Wednesday, June 2, 2010

ATV Ride (part 2) : Exciting, thrill, FUN...!

Lambat beno nak kuar part 2 ni kan?? sebab..few days mak berkampung di KLCC CC, SMIDEX 2010 exhibition.
Balik dah penat. taip sket je aku tertidor.
Nah..sambunganya.
akhirnya siap gak entry ni.

Ok..
aku dan geng sampai awal. Kena park kat bawah tepi jalan. Lepas tuh jalan kaki masuk dalam, daki bukit sikit lah. Nampak bumbung je pun dah excited.
tulah kan,..sampai awal sangat.konon takut sesat.
Macam excited terlebih sangat kan?????


so lepak di situ, amik-amik gambar.
Then tiba kawan-kawan lain.
Lepas kami, Madih@ sampai...dan seterusnya.
all together ada 16 orang.seronok gak jumpa kawan-kawan baru.
Siap ada yang datang dari Segamat..kan cik kiah..gigih tuh bertolak 7.30 pagi dari Chaah.Ada yang sangkut dalam jem.Akhirnya...riuhlah kami di situ dengan adegan salam-salam berkenalan mana yang belum kenal, jejak kasih bagi yang dah lama kenal.
SO..aktiviti bergambar tak sudah-sudah pun berlaku.
Sambil tu kami tunggu group yang dah pergi dulu awal pagi. Patutlah tak banyak ATV, rupanya dah da group lain yang mendahului kami.

Ok..tak lama muncul lah lebih kurang 12 org yang balik dari berATV. wah..berselut ok..so now kami dah boleh imagine apa yang akan kami hadapi. Tapi baru terbayang sket..
eleh..takat jalan berselut je kotttttt!



tibalah masanya yang dinanti..
Semua dah berkumpul. Kami diberi taklimat oleh EN ATV (aku lupa nama dia..kang aku dah ingat aku update ya).
Kami diberi sedikit informasi tentang keselamatan dll.


taklimat..semua kosentret dan dalam hati,puh...dah rasa berdebar...err..bila ENcik ATV cerita halangan yang akan kami tempuhi..oh..ini off-road siap ada naik bukit katanya. So mestilah ada mulut yang akan tanya.."errr..boleh terbalik tak atv tu?????" kan. mesti lah nak tau. Sebab, kalau dia cakap ya, aku macam nak mintak balik duit aku. ke ke ke. Baik pi makan kfc la.
TAPI..Memang boleh terbalik pun kalau salah teknik dan tak ikut arahan.
hihihi.
dah feeling-feeling cuak di situ.


Next, encik ATV ajar camana nak kendalikan atv. Camana nak ON kan engine, break kat belah mana, minyak kat belah mana. Aku kan time ni , dah cuak gila. Wah...ok...dah tau. So..tinggal nak laksanakan pula. Kena ingat, break kat tangan kiri dan kanan. Kiri untuk tayar belakang, kanan untuk tayar depan ( kalau tak silap laaa). Minyak kat belah kanan. Ada satu benda kat ibu jari yang kita kena tekan..ha..baru lah atv ni boleh jalan.
Opsss..before that ..atv ni ada gear oke. Gear forward, free, reverse.
So bila dah ON engine, bolehlah masuk gear, tekan minyak, lepas break perlahan..jalan.


Ok..kami 16 orang. So kami akan dijadikan 3 group. so satu group 5 atau 6 orang. Ini disebabkan untuk mudah memantau. Setiap group akan ada satu atau 2 orang guide. Mereka berpengalaman, so mereka akan mengetuai setiap kumpulan.


