Thursday, May 20, 2010

cubaan (part 2) : misteri.

ok..
aku dah kenyang makan nasik.
Tijah, melampau la kenyangnya makan asam pedas tetel old timer. Aku tapau bawak balik, lepas tuh siap goreng telur dadar dua bijik.
Eh.melalut.

sesambil tgk berita ni bolehlah aku sambung karangan darjah 5 ungu siang tadi.
ok..
EXECUTIVE customer serbis tu dah re-set mak punya particular card hutang mak.
Tapi KIKI kena do sumthing utk aku tukar password etc, then baru boleh guna.
so dia ajak aku pi kat komputer depan tuh.

(aku ni dah malu sebenarnya, aku ni duk lah kulu kilir, sebab aku di pass ke meja X, ke meja Y, then pi komputer, then patah balik ke meja ..then ke komputer balik. Macam le besar sgt masalah aku ni kan? eh, u ols paham tak. org lain duk tunggu turn duduk elok je, yg aku kejap2 bangun kena panggillah , apa lah..).
ceh.

ok, sambung.

Sampi di komputer, ada seorang lelaki tua, dlm lingkungan umur 59 tahun kot. Aku agak je la. Tapi dlm lingkungan tu lah.
dia duduk kat komputer, mcm tgh buat sesuatu.

Kiki: Pakcikkkkkkkkkkkkk!!! tolong lah jgn buat apa-apa kat komputer ni.
data saya hilang tau tak? apa pakcik buat ni?
Pakcik: tak buat apa..tunggu turn, duduk-duduk sini.
Kiki: pakcik..pakcik tau tak, data-data saya dlm ni dah hilang ni..data-data resit pelanggan. Tolong la pakcik, jgn usik-usik.
Pakcik: Data apa tuh, kalau data hilang,kita boleh cari semula.
Kiki: takde dah pakcik. semalam saya dah carik. Ni kalau saya nak suruh org IT, kena bayar tau tak pakcik. Pakcik tolongggg lah jgn buat apa-apa.
Pakcik: Apa nama file yang hilang tu? Komputer ni kan sambung dengan sistem, mesti boleh carik kat mana-mana. Komputer ni kan sambung dgn sistem komputer lain.
Kiki: File XXX
Pakcik: ha.kejap saya carik kan.
Kiki: ha..pakcik carik.bla..bla..
Pakcik: bla..bla.. (sambil mencuba search file tapi sgn cara yg pelik). Aku dah kerut2 muka heran.

(aku ni blank sebenarnya..duk mcm tiang letrik di situ pulak. ).
Aku tanya Kiki.
Apesal ni?
Dia ckp, dia dah few times nampak pakcik ni suka duduk usik-usik komputer tuh. Ni bukan 1st time pakcik ni dtg dini. dia ckp pakcik ni yang sebabkan data dia hilang. So now konon-konon oleh krn pakcik ni yg usik-usik PC tu, maybe dia boleh trace balik.
Ya ampunnnnnnnnnnnn.
naif nya ko ni Kiki (kata aku dlm hati).
Data ko hilang ko search lah, try retrieve, ask sapa2 yg tau dm opis kau ni.
Napa nak suruh jugak pakcik ni buat? Ko kenal ke sapa pakcik ni? Ko tau ke pakcik ni sebenarnya buat apa?

