setiap hari kita berjumpa ramai orang.
Dari yang realiti ke alam maya apatuh? alam cyber. Teknologi telah menjebakkan ramai orang dengan fesbuk.
Bagus?
Yea. Boleh la kan berjejak kasih, berjejak segala jejak.
Add sana, add sini. Kalau takde pesbuk orang boleh gelar kita peghak siap complete kerut-kerut muka. Lepas tu boleh tayang-tayang jumlah frens yang dia ada.
kalau ramai beratus-ratus atau beribu-ribu lemon tuh kira bangga lah.
ok..a fren asked me : berapa jumlah list fren yg ko ada?
so aku dengan lurus bendul yang tak berapa nak bendul cakap ajalah..ada la 75 orang kot? entah..
and she kerut dahi macamlah pelik benor lah kan kenapa aku ni cuma ada 75 org je dlm list aku (ni 6 bulan lepas..).
so aku tanya dia balik. Berapa org dlm list ko. And she was so bangga dengan hidung kembang semangkuk bak serombong kapal kontena said " aku punya list ada 650 orang, yg waiting list aku belum approve ada lah dalam 90 orang".
tu dia, so what?????
ko nak cakap aku ni kera sumbang or orang utan sumbang? tak kisah pun.
And ada sorang duk bangga-bangga yang dlm list dia ada si polan binti si polan, ada si polan a/p polan, ada Ah Polan Meng yang dulu femes kat sekolah, and vangga-vangga sgt that Ah Polan Meng invite di pi wedding yg dibuat di dewan Gelemer. Siap announce nak pi set rambut and bragged cam nak mati depan aku..like... "eiiii kesiannya engkau ni. Dia tak jemput kau eh? see...i popular, thats y she invite me. ko ni mmg tak glemer eh."
aha..thats the point kan?
Tapi kalau pun aku beriya-iya nak add derang for the sake of nak tayang kat org frens list aku, apakehalnya kan? Aku tak rasa mereka itu kisah sgt pun pasal ko yang bangga sebab derang ada dlm list ko pun? Ada menyumbang apa-apa ke? All this while, ada derang kesah ke? And aku dulu duduk dalam kelas elit (ha-ha ) which aku dpt tau, most of seantero kelas aku jadik doktor, engineer, loyer, akauntan, kerja dengan syarikat gerudi minyak dan lombong emas di negara obersea sana dgn pendapatan 6 angka and apa-apa jawatan yang gah, aku tak pernah pun nak canang or nak bangga-bangga tak pasal-pasal. baguslah kan kawan-kawan aku berjaya. Adalah aku sesekali balik, terserempak tegur sembang-sembang. And normally org yg memang keje best dan kaya, they all tak bragging pun, but just act like normal people.
kalau lah difikir-fikirkan, dalam list aku tuh, adalah berapa sgt yang menyumbang secara direct dlm kehidupan seharian or kawan yang mmg betul-betul kawan yang aku jumpa selalu. Yang lain-lain adalah kawan sekolah, universiti, kawan sekolah rendah yang dah dekat dekat 30 tahun aku tak jumpa (matik la..org tau aku dah tua bangka).
Rupa pun dah lain u ols.
Dulu main pondok-pondok kat sekolah, main ejek-ejek ya..(org selalu ejek aku), now they become to mak orang or bapak orang yang rupa adalah dah lain. Sure tak kenal.
Agak-agaknya derang pun kalau terjumpa aku kenal ke?
And entah le kan. one of kawan sekolah rendah said, "eh jom kita buat reunion".
erk. aku cakap aku malu lah nak join.Er, ni reunion kawan-kawan sekolah rendah oke.
Eh tapi aku perasan lah, kawan sekolah rendah aku yang ada dlm list aku dan list mereka adalah dalam 6-7 org je mahluk-mahluk yang sama. sorang doktor, sorang lecturer, sorang duk wat PhD kat sydney, sorang pensayarah kat kolej apa tah, then aku , sorang cikgu, sorang keje kat Melaka.
