Monday, May 3, 2010

Catatan lebuhraya

Kereta banyak di atas jalan disebabkan cuti hujung minggu, dan Hari Buruh. Cuti umum.
Perjalanan di PLUS Highway agak slow. Tapi bergerak (ni Nilai - Melaka).
Kadang lancar, kadang slow. Ada kemalangan ke? takde.
Nak kata kereta terlalu banyak hingga tak boleh gerak, tak jugak.
Tapi jem disebabkan ketidaksabaran sesetengah pemandu.
Jalan dah 3 lorong, ditambah pulak jadi 4 lorong dengan menggunakan laluan kecemasan sebelah kiri. Lepas tuh sibuk nak masuk kanan, dan mengasak-asak. Kadang tak bagi signal, main masuk je.So pemandu lorong kiri kena mengalah, bagi dia masuk lane. so semua lane jadi tak lancar, jammed!

Di sesetengah kawasan polis dah tunggu memantau. Ha..saman je abg polis. Yang heran tu kan, bila lepas je area abang polis (ada beberapa lokasi) jalan terus lancar. Sebab semua org ikut peraturan, no more 4th lane kiri (lorong kecemasan). Semua sopan guna 3 lorong, sopan memandu. So..masalah sebenar adalah pemandu tidak sabar yg guna lorong kecemasan dan sibuk hak himpit ke kanan, bila rasa dah best dan puas hati sebab dpt potong banyak kereta atau tiba-tiba depan ada abang polis.


Cuma bila dah dekat dgn exit PD, Senawang, Simpang Ampat, Air keroh adalah jem gila. Mungkin cuti sabtu-ahad saja, so orang pi bercuti dekat-dekat je. Pi PD dan Melaka.

Dari rumah pukul 11.20pagi. Aku sampai sini, pukul 1.42 ptg. jam hazabs.

Call hotel, ckp check - in lambat sket sebab jam.so expected maybe 1 jam baru sampai hotel.

1.42 ptg.

aku: hello...la..bla..lambat sket, jem.
hotel people: oh..u kat mana dah?
aku: 2 km nak exit air keroh.Jam tak bergerak.
hotel: ok..kalau u dah sampai situ, dalam 30 minit atau lewat2 pun 1 jam akan sampai sini.
aku: yea..satu jam kot. plis prepare the room.tq
hotel: ok.
AND.....

adalah rasa macam nak pi melancong ke Sempadan Siam ok jauhnya. Dari rumah 11.20pg, Sampai hotel pukul 5.40 petang. Pi Melaka, dekat2 bandar Hilir saja oke.
oh..nak pitam mak. Duduk dalam kereta dari pagi.

Nak lepas tol pun berjam-jam. Dah lepas tol pun sama. tak gerak. Kuarkan CD segala nak hilang bosan. Tapi..lagiii rasa nak tidur. Kalau bentang tilam dgn bantal dekat pondok tol pun ok kot. Berkelah sekali. Sebab ada 2 kereta aku tgk derang berenti , dan siap semua kuar, bentang sok kabar, bubuh food, sembang2 ala2 berkelah. Tapi aku langsung takde food. Perut pun rasa cam ada cengkerik tengah main teng-teng ramai-ramai dalam perut ni.
Nak lepas town pun ya ampunnnnn..jem yang paling hazabs abad ke 21 agaknya.

6.00 petang.
Baru sampai bilik. Itu pun terpaksa menatap bangunan hotel selama dekat 1 jam dari dlm kereta sebab nak ke situ kena U-turn, jem yg sgt gila jugak di situ.


view from 17th floor


Lintas ke Mahkota Parade...nak makan. Wow rasa boleh memakan 2 ekor lembu.
eh..lajunya kete..ala2 bergadai nyawa lintas jalan, kena lari-lari. Nak drive? tak koser..jem menggila disekitar Melaka.
Makmurnya Melaka ni ye..berduyun orang datang.


ok..jom eskrem, Mahkota Parade.

er..nak suggest lah. Buat jalan bertingkat-tingkat nak masuk melaka town.
errr..PLUS hiway tuh pun rasanya, dah sampai masa buat dua tingkat punya hiway. setiap tingkat 8 lorong.
:)

14 comments:

azieazah said...

Itu tandanya kemakmuran seiring kemasyhuran. Sungguh bahagia dapat bercuti makan eskrem.. hehehehe..

CAHAYA said...

bestnya CD tu!!

NenekPenne said...

len kali bawak makanan ala2 nak pi piknik okeh...

wahhh ada lagu uji rashid tak dalam collection 70's and 80's tu?

Tijah said...

lenkali nak g melaka ko kena bawak beskal sindri. hehe

O J O L A L Y said...

waaa..kat mana2 semua jem....even ojo yang dari kota tinggi nak ke jb pun amik masa 3 jam setengah..tension ngan orang2 yg tak reti bahasa guna lorong kecemasan....mcm nak simbah air aje kat diorang tuuu...

geraugebang said...

Wah, kak gerau pun pernah pi tidur kat sini...tak ingat tingkat berapa tapi yang paling tinggi...bila hujan, angin kuat, sliding dooor goyang...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

oh sudah lama tak pekena BR!!

catz said...

azieazah,
stresss gila...
:)

catz said...

cahaya,
mengantuk mendengarnya oke.
:)

catz said...

nenet,
'time tuh aku ingat nak order McD..suh derang antar ke tol.

catz said...

Tijah,
tu le kan..bwk beskal kan..esok tuh baru amik kete.
kannn

catz said...

Ojolaly,
errr..simbah air panas ye..make sure panas..hahahah.jahat aku..

catz said...

kak gerau,
Holiday Inn??

catz said...

mama, jom...
jom laa....
mama banjer kan..
:)