Ke sana-ke mari-ke situ-ke sinun.
This week ada lecture.
So cik kiah busy menoreh lah kononnya.
nak muntah dah aku dengan frekuesi- gelombang-gelombang.
Aku yg ngajar pun hazabs, yg dengar lagi lah kot. nasib la kan?
Telan je la...pasrah lah ya. Tadah telinga dan mata.
Berkesempatan sambut birthday mak dan hari ibu jugaklah dalam duk sibuk ke sana ke sinun.
Drive memalam, hujung minggu lalu.
Aku ni tah kenapa kan. Boleh pulak bayangkan yang kat seat belakang ada orang duduklah, ada objek terbang-terbang terapung la... Tapi ON radio tetap lagu jiwang-jiwang.
Sampai di rumah mak agak lewat malam.
Tapi tetap 3 pinggan aku makan malam-malam. Mak aku masak sayur lemak, ayam kari, tempe.
Malam tu actually kami duk bersiap masak jugak.Sabtu tuh birthday mak. Aku saja nak bawak mak abah adik pi berkelah. Lama tak pegi Gunung Ledang. Saja bawak food sendiri, baru ada feeling-feeling berkelah.
Kami kuar awal pagi. Menuju ke Tangkak.
Adik aku entah kena penyakit apa kan, bila nampak signbod je mesti amik gambar, tak kiralah signbod apa. so gambar-gambar adalah majoriti gambar signbod.
Adik aku entah kena penyakit apa kan, bila nampak signbod je mesti amik gambar, tak kiralah signbod apa. so gambar-gambar adalah majoriti gambar signbod.
Ok..dah sampai. Bayaran masuk : kerete =Rm2.00 dan setiap kepala =RM1.00
Kitarang datang awal sebab nak carik tempat best. Tak nak le mandi kat bawah-bawah sebab macam mandi air lebihan orang (ha-ha, ada ke pikir mcm tu?? korang ada terpikir camtu ke kalau pi air terjun??).
Gunung Ledang ni, tempat mandi dia banyak, ada yang kat bawah, ala-ala rupa swimming pool pun iya gak..biasanya orang ada anak kecik, bawak org tua-tua mandi kat bawah-bawah, mudah.
Kalau nak best kena naik atas-atas lagi which aku rasa nak putus oksigen oke, baru tau rupanya stamina aku adalah di tahap nyawa-nyawa ikan. Panjat tangga yang curam, wowww.....3 kali mak berenti ya. eh saja lah berenti, tunggu mak aku lagi kan...(alasan). Lepas tu bawak makanan dan air mcm nak pi camping seminggu. Ha..amik kau.
Tapi sangat berbaloi oke ! dapat port baik yang agak tersorok dan airnya adalah best. Ni bukan 1st time lah pun ke mari. Gunung Ledang ni dah banyak kali pegi, pernah pun camping kat sini zaman mak belajar menoreh getah dulu. Camping ramai-ramai.
Then pernah gak pi dgn family, buat BBQ. Tapi it was 7 years ago la. masa tu adik aku yg baju kuning ni kecik lagi. Ada lah peristiwa agak cemas, kitarang buat BBQ, bakar ayam segala. Adik aku hampir hanyut di bawak air, mak aku cuak gila. Masa tu port lain, aku lupa tang mana.
Kali ni dapat tempat best. Mak aku cakap, hati-hati main air, kang adik ko hanyut cam dulu. Aku jawab " Mak,
tempat ni sgt strategik oke..ada air yang ko bleh duduk dan air laju tuh mcm urut badan. Sambil tu ko boleh makan-makan. Ada batu rata yang bleh letak food. sambil tu kalau ramai geng, u ols boleh lah buat sesi menganyam ketupat untuk raya tahun depan dan bergosippan.
ha-ha. Mak aku tak nak mandi kononnya. Duduk tepi-tepi ja.
Tapi aku berjaya heret mak aku main air jugak kat dlm tu.
Tapi aku berjaya heret mak aku main air jugak kat dlm tu.
Akhirnya, mak aku terjebak gak masuk air dengan aku.
Best gila. rasa nak pegi lagi lah. adalah 3-4 jam kat sini. Pukul 1 orang makin ramai, kami kemas-kemas, tukar baju dan balik menghala ke Muar.
Best gila. rasa nak pegi lagi lah. adalah 3-4 jam kat sini. Pukul 1 orang makin ramai, kami kemas-kemas, tukar baju dan balik menghala ke Muar.
