Friday, April 30, 2010

Penang Food Trail : part 2

Entah kenapa, aku suka tengok bangunan ni..err..can we call it as Penang twin tower?
siap ada air bridge eh..cam KLCC. :)
Tiap kali lalu, walau dah banyak kali tetap nak tengok toleh sampai kepala terpusing 360 darjah.
:)



Menginap di Penang Road. saja nak duduk sini sebab just nak pi makan-makan. Malas lah nak jalan-jalan. entry aku ni asyik cerita hal Penang Road aje kan. Kalau tgk blog lama aku ada la trip penang lepas-lepas adalah cerita hal jalan-jalan.

Saty kat cititel penang. so walking distance je lah nak ke Line Clear ke..nak carik sup ke, nak pi carik cendol ke..sepelaung je.

lobi


pandangan dari tingkap bilik, dari tingkat 18, nampak laut, suka.

nice bed

Bilik oklah, walau tak besar tapi bukan aku nak main teng-teng or lompat galah dalam bilik kan. Tapi sebab duk kat Pinnacle floor, entitled banyak benda yang free. Internet free sepanjang masa (wireless), balik jalan-jalan derang hantar fruits ke bilik, dan entitled untuk makan minum kat Pinnacle lounge , makan minum apa-apa yang ada. oh TV LCD dlm bilik ni besarrrr. :)

Pinnacle lounge
m.i.o.w , at lounge sebelum mengukur jalan, minum-minum sini dulu. Tiap kali balik dari mana-mana aku mmg akan singgah dan amik air. Ada macam-macam. Jimat! :)

food at lounge

Ni cafe hotel. lupa apa namanya. Hotel ni ada mcm2 promosi food now ni. Thai food, mlm kalau lapar ada buffet bubur lah..err..pi kedai nasik kandar lagiii best oke.

food : breakfast buffetnya ok lah, banyak choice.

jom jalan-jalan cari makan di waktu malam. Jalan kaki je dari Cititel.

ye..kita ke kedai sup yang famous di Penang Road. Sup Hameed.Kedai ni nampak dari tingkap bilik aku. Time ni dah gerimis sket. Orang punya lah ramaiiii. Sebelum ni aku suka gak datang sini. Lokasi adalah di depan Hotel Malaysia.

Senarai sup dan harga. Tak nampak? klik lah kat gambar. Tapi selain sup, ada jugak nasi kandar dan segala benda yang famous di kedai nasi kandar Penang.Tandoori chicken pun ada.


Kami order sup kambing dan sup ekor. Aku suka sup dia sebab supnya taklah cam kedai mamak yang terlalu berempah dan pekat. Yang ni sedap cukup segala rasa, tak lah heavy sangat.


Biasanya aku suka mkn dengan roti, tapi dah habislah roti malam tuh. So makan dengan nasik.
Tamak lah aku kan siap order 2 teh o ais . End up balik dari makan, aku rasa perut aku macam ada nam baldi air dalamnya. Bloated gila.

Oh..ni lori sup Hameed. aku agak, dalam ni ada lembu, ayam, kambing tengah bergosipan meeting sebelum disembelih jadik sup. :)

Suasana agak meriah lah di kiri kanan jalan. Ramai pelancong. Club pun ada di area-area ni. Oh..mak takut oke bila lalu depan sebuah club (club ke???) bonzernya adalah berbadan besar dgn muka garang cam nak tumbuk orang. jalan laju-laju okeh.

next food yang kalau ko tak makan adalah seperti sama ko tak pegi penang.
Nasi kandar time!
Dalam town ni memang sana sini nasi kandar lah kan. Sana sini. so ada yang kata situ best, sini best, sana best. macazm-macamlah kan.ikut selera masing-masing.


Hari sabtu aku pegi oke... tak ramai sangat. hari Ahad..mak oi..sampai ke jalan depan ni orang beratur..dan sangat pack. Oh..dasyatnya penangan line clear ni. Aku rasa yang sanggup beratur ni org dari luar Penang yang dtg bercuti ke mari. Lalu terdengar dialog, " kita bungkus la..nak wat camana.." ha..see. nak jugak kan... :)
So berduyun org bungkus...kiranya ni le kedai yang sanagt tersohor, walau bukan kedai besar yang gah dan terletak pun kat celah lorong gitu kan.

Ramainya orang..

