Sunday, May 23, 2010

Siem Reap, Cambodia: part 2

peta

Cambodia yang dulu dikenali sebagai Kampuchea terletak bersempadan dengan Thailand ,vietnam , dan Laos pada bahagian utaranya.
Ibu negara cambodia ialah Pnom Penh dan ia merupakan bandar terbesar di cambodia. Ia adalah pusat bagi pemerintahan dan pusat ekonomi,ndustri dan kebudayaan bagi cambodia.
Namun begitu tarikan utama pelancong adalah Siem Reap yang menempatkan dataran Angkor dan sangat terkenal sebagai Tapak sejarah warisan dunia. Selain Angkor wat, tasik Tonle Sap juga menjadi tarikan utama.

Luas mukabumi Cambodia adalah lebih kurang 181,035 km/persegi dan mempunyai populasi seramai 14 juta ethnic Khmer. Orang Cambodia dikenali sebagai "Cambodian" atau "khmer". Kebanyakkan mereka adalah penganut Theravada Buddhist tetapi ada juga sebahagian yang menganut agama islam dikenali sebagai "Muslim cham". selain itu, ada juga yang berbangsa China, Vietnam dll.

kegiatan utama penduduk adalah pertanian yang menjana sebahagian besar ekonomi cambodia. lebih kurang 59% rakyat cambodia terlibat dlm bidang pertanian. Selain itu ada yang terlibat dengan bidang pelancongan dan industri lain seperti pembuatan pakaian.

Kalau berpeluang dan ada kesempatan, suatu hari nanti catz nak travel ke Pnom Penh.

:)


Sedikit catatan mengenai tempat tinggal, tarikan pelancongan, tempat makan halal dan tempat shopping.

Ramai yang tanya mengenai hotel di Siem Reap.

Oh banyak sgt pilihan hotel dari budget hotel hinggalah hotel 5 bintang.

Saya letak link kalau nak check hotel rate dan review.

Klik di sini.


Lokasi hotel boleh pilih lah mengikut kesesuaian.
Jarak dari pusat bandar takdelah jauh sgt pun.

Saya menginap di Hotel Pacific, Siem Reap. terletak lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta dari lapangan terbang.


Reception

persekitaran hotel

Cantik

Jumpa alat muzik ni kat lobi. Petang-petang ada staff yang main benda ni.

Di cambodia, kebanyakkan hotel bangunan ada patung gajah

Depan hotel

swimming pool
Pandangan dari tingkap bilik


Pacific suite

Channel Tv adalah sangat banyak. Oh ya! Dapat TV Malaysia, RTM 1. Internet free, dll.
Hall dan bilik dipisahkan dengan pintu sliding kayu. Cantik.


Aku suka pintu sliding yang dibuat dari kayu ni.


nice king bed

spacious room with TV

Staff kat sini sangat helpful, lemah lembut dan sopan. Derang hantar guest ke bilik dan bagi banyak info. tips? yeap.

Balik dari Angkor wat, ada complimentary fruits atas meja

arm chair dalam bilik.


Ada bar ,wifi internet, drinks etc



overall, nice hotel dan harga berpatutan.


kenderaan yang biasa kita nampak di Siem Reap ni selain kereta adalah motorcycle taxi dan tuk tuk. Harga tak sure sebab tak sempat nak naik.
Kalau naik kereta, hire driver untuk jalan-jalan, sehari lebih kurang 25 - 3o USD. Boleh tawar menawar.


Motorcycle taxi


next,
shopping!

tempat shopping terkenal di siem reap ialah Central Market dan Old market.
Cenderahati, sutera cambodia, bed cover, pearls, lukisan adalah benda-benda yang biasa pelancong beli.

Bargaining dan haggling skills adalah sgt penting ya puan-puan dan cik-cik sekalian.

Ini kerana, harga barang adalah agak mahal. so mmg kena bargain. Peniaga di sini pula agak susah lah nak tawar compare u ols pi Thailand sana. urus niaga kebanyakannya dalam USD. so pandai-pandailah. bagi catz, baik u ols convert2 dulu dalam reil, sebab biasanya, adalah lebih murah beli guna REIL cambodia. Tapi kebanyakan penjual mahu dollar. Pepandai lah agak, mana lebih untung.Tapi mmg agak mahal shopping di sini. skill penawaran juga agak gagal.hiks.




Old market


pemandangan dalam market

selendang, alas meja,dll

kedai ni jual bed cover dll. Cantik juga. Tapi agak mahal lah. Dia kata USD75. oh..tawar-tawar, minimum USD60 dia bagi.