Ok..tiba masanya. Group pertama akan start buat latihan dulu. So pakai helmet yang disediakan, dan kena prektis beberapa round untuk pastikan kita tau camana nak kendalikan benda ni. Setiap seorang satu atv. No tumpang-tumpang oke. Ha..pepandai le ko nak idup . OK..yang mengajar ni guide-guide tu la. SO, bila 1st group prektis, kami duduk-duduk la dulu sambil tengok. sesambil tu duk bercakap sesama sendiri. eiii..susah ke ek? eh..nampak senang je ek?
eh..mcm susah je? eh..aku takut la...eh..ngeri je...ni semua gara-gara memikirkan kata-kata encik atv bahawa kami akan lalu bukit 45 darjah segala. So aku duk fikir, larat ke atv nih bawak mak yang beratsss ni????? sesambil tu gelak-gelak jugaklah, sempat la buat-buat lawak bangang like.." eh...kalau terbalik camna ha? masuk gaung takk???"

ok..lihat aksi group pertama prektis. Prektis kat sekitar tempat ni je lah..pusing-pusing barang 4-5 round. Mereka akan ajar la, time bila nak break, nak tekan minyak, nak reverse. Laluan adalah kena lalu selekoh, semak, jalan tak rata. Kami ni semua yang tengok memang berdebar oke. tapi sesambil ambik gambar tak sudah-sudah jugak tu!

Akhirnya, guide puas hati, derang suh beratur kan atv tuh. susun sapa dulu sapa kemudian. Yang teror belakang dan depan kot. Yang tak berapa teror, dia buh no 2 biasanya (aku agakla..ni dari pengalaman aku)..kang aku citer. keep reading ya!

Ok..mereka pun jalan dulu. Turun bukit seorang demi seorang..lepas tu aku tataw la. Tengok group ni macam ok teror-teror je sebab prektis kejap je dah terus jalan. Babai...! see u at air terjun ya..

So..derang panggil..NEXT group! kami pun bangun, amik helmet. Aku ni memula dah spoil dah.Asyik dapat helmet yang klipnya dah rosak/ tercabut. 3 kali tukar helmet. Puh..masa ni..berdebarrrrrrrrrrrrr oke. Cam nak tercabut jantung mak. And Linda sound aku.."ko kenapa muka cam kucing nak beranak???"
aku jawab.." takut le nok..mak feeling-feeling ngeriss, cam susah je".
isk.
tapi..kena lah teruskan ye tak???? malu la kalau tiba-tiba nak balik pulak...!


ahli group 3 sedang gigih bergambo, note: kelihatan di back ground ahli group 2 yang sedang gigih berlatih dengan gaya klaka. Ala-ala penjual eskrem paddle pop.

So..here we go...! Group kedua start ber prektis. Aku pilih warna merah. heeeeee.....garang kononnya. pegang je kan..aku dah ketar. macam susah jewww. Guide ajar camana nak start. Nak masuk gear, mana nak pulas minyak, mana break. then dia ckp.."ha..jalan".
aku pun tekan minyak...brenggg...brengggg! eh..tak jalan punnnn??????????
aku tekan lagi...tak jalan jugak! BERAT sangat ke aku niiii????
euwwww...apesalll niiiiiiiiii??ha?
adik guide cakap.."tekan minyak.."
aku: "dahhh"
adik guide: tekan lagi....(tah-tah dlm hati dia ckp-----> beratnya ko niii..)
aku: brenggggggggggggggggg!..eh..baru gerak la..
so nak tuju mana pun aku tak tentu arah pasal handle tuh berat ok.
amik arah kanan...brengg...brek..brengg..brek....brenggg..brek...
"tekan minyakkkkkkkkkkkkk!!" ha...kan dah kena jerit.ha-ha.ha-ha.
tiba-tiba dgr ketawa mengilai-ngilai kuat....err..pontianak mana la tu kannn???
"woi catzzzzzzz!!! ko kenapa??? aku dah dua round! ko napa tak gerak-gerak haa??" - diikuti gelak-gelak cam setan tersampuk. Amboi..si Linda bukan main kannnnn...mentang-mentang dia teror. kan main lagi dia ejek-ejek mak insan lemah yang- tekan- minyak-pun-atv-aku-takmo-gerak!
So..aku tekan minyak,..and..bila selekoh, aku dah terbabas ke tepi. aku nak belok kiri, tapi atv aku tetapp ke kanan, so masuk semak sambil break gigil-gigil. uwaaaaaaaaaaaa. napa tah. break oso macam tak makan. dah aku terbabas dan tak tau nak buat apa. Kat belakang aku..pontianak nama Linda tuh duk terkeh-keh-keh-keh tak sudah. Aku panggggg kangggg!
eiii...ko nak mak hantar ko polong ke???

