Monday, May 31, 2010

ATV activity (part 1) : P.A.C.A.T

ATV?
aku biasa lah tgk kat dalam TV. Dulu-dulu tengok dalam citer oramputeh je. Sapa tengok citer James Bond , Magnum PI, haa..adalah benda ATV ni.
Lepas tu, pernah dgr, ada dah tempat yang offer xtvt ATV ni kat Malaysia. Tapi takdelah aku amik pot pun. Tetapi, sejak cik Linda Onn itu selalu ber ATV, ha, baru lah tau kat mana ada benda ni. aku rasa macam best je ek benda ni? Wah, aku kan cepat terpengaruh.
ok..aku bubuh gambar ATV itu, sebab rasanya ada org yang tak tau camana rupanya.
Nama penuh ATV ni adalah all-terrain vehicle , tu disingkatkan jadik ATV.


Rupa dari dekat macam traktor je? eh bukan. ha-ha. Benda ni juga dikenali sebagai quad bike, three wheeler dan four wheeler. Kiranya banyak jenis lah.
Biasanya diguna untuk off-road lah, masuk semak, hutan, naik bukit yang curam dan berselut. Eh, kalau u ols ada ladang sawit, nak memantau pekerja u ols yang suka berkelah dan tidur bawah pokok, pun sesuai pakai benda ni. Benda ni 4 tayar dan boleh berjalan atas apa-apa bentuk muka bumi, sesuai untuk aktiviti lasak lah.
Tapi kalau nak ke ofis naik benda ni macam over lah pulak.ha-ha.Aku baca, ada jugak yang boleh jalan atas jalan biasa. Yang gambar aku amik kat atas tu, ada yang boleh jalan atas jalan biasa. Tapi kelajuannya tak sure lah. Ada di sesetengah negara, benarkan ia sbg street vehicle, tapi sesetengah negara tak benarkan. Benda ni ada beberapa kelas lah/ kategori. Biasanya ia adalah single operator, so bleh naik sorang je. Tapi ada dah yang boleh bawa penumpang, biasanya dipanggil sebagai tandem ATV.
Kenderaan ni macam motorsikal, tapi ada 4 tayar yang memberi kestabilan semasa merempuh halangan pada kelajuan rendah. Ye la, contohnya naik bukit berselut. Tekannn je lah minyak, or else boleh terbalik jika salah handle.erk.ngeri di situ.

Ok, berbalik kisah ATV tu (panjangnya intro),

Kawan blogger aku nak join xtvt ATV. Aku pun tanya pasal benda ni kat dia. Dia bg contact no penganjur dan ok...set..terus ajak kawan sepengetehan aku untuk join sekali.
So, macam excited oke! ha-ha. gedik gila kan. Lepas tu asyik baca blog Linda Onn yang selalu join xtvt ni. Wah..best. Nak tunggu Linda Onn ajak aku tah bila la kan?? Dia bukan kenal aku. AKu je yang kenal dia.

Ok, kitarang pi kat tempat yang Linda On pegi tu la, kat Kampung Kemensah.Hari sabtu hari tu.
Aku mana lah reti nak pegi situ, so jumpa kawan aku yang nak pegi sekali. So masa borak-borak, out of banyak topic yang nak di gossipkan, kawan aku gatai mulut cakap.." eh..ko rasa ada pacat tak? kan dalam hutan, lepas tu pi air terjun, sure ada punyalah...eiiii" dengan tangan buat gaya pacat. siot tak???
aku memang pantang oke dengar perkataan P.A.C.A.T ni. adalah suatu mimpi ngeri ya! sebab pernah ada bad experience pasal menatang ni.Aku pun tataw lah napa dia duk cerita hal pacat. Kan ke baik diskas like..eh...ko rasa senang tak nak handle ATV tu? Ko rasa best tak? susah tak? derang provide lunch sekali tak? ko rasa guide ATV tuh hensem tak? kannnnnn????
Lepas tuh menakut-nakutkan aku pulak tu.

AND..

kompem lah ada pacat, coz organiser e-mail, suh pakai stokin dan kasut proper coz ada pacat!
wah..gigih aku maghrib-maghrib pi supermarket beli stokin panjang. stokin yang aku ada paras buku lali je. Dah la kena beli 3 terus, entah apa motif, diikat 3-3. So kena beli 3 jugak. Adik sales kata, Beli je lah 3 kak, murah. Oi...3 dah RM24.00. Baik aku beli satu, baru RM8.00. Kalau ko kata 3 tuh RM8.00, ha..tu baru murah namanya.iskkkkk. Aku nak pakai satu je dan sekali aja oke. Bukan le sebab aku ni kedekut. Eh..memang kedekut pun.