Singgah kedai favorite kami, kedai MEE BANDUNG MUAR
Kedai terletak di Tanjung Agas. If u ols lalu depan sekolah Sains Muar (belah kiri) terus depan sket. Kedai ni belah kiri, dekat-dekat stesen minyak petronas.
Kedai terletak di Tanjung Agas. If u ols lalu depan sekolah Sains Muar (belah kiri) terus depan sket. Kedai ni belah kiri, dekat-dekat stesen minyak petronas.
Lunch
oh, aku kalau order mee berkuah, mmg mee aku tak berapa makan. Lain kali aku nak order "nak mee bandung, tapi tak nak mee".
kuah dan sampah-sampah isi tuh pun dah buat aku kenyang. sedap gila.
oh, aku kalau order mee berkuah, mmg mee aku tak berapa makan. Lain kali aku nak order "nak mee bandung, tapi tak nak mee".
kuah dan sampah-sampah isi tuh pun dah buat aku kenyang. sedap gila.
Harga murtabak berbeza ikut size. tapi sekeping yang paling kecik boleh mkn 2 org. harga RM6.00. then yg besar RM10.00, yang special double ke apatah RM13.00 boleh mkn 4 orang.
Murtabak double RM13.00 (dagingnya double).
Sampai rumah dah hampir 4 ptg, berkemas dan rehat.
Malam ada agenda.
Malam ada agenda.
Aku bawa mak abah adik ke town. Saja jalan dan makan. Beli hadiah emak, suruh dia pilih sendiri. Mak sukaaaaa...
Then kakak aku dan anak sedara join sekali. Dia ajak kali pergi kedai tudung yang femes kat BP ni (tapi kedai che jugak?). GG5 ke apa nama kedainya. kakak aku beriya-iya suruh aku beli tudung kangaroo (tudung ekin? eh apesal kena sebut nama dia pulak?). ala..tudung yang tinggai sarung tu je. Abah dengan adik lelaki adalah bermuka bosan sebab kena tunggu kami sambil kena pegangkan handbang sebab semorang gedik asyik cuba tudung tak habis-habis macamlah kami nak beli sorang 20 helai tudung. Kakak aku beriya suruh beli macam dia nak bayarkan. Tapi tak. so lepas beli tudung, kami pi ikan bakar.
Konvoi dengan kakak ke kedai ikan bakar. Kakak kata nak nawak ke kedai best. Puteri ikan bakar ke menda tah, tapi penat we ols bertawaf di depannya tutup pulak! so pi kedai lain di situ-situ jugak. Juara Ikan Bakar nama kedainya. wahai orang batu pahat, kedai ni kat bus stand lama batu pahat (itu pun, kalau korang lahir zaman aku la..sapa yang baby 90-an tak tau aku rasa istilah bus stand lama ni).
Masa mak aku duk shopping pilih barang, aku dendiam pi kedai kek actutally, and dendiam buh dlm kete. heeeeeeeeee....!
Gedik oke..nak lilin jugak. Sebabnya? pekedai kek (kedai kek depan The Store -ala2 kedai kek tersohor di BP) , tanya..
nak lilin?
aku jawab..errr..boleh jugak.
pekedai tanya berapa?
aku.errrrrr...sukatiklah.
tah apa motip dia bagi 4.
so saja nyalakan sebab selain itu kek hari ibu, hari tuh bithday mak.
so saja lah bakar lilin free tu. suka-suka. ketawa-ketawa.
sesi memotong kek
simple celebration. yea..at kedai ikan bakar. No fancy restaurant, but we are happy! bukan senang nak berkumpul. kakak aku keje di JB, aku kat Selangor. Dan ada 3 adik beradik lain tak join sebab busy dengan hal masing-masing. so kumpul mana yang ada je lah.
simple celebration. yea..at kedai ikan bakar. No fancy restaurant, but we are happy! bukan senang nak berkumpul. kakak aku keje di JB, aku kat Selangor. Dan ada 3 adik beradik lain tak join sebab busy dengan hal masing-masing. so kumpul mana yang ada je lah.
waiting for food
Kakak aku pulak bizi jadik duta gerai-gerai keliling tu. Dia duk introduce bubur dan nasik lemak sedap yang di beli di kedai sekeliling situ-situ jugak. memang sedap la..sambil tunggu ikan bakar, makan bubur dan nasi lemak
kongsi -kongsi.