"catz, reverse!tukar gear reverse..tekan minyak" - Linda suh aku reverse sambil dia giggle2.
ha-ha.
dengan gabra-gabra aku pun buat la.
Adik guide dah datang tolong..
and..haaaa...kena bebel la kan.
"akak...tekan minyak, handle tuh akak kena lawan"
aku: berat je..akak nak ke kiri..dia tetapp nak ke kanan lah dik
adik guide: tangan akak kena pegang handle kuat-kuat. kena lawan, dan pegang betul, baru dia ikut mana kita nak pegi. Minyak tuh tekan kuat sikit." - ceramah free adik guide.
So mak pun gigih lah dalam gigil-gigil tuh. Dan hampir terbabas lagi. eiiiiiiiii....tak koser tau dak.
Lepas tuh, kat tempat prektis tuh ada tempat kena mendaki.
lepas tuh kena pusing, dan jalan tuh tak rata, senget.Macam tebing la.
eiiiiiiiiiiii.
aku rasa atv tuh senget dan nak tumpah.
eh..tumbang.
eh..terbalik.
awww.
otomatik, kaki aku gatai nak turun, which menyebabkan adik guide jerit.
"kaki jangan turun..kaki jangan keluar. atv tuh 4 tayar, tekan minyak, tak akan terbalik!"

eh.

macam senang ek? amboi.
perasaan aku adalah sgt takut masa nak lalu kat tebing, tekan minyak itu oke.
aku rasa atv aku nak terbalik.
serious aku takut. betui la..mcm kuceng nak beranak pun ya gak.
Lama-lama aku pujuk hati la.
Catz..ko kalau tak berjaya bawak benda ni, MALU oke. Sure Linda akan ketawakan ko 4 tahun tak sudah-sudah. Baik ko pejam mata tekan minyak je oke.
so sila teruskan. jangan mentel-mentel nak takut-takut.
So..aku pun..ikut je la apa yg adik-adik guide tu arahkan. tekan minyak..etc.
dan aku terbabas lagi. wakakakkaka.Rasa bongok dan keji oke, sebab aku tgk orang lain oke je pulak.
Rasa nak melempangsss diri sendiri oke.


Tengok muka aku. betui-betui macam kucing ketakutan

Bila aku tengok gaya aku bawak ni kan, aku memang ketawa guling-guling. kalau ada videonya ni, pastuh lagu background lagu paddle pop..ya..paddle pop yeh...sure dah macam cerita kartun flinstone ke apa tah. Tapi mmg lawak gila.
Ni dari kamera cik kiah rasanya. Thanks cik kiah.


Lepas tuh, kami di susun. Sebelum turun bukit, aku telah disuruh sekali round lagi. Mereka akan ajar kita sampai puas hati boleh handle, baru bleh jalan.
Aku diletak no 2, belakang nurul.Belakang aku nenet dan zaimah.,
Yang teror, cam linda, nilesh, derang letak belakang.
Aku insan yang lemah ni no 2 dari depan. Siap guide suh aku merry go round sekali lagi sebab dia tak kompiden kot aku ni boleh bawak.
so..start..
Mula-mula, nurul
ahhhhhhhhhhhh.
turun bukit!
Makkkkkkkkkkkkkkk!
takut gila.
So..jaga break je.
Dan aku pun break beriya-iya. Tapi, atv tetap gelongsor ke bawah. dgr tayar menggelongsor, dan aku rasa atv tak stabil. tapi, sebenarnya oke je. benda ni 4 tayar. so mmg tak tergolek punya. Guide ckp, biar je menggelongsor.
euwww...
lega bila smapai bawah. tunggu satu group sampai.
Tiba-tiba...