Aku yg berdiri depan komputer tuh, memang aku nampak pakcik tu buat apa ok.
Cara dia konon-konon search itu adalah pelik when he obviously buat apa benda tah, which BUKAN tgh search file tu pon!!!!!! tah hapa-hapa dia taip. (mungkin kah pakcik itu nervous?).
And si Kiki duk tgk ye-ye O.
aku mcm nak ckp dgn Kiki, bak sini aku carik kan file ko.
And can u politely ask this pakcik bangun, so then i could proceed settle my card problem tu guna komputer tu kan????????
Tapi Kiki duk jugak layan pakcik ni, which aku dah geram.
Nampak yg Kiki ni tak berapa reti komputer sebab dia tgk pakcik tu buat apa tapi dia layan jugak dan caya yg pakcik ni tgh search file dia yg hilang tu.
Aku boleh nampak, yg pakcik ni bawak satu buku besar (dia letak atas meja), siap ada code-code sumthing. nama file or something la. PELIK!
And Kiki duk layan pakcik ni lagi, tah hapa tah.
AKu duk pandang Kiki, mcm nak suh je lah pakcik ni bangun, tapi Kiki duk lah membebel, "pakcik lain kali jgn usik, habis file hilang bla..bla..bla.."

Aku dah bengang dah.
So mak bersuara.

"pak cik, saya nak guna komputer ni."
pakcik tuh ckp.." oh ..ye ke..ok..kejap" dan kemas buku dia, nak bangun.

see?

kan senang.

Pakcik tu amik barang dia dan keluar dari bank.

So, aku pun bolehlah proceed urusan aku dgn di assist kiki sebab password dia je yg tau.

Then,
Kiki mintak tlg aku carikkan file dia yang hilang.
Tak pasal-pasal aku telah membuat khidmat masyarakat.
So mak godek-godek, dptlah few file. aku save dlm satu folder. Then she suruh jugak carikkkk lagik.ok..aku pun sambung le godek-godek.
Tah hapa-hapa file pelik oke dlm folder.
banyak ikon yg dah diubah nama. folder diubah nama tah hapa-hapa. Ni keje pakcik tadi tu la.
Tapi aku perasan, ada folder-folder dan code-code dlm folder adalah sama dengan yg aku nampak dlm buku pakcik tadi. Pelik tak????

For ur info, komputer ni takder microsoft word etc.
So apa2 file nak tgk pakai note pad.
Kalau org yg memang betul buta komputer, or gila ke, sure tak reti lah nak godek-godek, buat folder, ubah-ubah rename banyak folder, bubuh kod, and siap tukar nama partition oke!
(mula-mula aku fikir, pakcik tu gila, so dia main-main je kat situ).

Oleh kerana suara Kiki adalah 5000 desibel, so ia menarik perhatian pelanggan lain.
so menarik perhatian seorang mamat, aku namakan dia Encik Dol. masa duk kecoh-kecoh tadi mmg aku perasan Encik Dol ni dah duk pandang-pandang.

Encik Dol yg sudah selesai berurusan, tanya, nak tolong ke?

so kiki mintak dia tlg, so aku tgk je lah. Encik Dol ni memang orang IT. so dia tlg, tapi tak berjaya pun, sebab actually file tuh dah tak wujud. Tah apa pakcik tadi tu buat apa kan?
So godek-godek, dia ckp dia heran. As org IT, dia kata, dia rasa pakcik tadi tgh nak buat something. pakcik tu bukan orang biasa, sebab dia tau ubah-ubah folder, buat partition, dan bila bukak folder yg pakcik tu create, dlm tuh ada code-code. Sama dgn code dlm buku pakcik tadi!
Dan nama file yang di create adalah pelik-pelik! Dan sama dgn apa yg aku nampak dlm buku pakcik tu.
Dari cara dia ubah file, nampak dia bukan orang gila, atau org bodoh. Dia adalah sesuatu!!!
OMG!
Pattlah masa Kiki ckp file hilang, pakcik tuh siap boleh ckp yg komputer ni kan sambung dgn sistem komputer lain.
So get my point tak?
Kami saspek dia maybe nak hack system. ok. maybe mcm andaian terlampau. Tapi..possible kan?????