Line Clear

24 jam


Aku bukan le peminat tegar nasi kandar ni. Tak tau le rasa yang betul-betul sedap. Dulu-dulu aku suka Kayu nasi kandar. Time tuh selalu keje kat area Bayan Lepas, duk kat Vistana so kan sepelaung je dengan Kayu. Pagi-ptg jalan kaki ke Kayu. Aku suka ayam madu dia.
Tapi sejak kenal Line clear, aku lebih suka duk Penang Road lah. Oh..camana boleh duk teringat-ingat tu?????

nasi kandar kuah asing


Sebelum ni aku nampak Line Clear ni cam tak berapa bersih kawasannya. Now aku tengok banyak improvelah. Bersih dan kemas tak macam dulu. Bagus lah kan.

Nasi kandar
Ayam goreng kat Line Clear ni..wa-wa-wa bum bummmm..

licin!

Ha..ni alamat dan no tepon.


Pasar Chowrasta

Next!

Kedai jeruk kat Chowrasta. Oh..kalau naik CAT Shuttle yang free tuh, turun kat station nama Chowrasta. memang berenti betu-betul depan ni.

Rasa? of course...kita rasa semua..

Dulu-dulu memang suka nak beli. Dah tua ni malas dah. kebetulan lalu singgah beli sikit untuk makan kunyah-kunyah di malam hari. Dan beli sket buah pala kering.lagipun aku pi penang lenggang kangkung bawak beg galas ni je, dah cukup berat dah. so malas lah nak menambah-nambah keberatan.


Ha..tu bukan merasa. Makan sampai kenyang namanya.

Buah salak, buah betik, mangga, dll. semua aku rasa. so dah kenyang. Tapi dah mkn free kena lah beli. Kang amoi tuh baling mak dgn mangkuk penimbang tuh kanggg.

Ok..food lagi..buah berangan. Terpedaya gak aku dgn pujukan apek dan nyonya ni. Beli gak sket untuk kunyah-kunyah.

Pun beli kacang rebus...

nasi dalcha

cendol lagi..along penang road ni memang banyak sgt stall cendol

Cenderahat..banyak je dijual di kedai-kedai dan stall depan kedai

Fridge magnet

Kat area ni, fridge magnet bukan hok Penang je, tapi seluruh Malaysia. so if u are FM collector, sini adalah best. RM10=3 ketul.

Another nasi kandar


Dan..naik beca???

Definitely would come again for more food ..i heart penang.
:)

Sesi bergeli-geli atas kerusi urut kat airport. Ha-ah. serious geli dan sakit. tapi dah bubuh token tuh sumer, so terpaksa lah duduk sambil ala-ala nak ketawa sorang-sorang. bengong!


Suasana yang pack gila sebab almost semua flight delay. jetst@r, MAS, Air Asia pun delay. Bad weather.hujan lebat bagai.
PNG-KUL adalah sgt lama aku rasa. The longest 50 minutes , coz asyik gegarrrr..mak takut.
ok, selamat sampai.
tata.
selamat menyambut Hari Pekerja. selamat bercuti dan berhujung minggu!

14 comments:

Linda Abdullah said...

Ohhh jeruk yg Catz makan tu memang menusuk ke perot ku..hahahaa
lamanya tak makan jeruk buah pala kat Penang.. erkkkk nak mimpi pi pinang jap lah..hahaha

Hajah Zainab bt Abdullah said...

meooooooooowww! seronok mama...adus terliur segala asam2 itu...

Mummy Eda said...

Baru je nak suggest supaya Catz singgah kdai kasut. Kdai ni depan Gama..sederet ngan Craven Cafe. Ceritanya kdai tu milik sifu Jimmy Choo (eh btoi ke Mummy eje ni?).. Nak slipar ada, sandal ada, kasut ada..macam2 jenis. Dia akan suggest jenis yg seswai ngan kaki kita.. Harga..berbaloi2 :)

Hann said...

catz..
kite dok levl 17..
bawah awok je..
iskk..

kucingorengemok said...

wah aku dah mengiler tengok ayam goreng mamak tu...

NenekPenne said...

jalan lagi.... aihhhh....

jeruk..cannot eat much laa nanti sakit tekak..kang bila sakit tekak, susah nak nyanyi...muahahaha... *mcmlah sora sedap...tapi sedap sikit dari itik...*

CAHAYA said...

baru balik dr Penang. dah rindu!

catz said...

mama,
suka asammm??
uh...masammm...
:)

catz said...

Linda,
nak pi boleh je kan, anytime..
jom..
:)

catz said...

Mummy Eda,
kasut??
owh....jimmy choo?

catz said...

Hann,
'hahahhaa..
apesal kita tak terserempak eh..

catz said...

kog,

kannnn..aku nak belajo le...

catz said...

nenet,
nyanyi kat bilik air je tak kesah..
hahahha..taun depan odisen AF lahh..
:)

catz said...

Cahaya,
waahhh,,,bestkannn..food..food..
:)