Thursday, March 11, 2010

MATTOP BARIANI

Jalan-jalan makan di Bandar Baru Bangi. Kita ke Kedai Mattop Bariani

Kepada penggemar nasi bariani/beriyani , kita ada pilihan lagi selain kedai-kedai yang sedia ada. wahh...
kedai terletak di seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
err..camna nak describe ek..area Al Zahrah.
aku bukan peminat nasi beriyani yang tegar (tetiba teringin nak mkn nasik minyak lahh) ..isk.
tapi kedai ni menyajikan bariani pada harga yang reasonable lah.


Sirap limau Mattop bariani

Tetapi air sirap limau nya adalah antara yang terbaik. Pada hari yang panas ini, apabila air sirap tersebut masuk je ke tekak, saya rasa saya seperti sedang mandi di air terjun di kala hari yang sangat panas terik. Warnanya yang kemerah-merahan, dgn gabungan perahan limau nipis, sungguh nyaman di tekak. Seperti rasa yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Masam, manis, rasa sirap (takkan rasa air oren pulak ek?) , dengan gabungan air batu yang terapung berketul-ketul, menyebabkan anda seperti berada di awang-awangan. Dingin seperti angin lalu yang menyapa lembut di gigi laut mediteranian dan laut cina selatan.
eiii..overnya ko kiah nak describe air sirap????


senarai harga nasi bariani


Bariani kambing

Bariani ayam goreng


Nasi - ok. aku suka nasiknya.
lauk-ok. sedap!
kuah dalca je yang bagi aku terlalu cair dan tiada objek di dalamnya.
Harga: reasonable.
kuantiti : berpatutan.
servis: cepat
Tapi keseluruhan, kategori sedap!
err..aku mkn free, org belanja, so double sedap. hiks.
Lunch time pack kedai ni.

ada juga menu lain..errr...poco-poco??? jommm...music plis!

13 comments:

rezeki said...

salam catz

heheh nasi beraini ni ganti nasi minyak kat n3 pak itam pun ok juga utk lunch catz tgh ni hehehe

tapi air sirap limau mmg kegemaran pak itam, 2-3 gelas pun takpa

NenekPenne said...

dah lama net tak makan nasi briyani kambeng...

dulu ada satu kedai nasi briyani kat air hitam...nama kedai: nasi beriyani


dia punya nasi briyani..perghhhh marveles...

dia bukak 2 jam jer nasi dah abis padahal buat byk tu...

sampai pelanngan kata, tak ada kamben, makan nasi dgn kuah jer pun tak per.....

tu kira sedap ker tak sedap tu?

la ni sebab dah lama tak ke ayer hitam so net tak taulah samada kedai tu wujud lagi or tidak...

nasi biryani batu pahat pun kennot challenge...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

perrgh...terliur lagi!!

atty's said...

bila lak ko nak banjer aku catz..

CAHAYA said...

catz, u ada tak CD poco2? nak!!

adie-ishmael said...

sebutan yang paling betul ialah biryani

Leez said...

ehhh...dekat ajer dgn opis i kat sec 10.
harus ku cuba ni...

DrSinga said...

mattop??!!!
takut!!!!....
ada kaitan dgn nordin??

DrSinga said...

mattop??!!!
takut!!!!....
ada kaitan dgn nordin??

Hiedy said...

hye!! baru first time baca blog u, bestlah blog u..wah nampak sdp nasi briyani tu nak pulak i mmg suke nasi briyani..

Hiedy said...

hye!! baru first time baca blog u, bestlah blog u..wah nampak sdp nasi briyani tu nak pulak i mmg suke nasi briyani..

sha said...

nak try..nak try..uuiihhh

kucingorengemok said...

abang/adik/sedara mat top ada kedai kopi kat kg arab batu pahat yang bapak aku rajin singgah, dia yang promote mat top kat aku dulu masa mula² bukak :)