Err..orang lain tak de. Ada seseorg yg aku carik, sampai la ni tak jumpa. Lepas aku pindah terus lenyap gitu.
so..sambung eh, pasal malu tadi.
so kwn aku tanya, kenapa malu? aku ckp segan ah..muka semorang sure dah lain, muka bapak dan emak orang.
So dia cakap, " ok..apa kata..kita buat reunion pakai baju sekolah, so semorang feeling budak-budak sekolah dan tak malu".
ha-ha. aku tergelak nak tergolek dengan cadangan kawan aku ni.
U ols boleh bayangkan tak?
ok..memang ada. Last month aku ada terjumpa kawan aku yang dah berumur lingkungan 40 pakai baju sekolah. Dia cakap baru balik reunion alumni sekolah tersohor kat Malaysia ni. Tu buat dinner ramai-ramai dalam dewan ok la kan. Buat kat Kelab apa tah. Ada yang pakai baju pengawas, pengakap (tu mesti rembat pinjam baju anak).
Ni setakat nak jumpa-jumpaan 7-8 org nak kena pakai baju sekolah.
Satu keje u ols aku nak kena beli baju sekolah pulak.
And aku rasa kelako. Tak yah lah ek..ek? Tak yah lah kita berbaju sekolah ya kawan-kawan.
Ok.
Bila kita sudah bercontact atau dlm erti sebenar dah add each other, it is like sgt pentingnya kita tahu orang itu kerja apa kan. Eh normal lah kan nak tau oh ko keje kat mana? ko kat mana?
Tapi some people yg beriya add, tak pernah pulak bersembang/contact, tiba-tiba tegur tanya..
"eh minah, ko kat mana? " aku jawab aku berada di mana.
then dia tanya aku kerja apa. aku jawab je freelance photographer (ni koje part time mak lah masa tu). dia jawab, "oh..laa..ingat ko keje apa..aku ingat ko ni keje best sebab mcm selalu je pegi obersea. oklah..got to go.anak aku dah nangis nak susu" (pdhal pukul 10 malam, dia takde baby pun).
eh.
kan. malas nak explain.
so, moralnya, kita kena tunjuk kita gah, kerja gah baru org nak kawan dgn kita ke atau boleh masuk kelompok derang. Gah sgt ke keje seketeri ko tu, sampai nak judge keje org best/tak best?
Then,
satu peristiwa mak pobia ni taw nak jumpa-jumpa kawan lama yang di add di pesbuk.
Ada seorang kawan yang dah lama lost contact.
Last jumpa was 8 tahun lepas gamaknya. Selain dr tu, sesekali je antar mesej kat pesbuklah.
Baru-baru ni dia call aku. Katanya ada course kat Serdang.
So dari hint-hint ayat dia , mcm nak jumpa aku, nak tidur rumah aku.
Kebetulan aku ada kat Bangi. So aku ajak tidur rumah aku lah.
Dia jawab.." ko duduk rumah flat ke teres ni?" er...out of many question dlm dunia, like, kat mana lokasi sebenar rumah ko ni, dia tanya soalan mcm tu?
Aku jawablah.."Flat" - flat ni adalah istilah untuk rumah bertingkat-tingkat kan?
dia jawab .." laaaa...rumah flat ke?"
err...so kenapa?
ding-dong-ding-dong, gitu gini, dia tanya lagi.."betul ke ko memang duk flat?"
so..mak now get the point lah kan.
so dia kata akan call semula nak bagi tau jadik dtg ke tidak.
Hati mak dah agak berbunga jugak, eh kwn nak datang. so aku dah plan nak bawak dia makan kat RED WOK. restoran yg sedap dan tersohor dekat dgn rumah aku ni.
Aku pun mop semula lantai (walau pagi tadi dah vacum dan mop), aku lap meja , etc.
Tapi..
haremssssssssssssss lah dia nak call mak atau pun text mak semula.