aarrrrgh.

kena naik bukit. 45-55 darjah gitu. sila bayang kan oke.
Ni bukannya bukit yg rata oke.
ni bukit yang curam, ada batu-batu, berselut. which semorang like...aaaa????????? boleh lepas ke???
This is a real one.
Bukan macam naik basikal BMX kat depan rumah ye.
Ni nak mendaki!
gila ngeri.


Brengggg....prenggggg...!!!

semorang (eh, entah-entah aku sorang je kot?) like..haaaaaaaaaaaah? naik bukit. Bukan bukit rata ok! Ni bukit berselut, jln berbonjol-bonjol, berbatu..memang ngeri.
Nurul dah lepas. so turn mak pulak. Ya ampunnnnnnnnnnnnnn...beratnyaaaaa?
dah lah atv tuh berat, tekan minyak beriya-iya baru jalan. Tu pun aku kadang-kadang hampir ter-stop, konon-konon nak pilih laluan. Tapi tak boleh stop oke! BAHAYA. takut atv menggelongsor turun/terbalik. SO guide sudah jerit." kak..tekan minyak kak!..Tekan je. jangan berenti.tekan kuat-kuat. jangan stop!"
So aku dengan mata separuh pejam, tekan jugak minyak, walauuuu aku macam rasa nak terbalik dah.
Bila sampai atas..puhh..lega!
Aku toleh belakang...nenet..!!! mana ko??
last-last nampak dia naik..hihihihi.


atv guide - guide tgh rescue ahli group 2 yang macam-macam ragam termasuk langgar pokok!
hahahha..mmg meriah oke group mak ni.

aksi ahli group 2 ...pstt..lepas langgar pokok. hihihi. atv dia spesel.takde gear reverse..ke ke ke.

Aksi langgar pokok adalah selepas mendaki laluan mencabar yg berbukit. Tekan minyak dan dummm...! tapi benda ni lasak. Aku rasa kalau ko langgar pokok, pokok yang tumbang. Tapi pokok tauge la. eh. tak kelakar ek? Dan dengan bantuan guide, kami meneruskan perjalanan.
Oh ya..group kitarang takde amik gambar sgt lah. pasal takleh laa....mana sempat..dok pikiran kosenret , tak sempat amik gambo. adalah beberapa ketul gambar je. Yang lain-lain ni, aku pinjam gambar group 3 yang nampaknya meng-hire photographer khas. wah. kelas korang.



Horay-horay!

yuhu! macam buah tembikai yang dibubuh atas kepala kan helmet tuh??

ok. ada kawan aku cakap..eleh...macam senang je bawak benda ni..apo yang susah eh.
Ewah...ko hengat bawak benda ni cam maik basikal BMX dalam lecak depan rumah ke????
Tidak ya puan-puan. Aktiviti ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental jugak ya. Ni aktiviti lasak sebab u ols akan terlantun-lantun, terlambung-lambung (exegerate??) di sebabkan kita lalu off-road ya. Ada batu , tunggul, jalan berselut licin, naik turun bukit dll.
so aku pinjam aksi-aksi gambar group cik kiah. Saja nak tunjuk beberapa laluan.

jalan licin berselut. Ya..itu dia cik kiah sedang men-senget-senget-kan badan dengan bergaya kengkonon nak elak/pilih laluan. Gaya memang A++ lah kan.


Ha..ni jalan yang penuh dengan akar kayu dan berbonggol berbatu bagai. Lepas tuh kan..jalan ni senget. so atv akan turut senget.