Lukisan.
oleh kerana mostly penjual lukisan nak USD, so mmg mahal. lukisan secoet je pun 15 USD.
Memang azab oke nak tawar.Dan mereka pula agak sombong / tegar, like take it or leave it. So pandai-pandai guna skill anda.


barang perhiasan


macam-macam ada


Merasa pengalaman berbeza berbanding membeli belah di Thailand. Tak mudah tawar menawar di sini. Jarang lah nak jumpa penjual yang merayu-rayu sangat kita beli bila mereka rasa kita menawar harga yang tak berapa masuk akal. Ada la. tapi jarang. Derang rela tak jual kalau kita tawar murah sgt.

Barang-barang ada yang lebih kurang sama je mcm di Thailand

Cenderamata seperti fridge magnet banyak jugak dijual dengan harga paling rendah sekitar 1 USD.

nice painting

Ada sorang penjual paksaaaaaaa aku beli silk. Dengan segala pujuk rayu dia yang berbakul-bakul dan claim dia jual paling murah dah, aku pulak yang terpedaya kena beli. eh? terbalik??

penjual mainly nak kita guna USD

beli lukisan setelah bertekak/ bargain/haggling dgn penjual ni. Ni je lah satu-satunya penjual lukisan yang merayu-rayu suruh aku beli bila aku tawar dgn harga yg jauh lebih murah dari harga yang dia tawarkan.

Lukisan diletak dalam sarung yg dianyam dari mengkuang..kot?


Kalau nak pi tailor utk tem;ah baju/suit pun ada. Selain tu, kalau rajin pergilah Angkor Night market. terdapat lebih 130 stall menjual pelbagai produk.

Mencari rezeki denga tuk-tuk dan teksi motorsikal

sekitar kawasan old market



Makanan halal.
Oh, agak susah.
'Aku jumpa satu ni je, tak jauh dari old market.

Taj mahal restoran

menu

lemon ais, order sampai 2 gelas sebab cuaca panas, haus. Rasa nak order satu baldi buat mandi terus oke.


Makanan macam-macam ada.
harga? berpatutan.
rasa? ok.
Dah ni je kedai yang aku jumpa masa duk surf-surf kat internet sebelum pegi.
Phanna aka supir mak tunggu kat luar masa ni. Dia ajak pi pasar malam lepas makan. malas. Dia cakap lagi murah, banyak choice etc. Malas. apa aja yang aku nak beli pun. bawak bag kecik je lagipun.

food - boleh tahan lah rasa nya.Asyik makan megi sudah kembang, tekak pun kembang sekali walaupun kejap mkn perasa tomyam, laksa, mee bandung. Tak bawak travel cooker sebab malas.

Nasi yg dicampur dgn jintan, apa tah nama. Merasa lah aku berkerut muka sebab jintannya banyak sangat.


aku sarapan kat hotel je. makan benda yang boleh makan saja lah. Roti, buah, jus.




Food.Hotel ni mostly yg tinggal sini pelancong dari jepun dan korea.




Ok, tu je sedikit catatan ringkas.



selamat tinggal bumi Siem Reap

8 comments:

xplorer said...

perghhh!!! cun gila bilik hotel

catz said...

hi xplorer,
how disneyland?
dun-fun rite..
:)

TayarGolek.Com said...

giler aah..kuat bejalan tul ko nih. aku pon nk try kesana gak nnti..tp dgn motot ler.. ;)

nice pic..ajo aku skit .wuhuuuuuu!!

catz said...

tayar golek,
travel to cambodia naik motor?
interesting and challenging.
good luck!

Anonymous said...

hai...terdetik plak nak komen kali ni.selama ni follow senyap2 jek.since awak kate payah nak jumpe makanan halal kat sini saye leh suggest satu restoran halal org malaysia kat siem reap nih.tukang masak oghe klate tp duk shah alam...sgt sedap die masak.d'wau restoran.belakang die ade hotel.tak de kelas punya...bajet hotel.not bad...saye duk sini dulu sbb senang nak makan.boleh la sape2 yg bace blog awak kalau nak dtg siem reap bleh try sini...
saye x reti nak linkkan...hehehe

http://www.myzarratravel.com.my/index.php?option=content&task=view&id=9

p/s:plus die ade anak laki hensem...hikhikhik

Hajah Zainab bt Abdullah said...

mama suka baca travelog catz...interesting + nice photos !

@xiM said...

thanks for da info catz!!

ZE said...

Hi Catz,

Very informative..
lagi2 tang shopping tu :p