Oklah. i got the point lah. No wonder she tayang gambar rumah/harta kat pesbuk.
Malas nak explain.
Bukanlah aku kata semua orang suka judge org mcm tu.
tapi benda-benda ni buat aku pobia nak jumpa kawan-kawan lama ni.
On the other side pesbuk punya disadvantage ni adalah kegiatan bercucuk tanam mengoperate cafe tak kena tempat. Dalam lecture aku baru ni, ada sorg participant ni duk busy menguruskan tanaman dan cafe di kala mak tengah tersergam mengajar kat depan. kalau ko bawak laptop, duk dendiam, aku tak kisah. Ramai je org mcm tu, yg kdg bwk laptop time seminar, maybe some people has to attach dgn lappy /internet dia pasal job requirement.
Ni siap ngadap laptop ketawa terkekek-kekek dan siap ajak org sebelah join sekali aktiviti membuat lamb chop dan menanam pokok stoberi???
so annoying oke. Masa dia takde dlm kelas aku, semorang senyap, bila dia masuk (tah apa point dia kan, nak masuk lambat, tak dtg, sukati dia je), dengan selamba dia bermain game pesbuk tatkala mak sdg berpot-pet kat depan.Organiser yg duk round-round masa aku ngajar oso cakap benda yang sama. Hello!! ko kalau rasa dah pandai atau ko rasa course yang ko attend ni tak penting, boleh tak ko berambus dari kelas aku. Aku tak kisah pun kalau ko tak de dalam kelas aku. Ada satu ketika, ada sorang participant duk tanya soalan dan aku explain jawapan soalan dia, org yg gila pesbuk ni duk bersembang explain something dgn org sebelah dia, dan suara adalah kuat. My blood go upstairs lah time ni. Rasa mcm nak baling object yang ada depan aku kat mangkuk hayun tu.
TAPI, buat apa kita layan orang macam ni kan. Bukan budak-budak. Umur dah 3 siri dah pun. Soa kalau dah tak reti fikir yang mana benda penting sampai tergamak bercucuk tanam dan menjalankan operasi cafe dalam kelas yang penting untuk kerjaya dia, wut can i say? setau aku, dia yg volunteer nak join course ni.
Kita ignore aja lah. Cuma, kalau ko nak remain
Nak aja aku ckp: hello encik, kalau nak masak, besok bawak kuali dan periuk betul-betul ya? bawak senduk, bawang, sayur labu, belimbing buluh, udang 35 ekor. Boleh saya ajar awak masak betul-betul. Ha, lesung jgn lupa bawak sekali.Bukan untuk tumbuk bawang, tapi nak suh ko telan lesung tu kalau masak sayur labu pun tak pass.kata dah prektis masak 24 jam kat cafe world.kan??
Nak sound dia depan ramai orang tidaklah. So kalau dia pilih untuk berbuat begitu, let it be lah kan? Kalau marah-marah, akan berkurang sel otak aku ni.
So biarkan.Time demo dan pratikal pun dia tak datang. So boleh pikirlah attitude org macam ni.
aku tak delah kata yang FB ni tak bagus. Ada kebaikkannya. kan.
44 comments:
kan? kan? apa dia ingat "freelancer" takde duhet ke?
tu la dia...kalu org jenis judge book by it's cover...
Betul tu kome catz pasal facebook. saya punya aenarai kawan2 pun tak ramai. Yang betul2 memang kawan selalu jumpa aje dalam senarai saya tu selain dari adik beradik dan kaum keluarga aje...
i'm agree wif u.... klu nak cari kawan lelama yg dah tak jumpa mungkin not too bad but to cucuk tanam n built cafe tu soooo sorry ... tak bleh masuk in diary life... menghabiskan masa je... betul tak?
dia tak tau rumah pangsa ko grand! haha... mentaliti tahap berapa la gaknya
heehe cat catz bwk bersabar ye (org2 mcm ni berlambak gak sy jmpe tp bo lyn je) ade org nak berkenalan dgn akak, bole dak...
pesbook ni banyak merosakkan idup , secara tak langsungnya.. just like what u said.. agree sepenuhnya dgn yang ditulis..