Adalah satu peristiwa yang agak kelakar.
Aku telah dengan tak sengaja buat lawak seram sampai nenet yang duk ride belakang aku jerit-jerit. wa-ka-ka-ka.
We ols duk mendaki. Nurul mmg dah langgar pokok dah. ceh mak tekan minyak la laju nak sampai pit stop di atas itew.
Tah camno, aku terlanggar batu besar pada laluan sempit. Dah ke tgh mendaki. so AT aku senget ala-ala nak tergolek, sangkut oke. aku tekan minyak takmo jalan. Aku dah dengar dah bunyik atv nenet kat belakang aku dah dekat. ATV aku tetap tak gerak dan ala-ala nak tumpah, eh sgt senget, cam nak terbalik. Oleh kerana ketakutan, tindakan refles mak adalah tetiba aku kuarkan kaki. ko leh bayang tak? feeling-feeling naik motor pulak! padahallll...
so tangan aku tetap kat break atv, kaki aku dah terkangkang satu atas ATV, satu kat bawah.
sila bayangkan dengan imaginasi tahap lapan ya. tapi aku takleh lepas atv tu la.if aku lepas lari, maka akan terbalik dan maybe akan hempap orang belakang. Tapi memang takleh lepas pun. sakut terkangkang gitu.
wah.
aku dengar orang jerit beriya - iya belakang aku! " CATZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!!!!!!!! "
wah..sore nenet..ihikihik. namblas juta desibel. sure ko ketakutan kan nenet. Takut kena hempap dgn mak yg berats nih.
AKu apa lagi. Jerit sekuat hati..:".aaaaaaaaaaaaaaa..tolongggg!!!!!!!"
guide yang duk pi belakang nak tolong nurul yang sudah langgar pokok lariiii naik atas tolong aku kasik lepas. Lepas tuh mak terdengar lagi lah pontianak mengilai-ngilai terkekekkekekkek kat belakang ketawakan aku. siot.
Si Linda siap jerit..." oiiiiiiiiiiiiiii!!! ko buat apa tu?? tengah buat tarian zapin ke??????" . syaiton sangat kan??? jaga ko. Ko kena ingat. ko tumpang kereta aku dtg sini. sekali lagi ko ejek aku, aku tinggai ko tepi hiway balik karang.
tapi memang lawak gaya aku.
terkangkang gitu dgn ketakutan.
Tapi nasib baik la, ahli group 2 ni mmg tak pegang kamera, so aksi aku tadi tidaklah di rakam. Kalau tak..mau lah derang akan buat gambo aku as poster untuk next filem aksi seram.
Tapi...masak le kan. jadi bahan lawak tak habis-habis.
coz..sampai hari ni derang still tak habis ketawakan aku. Mau la empat tahun benda ni akan jadi bahan lawak dan ungkitan.


Ini satu lagi laluan, jambatan kayu. nampak cam cantik dalam gambar, tapi nak lalu agak seram jugak oke. AKu duk pikir, if patah camnaaaaaaaaaaaa???? aku ni berat oke! Tapi semorang takde masalah lalu sini.

Ya..gaya cik kiah itu. laluan bawah pokok buluh. Ada beberapa lalu macam ni. Memang kena tunduk betul-betul, kalau tak tunduk betul-betul, sambil tekan minyak, mau putus kepala ko karang.

yea..itu dia needa ..penuh gaya

Sebenarnya, yang aku tunjuk kat gambar ni laluan yang tak susah. Laluan yang susah takde gambo pula. so kepada kawan aku yang mencebik ckp benda ni senang je...haa..sila lah cuba sendiri. kalau ko bleh bawak ala-ala drift, mak salut lah.

ops.

Oh ya. ada satu lagi peristiwa kelakar. Kami berlima dah lepas ke depan. Biasanya setiap lepas halangan, guide dan sapa2 yg dah lepas depan, kena tunggu, cukup ahli, semua lepas baru jalan.
Ada satu masa, lalu jalan mendaki yang berselut dan sempit. kira ko kena pandai kawal handle dan tekan minyak. Kami sumer dah lepas..tapi kurang satu orang. lama gak tunggu.
tiba-tiba Linda terdengar bunyik..

