Ok, tu je sedikit catatan ringkas.