Kalau sapa tau Bangi Kopitiam, ha...situ lah tempat nya. satu deret. Bangi kopitiam hujung sini, Old timer hujung sana , dua-dua corner lot. satu baris.
cendol Bangi Kopitiam,
takde kena mengena dengan tajuk entry ni. Saja nak bagi tau kat Bangi kopitiam ada cendol.RM3.50. So sapa teringin makan cendol malam-malam boleh lah ke mari.
takde kena mengena dengan tajuk entry ni. Saja nak bagi tau kat Bangi kopitiam ada cendol.RM3.50. So sapa teringin makan cendol malam-malam boleh lah ke mari.
(apa lah description aku ni kan? takpelah. janji u ols paham).
ok..balik ke pangkal Old Timer Kopi.
Kedai old timer ni ni menyediakan menu yang kita rasa nak makan.
(ha-ha..sekali lagi..tak reti).
Contoh: soto, mee rebus, asam pedas, begedil, sup tulang, sup ayam, roti bakar, ubi rebus cicah sambal, dll.
aku dah banyak kali dtg sini. Pilihan aku aku adalah soto atau mee rebus.
selain soto, mee rebuslah jadi pilihan. portion pun banyak. puas hati.
air warna biru you..terasa terbang berada di atas awan biru meminumnya.
err..makin lama tenung air biru ni, aku rasa macam ianya adalah sabun fab yang dibancuh pekat-pekat lepas tuh blend dgn ais sekali. uh..rasa ada buih lah kat tekak aku.err..
err..makin lama tenung air biru ni, aku rasa macam ianya adalah sabun fab yang dibancuh pekat-pekat lepas tuh blend dgn ais sekali. uh..rasa ada buih lah kat tekak aku.err..
Tapi last week,aku dating kat sini. Dengan blogger tersohor. sebelum ni pernah dah dating dengan dia. Kat Alamanda. tapi masa tu baru berkenalan. malu-malu kot, order eskrem je. Gedik. ha-ha.bual sopan-sopan. now tak tau malu dah.katanya dia suka makan asam pedas tetel kat old timer.
menepati citarasa katanya.
so..mentetel lah dia.
aku pulak mentel..tetap gak nak makan soto yang ada kacang terapung dan sambal kicap. Johor style ya.
Soto kat sini memang pujaan aku lah. Ada begedil (bukan berdegil ye..kang mak cubits) yang sedap. Kalau nak munch-munch je, boleh je order begedil ni. Ada jual asing. Lembut dan sedap, cukup rasa.
sambal kicap yang tidak dilupakan.
Ha ni dia..star of the day. Asam pedas tetel. clap-clap-clap! Sedap oke. Pen-dating aku ni suruh rasa, mwahhhhh..sedap. tak pedas sgt lah. sket-sket je pedas, seimbang rasa masam, pedas yang seringan kapas (apakahh?), masin, manis, cukup lah. So..mak pun sempat le merembat sedikit asam pedas, nasik tuh. Oh ya..ikhlas kan asam pedas ni? siap ada sayur bendi 4 biji, portion pun banyak boleh kot makan 2 orang kalau tak kuat makan. Dalam tu banyak gak daging. Set asam pedas dan nasi adalah RM6.00. berbaloi.
Tu dia...pen-dating mak siap order telur dadar. Tengok, hampir kering kuah asam pedas tu. sorry lah ko makan tak kenyang, sebab aku pun berjemaah sekali makan asam pedas dia. (macam menyesal la sikit sebab order soto). Dia cakap jangan letak gambar dia. Letak gambar tangan takpe. If letak muka..silap-silap dia saman aku..tapi mula-mula antar notice of demand dulu..opssss. ha-ha.Ha ni dia..star of the day. Asam pedas tetel. clap-clap-clap! Sedap oke. Pen-dating aku ni suruh rasa, mwahhhhh..sedap. tak pedas sgt lah. sket-sket je pedas, seimbang rasa masam, pedas yang seringan kapas (apakahh?), masin, manis, cukup lah. So..mak pun sempat le merembat sedikit asam pedas, nasik tuh. Oh ya..ikhlas kan asam pedas ni? siap ada sayur bendi 4 biji, portion pun banyak boleh kot makan 2 orang kalau tak kuat makan. Dalam tu banyak gak daging. Set asam pedas dan nasi adalah RM6.00. berbaloi.
21 comments:
Mula-mula tengok soto yang enak tu sedang elok jer saiznya, tapi bila tengok pic penuh berganding dgn menu lain, mak ai.. besaq jugak mangkuk soto tu nooo... bleh mengah dibuatnya.
eh mengah tak? hehehe
masa duduk Bangi dulu tak ada pula cuba makan kat sini.hehe..dah jauh sikit mula la terliur jap tgk makanan2 tu..bila nak dating dgn i yg tak femes ni.entry kejap ada entry tak ada.
ADOI KO NI CATZ..BIKIN AKU TERLIUR NENGOK CENDOL ..PSST ..CENDOL KAT FASA 4 TU ADA KE IDAK HA..LAMA TAK LALU TAK PASAN
aiseh...masa zaman saya dating kat Bangi dulu-dulu takde pula tempat-tempat camni...
terliur kejohoran (apakah???) aku...
Mee Rebus....Soto.....ohhhh sedapnya.....
alamak...mana nak cari kat langkawi ni? Tsk3...
kesian pen-deting seperti di-cop pen-tamak kerana dilonggokkan makanan didepannya kan? hahaha.
alahai kak..rindunya ngan masakan2 malaysia...cendol? asam pedas yumyyy
catz sentiasa makan sedap3! the sedapest la...the bestest la...mama suka tengok gambar2 tu.. :)
alah, aku dah ada menu utk weekend ni... harus gak aku tukar ko letak gambar asam pedas camni, ishkkk
Salam, Catz sejak saya follow your blog..selera saya bertambah....berat badan pun naik,,,,tenguk you makan syok giler..ni yang terpaksa cycling lebih.....anyway I do enjoy reading kalau sehari tak baca miss sungguh..
Salam, Catz sejak saya follow your blog..selera saya bertambah....berat badan pun naik,,,,tenguk you makan syok giler..ni yang terpaksa cycling lebih.....anyway I do enjoy reading kalau sehari tak baca miss sungguh..
mcm ku kenal jer pen-dating tu....
asam pedas tetek...eeeh silap, asam pedas tetel... heeee....
catz jangan saman ai tau sebab ter18SX kat blog ko...
bestnyer ada asam pedas tetel. nak g rasa la dinner nanti.
sedapnya. tapi dah takleh makan. huhu.
Catz...aku lapar ni...tapi selalu gi Old Timer aku minum-minum je..pasni nak try makan2 cam kau la plak...
Weh dah try Red Wok kat Seksyen 7 tu?Best ke?Nanti bila ko lapar gi sana eh buat review tau..hehheeh
Kalau ko cakap best aku nak gi nanti...tapi kalau ko tak gi,aku gi la next week..hahah
Happy Weekend friend!;p
air kaler biru tu sungguh menggoda!!
Catz aku dah pi Red Wok tu...tunggu ko tak smpai2 lagi...tapi kalau ko gi amik gambar banyak2 eh...
http://biniaskar.blogspot.com/2010/05/red-wok-restaurantbangi.html
ko sajer jer tayang gambiran mangkanan nih..terus lapo nii
saya baru try mkn kt situ ari jumaat lps..terbaek la kopitiam dia kan..nk p lagi..huhu
Post a Comment