aku cakap kat Kiki, u should tell security people utk alert if pakcik ni dtg lagi.
Menurut Kiki, pakcik tuh selalu dtg bank, and duduk kat komputer tu, tahts y lah dia tau pakcik tuh yg sebabkan file dia hilang.
Kiki ckp, next time, dia akan mintak manager turun dan ckp dgn pakcik tu.
Dalam hati aku, apesal tak ckp je terus dgn security kan?? kata selalu je pakcik ni datang.
Takkan lah kalau nampak perompak bersenjata nak ambush bank amik duit baru security akan buat keje???
pelik je dgn Kiki ni.
hellowww nyahhh, zaman sekarang, orang nak rompak bank, tak payah bawak guni or bawak lori utk angkut duit juta-juta. Ada satu komputer, ko reti godek system, hack, boleh je rompak duhets. tapi akan lebih sadis lah kalau si hacker tuh hack sistem ko utk rompak duit pakai komputer dlm bank ko senirik kan? Kan sadis tuh.

lama gak lah kami duk situ. Menurut Encik Dol, memang pernah berlaku sebelum ni, bekas kakitangan sebuah bank, telah do something pada sistem bank tempat dia keje tuh utk divertkan 1 sen dari setiap transaski pelanggan ke dalam akaun dia. tapi akhirnya kantoi. tapi dah kaya lah. Waah, beriya Encik Dol bercerita.


Macam kelakar pulak.
Memang aku rasa pakcik tu something la.
Dia bukan org biasa sebenarnya.
Tah-tah depan aku dia saja buat-buat cam bodoh.
Padahalllllll ...korang sambung la senirik.

macam sapa tuh.. u ols tengok tak cerita IRON MAN 2? kan..muka penjahat yg cam pecah rumah tu @ p3rog0l bersiri,kita tgk memang takde lah kan rupa ahli fizik ke, pakar komputer ke apa kan..tapi bila dia di amik keje oleh gang Hammer tuh kan, nak hack system ke apa tak yah pun nak try2 password ke apa. within 20 saat dia terus je bleh masuk system dan create benda yg bukan2 which konon lagi cangih dr hok iron man punya tu kan.

hem. misteri.

err...so now agak menjawab jugaklah kan? nak carik file hilang pun suruh pelanggan, so mcm menjawablah persoalan knp customer servis yg mcm tak berapa wujud tu hampeh, sbb staff yg mmg wujud ni pun adalah agak hampeh.

ok.

kad aku dah oke.

mak oi. panjangnya karangan aku ni. Boleh masuk pertandingan karangan peringkat daerah.

Dah, nak sambung buat nota lecture.

Tapi mata aku dah kecik.

ke better tidur je?

eh..
sats.
cerita kat atas pasal pakcik tu andaian kitarang je lah yg dia mmg nak godek sistem etc. mcm typical sgt dan ordinary sgt andaian kitarang tu.
korang boleh jugak berimaginasi.
maybe u ols boleh fikir benda lain yang lebih kreatif dan extraordinary seperti:

1.maybe pakcik tu adalah one of big shot bank tuh, tah CEO ke apa, saja menyamar, pi branch bank nak tgk how org branch sini keje, kakitangan security bank tu keje ke tak ke..possible ye tak?

2.korang boleh juga imagine yang aku ni pun geng pakcik tu jugak.ke ke ke. ye lah kan..pakcik tu berlakon je, supaya Kiki suruh aku yg carikan file dia. aku ni pura2 je nak tolong Kiki, tapi sebenarnya aku yg betul2 nak godek sistem. ha-ha.
Eh..liar sangat oke imaginasi yg ni.

3.pakcik tu tengah buatkan assignment anak dia.

so, sila gunakan imaginasi liar anda.

selamat mencuba.

:)

20 comments:

NenetPenne (NP) said...

aku pun rasa pakcik tu something
u know why because kadang2 orang yng pandai ni dia boleh buat mcm tak pandai...
dah tu dia pulak 'pakcik' so tak suspect laa sesangat
i think menda ni serius ni..patutnya si KIKI tu terus report kat management..
kang sok lusa duit hilang, hah masa tu lah baru nak kata
oooh i notice laa pakcik tu buat something tapi i tak syak apa2 sebab dia nampak tua dan bodoh dan innocent...
wahhh mcm CSI laa plak teori aku kan...

aku rasa dia nak hack sistem tu...

