Monday, May 17, 2010

customer service yang 24 jam BUSY??

aku dah call maybank customer service dah lebih 20 kali dalam beberapa hari ni.
ada masalah kat Visa card aku masa buat online transaction.
so during transaction tu , keluar arahan supaya aku contact no 1300886688 -maybank customer care untuk clarification on something.
Ok..tapi dah melepoh jari mak ni dan dah naik berbulu telinga aku mendengar kata-kata mesin
"sorry our executive are busy , plis hold, we will attend to u shortly."
dan aku ni cuba bersabar untuk kali ke 10 kali oke.
gave up. letak. aku call lagi. sampai kali ke 20.
ok..akhirnyaaaaaaaaaaaa aku dapat dengar suara manusia betul. suara adalah sayup-sayup.
so dia tanya masalah aku apa, dan tanya, kad aku visa ke master card.
so aku jawab dgn hati melonjak menggeletis berbunga mcm tak pernah dgr suara org,
"VISA Encik!".
Dan suara executive khidmat pelanggan di sana adalah tenggelam timbul mcm tertelan getah basikal dan aku dgr dia akan pass aku ke dept lain ke apatah..tup-tup aku dengar nada dering lagi.
DAN...keluarlah suara perempuan iaitu suara mesin yang berkata " sorry, plis hold. our executive are busy..bl;a..bla..". dan aku sabar tunggu. dan berulang-ulang skrip.
Hoi.
ni apa punya customer care ni?
20 kali call, sekali pun tak dpt jugak bercakap dengan manusia yang bernama executive khidmat pelanggan ni????????????????????? BUSY?????????????
Bill telepone dah melambung, jari dah melepoh, telinga dah bebulu-bulu oke dgr mesin berckp dgn skrip yang sama!

baiknya tak yah le ckp yang no tu no customer service.
eloknya dinamakan ' NOMBOR KHIDMAT PELANGGAN YANG BUSY 24 JAM-jangan hubungi jika kesabaran anda adalah senipis kulit bawang."

Tolonglah hargai pelanggan anda.Kami ada perasaan.

6 comments:

NenetPenne (NP) said...

ha ha ha...ko memang lawak giler...sempat lagi buat lawak time marah2 cenggini..

aku sokong aku sokonggggggggggg...
bukan ko jer catz oi.. aku pun penah call..memang dah tumbuh bulu pun dok dengar mesin tu menjawab mcm tu...

kaedahnya cemana nak bantu pelanggan mcm ni???? amarah ni...amarah ni..

dia nak suruh ko pakai Tpin la kalau nak cepat aksess kepada suara manusia betul...

Uncle said...

Dear Catz.

Uncle pun ada jugak angin satu badan dulu dengan depa. Kesian kat budak yang menjawab talipon tu jadi mangsa Uncle!

Tijah said...

sbb tu mek bertukar ke public bank.

LYS said...

stended!

Dessert Queen said...

Ko maybank aku ni smpai skrg tgh hangin ngan CS CIMB ni haaa!!!

Sawa said...

Hi Catz
Den pun pernah meradang ngn cs maybank ct card ni.. nak dpt dgr sore diorg dah la susah. dah dpt ckp.. siap kena marah.. till i dah ilang sabar.."yg encik2 nak marah2 ni kenape? saye call cust serv sbb saya ada masalah, minta tolong encik solve kan masalah saye. kalu takde apa2 hal takdenyer saye nak susah2 tekan2 no phane kat tepon ni". terdiam jap die.. pastu saying "mane ada saye marah2". then br laa nak slow down skt voice die.. mcm siot kann