aku ada beberapa.
1. kucai masak dgn tempe (dgn santan pekat)
2.botok (sejenis masakan yg menggunakan kelapa muda yg diparut, bubuh bawang, ikan bilis).
Aku hampir lupa tentang masakan ini. Ia selalu di masak oleh emak masa kita masih comel di kala tahun 80-an. ehem.
Oh..sebelum tu, dah lupa..dan dah lama tak masak. Time kita balik kampung mak kita pun tak masak jugak pun benda ni (sebab anak dia dah tua ganyot dan dah patutnya reti masak sendirik-pastuh mentel nnak suh emak jugak masak apesal? ). Dulu-dulu boleh lah buat alasan nak tumbuk bawang pun takleh sebab nak angkat lesung batu tak kuat. Now ni, tangan pun dah lagiiiiiii besar dari lesung batu kan? Dan masakan nostalgia ni akan membawa kita teringat zaman kanak-kanak.
Ok..
masakan hari ini (eh..semalam tgk icip-icip oke..1st time..ke ke ke),
adalah kucai masak tempe.
Kucai ni bukan daun je ok..ada yg panggil kucai cina, kucai kampung.
Merujuk kamus mak aku, ia dipanggil kucai.
Masa kecik-kecik dulu, tanam sendiri oke. Abah aku tanam, sebab tu makkita selalu masak benda ni kot. Now nak carik kucai ni susahhhhh....jarang lah ada.
Tapi di suatu hari tu, aku pi supermarket Bintang di kajang.
kawan aku yang nampak dan dia terus ckp.." catz..ko ingat tak benda ni? masak dgn tempe sedap ni. buh cili hijau hiris, santan pekat-pekat"
aku..
"eh? apesal resepi mak ko sama dengan resepi mak aku?? ko bukan jiran aku. kita kenal time kita dah sekolah tingkatan-tingkatan oke. lepas tuh masuk U, kita lost contact, pastuh tetiba kita jadik jiran kat kajang ni, lepas masing2 dah bekerja dekat 8 tahun, baru jumpa balik."
lamaaaaaa tu kan. dekat 15 tahun tak jumpa.
errr..ko paham tak maksudnya? itulah masakan yang mempunyai nostalgia. emak kita masak time kita kecik2 cenonet je. pastuh dah lamaaaaa tak masak dah. and suddenly kita jumpa org yg ckp benda yang sama. kan??
errr..ciken chop, lamb cop tak masuk kategori oke, melainkan lah mak ko oramputeh yang dah lama tak memasaknya. dan di sebabkan itu ko dah 15 tahun tak makan lamb chop, ciken chop sebab kat kedai pun takde jual haaa..tu baru masuk kategori nostalgia. oke.
So kawan aku hasut suruh beli dan memasak seperti emak-emak masak. eh. kan tengah diet. benda ni sedap mkn dgn nasik 3 pinggan (kan aku dah ckp, ko kalau diet tapi tak kurus-kurus, ko salahkan kawan-kawan sekeliling ko oke).Ingat tu!.
Pandai kan? dia tak beli. Nak tumpang makan kat dapur aku, dgn alasan, kalau dia masak, kang dia makan banyak. abeh aku???
oke.jom masak.
Bahan-bahan:
kucai -bersihkan, cuci , hiris .
tempe- hiris patsegi
bawang merah- 3 ulas
bawang putih-2 ulas
cili hijau - 5 biji
cili merah - 2 biji
ikan bilis - setengah genggam (sila bayangkan sendiri)
santan pekat 1 cawan
garam
kucai yang dah siap siang, cuci dan hiris
Mari memasak!
Tumbuk bawang merah dan putih dan ikan bilis.
Tumis sekejap.Masukkan cili hijau dan merah yang dihiris-hiris nipis.
Masukkan kucai dan tempe.
Agak2 dah sebati layu, masukkan santan. kacau biar kuah pekat.
buh garam,
If nak pedas buh cili api ya.
Angkat.
Tumbuk bawang merah dan putih dan ikan bilis.
Tumis sekejap.Masukkan cili hijau dan merah yang dihiris-hiris nipis.
Masukkan kucai dan tempe.
Agak2 dah sebati layu, masukkan santan. kacau biar kuah pekat.
buh garam,
If nak pedas buh cili api ya.
Angkat.
