Wednesday, May 5, 2010

Jom tumbuk bawang.

gigih menumbuk cili pukul 10 malam.


Ha-ha.

Tu dah tau nak tulis tajuk apa lah kot.
Baru lepas lunch. makan bekal. Malas nak jalan buang tenaga keluar atau pegi kafe.
Tapi..menu lunch aku agak gah jugaklah hari ni.

1. nasi putih
2.daging salai lemak cili api bersama with belimbing buluh
(kalau letak 'bersama' macam kelakar, kalau guna 'with' baru mcm belimbing tuh ada mmg berada dlm kuah lemak cili api tu dimasak sekali. paham tak?


Dan kalau bos aku tau, mungkin la di akan rasa aku pun macam dia. Malas pi cafe dan jaga makan.. Dia pun jenis lunch mkn dlm bilik, bawak bekal tapi sandwich yg tengahnya ada makanan arnab like sayur, tomato hiris, dll. 'Jaga makan' , katanya. Maybe dia ingat aku pun 'jaga makan' jugak.kwang-kwang-kwang. padahallll..mentekedarah nasik bawah meja. Pintu aku kunci.Menu aku, walau makan dlm bilik/bawah meja tetap menu aku lagiiii gah dari menu makcik kafe.wah, kalau makcik kafe dengar menu aku ni, tah-tah esok dia masak 6 periuk gulai belimbing buluh. (1 periuk campur daging, 1 periuk campur udang, 1 periuk ayam dan binatang-binatang lain). sure kafe pack. agaknya la kann.


Hem..lately ni, aku kdg rajin jalan-jalan blog orang. apesal aku rasa orang lain boleh menulis dengan best, tapi aku tak. Mungkin subjek yang dipilih? atau pemilihan kosa kata? ewah.
Ada yang boleh buat aku hampir tergolek jatuh kerusi sebab aku terketawa over-over time baca. Ketawa sorang-sorang cam gila. Ada yang aku baca hari-hari oke. Tak lengkap kalau tak baca. Pastuh, kalau dia tak update aku mcm rasa sedih dan kehilangan lalu tertunggu-tunggu. Lepas tuh kadang duk refresh banyak kali sbb kot-kotlah dia tgh gigih nulis ke kan, and popp...ada update. korang ada tak rasa macam tu? Ada? Maknanya bukan aku sorang lah cam tu. So aku belum gila.

Tiba-tiba aku rasa apa yang aku tulis ni kan..alahaiii..apa benda lah sgt. Asyik makan..makan..makan. macamlah aku ni kuat makan sangat. Eh memang pun. Lagi tak nak mengaku. Oklah..fine, org lain pun suka makan jugak. Tapi takde pun amik gambar bubuh dlm blog beriya-iya. So tiba-tiba aku rasa apa benda lah yang aku bubuh dlm blog ni. Patutlah Nuffnang aku statikkk je.

Actually aku, rasa kagum dgn orang yang boleh menulis dengan baik dan best. Baca tak jemu. Contoh, aku follow satu blog yang cerita pasal travel. Best je cara dia menggarap
(wahh..perkataan) cerita perjalanan dia. Macam baca artikel dalam travel magazine ko aku rasa, mcm artikel dalam Going Places, 360 degree dll.(ok..aku ngaku, aku ada rembat majalah tu..ha-ha.kat opis aku banyak majalah tuh.hasil rembatan aku. ihiks).Macam artikel catatan pelancongan dalam surat khabar.
Aku? menulis mcm kanak-kanak tadika. Err..sapa baca cerita aku pasal fish spa kat chiang Mai tau lah kan. Mmg tak reti nak tulis proper. Merapeksss je lebih.
eh..aku rasa nak cuba lah.menulis dengan skema, ayat teratur.
Camna agaknya eh...ok..aku nak try.ha-ha.
.
.
.
.
tapi tah bila laaaa.

26 comments:

NenetPenne (NP) said...

aku pun mcm ko..
asyik tertunggu2 jer yang empunya blog update blog dia...
wahhh kemain nak baca entry orang...
pastu rasa entry sendiri mcm hampeh...

mana gambar lauknya? mana? mana?????? :P

AyunasiA said...

-sama la. kadang kat list dah update, tp tak update pon? (cth entry mu tajuk apa tah 'di siang hari' minggu lepas). tak pon, kat blog tgk mcm takde yg update, tp kat dashboard dah update.
-letak ler gmbr mknn byk2. i loike!
-ayat skema tak macam diri sendiri kot. just be ur self.

azieazah said...

Ada orang menulis suka-suka, untuk legakan tekanan, menulis untuk menyimpan kenangan peribadi.. esok2 baca balik jadi panduan..

Ada yang menulis perkara fakta dan info untuk dikongis, yg ni kena betul2 pasti fakta, kalu salah kalu?