"help...! help..! ..help..!"

Linda siap reverse. Jalan adalah sempit, kita memang tak boleh pusing. Rupanya..Nil3sh tersangkut. stucked dalam selut. Linda cuba nak tolong tak boleh.
Siap cakap tu.. " aku pun reversed la untuk menolong insan yang lemah.."
ceh. Last-last guide tolong tolak atv dia kot. SO kami proceed..dan akhirnya sampai ke air terjun.

Lepak-lepak...!

Ahli group 2, tapi kurang sorang, sebab ada yang busy mandi kat air terjun kat bawah

yea..itu dia..muncul ahli group 3, cik kiah dan rakan-rakan.

dasat tak group derang ni. siap hire photographer oke!!!

atv line up...pinjam gambar cik kiah

catz..berlumpur aku

fuyoooo...bergaya kannn??? kalah gaya Linda Onn u ols.

kami lepak-lepak makan minum. Kami bawak makanan ringan. lapar oke. Pastuh turun ke air terjun. Yang baju biru adalah pontianak@linda...ampunnn nok...!
ke ke ke.

air terjun

catz and new fren

we ols...seronok !


Dah puas lepak, kami patah balik..pun ikut group jugak sipaya senang pantau. Wah..masa balik..memasing dah tunjuk teror. kebanyakan laluan turun bukit. Bukit yang menakutkan masa pegi tadi dah takdelah menakutkan.hahhaha..like..elehhhhhh...ni ke laluan tadi yang susah tuuu....eleeeeeh. eh. berlagak. ke ke ke.So banyak kawal break dan make sure jarank dengan orang depan adalah jauh ya. kang jadik sandwich pulak, sebab, masa balik,,yg susahnya adalah ko tekan break beriaya-iya kiri kanan. tapi! biasanya bg laluan turun yang berselut, atv tetap menggelongsor oke.agak menakutkan. so jaga jarak kita dengan orang depan. Memang tangan sakit dan merah lah time balik tuh.

Muka sumer muka penat..dan ceria jugaklah.

Dah sampai bawah, kami mandi..bergambar-gambar jugak lepas tu. Mandi dalam bilik air oke. Bila mai sini, sila bawak baju salin sebab kita akan agak berlumpur. if tak mandi air terjun pun, kena mandi lah jugak, sebab busuk jugak berpeluh.Bilik air adalah bersih, besar. Dalam tuh ada macam2 body shampo, sabun dll. Lengkap. surau dalam pembinaan katanya, tapi bleh je guna bilik yg ada untuk solat.


ok..apa yg aku pelajari:

1. tangan kena pegang handle yang berat tuh kuat-kuat. kena lawan dia utk bawa hala mana kita nak.
2.badan kasik lembut, jangan stiff..sebab, bila lalu tempat yang berbonjol, melantun, selekoh, kita kena ikut je supaya kita enjoy. senget ke apa ke..lantak la.
3.Jangan kuarkan kaki/ jatuhkan kaki. BAHAYA. senget camana pun, jgn kuarkan kaki, if not akan berlaku aksi tarian zapin tengah hutan cam aku buat tu.
4.Tekan minyak kuat-kuat masa mendaki. lantak le depan tuh ada apa pun.langgar je.jangan ko langgar abang/adik guide sudah ye. tak pasal2 tido dalam jail kang.Especially kalau abang/adik guide tu hensem. kan nenet.eh.eh.
5.buatlah aksi-aksi bangun masa turun bukit time terlambung-lambung. baru ada gaya. Tapi time naik, jangan gatal bangun. kang terbalik kangggg.
6.Jangan follow orang depan dekat sgt, time naik/turun. BAHAYA.
7.lenkali bawak glove, selain menambah gaya, takdelah tangan ko merah time turun karang.
8.Pandai-pandai le nak idup dengan membawa atv itu dengan confident.

