Tuesday, December 8, 2009

William

Berkesempatan ke William ni last weekend. Selalu tgk org makan kat sini malam, oh rupanya siang pun bukak ye (hujung minggu je ke bukak siang?). Kedai ni kat PJ.
Kedai ni katanya konsepnya order apa ko nak teringin makan-sebut je. Takde buku menu..so nak makan apa..dari western-Thai-Malay food-Itali sumer ada.
Agak mengidam nak makan benda pelik-pelik maybe boleh dtg sini kot..hhheehe.
Menu air pun macam-macam. sebut je lah nak minum apa..
Kalau tak tau nak order apa, tanya je kat uncle william tuh, suh dia recommend apa yang sedap.
Aku tataw nak order apa, suh kawan aku yg biasa makan di sini order..makan kongsi-kongsi.


air banana strawberry - sedap!!!

tembikai laici

salsa lamb -sedap gila!

sayur ni mkn dgn lamb tu

kentang ni sedap dilenyek-lenyek dengan kuah lamb tu..yummy!

Mee Raja Ayam Pandan

Nasi goreng ketam

Makanan kat sini portion banyak, satu hidangan bleh makan 2-3 org..so biasanya makan kongsi-kongsi..meriah gitu. Rasa? sedap. Harga? Bagi Catz, mahal. Tapi dengan rasa yang sedap, sesekali oklah.

12 comments:

geraugebang said...

Yummmy. Kenapa mi tu mi raja. Raja Bersiong? Jaga-jaga catz.

aZizoL said...

apesal gelas die unik bebeno???

mcm bekas horlick jek

rezeki said...

salam catz,

kalau mahal rasa sedap , berbaloi juga , jgn harap je mahal , rasa "out" tu yg sekali je pegi

catz said...

hi gerau,
entah..dah mmg nama jenis mee yg cenggituh kot...catz tak berapa tau sgt..

catz said...

azizol,
ye..gelas tuh mcm botol horlicks kan.aku pin tgh pikir kat mana nak beli gelas cam tuu

catz said...

rezeki,
ye..kalau mahal+sedap org tak kisah sgt..sesekali apa salahnya kan...
walau style gerai, food adalah sedap sgt
:)

neezareef said...

gelas dia yg x tahan tgk tuh

anggun said...

kt mane ni erkk catz...nk find place for candle lite dinner...kt mane erkk yg sedap...??/

Romie Pujaan said...

errmmm,,, sape yek yg recommend williams nih duloo ahahaha

kojah said...

terliurrrrrrrrrrr nya kakkkkkk

afendi ariff said...

mahal mcm chilie's???

catz said...

neeza,
lawa eh gelasnya?

anggun,
tempat ni kat PJ, tapi kedai ni gerai je kak, tak seswai candle lite dinner. nak candle lite saya tak sure kat mana, maybe cari fine dining restoran kot.


romie,
kenapa? sedara unkle william kah??


kojah,'
terliur,? ha..ajak kawan2 pegi..
:)


afendi,
yup makan kat sini adalah mahal..tapi sedap..sesekali ok lah..