So sejak hal pacat itu ditimbulkan, mmg aku macam dah agak tawar hati la nak join sebenonya.
Tapi kan....eh....aku tengok last week Pojiah Latip pun pegi jugak kat situ. oh best.


So malam tu...aku duk sms dengan NENET yang jugak akan join.
aku: nenet, aku takut pacat.
nenet: ha-ha.

cehhhhhhhh.

aku takleh tidur oke!
so esoknya, pagi-pagi aku jemput kawan aku. Oleh kerana tempat nya aku tak tau. mak tak pernah sampai kg kemensah u ols, so kehadiran 2 geng aku ni penting. Tempatnya belakang zoo negara, tapi aku ni, jalan pegi Zoo pun tak reti. Lalu depan2 tu pernah la.
Kawan aku ni biasa pegi zoo...so dia reti la.
TU pun, masa masuk kete, kawan aku siap cakap.." sebenornya aku demam..so aku tadi nak sms ko tak jadik pegi, tapi dah ko sms ckp dah on the way, aku gagahkan jugak bangun".erk.
so aku jawab " kalau ko tak jadik pegi, haruslah aku hantar polong atau hantu penanggal ke rumah ko..suh cekik ko"
Aku ni kan, nak pi area KL pun penakut. apa benda tah. ngek tol. Aku memang buta jalan KL. Takut nak drive. Kalau kat kampung kemensah tuh ada LRT, harus aku naik LRT je la.Harap-harap ketua kg kemensah baca blog aku. senang lain kali aku nak pegi.

So kami bertolak pukul 9 lebih. Then dah nak smapai zoo, kawan aku pulak drive kete aku. Sebab, masuk jalan kampung yang sempit aku agak ngeri. Dah le ada yg tepi tuh gaung dan parit.Peristiwa kelakar.
masuk je simpang ke Zoo. kitarang slow, eh..Zoo la??? kampung kemensahnya mana? takde signbod pun??
Berenti tepi jalan depan Zoo negara. Ada makcik tengah duk makan bekal nasi dia tepi jalan bersama seorang pakcik. Aku rasa derang tuh gardener/cleaner kat area zoo tu, sebab sebelah derang siap ada penyapu, penyodok sampah etc.
AKu tanya.." Makcik, tumpang tanya....Nak ke Kg kemensah ikut hala mana?"
Makcik jawab : Nak pi rumah sapa?
Aku: errrr....makcik tau ke Kg Kemensah kat mana?

Makcik: Tau. Tapi korang nak pi rumah sapa?
Aku: err...rumah kawan
Makcik: Nak kesana, ha..ikut je jalan ni terusssssssssssssss..terusssssss aja. Anak nak pi rumah sapa?Nama kawan apa?
Aku: err...makcik..jalan ni terus je ye?
Makcik: ye..terusssssssssssssss..terussssssssssss..jangan pusing balik. Nak pi rumah sapa?
aku: err..terima kasih makcik..babai.

Kawan aku dah gelak-gelak macam pontianak, sebab makcik tuh keep tanya nak pi umah sapa.
Siap sound aku..ko cakap je la nak pi umah Husin Bongek anak Pak Dollah jual tempe.ewahhhhhhhhhhhh.
Buat nya Husin tu laki makcik tadi...kangggggggggggg tak pasal-pasal dia siasat napa nak jumpa laki dia..tak pasal-pasal dia rembat ko pakai penyapu.
ha..haru?

So..kami teruskan perjalanan.
Wa..jalan sempit dan jauhnyaaaaaaaaaaa masuk dalam.
Mak oiiiii!!!!
siap suspen..mana ni????? jumpa cam chalet, jeram tempat orang berkelah.
Jalan masuk dalam lagiii....dan lagi dan lagi..
akhirnya..
sampai.


ATV Adventure Park, Kg Kemensah


Ok. bersambung.......untuk aksi tragis latihan tarian zapin di dalam hutan dan berperang dengan pacat-pacat.

31 comments:

Inah said...

sgt dekat ngan umah aku!! ni buat kat jeram je catz??