Kami konvoi ke Alpha Angle untuk....




jeng-jeng-jeng!

makan time. sumer kebuluran.

we ols pi makan steambot kat Jonhys

siap amik 2 pot, satu sup biasa, satu tomyam.

nyummmmm..nyummmmmmmmmmmmm!!
sedap makan rebut-rebut.

overall..great experience lah. Pastu kenal-kenal kawan baru. Achoo, nenet, cik kiah, needa, madiha,nil3esh, adik cik kiah, linda, zaimah, nurul, sapa lagi ek..ramai..lupa nama.oh..i need gingko biloba. thanks u olsss!!!!
Jom pegi lagi!!

Next????

1. white water rafting, Sungai Padas? or maybe kat Bali. Ala..pi dekat je lah,
kat Hulu Selangor.
tak yah naik kapal terbang. Dah ada ura-ura katanya.
2.Hiking, Broga Hill
3.Taman Negara?

sapa nak join...jom.

seronok. beronok-ronok! kan cik kiah.


oh ya.PACAT?
dah ketakutan kosentret mana nak hirau pasal pacat.
tak amik pot hal pacat.lupa.
ha-ha!

32 comments:

AyunasiA said...

lawak ok...

Mummy Eda said...

Mengekek-ngekek baca entri kali ni! Mummy tak tau pon ada menatang ni kat Kemensah..walhal sekangkang kera je dr rumah. Erm..tapi Mummy mcm kecut perut aje nak try..kot kena timpa ngan ATV ni..mau penyek mcm papan lapis! Hehehe..(masih tak boleh berenti ketawa..terbyg2 aksi2 Catz kat sinun..)

NenetPenne (NP) said...

nama encik atv tu ialah mas faizil..punyalah terang nama dia kat brosur tu... :P

mau net tak jerit catz oi... cuba ko bayangkan kalau atv tu tegolek dog kat atas badan nenet yang kurus ala2 insan lemah ni... uihhh mau patah riuk 14 ... adengan tu cemas, ngeri dan kelakor...

tapi overall best ..

tapi tarian zapin tu akan dikonang selama 5 tahun ...nostalgia okey...

water rafting tu kalau jadi akan dimaklumkan...

tapi siapa yang kata senang naik atv tu, apa lagi sila lah cuba try test senang ker idok... kan catz kan...

cikin said...

Catzs bagai nk mampus i gelak bila bc....very2 d adventurous.....nmpak cm best..

blh try one day nnt....bape dorang charge utk naik ATV ni erkk??


nk water rifting..?? nk join2..ha ha ha...a

Mama Miraki said...

catz.....aku baca n3 kau ni kan...aduh terguling2 aku ketawa terbahak2 ni...kelako...memang sanagt2 kelako ok....hehehe

DrSam said...

rupanya memang berjiwa adventurous ala Laura Croft-Tomb raider juga Catz ni ye...nasib baik tak ada adegan stunt.

cik dina said...

catz..cik dina gelak x hengat orang sekeliling dah ..lawak giler la korang.hahaha..
so, water rafting ek lepas ni??
kalo nak g kat hulu selangor je leh la join..hehehe. kitaorg pun mmg ada plan nak g water rafting.

Unknown said...

makcik gelak macam orang gila..
lawak ok entry nih..
penceritaan yang hidup.
Best. Andai ku buleh join..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

catz,

mama ketawaaaaa....suka baca apa yang catz explain dengan detail, so macam dapat bayangkan suasana kat sana...siap dengan bunyi prennngggggggg, breeennngg...hahaha, very interesting!

LYS said...

catz meow,

A++ cik kiah bagi kat karangan kanak2 riang padle pop ni... hahahhaaaa.. mmg lawak lar kalau dikenang balik..

catz said...

Ayuna,
nak join?
ada berani...jom..!
hiks..
mmg thrill dan klako habis.
:)

catz said...

