Sunday, May 30, 2010

Majalah : i SIHAT

Minggu lepas, cik Leez ada berikan Catz majalah baru, i SIHAT.

Majalah ni baru dilancarkan minggu lepas di HUKM. Sebelum ni, majalah ni pernah diterbitkan suatu ketika dulu, tapi dihentikan penerbitan atas sebab tertentu.

Now ia kembali dengan wajah baru, lebih segar dan sangat berinformatif.



Isu bulan JUN 2010 , Fokus: Kanser Serviks.

ruangan Kesihatan Lelaki

Kandungan majalah meliputi semua golongan. Terdapat kolum Kesihatan Lelaki, Kesihatan Wanita, Kesihatan kanak-kanak, Kesihatan Warga emas dan lain-lain. Terdapat juga kolum pakar perubatan menulis, resepi dalam ruangan menu sihat, petua kesihatan, buletin sihat dan cergas, info cergas, info MINDA dan emosi, panduan gaya sihat dan cergas, personaliti sihta, kerjaya pilihan dan banyak lagi.

ruangan menu sihat

Kalau mahu resepi sihat, menu yang ringkas dan rendah kalori, banyak resepi mudah yang boleh didapati dalam majalah ini. Sungguh mudah rupanya jika mahu menyediakan hidangan sihat samada di bawa bekal ke pejabat, mahupun hidangan untuk seisi keluarga.

buletin kecantikan

Banyak juga panduan dan petua kesihatan, produk terbaru dipasaran dan panduan membeli produk kesihatan.

Terdapat kolum dari GYM ke GYM yang menunjukan cara bersenam dan menggunakan peralatan di gymnasium dengan betul

ruangan kesihatan kanak-kanak yang sangat berguna kepada ibu bapa

Info kesihatan warga emas

Kesimpulannya, majalah ini sangat padat dan berbaloi dengan harganya. Banyak sungguh tips-tips kesihatan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.
Harga?
RM5.50 di Semenanjung Malaysia dan RM7.00 bagi Sabah dan Sarawak.

Jom baca!

11 comments:

Wahidah said...

salam kak..lama tk dgr berita..akk masuk tk blog wai..hehehe..

so how's life kak???

Hajah Zainab bt Abdullah said...

catz...

mama lupa nak bagi tau...mama suka background putih ni !

Tijah said...

hehehee. ko tukar putih ni cepat sket aku dapat meloadingnyer...

catz said...

salam wahidah,
akak sihat.
akak ada singgah blog wahidah, tapi tak sempat nak letak komen.
looks u happy kat riyadh.
hope semua berjalan lancar ye.
:)

catz said...

hi Mama zainab,

thanks sudi singgah.
catz pun fikir, background putih lebih nampak ruang luas. senang baca.
thanks for ur feed back.

masak apa today?

miowww.

NenetPenne (NP) said...

makan secara sihat?
patut loorr beli majalah ni...
sekarang ni asyik makan secara tidak sihat jer....

Anonymous said...

cik catz, lagu mu sedih amat. tak mampu den nak konsentret kat makanan huhu. adakah catz tak benarkan pengunjung makan lalu bersedih??
*xtau lah merepek apa ni

Anonymous said...

cik catz, lagu mu sedih amat. tak mampu den nak konsentret kat makanan huhu. adakah catz tak benarkan pengunjung makan lalu bersedih??
*xtau lah merepek apa ni

@xiM said...

majalah ni bagus!!mesti pilih!!

*betul..lagu sedih ni..tak lalu nak makan..heheee

Unknown said...

Suka magazine macam ni..
suka blog putih yang baru ni..
suka lagu background.. ingat zaman muda..

IzzraRosli said...

Salam....de tak laman web khusus utk majalah i sihat?