Kakak aku pulak bizi jadik duta gerai-gerai keliling tu. Dia duk introduce bubur dan nasik lemak sedap yang di beli di kedai sekeliling situ-situ jugak. memang sedap la..sambil tunggu ikan bakar, makan bubur dan nasi lemak
kongsi -kongsi.
tu dia...ikan bakar pari dan cencaru. Tomyam, kangkung (batang kangkung), sotong tepung, telur, dll.
Yang agak turned off nya kedai ni adalah, mintak mangkuk tomyam 3 kali oke baru dia bagi. Maybe terlupa or maybe tengah lap mangkuk tomyam bersalut emas.
family dinner. Lama dah tak mkn kat luar ramai-ramai cam ni. Oleh kerana dana makan aku dah agak lebur menjana ekonomi kedai tudung tadi , kakak yang belanja.
yuhuuuuuu!! yipeeeeaaa!
Yang agak turned off nya kedai ni adalah, mintak mangkuk tomyam 3 kali oke baru dia bagi. Maybe terlupa or maybe tengah lap mangkuk tomyam bersalut emas.
family dinner. Lama dah tak mkn kat luar ramai-ramai cam ni. Oleh kerana dana makan aku dah agak lebur menjana ekonomi kedai tudung tadi , kakak yang belanja.
yuhuuuuuu!! yipeeeeaaa!
20 comments:
murtabak spore tu rupa dah macam original. rasa okay ke?
catz
entry catz kali ni membuatkan kita rasa nak balik kg time ni gak...ahaksssss...paling tak tahan mee bandung dan murtabak ler...tak apa next week balik Muar....kita bedal puas2...kita tunjuk kat catz plak..hahaha
Uncle duduk dan sekolah kat melaka dulu tapi tak pernah ke gunung ledang...can you imagine!
fuyoooo manyak sedap ooo itu daging double...ko pi piknik pun makan sedap ek catz...ahkak adalah jeles ngan ko...
baru kutahu kau keturunan kupu-kupu rupanya, hehe
eh cousin aku ada kedai tudung tepi k4 bp, sebelah restoran nasi ayam gemas, pegi pegi beli kat kedai dia, jangan layan kedai orang lain dah
spt biasa, baca blog catz buat saya lapar tahap kebuluran...
lain kali nak makan sila ajak diriku sekali ye ahahah gyla x malu
Sedap nampak mee bandung Muar tuh.
lapar...lapar.. laparrrr
Dua2 kedai faveret aku tu Catz...kalau balik Melaka selalu lajak ke Muor semata2 nak makan Murtabak Singapore tu...Mee Bandung tu apatah lagi...haih ko buat aku nak melantak ke sana la hujung bulan ni!
cahaya,
rasa oke..
sedap..but too thick lah i think.
mkn sikit dah muak..plus i dont like the sauce.sos tomato yg ditabur timun hiris.
Mama,
sila balik kg..
and take nioce photo eh..
:)
Uncle,
i think we can see gunung ledang from melaka..
hahaha..tak pernah sampai??
oh..why not balik KL, pack ur things and make day trip to gunung ledang angkut auntie, abg , yuya and marina. they will like it!
:)
kak gerau,
tu mak den yg masak.mak kacau2 sajork.plus buat jemputs2 bawang extravaganza.
:0
kog,
eh..kupu2 tuh yg terhegeh2 dtg kat mak.
tapi mak ni bukanlah kupu-kupu malam.
kedai nasi ayam gemas? sedap tak???
eh..kat deret kedai baru dkt2 pkns ada kedai ni...
ok..balik bp kang mak will go the kedai.diskaun 70% yo..rege kawan2..hahaha..
anne,
jom makan..
:)
Romie,
ko pueh dah make nasik dagang???
bak..
AinZa,
hi..welcoem to my blog.
happy reading..
nak rasa kesedapannya..mai le ke muar.ori punya.
salam kenal.
catz
Nowwa,
syabassss kerana merasa kesedapan makanan asli johor.
kang aku ke melaka join asam pedas pulak.
:)
hi catz... suka sgt baca blog catz.. you're the bomb!!
catz dearie.. boleh bagi email add tak sbb akak nak bertanya pasal coti2 vietnam..akak plan nak booking segala mala sendiri.. takmo go thru travel agent, ok tak?
ni email akak : mrsnsafina@gmail.com
seronok kan... saat bersama familylah saat yang paling berharga. tengok gambar catz dgn mak, buat michhi rindu kat mak michhi... wawawawa
p/s: muka adik beradik catz sama je kan... :)
- Michhi -
Post a Comment