23 comments:
semua masakan mak n mak we akuuuuuuu (tak aci ek, nostalgia kan food org dah mati)... mak we=nenek, bukan gf ok
ps: botok² ada lagi org jual tapi payah la nak cari
Guna cili masak tu kureng umph. Kena gula cili padi banyak2 biar pedas. Selain letak tempe, campur ngan petai lagi ngam... stock kucai beli masa balik kg PS ada lagi dlm peti sejuk sikit... esok boleh masak ni.. makan ngan nasi putih panas2 dan ada ikan masin sikit...
Catzs
aku sukan juga masakan ni. kalau terjumpa kat pasar tani tu mesti beli...dan cara masak dia samalah ngan yang kau masak tu..sedappppp tu kan..tapi tak sesedap mak masak ler
jarang memasak. so xde nostalgia kot.
nostalgia masakan aku..
1. sardin masak kicap
2. ayam masak kicap
3. daging masak kicap
4. kari ikan merah tanpa santan
5. nasi beriyani
6. ayam masak urduk
eeh byk laaa
kenapa nostalgia?
sebabnya...tu semua bekas laki aku yang masak... la ni mana dia masak lagi untuk aku...so ok lah kan... kira nostalgia laa jugak tu kan? :)
Lidah bakar ayah saya mmg bes giler..cicah air asam...perghh
botoks ikan... sedappppp....
botoks kat muka... lain ...
(yea!!! lagu ni ada balik!!!)
psst...kita konyok..letak kat blog.. tak keluar lagu!! ada bar kelip2 tu je!!!kihkihkih...
Catz..tadi bru tgok Nasik lemak Kopi o..ada kedai mkn kat KL jual botok2 nih.. tgok cam sedap & berkahsiat.. penuh dgn ulam2..
lidah bakar ayah saya? eerrrr si sha tu, dia makan lidah ayah dia ker? uuuuu ganaz tu....
akak,saya baca blog akak.Tapi,saya tak sempat nak tinggalkan komen.
Kalo akak x kisah,bole tak saya nak tau.Akak tinggal dekat putrajaya.
De facebook tak..nak add la
masakan nostalgia emak saya:
gamat masak kicap+cendawan
pongteh ayam
ikan/ayam cili garam
sajer nk buat citer..he he ..
kucai... nostalgia gak..
tapi mak kita masak simple je...
grg kucai ngn telur pun dah sedap..hmm..yum yum..
tp yg resepi kucai yg catz-nye x pernah lg buat..akan ku cuba one of these days bile jumpe daun kucai nii.. :))
anyway, keep up resepi blogging k..
hv a good day..
kog,
ada ke org jual?
sebenarnya buatnya senang je..cuma nak dptkan kelapa muda parut tuh yg susah....kami dah tak pernah masak dah benda ni..
mummy gee,
saya tak tahan pedas..nanti kill my mood nak makan.
:)..so pedas lite-lite sudeh..
mama miraki,
kannnnn?
mak kita punya masakannnn jugak yg sedap!
cahaya,
masakan emak tentu ada nostalgia nya..
:).
kita masak rasa lain.
hiks.
nenek penne,
wahhhhh..
tu betul2 nostalgia sampai mengigau2 kann..
hehheheh
sha,
errr..lidah apa? lidah lembu kah??
wahhhh...apa resepinya..err..bleh share?
:)
Dr Singa,
kita suka botok kelapa.
botoks kat muka?? err..ada buat tak?
diskaun plis..
hiks.
nak lagu ni?
bak e-mail.
life,
wah..ni rancangan jjcm ke??
channel berapa?
nak tgkkk..
nenek,
aku rasa maksud dia, re
sepi lidah bakar ayah dia lah..
mcm kita kan kdg ckp, nasi lemak emak saya (merujuk nasi lemak yg dimasak oleh emak kita..haaa..gitu..kan?)
KITA,
akak tinggal di bangi.
thanks for reading ya.
akak tak aktif facebook.
:)
salam kenal.
:)
Linda,
wah...gamat masak kicap?
wow..tak pernah terjangkau ni..
hem..kita now jarang masak. tuh yg jarang nak buat resepi2 nih..
hiks.thanks for reading ya.
:)
Catz, bukan JJCM..ttb jer ada terselit dlm nasik Lemak kopi O kat tv 9 tuh..
Post a Comment