Tak kisah apa tema apa bentuk, asal tidak menghasut, tidak memaki hamun, tidak mencarut, pada Kak Azie, okeh jerrrr....

Unknown said...

hahaha asal buka blog jer mesti klik catz cafe, pasal nak tengok makanan dan gelak sampai tenganga ngan ayat kelako..

suka merayap tapi selektif, ngade2 jer ek..blog sendiri huduh giler nak tuko template pon tak tahu!tulunn..

kucingorengemok said...

aku cadang ko buat buku guide for muslim traveller, sila sila... jika perlu bantuan menulis, saya suka (tak alih2 offer diri, haha) :)

Mama Miraki said...

Catz
siapa kata tulisan ko tak best. aku adalah antara orang yg hari2 mesti nak klik blog ko....kelako giler ...aku suka...jangan ubahlah gaya penulisan ko..dah cukup sedap ni...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

catz,

mama suka cara penulisan catz. santai2...lucu...pastu ada kejutan2...hehehe
mana gambar masakan tu????

rezeki said...

salam catz

i enjoy dgn gaya penulisan catz, santai

memasing ada gaya penulisan tersendiri, itu namanya kreativiti

tiada ukuran tertentu utk kreativiti ni

teruskan menulis

cikwawi said...

catz, semalam saya try resepi kek kukus coklat awak, saya jumpa dlm blog lama awak. tapi kek kukus tu saya bakar dalam oven sbb malas siapkan kukusan.. hahahaha.. sedap! very moist

anne said...

alahai Catz, tak payah la pegi compare dgn blog2 yg hebat nanti rasa blog kita tak best. Cuba Catz compare dgn blog Anne yg bersawang dan takde apa cerita menarik tu....haaaa, kan blog Catz lagi best gilerrrr

:) apa pun saya suka gila baca blog Catz.

attyfir said...

aku pun kdg salute org yg blognya besh..dari segi penceritaan ..cuba gak terai buat ..tapi tah bila ..nyerr..

SUE ALAN said...

Infact I follow your blog everyday, be yourself.....and that's make you special. Keep writing ya....wish I could meet you someday....You are in Bangi right?

catz said...

nenek penne, lauknya tuuuu kobayang-bayangkan je lah ek..
ha-ha-ah.
katawa keji sambil totops mulut.
ihiks. nek, blog mana pebret ko??
oh yg ada unsur2 SG/Sx sket eh...ahahaha

catz said...

Ayunasia,
oh..entry tuh aku publish kejap je..pastuh aku tarik balik..so ada dlm draft..hhehhehe.
yes..aku sebenornya tak reti tulis skema.

catz said...

ye kak azie,

kita berkongsi maklumat..kannn.
:)

catz said...

Siera,
thanks for visiting my blog.
nak tukar template..pegi kat setting. takdelah susah, just main2 je dulu.
:)

catz said...

kog,
hahhaha..bagosss idea ko tuh..
ok..dah dapat idea..
ko bleh jadi penulis bersama.
bila nak meeting? kat mana? err..hidangan apa masa meeting kang? eh...makan pulak.
hahhaha

catz said...

Mama Miraki,
thanks sebab tak jemu baca.
happy reading ya.
kita pun baca blog mama, tapi jarang bubuh komen.
:)

catz said...

Hajah zainab@mama,
gambar makanan? hahha..sila bayangkan saja.
:).
kita pun suka baca blog mama, banyak gambar kucingg..
miowww

catz said...

rezeki,
thanks for visiting my blog.
happy reading.
yes..agree..kreativiti masing-masing.

catz said...

cikwawi,
haiii..
wahh..awak buat kek. patut terbau-bau. jadik ek abkar? sebab ada gak org tanya. so lenkali saya boleh ckp, bakar pun oso sedap and moist.
:)

catz said...

anne,
thanks coz sudi jalan2 ke blog catz.
kita tau awak sgt busy sebab tuh tak update blog.
tapi rambut awak sekarang lawa.
:)

catz said...

atty,
jom try..jom..

catz said...

hi SUE ALAN,

welcome to catzscafe.
how are you?
i went to ur blog. nice too..seronok tgk xtvt menjahit dan menyulam.
boleh tempah tak?
yes, saya di Bangi. u di mana?
hope to see u one day.
happy reading.
salam kenal.

catz.miow.

Hana' Yusuff said...

salam catz
lama tak tinggal komen walaupun selalu je jengah.
tu perasaan sendiri je.rasa dah ok je baca.byk je info ttg review makanan dan tpt2 menarik.teruja je nak baca dan kadang2 jadi tpt rujukan tau!:)

Wahidah said...

akk wai dh lama tk menumbuk..mana de lesung batu kat sini