Lately aku rasa kena balik ke pangkal jalan.
Banyak merepek tah apa-apa kat blog ni.
Dah lari jauh ke benua lain aku rasa.Dah lari tajuk.
Ada yang tanya, kenapa aku dah takde buat entry travel lately.
Tah le. macam dah hilang momentum or m.a.l.a.s.Nak cerita benda merepek tak payah letak gambar. Tapi nak cerita hal travel kena ada gambar.ada banyak benda nak cerita, tapi aku punya skill menulis ni memang dah tumpul.So kalau takde gambar aku tak reti nak tulis.
Make it short, aku malas nak edit gambar. Takdelah edit apa, nak re-size etc lah.
So sebelum lari jauh ke laut, aku paksa jari aku bukak folder gambar.
err..aku dah balas komen entry sebelum ni.
Ok.
Ni sedikit catatan perjalan ke Siem Reap , Cambodia untuk melihat Angkor Wat.
Untuk ke Siem Reap, penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Boleh naik Air Asia atau Malaysia Airlines. Air Asia terbang sekali sehari ke Siem Reap. Malaysia Airlines pulak tak silap catz now ni seminggu 3 kali kot, selang sehari.
MH -Malaysian Hospitality
Lunch asam pedas
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap.
Lunch asam pedas
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap.
Di Cambodia, matawang utama yang digunakan ialah US Dollar dan Riel. Nak senang, bawa USD, kalau nak tukar ke Riel, boleh tukar di airport atau mana-mana money changer.
Sampai di luar pintu ketibaan, orang dari hotel dah tunggu untuk jemput ke hotel yang letaknya lebih kurang 10 minit dari airport. Kalau naik cab around 5 dollar gitu kot sebab area hotel-hotel tuh takde lah jauh sgt pun. Dalam kereta, bual-bual dengan driver tu dan dia tanya if nak jalan-jalan ke mana-mana. Oleh sebab takde plan, dia offer untuk jadik driver dengan bayaran 30 USD. Tawar-tawar, dapat lah USD 25.00. Oklah kan. Sebab nak ke Angkor Watt pun agak jauh. Cuaca adalah sangat panas.
Aku dah check harga kat dalam internet, tgk dlm forum, harga memang around tu lah kalau nak hire driver dgn kereta sekali untuk jalan-jalan.
Samapi di hotel, Phanna janji nak amik pukul 2 ptg. So sempatlah aku makan KFC yg aku tapau dari KLIA.hiks. Rendam megi, buat air, solat dan bersiap untuk keluar semula.
Phanna offer untuk bawak round town. Oh panas . nak kejar masa, so terus saja ke Angkor Wat.
Pemandangan kiri kanan adalah keringggg je. Takdelah banyak sgt kenderaan.
Dalam 25-30 minit, sampai kat area Angkor Wat. kena beli tiket dahulu. Harga tiket untuk PASS SEHARI adalah USD20. Ada juga pass untuk 2 hari dan seminggu tak silap.
Lepas bayar tiket, kita kena berdiri menghadap kamera yang terletak kat tepi tu. Mereka amik gambar kita saiz passpot dan gambar muka akan dicetak atas tiket.
ONE DAY PASS with my photo on it.
Kawasan Angkor Wat adalah sangat luas. Lebih kurang 400km persegi luas kawasannya.Naik kereta semula ke area nak masuk ke kawasan temple.Phanna turunkan dekat dengan jalan masuk dan dia tunggu dekat luar je. So janji around 2-3 jam gitu.
Tunjuk tiket dan terus jalan masuk kawasan temple.
Tunjuk tiket dan terus jalan masuk kawasan temple.
Dari jauh dah nampak Angkor Wat atau Angkor Vat. Ia merupakan salah satu dari keajaiban dunia. Dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan Abad Ke -12. Pembinaannya mengambil masa lebih kurang 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor bersama banyak lagi kuil lain, tapi yang paling terkenal adalah ANGKOR WAT. Raja Suryavarman II embina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan Gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu. Menara bahagian tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi yang merupakan binaan utama dalam struktur Angkor Wat.