NenetPenne (NP) said...

karangan darjah 5 ungu lagi best dari karangan budak darjah 3 merah...

haaa kita pun nampak ada makcik duduk kat situ..and ada pakcik makan nasi bungkus sambil berdiri...

sib baik kita tak tanya makcik tu, nanti sure dia tanya nak pegi rumah siapa...ha ha ha..

Unknown said...

best tu catz..kat sini pun banyak benda ni..aaritu masa pegi greymouth kununya nak naik tapi tak kesampaian sebab ujan..

Unknown said...

bekenan kat atv tu.. sesuai untuk dijadikan alat pi keja.. sebab tempat keja gue jauhh.. lalu sungai, hutan, rimba, belantara.. Aci tak?

cik dina said...

hihihi..g jugak akhirnya ATV..best kan..len kali kalo nak g meh la helo2..leh g join sekaki

Unknown said...

lepas baca karangan nenet...aku terus lepak sini nak baca karangan ko plak...huhuh teruja betul aku tengok korang laa...best..best..best..

catz said...

Inah,
bukan kat jeram. atasss lagi dari jeram tuh..dalam hutan yg berbukit-bukit..will blog about it karang..
:)

catz said...

nenet,
aku rasa derang duk kg kemensah la..thats y dia mcm kenal semorang je. siap suh aku ckp nak pi umah sapa.
hahhaha

catz said...

rose rahim,

seronok naik benda ni..ada kesempatan lain kali u pegi naik ye rose.
:)

catz said...

hann,
kalau lalu hutan rimba belantara mmg sgt seswai..hahahha.
:)

catz said...

cik dina,
yer..akhirnyaaaa.
mcm tak caya je..
hiks..

catz said...

cik dina,

boleh gak..jom!

catz said...

Nowwa,
ni baru part 1..tunggu part 2.
hahhaha..best gila

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

ai pon tak sangka begitu keadaannyer... tgk google map mmg jauh kedlam...

aiihh...cpt nak tgok tarina zapinn ituu...

anne said...

alaaa ada part 2 la pulak...anti climax tau :)

Isis said...

Hi catz,
saya nak tanya berapa fee utk naik atv ni..

LYS said...

tak sabar nak tggu part 2....
aksi2 yang ditunggu2..
ahakss

Tijah said...

mana best atv dgn go-kart weh?

@xiM said...

MEMANG NAK PERGI..TENGAH TUNGGU DATE YANG SESUAI..:)

DrSam said...

bunyi macam adventure yang menarik, sampai pacat pun nak join sama.

Romie Pujaan said...

kiah, kau pasang lagu My All kat blorg kau ke?? ish ish kang nanti aku emosi pulak menyanyi lagu tu sambil merenung bulan sambil memeluk tiang batu ahahaha

NenetPenne (NP) said...

mana part 2? mana???? :P

catz said...

life,
mak dah update..
huhuhu...
tarian zapin di dalam hutan..
hekhekhek

catz said...

anne,
haiii...! how are you???
part 2 dah ada..!
:)

thanks for coming...

catz said...

Isis,
hai..

ada bebrapa pakej..
yg kami jpin ni RM100.00 , 2-3 jam gitu..jalan off road..pi air terjun..
then lepak air terjun..
pastuh patah balik.

:)

ada jugak yg RM50.00, RM100, RM200, RM300.
depens pada laluan dan jangka masa ride tuh..
tapi mmg seronok dan mencabar,
:)

catz said...

makcik rokiah,
aksimu mak telah paparkan..
A++ oke.
hikssss...
seb takdo pacat.
kalau ada pacat lagi chaoss...

catz said...

Tijah,

go cart? aku rasa lagi mencabar ATV lah..kalau pasal keseronokan rasanya masing2 ada keseronokkannya sendiri.
nak join?
jom...ada berani??

catz said...

axim,
haaa...cubalah..
tak nyesal punya..

catz said...

DrSam,

memang menarik sgt..
boleh juga bawak family..
yg boleh naik umur 16 ke atas.
:)

catz said...

Romie,
ko jgn peluk tiang letrik ye..
kang kena karen kangggg...
btw.bila ko nak update blog ko yang dah bersawanggggg tuhhhh??
di ganu lagi kah?

catz said...

nenetpenne,
dah ada sudahhh..
hehhehe...