Friday, May 28, 2010

Red Wok : Makanan Cina , Thai dan steambot/BBQ

Ramai yang recommend suruh try makan di Restoran Red Wok. Setelah di promote oleh beberapa readers, aku telah melintas-lintas depan red Wok. Cubaan 2 kali gagal kerana tersalah masa, kedai belum buka.
Tetapi akhirnya berjaya makan di sini.
Lokasi? TAMAN KAJANG IMPIAN, Bandar Baru Bangi. Dekat seksyen 7. Sebelah je.




Konsep? Makanan Cina dan Thai. So, kalau tercari-cari makanan Cina yang halal dan sedap, hah, sini lah tempatnya.

Red Wok juga (menurut laman webnya) melancarkan 'ALL YOU CAN EAT buffet stimbot, korean sizling style.Terdapat lebih 100 jenis pilihan item utk stimbot/ BBQ termasuk nasi goreng, mee, dumplings, buah dan ice cream sebagai pencuci mulut.

Info lain, boleh chek di laman webnya : RED WOK

Saya telah makan malam di sini bersama cik Leez yang suka jalan-jalan ke merata rata dan suka juga makan-makan. Dia telah berikan saya majalah secara percuma. Sesi mengeteh yang menjadi agenda makan malam pula.
Later . i'll blog about the new magazine. :)


Suasana restoran yang agak cozy dan menarik


Makanan kat sini, kita boleh pilih portion yang kita nak. Small, Medium, Large. Tapi, catz rasa, yang small pun kita boleh makan tiga orang. Portion agak reasonable dengan harga.

Pilihan makanan mengikut saiz

Ok, apa yang kami makan.

Kami order air limau asam. WOW! sedap dan nyaman. Sampai now ni duk teringat-ingat. Limau yang dicampur asam boi. Rasa yang tidak boleh dilupa. Termimpi-mimpi mengigau. Air asam..air asam..air asam.


Somtam

Somtam yang bahan utama adalah betik. Sedap dan banyak kuantitinya.


tomyam

Ini adalah tomyam yang pekat (ditulis dlm menu, tomyam with milk). Sedap, bahan-bahan di dalamnya adalah segar,udang besar, dan kuah sedap secukup rasa, seperti makan di Thailand. :)

ikan siakap stim limau

Ikan siakap stim limau ini adalah pedas sebab culi api adalah ditumbuk/ kisar ke gitu. Amat pedas bagi aku , tapi untuk orang lain mungkin oke. Tapi bagi aku adalah seperti hendak memanggil bomba untuk rescue. Pedas! So kalau tak suka pedas sgt,boleh minta untuk kurang pedas. Banyak pilihan masakan ikan, so boleh je pilih mana-mana menu mcm sweet sour dll. Pilihan ikan juga ada siakap, kerapu, etc.

ayam mermite

star of the day, the chicken mermite. tah le mak lupa spelling nya. hiks. Tapi sangat sedap. Ayam ni perap, goreng dan disalyt sos, tapi yang bestnya, ia adalah crunchy juga. Tulang pun rasa crunchy. Tapi sangat sedap!

Dessert : Red Ruby

Dessert ni kami order kerana sgt tergoda dengan gambar dalam buku menu. Minta dihantar kemudian, lepas makan, tapi tah kenapa, dihantar sebelum kami belum makan nasi pula. Dan agak sedikit kecewa kerana biasanya ia dihidang dgn ais yg dikisar , tapi bila sampai, mangkuk dipenuhi dengan ketulan ais. Nak tengok red rubi dan nangka kena selak-selak gitu. Oleh kerana kami baru nak makan nasi, makanya bila nak makan, ais dah cair, so kuah dessert dia pun jadi cair, seperti sup ais, dan jadi kurang manis.
Agak kecewa la. Tapi ia memang sedap sebenarnya kalau dimakan terus sebelum kuah nya jadi cairrr. Next time i should remind betul-betul supaya dessert dihantar kemudian.

pinggan nasi berbentuk 4 segi yang saya suka


Portion yang agak banyak untuk makan berduaan, padahal amik small size je semua. So justified lah dengan harganya yang pada pendapat saya agak mahal, tetapi dgn portionnya yang banyak, food yang sedap, suasana yang selesa, adalah reasonable untuk restoran seperti ini.

Kalau nak buat function makan-makan, boleh check di laman web yang saya telah letakkan link dia atas itu.


Overall, sangat berpuas hati, sedap! Akan datang lagi untuk steamboat/BBQ pula.

:)

Alamat Penuh dan nombor telefon

7 comments:

NenetPenne (NP) said...

lain kali ajak nenet sekali....

Leez said...

Kawanku Catz,,

Auwwww.....eh eh nama i pun ada lah u...
Terliur pulak bila tgk makanan kat Red Wok ni especially Ayam Marmite tu...merembesss.
Apa kata lepas ni kita try steamboat ke...sizzling ke....

catz said...

nenet,
jommmmmmmmmmm!

catz said...

Leez,

mg will come back for tehir steamboat and BBQ.
err..bila?
jom...!

ayam mermit dia mmg sedapp..duk teringat..
:)

@xiM said...

ayam mermit tu ayam lemon ker?

leenda said...

catzs,
i really like the way u write in ur blog...
x boring membaca...
keep it up.. :D

n i would say RED WOK so far is the best in town...tho the price is a bit on the high side...!! :(

Anonymous said...

assalamualaikum nk komen sikit
sy ni pergi makan sana sbb baca blog ni la..
erm aym mermite tu sy order sbb org ckp sedap
tp cam manis semacam je.. ade pahit sikit.. x tau la kalau sebab salah hari ke kn..
btw tomyam mmg terbaik.. overall lain2 butter prawn, sotong celup tepung, kangkung belacan sedap la..
siakap sweet sour biasa2 je sbb sy suka yg pedas2 kot tp member p order yg ni plak..
harga boleh tahan.. sebulan sekali dua affordable lg la..

kesimpulan tak rugi la p try.. nak p lagi.. weeeeeeee