Mengadaptasi dongeng Guung Merru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Memang sangat luas kawasan dataran Angkor ni, Jalan masuk sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan di apit oleh laut buatan Manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor ini adalah melalui pintu gerbang yang mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dan alam dewa dewi.
Daripada banyak kuil yang terdapat di dataran ANgkor, Angkor Wat masih lagui dalam keadaan baik disebabkan ANgkor Wat telah ditukar menjadi kuil Budha dan diguna secara berterusan apabila kepercayaan Budha mengambil alih kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13.
Namun begitu, pada tahun 1431, kuil ini pernah di tawan oleh Siam.
Sebagai tapak sejarah warisan dunia, ia telah mengalami proses restorasi dan menelan belanja yang agak besar.
Jika anda ke mari, nak jalanjalan sendiri boleh. Nak amik khidmat tour guide pun boleh. Ramai yang menawarlan khidmat photography dan tour guide. Aku jalan sendiri je.
Oleh kerana kita melawat ke tempat bersejarah, lebih baik sebelum pergi study lah sikit-sikit mengenai tempat ni. Kalau betul-betul mendalami sejarahnya, better amik tour guide dan amik pass lebih dari satu hari , so boleh melawat dan mengambil gambar secara detail. Cuaca panas, so aku tak larat oke nak pi belek satu persatu.
Masa catz datang ramai sangat pelancong. Ada yang datang sendiri dalam kumpulan kecil, ada pelancong barat, jepun,korea yang datang dalam kumpulan besar. Masing-masing menunjukkan minat yang mendalam dan mahu melawat hingga ke atas. kena panjat tangga you!
Sekumpulan pelancong yang feeling-feeling buat fashion photo shoot. Lepas tuh gelak-gelak ramai-ramai.
Kalau melawat ke sini, kita boleh saksikan ukiran di dinding yang ada pelbagai nama dan maksud tersendiri.
Kat belakang catz tu para pelancong tengah tunggu turn masing-masing nak naik ke atas menara temple ni.
Yang beratur adalah sangat ramai, dan jumlah yang boleh naik, turun pada satu masa adalah terhad. So gigih lah tunggu turn kalau nak naik. tangga tu curam dan tidaklah semudah kita naik tangga biasa.
Terserempak sekumpulan boy monk yang mungkin mahu mengadakan upacara agama.
Banyak sangat kalau nak describe. Malah catz beli buku mengenai sejarah Angkor Wat daripada penjual cenderamata.
old and ancient
Old and ancient, still standing tall and proud.
Banyak sangat kalau nak describe. Malah catz beli buku mengenai sejarah Angkor Wat daripada penjual cenderamata.
old and ancient
Old and ancient, still standing tall and proud.
Meninggalkan kawasan Angkor Wat, kita akan berjumpa dengan ramai penjual cenderamata yang merayu kita untuk membeli. Ramai antaranya adalah budak-budak yang berniaga di luar waktu sekolah untuk mencari sesuap rezeki. Sempat berbual dengan mereka setelah membeli sebab tak tahan kena asak oke. Tapi tu lah kan, ko dah beli dgn sorang, yang lain pun merayu jugak. Adoi, kalau layan sumer, takut mak tinggai spender je karang. Aku beli buku, 10 dillar utk dua buku, dan sekumpulan budak kecil mengasak aku suruh beli gelang pula. Dah le si Phanna (drebar mak) tah kat mana menyorok lepak kat mana. So budak-budak kecik tu follow tak sudah sambil merayu dengan ayat-ayat sadis. "U buy from big boy, we are small girls, u should help us. Please. 10 dollar. please.."
Aku tanya, derang tak sekolah ke? derang cakap derang baru balik sekolah. Bila aku hulur duit je, tak nak amik barang. derang tak nak dan cakap, "too litle, wut can u expect to buy with this" bila aku hulur 2 ribu riel. hem...
Yelah, agak mahal jugaklah sebenarnya barang-barang di cambodia. 1 tin coke lebih kurang 1 dolllar = 4 ribu riel. Dan derang memang tak nak ambik duit tu!
