Monday, July 19, 2010

Memo bantahan terhadap makcik kantin.




Kiah Gebus : peah, ko tak breakfast ke?

Peah Nokia : Taklah. diet.

Fatimah Jacob : Asyik-asyik nasi lemak. mee goreng, bihun goreng. Boring oke.
Makcik kantin/cafe ni tak reti masak benda lain ke???

Kiah Gebus: wah-wah. berani kau mengumpat makcik cafe tu??? Anak dia hensem ko tau tak.

Fatimah Jacob: ado mak kesah??? tak kira. jom la.dah 7 tahun kita keje sini, makanan cafe ni asyik samaaaaa je. kita hantar apa tuh..memorandum bantahan ke apa?

Kiah Gebus: ok..aku draftkan oke. sok kalau kena buang keje aku ajak ko sekali kena buang (katanya makcik cafe tu sedara dengan HR manager).

Draft memo kepada makcik kantin.


Makcik,

Kami para pekerja kompeni ini, mahu bercakap dari hati ke hati dengan makcik, tentang menu sarapan kat kantin. Makan tengahari tu nanti saya hantar memo lain. Makcik jangan heart attack oke. Baca selawat dulu sebelum baca nota bantahan seterusnya ini.

Kami mahu meluahkan perasaan tidak puas hati kepada makcik secara direct sebab kalau komplen melalui pengurusan, mungkin tak berapa nak sampai sebab makcik selalu je bagi diskaun kat mereka.

ok..senang kata saya nak komplen lah makcik. Point-pointnya adalah:

1. makcik, kenapa menu makcik asyik samaaaaa je hari-hari? asyik-asyik nasik lemak je. Mee goreng, bihun goreng, nasi goreng. Boleh tak makcik pelbagaikan menu makcik? Setelah 7 tahun bekerja di sini, bau kuali makcik pun saya dah hafal. Boleh tak makcik pelbagaikan menu, contohnya mcm menu kat gambar kat bawah ni? Boleh tak pelbagaikan dengan menu sihat. Makcik tau tak, ramai tau yang diet takmo pi kantin, sebab tak nak makan nasi lemak. boleh tak makcik buat menu sihat, contohnya haaa..tgk lagi gambar kat bawah ni.
Bukan susah makcik, susun-susun tomato, hiris-hiris karot, hiris-hiris buah, bake hash brown tu, rebus sosej, makcik susun dalam tray lawa-lawa. buh daun salad, hias-hias haaa...sure lagiiii ramai anak dara diet kat kompeni ni yang akan pi kantin.


Pastu kan makcik, why not makcik blend buah-buah segar tanpa gula dan susun dalam gelas lawa-lawa. sure Makcik Rokiah yang tak pernah pi kantin tu akan tiba-tiba pi kantin 5 hari berturut-turut. Ni asyiklah air teh o ais yang manis gila, neskape dan segala minuman bergula manis-manis. Haaa..harga gula baru naik, makcik jangan naikkan harga minuman ok.
Makcik blend je buah tembikai, buh dalam gelas cantik.

Pastukan makcik, saya bukannya apa. Nak komplen skit la. er..sound direct ajalah makcik ye. Orang putih kata, tak yah la pusing-pusing dalam semak.
Kenapa mee goreng, bihun makcik plain je. Sawi dan tauge mahal ke makcik? Tak pun letak lah binatang sket,tumbuhan sket, dalam mee goreng tu. Ni bihun pucat je. Bubuh lah warna hijau, merah sket dalam bihun tu. Baru la ada rasa makcik...huk.

oh ya makcik, menu-menu yang boleh makcik tambah selain nasi lemak makcik tu ialah:
pancake, lempeng kelapa, hash brown, mee sup fish ball, bubur nasi, buah-buahan seperti stoberi ke, anggur ke ..kan makcik.

kan best makcik kalau kat kantin ada hidangan bubur sihat macam ni.

waa..makcik..bestnya kan makcik kalau menu makcik adalah di luar lingkungan nasi lemak. Macam gambar kat atas ni. waaaa...best la makcik. Lagi bagus, kalau makcik buat buffet breakfast. tak yah lah mahal-mahal makcik. RM5.00 dah la..all u can eat gitu.
boleh tak makcik???

Makcik, kami cuma menyuarakan hasrat hati. sekian.