Tijah,
hahhahaha..apa2lah ek.
tak kisahlah duit tak banyak.
kalau akau bg tau aku xde duit, dia nak kasik ke??hiks
mama,
bg saya fesbuk utk org yg kita kenal je kann...yg tak kenal konon utk meramaikana list tuh taka koser.
:)
Leia Azmi,
hi.
welcome to my blog.
:)
yes..ada kebaikannya FB ni. tapi kalau sampai bercucuk tanam tak kena tempat tuh tak payahlah kaan..buang masa.
salam kenal.
:)
kog,
hahhaha..dah lah grand..pastuh ada jiran yg suka beno buat raptai raya..
hahahaha..derang mana ado jiran cam tu..ke ke ke
nurul,
nak kenal?
boleh je..
jom ngeteh.
:)
sedikit sebayak pesbuk ni memang merosakkan life.. setuju dengan apa yang catz highlight..
hi babe, ada pro n cons nye berfesbuk ni, utk org2 yg cukup n pjg akal blh la gunakn kearah kebaikan, tp utk org yg pendek n kurang akal rs mcm nk delete je nama dlm list even he/she is my fren,rs meluat n nak muntah ijau bila baca status jz utk bgtau tgh choose mane 1 keta mewah yg nk dibeli, perlukah diexpose ke status fb utk hal2 sebgitu?? At last hanya baca n doakan yg tebaik je utk mereka ni....
jom ngeteh catz!! haha..lama x bergosipann nihh :P..
salam ..catz..
saya ni mmg pembaca tegar blog catz ni..ye la kan..hobi lebih kurang sama je..suka makan..hehe
catz..td saya ngan kawan [juga pembaca tegar..ewahh] nampak catz kat alamanda. rasa nak tegur, tapi malu la..just senyum2 je dari luar tingkap kete u :D
Hmm..ada jugak manusia dewasa yg gitu ek? Kot bdk sek rendah bole jugak nak marah (mcm Mummy slalu buat..hehehe)..kot org tua..berasap jugak gamaknye hati sementara nak abis lecture.. Sabor je la Catz.. Mukabuku? Add aje kwn yg mmg kawan kita..tak kisahla kita ada 5 org je..atau 50 org..waima 500 org..yg penting..kita happy? Owh..since Catz bg lecture.. Mummy nk ucp..slamat hari guru...moga Allah memberi keberkatan ke atas ilmu yg kita kongsikan..amin
Biasa lah tu Catz, some people in this world likes to judge other people by it's cover..Tak penting pun org2 macam nie yg biasa nya suka ambil kesempatan ajer.. kawan waktu senang mmg ramai, sahabat baik memang susah nak cari..
Linda punya friends list dlm fb pun tak ramai jugak, approve mana yang kenal and family ajer.. tak kose nak add berlambak2.. hahaa
for me fb just to connect and sharing w friends... ape ke halnya nak tunjuk rete kat fb.. gilo per??? tak paham tak paham....
ada satu case, because too expose at fb.. tunjuk rete, tunjuk rumah, tunjuk macam2.. then, kat status update i'm going on vacation etc etc.. balik2 rumah kosong..
moral: be careful on what u post...
wahhh this time catz telah meluahkan isi hati....
tapi kan buat apa frens ramai2 dlam facebook kalau bertegur pun idak.. kita punya pun sikit jer...
nanti tak sabar nak jumpa catz kat situ nanti...
nenet tak lawa, kang nanti catz lepas jumpa jangan lah tak nak kawan pulak lepas ni.. ha ha ha...
rumah flat ker rumah kondom ker..eeeh kondo ker apa ke kan, still a rumah... adalah tempat berlindung..
catz...akak nak tanyalah sebab lari sikit dr topik FB ni...yg kedai makan red wok tu yg ada buffet steamboat tu ke..sebab akak ada dpt flyer kat umah akak hari tu tapi tak ingat letak kat mana..so tak tau kat mana kedai tu..boleh catz buat n3 pasal kedai tu tak..cheh, siap request pulak ye..
anyway..cite pasal makan lagi best kan catz dari dok cite pasal harta dunia yg tak blh bawak mati pun
Catz,
Aku pun tak ramai fren dlm FB coz aku mmg memilih,yg dah biasa dgn aku je aku invite/add..yg aku xsuka,aku delete jer..