Agak tersentuh hati juga kerana terpaksa menolak rayuan mereka untuk beli gelang-gelang tu. Tapi memang kena keraskan hati.
Dari jauh aku nampak Phanna. Terus aku lari masuk kereta (oh, budak -budak kecik tu masih juga mengasak aku masa nak tutup pintu kereta.).
Mereka bukan minta sedekah. tapi berniaga demi sesuap nasi dan belanja sekolah.
masih tergiang rayuan - rayuan mereka.
Dan pemandangan ketika balik adalah galeri lukisan yang mempamerkan dan menjual lukisan.
Kebanyakkan nya berkisar paparan Angkor Wat.
Aku tak berenti pun. sekadar menjamu mata. Ada anak kecil berusaha keras untuk mencari 1 dollar untuk menyara hidup, lantas wajarkah aku spend 50-200 dollar untuk sebuah lukisan.
MODE keinsafan tiba-tiba menjelma.
bersambung.
Aku tanya, derang tak sekolah ke? derang cakap derang baru balik sekolah. Bila aku hulur duit je, tak nak amik barang. derang tak nak dan cakap, "too litle, wut can u expect to buy with this" bila aku hulur 2 ribu riel. hem...
Yelah, agak mahal jugaklah sebenarnya barang-barang di cambodia. 1 tin coke lebih kurang 1 dolllar = 4 ribu riel. Dan derang memang tak nak ambik duit tu!
Agak tersentuh hati juga kerana terpaksa menolak rayuan mereka untuk beli gelang-gelang tu. Tapi memang kena keraskan hati.
Dari jauh aku nampak Phanna. Terus aku lari masuk kereta (oh, budak -budak kecik tu masih juga mengasak aku masa nak tutup pintu kereta.).
Mereka bukan minta sedekah. tapi berniaga demi sesuap nasi dan belanja sekolah.
masih tergiang rayuan - rayuan mereka.
Dan pemandangan ketika balik adalah galeri lukisan yang mempamerkan dan menjual lukisan.
Kebanyakkan nya berkisar paparan Angkor Wat.
Aku tak berenti pun. sekadar menjamu mata. Ada anak kecil berusaha keras untuk mencari 1 dollar untuk menyara hidup, lantas wajarkah aku spend 50-200 dollar untuk sebuah lukisan.
MODE keinsafan tiba-tiba menjelma.
bersambung.
11 comments:
cantiklah. nampak lama, tapi cantik sangat.
alamak...kalau diasak2 cenggitu, confirm aku akan menangis lalak2 kat situ..kesian
Alaa kene panjat-panjat tangga ke kat situ?? hish sayang yer kat lemak-lemak ku ini..
Owh..TQ catz dah lama aku tunggu review ni..nak buat guidance utk trip akan datang..i lap u lah!
Cahaya,
yea..
cantik walaupun nampak very old.
seni dan warisan.
:)
nenet,
wat pe nak nangis pulok..
hiks..
kang kalau ko nagis lagi haru.
kita kena keep walking and keraskan hati .
kalau kesian keterlalauan,, kang tinggai sepender kang..
Linda,
kalau nak naik atas menara panjat lah.
if not duk bawah sajork.
:)
hi nowwa,
actually pi dah 2 bulan lalu, tapi sgt kemalasan untuk update.
:).
thanks for reading.
Tahniah...menarik sungguh...insya Allah suatu hari akan sampai ke sini juga...itu hari dah beli tiket ke sini, tapi terpaksa dibatalkan sebab ada tugasan yang tak dapat dielakkan...
hi adie,
tq.
long time no see.
takpe..still ada next time.
tugas lebih penting.
sure one day ko akan sampai sini.
mmg menarik.
Salam catz...
cecantek gambar u amik nih catz...
i dah beli tix AA nak pi Siem Rep this september. very the helpful info. u ittew... kalau x de geng join i kenalah pi backpack sengsorang... wish me luck... ;)
Post a Comment