Mama Miraki said...

huh suspen karangan kau ni....kalau apa2 jd kat bank tu...catz boleh jadi saksi ni..hhahahaha...

tapi betullah napelah tak report terus aje kan....nak tunggu "pakcik" tu dtg lagi sekali ke

kucingorengemok said...

memang bengong sangat la kalau tah sapa2 boleh walk in godeh2 komputer n security tak buat apa2... err, bank apa ko pegi ni?

AyunasiA said...

pernah dgr gak pasal kes duit 1 sen tu. yg sedih tu, org tu ex-student uitm. memalukan je (ms tu aku tgh study di situ)

saje je ko suh org imagine, tp kasi cth imaginasi sendiri kikiki (gelak mcm kiki)

imaginasi ku, pakcik tu tgh buat phd dlm course it dan dia tgh wat assignment kot huhuhu

makdaracute said...

pernah gak dengar cerita pasal 1 sen tu..
awat ler si Kiki tu takder syak wasangka terhadap pakcik tu??
rasenya pakcik tu memang nak buat sesuatu tidak baik ke atas sistem bank tersebut..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

divertkan 1 sen dari setiap transaski pelanggan ke dalam akaun dia.--->>

erkk..1 sen OR 0.01 sen..aku lupa la.. INI KISAH BENAR yer Catz.. from my kazen x experience...dia cakap di jumpa ini problem pada system bank itu..siap simulate situation pada itu bos bank.. melopat la itu bos..dan mmg internal yg buat...

..tp mslh nin dirahsiakan..klw tak matila bank.. ker incik Dol tuh kazen aku... wakakakaka...

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

opss... nak tambah lagi..asal ko tak tgok tajuk buku tuh Catz..sekali how to hack a system..wkakakakka..Ko nak belajar...??.google jekk...

sambung dgn system lain tuh may be backup system la kot..tak pon server.. itu pun klw ada backup..Kiki kena tanya org IT dia la..

codes dlm folder tuh biasa .. boleh kasi erase file and copy to another folder.. selalu aku letak kat server la bukan client..

afendi ariff said...

pakcik tu buat assignment anak dia?
heh!
hampeh....

Chik Att said...

huhuuu ,. panjangnya karangan ko kiah .......

Tijah said...

takpe. takpe. siap ko minggu depan.

catz said...

nenet,
ko boleh join CSI team.
hhahahaha

catz said...

mama,
nak tunggu perampok bawak AK47 kot baru bertindak..
pelik je kan...
:)

catz said...

KOG,

bank yg warna kuning itam tuh..
tau?
sedara cik rimau,
:)

catz said...

ayunasia,
aku pun pernah gak dgr hal 1 sen tuh..
:).
ko kretip jugaklah.
aku pinjam idea ko satsss.
:).

catz said...

makdaracute..
tah le kan.
aku pun ada rasa nak jotos je kiki tuh kan...
tak saspek apa pun?
aku yg beriya suh dia report

catz said...

life,
yup..
aku mmg pernah dgr citer 1 sen tuh.
err..camana rupa kazen mu itu?
hehhehe

catz said...

afendi,
kannnn..betui la kot.
komputer umah dia rosak kot,

catz said...

chik Att,
gigih kan aku buat karangan ni.
hahahha

catz said...

Tijah,

jommmsssss...
mana?
tetelss?

cik dina said...

Memang la catz..pakcik itu adalah 'someone' yang sangat pelik dan sangat 'sesuatu'...ishh..patut kena amik tindakan. tak ke naya kalau ilang duit sorang2 dalam tu...:((

Asam pedas tetel tu sedap ke??? hehehe. nak pi try jugak la