Mummy eda,

catz pun sampai now ni kalau teringat, duk ketawa sorang-sorang lagi..
hahahhaha

catz said...

nenet,
water rafting tu aku duk pikir 10 kali ni..hahahha..jom..jom..
if not..pi gi cart nak??
:)

catz said...

anggun,
serious nak join water rafting?
jom...
sure best dan mencabar kan..
:)

catz said...

Mama Miraki,
wah..buat aksi guling2 pulak..
bahaya tuh..
dan benti guling ke belum??

catz said...

DrSam,

aksi tarian zapin tu lah aksi stunt akrobatiknya..
hahhaha..mmg lawak dan klakarrr..
:)

catz said...

cik dina,
group kitarang memang klakar gila...
hikss..kecoh sungguh..
hiks..
water rafting bila..?
survey2 lah...seronok tuh kan..
:).
jom!

catz said...

Hann,
boleh je nak join..
ada gak plan nak pi lagi..
seronok!
:)

catz said...

mama,
ni boleh wat cam xtvt kelorga...
bawaklah anak cucu..hiks..16 thn ke atas leh join..mencabar gak.
kat kuantan ada tak xtvt ni mama?
jom..brengggg,..prenggg

catz said...

makcik rokiah,

hiks.
memang lawak kan..
:).
jomlah kita wat xtvt lain..
go cart...water rafting..
jom...
eh..kat chaah ada apa yg best tak?
camping gunung ledang ke??

miowwwwww

mama ju said...

Aslkm anakanda,
Seronoknya dgn macam2 aktiviti.
Tapi mama boleh baca 1/4 je...nanti dah tenang mama sambung balik...mama baca berdua dgn anak..ya Allah pandainya catz bercerita sampai sakit perut mama ketawa baca cerita ni..tulah anak sambung baca....

catz said...

wsalam mama Ju,

apa khabar.
sesekali catz join juga xtvt camni.
saja isi masa, dpt kawan baru.
saya sekadar tulis ikut apa yg tergerak di hati.hiks.hentam je ikut suka..hiks.
oh..anak mama baca blog saya jugaa.?
hhehehe..
mama duk mana ya?
kalau duk area KL, bolehlah bawa keluarga ke situ..hiks..seronok juga walau mencabar dan thrill.
fun sgt.
rasa nak pegi lagi..
:).
btw, thanks for reading.keep coming.and thanks for the comment.
:)

koci said...

walahhh catz,,
syokkk nyer dah naik atz bikes...
tergelak2 i baca entry u kali ni..
catz,,leh ker i join next aktiviti dgn u nie,,heheheh

catz said...

salam lyza,

hai.
thanks for reading my merepeks..
hiks.
sure. boleh join.,
you di mana?
next week, 12 hb kami nak pi hiking.
nak join?
e-mail me : nurana2000@gmail.com

:)

Anonymous said...

hi catz..


i would love to have those adventurous activities. tp tada geng nk join. kalu dgn muka tak malunya nk join u n ur frens with those activities bole? baru seronok sket heheh..

-naz-

catz said...

hi naz,
boleh je nak join.
u dari mana?
12 hb kami nak hiking awal pagi.
u can e-mail me..then i'll email u the detail.

nurana2000@gmail.com

mnt said...

engkau memang kelakau ler..

catz said...

hi mnt,

welcome to my blog..
happy reading ya..!

zahira said...

salam catz...kelakar baca cite u...lagi kelakar bila tgk gmbr u bwk yg cam paddle pop tuh...

catz said...

hi zahira,
welcome to my blog...
thanks for visiting ya..
mmg kelakar..but mencabar juga.
dan sgt seronok..
:)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

adehhh....sangatttt memburaikan perut aku baca entry nih..

catz said...

life,
'wahhh..sampai terburai..hikssss...
'tapi gaya ko kelasssss kannnnn.
jom pegi lagi...