Dlm meniti kehidupan ni,mmg ramai manusia yg ntah hapa2 yg kita akan jumpa,yg pentingkan harta/kedudukan kita dll..so bsabar je la..org2 mcm ni jgn dilayan..biaq pi la depa..
sungguh bad experience Catz & FB..
LIBL pernah sekali.. mmbr from 1 - 3..lelaki..ttb ping kat FB chat..ko dah baper org anak?.. dalam hati sungguh terbakar..aku kawen pon belum mau tanya anak pulak..
so far..LIBL buat lantak la..add mana yg suka.. Ignore mana x suka.
FB = LIFE.. HAHA..giler kan. semua benda nak update FB.. semua org ada situ..customer..kazen..bos.. lantak la lah..but still beringat2 juga nak update aper2 kang tak pasal2..
So my blog is my place to lepas perasaan.. This is the reason why am not so keen to expose my self in my blog.
facebook..aku ..walupun aku accept je sapa yg add..tp aku tak open ..pun status or picture..just utk kawan2 rapat..adik beradik ..sedara mara je leh tgk status..ngn gambar tu
salam catz..
aku peminat blog u nie.punyai minat yg sama nie.mkn2 & jln2 nie
aku setuju sgt dgn tajuk ni,pendapat kiter serupa.so aku nak tambah sikit..harap2 boleh diterima kot..fried list aku cuma 8org jer,aku accept yg betui2 rapat dgn aku..aku peduli apa,bila ada org kata.cikt nyer...tak ada kawan2ker,mcm kera sumbang ker.naper tak accept?hahaha...penting ker itu semua?,,aku pentingkan QUALITY dari KUATITI,
pastu bila friend list mereka tu dah melambak2 kawn...ada ker patut,boleh tanya balik.."ada FB tak..tak add pun"..kepala hotak .aku dah accept tu apa citer,tu lah dah terlalu ramai..sampai kawan baik yg selalu comments pun dah tak nak nampak.ada wujud ker tak?,apa kesss nie wei...
rata2 aku tgk bdk2 kat office aku nie,satu office pun berFB..dah lah weii,,dtg offce dah jumpa..gosip2 dlm outlook lagi,pastu balik umah gosip2 dlm Fb lagi....tak ada keje lain ker..kalau boleh budak2 nie dgn CEO pun nak diAAD nyer...apa kehey nyer...
kalau kawn2 aku pada zaman batu dolu22,(zmn sekolah,zmn U,zmn praktikal,zmn first job)yg selalu bertembung setakat angkat2 kening itu,pada pendapat aku tak accept pun tak rugi apa kan.cukuplah 3 or 4 org yg betui2 rapat dgn aku.
kalau betui2 mereka nak merapatkan ikatan"kawan or sahabat" naper tak dari sebelum wujudnyer FB nie..
naper tak jejak dari dulu, guna call ker,cari kat kg ker,bukan tak tau alamat kg,dtg raya pun tak,padahal duduk sebelah kg jer,susah nak cari erk..
mereka cari bukan nyer apa,sibuk2 lah nak korek2 rahsia life kiter nie...buat apa,dah kawin ker,keje apa,nak jadi infomer pulak pada kawan2 yg lain tue..pastu nak citer pulak life meraka yg mcm hebat sgt tue,pergi sana pergi sini..dinner hotel sana,,dinner hotel sini...walah weii....tak nyah lah utk itu semua..simpan diam2 dalam diri sudah,citer pada anak cucu sendiri jer nanti...
mmg FB ni ada keburukan & kebaikan nyer,kalau dah sehari lebih dari 4 jam dudk mengadap depan pc,,dtg office lambt.tersengut2 depan pc bila buat keje....mcm mana itu..sapa nak jawab tue..
so pilih ..QUATITI or QUALITY
Catz..huhu..best..best..best..aku suka apa ko tulis ni!