Yang benar,

pemakan kantin makcik.



ko rasa kan???? apa jawapan makcik kantin.
ha...

ni aku bagi draft balasan memo makcik kantin.


kepada pemakan,

kalau ko dah tak nak makan nasik lemak makcik, ko keje je la tempat lain. Takpun ko pindah negara lain, pi duk afrika ke. sana sah-sah takde nasik lemak. Hash brown? apa benda tu? sejenis broadband ke? Bobby brown makcik kenal le.
Buffet RM5.00? ko nak bagi bisnes makcik lingkup ke???

yang benar,

den yang tak kuaso nak layan, makcik kantin vouge.


kisah di atas tiada kena mengena dengan yang makan di kantin atau yang tak makan di kantin.

25 comments:

kucingorengemok said...

kah kah... sadisnya siap buat memo bantahan

aku ingat tadi ko cakap pasal makcikkantin.blogspot.com

LYS said...

hari2 ai gie kantin .. save bajet tau ahaksss..

Dessert Queen said...

hahhahaha...ok gelak ni!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

kisah macam kat kantin sekolah mama duluuu....dah tuh mak cik & pak ciknyer..garang giler...cg2 sume takut, pelajar2 pe lagi!!

Tijah said...

ko je la masok tender baru macik kentin. konfem aku ulang alik makan kat situ. sanggup tu amek pass kat gathaus...

mama ju said...

Bestnya kisah kali ni...hehehehe

geraugebang said...

ha ha ha...kalau kak gerau mak cik kantin tu...aku balas pendek jer...

Ada haku kisahhhh? ha ha ha hahhh (sambil terguling-guling ni)

Daannnn sangat setuju dengan Tijahhhh...ko masuk tender kantin tu jer la catzzz..

Unknown said...

sama macam kucingorengemuk..
setuju dengan tijah..
akan membalas seperti geraugebang..

hahahahhaha

NenetPenne (NP) said...

jawapn makcik tu lagi kelas...adehhh parah...

attyfir said...

tingat kantin kt sony sekitar taun 90an.punyalah sodap..ayam goreng mcm kepci..

puansri said...

haha...klako...aku nak copy memo bantahan ni boleh catz? nak anta pada makcik kantin kat tempat aku keje ni? tensen je kalau gi kat kantin tu...kalau tutup mata pun aku dah tau dah mana makcik tu letak nasi lemak, meehooonnn, mee goreng... kalau mee goreng ngan mihun goreng tu, suci je aku tengok, tanpa dinodai oleh satu barang binatang atau tumbuhan pun...alah..pesal aku yg 'emo' ni...ishh..ish

noorss said...

lawak betul laa cat,,, buat akak tergelak aja petang petang ni... tapi idea u ni boleh di terima pakai kat tempat akak.... ni... nak t try jugak.... biar dia rasa asyik masak yang sama aja,,,, dia tak tahu kat ofis semua nak diet gila gila ... sebab nak raya ni,,,,

catz said...

kog ni bukan tempat keje aku.
tempat keje org lain. saja tolong menyuarakan.
hahahha

catz said...

makcik rokiah,
kantin ko best kot.
ada mee siput tak? soto? uwahhhh.

catz said...

Nowwa,

hi.
:))

catz said...

Mama,

garang??? hahahhaa. cikgu takut tak.hihihi

catz said...

Tijah,
aku masak tak sodap.
ko la masak. daging lemak cili serai..
:)

catz said...

mamaju, ni kisah merepekssss.

catz said...

kak gerau,

ni merepeksss je. bukan kantin tempat aku.hahahhha.
aku masak tak sedappp.
:).so x leh masuk tender.

:)

catz said...

Hann,

hahaha. lawak le ur comment,
:)

catz said...

nenet,
dia sedara dgn HR manager.
hahaha, takut.
btw, ni bukan kisah aku.ni kantin org lain.
:)

catz said...

atty,
sony dekat je..bleh pi ngendap lagi.
:)

catz said...

puansri,
nak copy memo ni?
sila..sila..
hiks...
tang makan ni mmg kena emo kadang ni.
:)

catz said...

noors_kasih,
hi..
:).
mmg pun, makcik kantin ni mmg nak kena sound.hahaha. tapi ni bukan kisah kantin opis catz.
saja nak menyuarakan pandangan.
ye kan..nak raya.. so sumer diet. takut baju kebaya tak muat.
:)

akira nagasaki said...

aku rasa ko kena bukak mini kantin kat pantry opis tu sendiri kalau makcik tu rasa ada competitor baru dia sihat nak bersaing dengan mempelbagaikan jenis2 makanan yang nak di jual heehe