Macam aku yang Toli [Tokey + Kuli] ni..terpaksa ada kawan ramai..for networking.
But aku tak main game tak buat apa pun.Tapi status aku mmg for my family & close friends je..[gagah tu,select orang],friends pun aku category kan.Ada dua BFF & Family.Itu je yang aku tengok..
Tapi sebenarnya apapun bergantung pada kita..kan..kan..kan..hehhee..
Umah ko dekat Red Wok ek...heheheh..;p
tapi nak add cak catz dlm fenlist ku jugak..
mmg ku tahu dah fb tu tmpat nak show off, bergah2, apa lah dpt, dpt pujian manusia la kot..biarlah diorang nak buat apa dewang suka kan kak catz
well done catz! mama sokong catz...bila nak main masak2...mama suka :)
Hann,
ada kebaikkannya, tapi kdg org salah guna.
tapi saya mmg tak main FB game. takde masa dan malas.
:)
queenamidala81,
hahhaa..mmg pun. some people segala benda nak di report kat FB, secara tak langsung ala2 mcm tools utk show off. tak faham and rasa annoying.
:)
inah,
jom..
kat adelaide ke kedai mamak bangi?
kalau adelaide, sila kirim tiket pergi dan balik.
ha-ha.Best lg ngeteh kat adelaide kot. sejuk sikit, Malaysia panas.
:)
cik dina,
hai..salam kenal.
eh.awak nampak kita kat alamanda? napa tak tegur. hiks. mmg ada ke alamanda smlm, tgk movie dan lepak starbuck alone.
next time kalau terserempak tegur eh.
i've visited ur blog. interesting.
duduk mana? jom teh tarik.
:)
thanks for reading my merepeks.
enjoy.
:)
Mummy Eda,
eh. malu pulak saya nak terima ucapan hari guru, saya bukan cikgu..hihihi.
:)
Linda Abdullah,
yup. agree. FB list utk org yg kita kenal.bukan sekadar add nak tayang list of frens yg ramai kan.
:)
Mas,
'yup. 100% agree with u.
to connect with frens. bukan nak update letak status bukan2 like tayang2.
:)
Nenet,
aku pun kdg nak luah2 perasaan.
hahhaa..
tak kisah le lawa ke tak. aku bukan lawa pun.
hahahhahaha...
:)
marie,
'saya belum pegi lagi kedai red wok tu..karang kalau pi baru saya buat review. dua kali pegi, dua2 kali tu tutup lagi.
:)
Zareen,
'hai..
dah balik dari CH ke?
this week ke CH?
nak daun teh.
hehheheh
Life,
cat tak add kwn sekerja/boss/staff etc.
hiks..manjaga privacy..
hiks.
atty,
yea..we should be careful on wut we put on FB.
bahaya.
:)
lyza,
yes. setuju dgn u lyza.
thanks for the long comment.
mmg setuju, some people mmg nak korek2 rahsia.
pastu nak compare2.
kira merisik dgn cara add.
:)
sigh.
Nowwa,
yup..dekat red wok.
tapi aku pi asyik tutup sajork.
kang pi sana catz wat review pulak.
thanks for sharing.
:)
Sierra,
yesza..
alat utk bermegah2,
:)
mama,
sat gi kita masak.
tungguuuu
oh catz, lain kali i x malu dah nak tegur. hehe..first time, malu2 kucing la kot.
saya duk kelana jaya..tapi selalu gak g Bangi tu..g makan kedai amir dekat ngn ariani Bndr Baru Bangi tu. leh la lepaks makan cendol pulak lps ni :D
Post a Comment