Thursday, December 31, 2009

Last entry : good bye.

Sekejap je dah akhir tahun.


Aku belum berjaya completekan chop kat kad starbucks aku utk dpt diari/organiser starbuck free.

Terhibur juga apabila singgah di blog kawan-kawan lain yang menyenaraikan pencapaian or turutan peristiwa penting dlm tahun 2009.
aku? nak senaraikan apa ya? I am too lazy or too shy to write.
Maybe i think that my life is too plain, simple and ordinary.
Aku tak reti nak list down sebenarnya.
memang fail.
apa ye yang nak dikenang utk 2009?
oh..aku berazam nak kurus tapi tak berjaya. Tu je lah yg aku ingat.
Tiba-tiba je dah akhir tahun.
oklah..utk mengakhiri 2009, i managed to have makan-makan dan ketawa-ketawa di akhir disember ini.


mix fruits lolo at garden with wahidah


makan-makan with family


dinner with emak, abah, adik-adik minggu lepas

Balik kampung last week. shopping and makan-makan with emak, abah dan adik-adik. Lupa nama kedai. tapi dekat dgn hospital putra specialist. Rasa best coz jarang lah dpt mkn dgn family di Johor.
oh lately aku sgt jarang lah buat entry makan-makan walau selalu je pi mkn kat mana-mana. i'm just too lazy to take out my camera.tah dah jemu kot and malas.

cool blog di K4 batu pahat

oh..berjaya la beli air cool blog ni...Careffour Batu Pahat. Ye-ye O je nak jugak try sebab description melampau JIRAN saya yg suka beli air di sini. Dan beberapa hari yg lalu, jiran saya telah sms "aku tgh kembung minum 2 cawan air cool blog". Sangat besar perut jiran itu kerana saya beli 1 cawan kongsi dgn adik-adik dan emak (sebenarnya kedekut + save budget).hihi.


trip asam pedas di Parit Jawa, Muar, Johor.


kedai asam pedas Ani, Parit Jawa, Muar.
Iklan percuma utk dia. sotong goreng tepung kedai ni sedap! bukan versi jemput-jemput.

Manage to meet Anis cenonet gebus. Makin kurus walau segala benda yg dia jumpa harus masuk mulut. we went to Parit Jawa Asam Pedas tepi sungai. Anis main-main sudu dan baling sudu ke lantai setelah boring tunggu asam pedas yg sgt lama memasaknya.wow protes ye.kecik-kecik dah pandai. kalau aku yg protes, mungkin aku baling kerusi.kekeke.

anis dan emaknya

sampan dan bot nelayan di Pt Jawa, sebelah asam pedas shop.

dia akan mendapat adik dlm 2-3 bulan lagi kot. heheheh. Anis, sila belajar carik baju,seluar dan lipat kain sendiri ye! sat lagi mak ko busy belek adik ko. bertambah anak sedara aku.



Sate UK

berjaya gak makan sate ni 2 minggu lepas. Lokasi adalah seksyen 7 bandar baru bangi. sedap! (terpengaruh dgn jiran aku la ni).
better than sate S@muri. kuah oso sedap. Tak pedas.i likeeee!



Makan-makan with lab mates.


lepas emf wonderpets meeting sehari suntuk. Makan-makan , ketawa-ketawa.
Good food , good company.

oyster omelete

lalalalalalala

kerang sambal. best sebab dah dikopek. Dan sebebarnya ada lagi, sotong goreng tepung dan siput belitong yang sedap! apesal aku lupa amik gambonya ek? oh..sebab mkn pakai tangan. dah kena sambal tgn aku malas nak amik gambar. sedap gila siput sedut tu!


outing on 'boxing day'


hahhaha..
ada ke istilah ni kat Kl ni?
actually met a bunch of friend.
Makan-makan , jalan-jalan, makan.
we went to mid valey and the garden. (apa motif tah nakkkkkk jugak ke situ walaau aku dah selalu pegi.).
oh sebab kat sini boleh makan macam-macam.
went to jonkers dessert ke ek namanya. kat garden.
Ice jelly, kuih2 and cendol.

ice jelly

ice kacang ke cendol?

Karipap gergasi , kuih talam, kuih lompang,ketayap dll. sedap dan tradisional.

salah satu xtvt adalah menjakunkan diri mengambil gambar dgn pokok kerismes beserta hiasannya.

kawan aku ni pemalu. so instead of letak gambar muka..terpaksa tayang kaki dan badan je. hahaha..tak kisahlah. tapi kitarang ketawa tak berenti dari dlm kereta sampai lah balik mlm tuh.
lenguh mulut aku ketawa.

kerismes deco (yg belakang le)

then we proceed to Robinson..wow semua sale.Boxing day le katakan. orang mcm semut di Mid valey dan Garden.Bersambung ke metro jaya utk xtvt mencuba baju panas sampai menyampah sales asistant kat situ. ye-ye oooo je cuba semua baju, last2 beli sarung tangan je. keji. Nasib tak kena sekeh dgn SA tuh sebab kitarang adalah sgt bising dan sgt ribena.Happening gila. ye lah..dari tgk SA tuh berdiri boring, baik le kemas2 baju yg kitarang cuba pakai dah sepah-sepahkan.
kekeke.
Kemudian pi makan takoyaki dan McD.
(see..makannnnn je kan??)

Ikan siakap 3 rasa

tak berjaya beli apa-apa yg menarik kecuali sarung tangan. So instead of tayang hand bag Coach, selipar Guess ke atau selipar Crocs or kasut Sembonia, aku tayang ikan siakap aja dah lah ye. ikan siakap yang di makan di Hasan Tomyam Kampung Baru.
Peristiwa kelakar adalah, mencari Kampung Baru,KL tetapi tidak berjumpa. Adakah Kampung Baru telah berpindah? azab oke. terpusing-pusing sehingga membuat beberapa pit stop.
pit stop 1: hotel equatorial (motip nak tanya org jalan pun berenti kat hotel?) hahaha.
pit stop kedua: tanya polis pelancong yg akhirnya berjaya memberi direction yang betul.
Pelancong sgt le tu kannnnn? kampung baru pun tak jumpa.
sesambil tu berSMS dgn jiran aku, tanya dia camana nak ke KG BARU. kami duk berlegar area KLCC, asyik2 pusing masuk Jln ampang...isk...

order: siakap 3 rasa, tomyam, sotong tepung, udang sambal petai, sayur,sambal belacan, telur dadar, kerabu mangga.

kerabu mangga...makkkk pedasnya! wonder gak knp dlm kerabu ni ada karot dan ikan bilis.

Hidangan kami malam itu. Sedap dan pedas ..
TAPIIIIII! sotong goreng tepung adalah fail ye. itu adalah jemput-jemput kerana sesetangahnya takde sotong pun dlmmnya. and kalau ada pun sgt halus sotongnya. Plis.. aku nak sotong goreng salut tepung (digolek2 atas tepung) bukan jemput-jemput inti sotong.

Thanks kawan-kawan. Definately had great time with u olssssssss....mulot aku lenguh ketawa.
and thanks kerana sudi men-drive ke KL.

food at Little penang - kerabu mangga dia sedap ok!



eh..nampaknya aku cuma menyenaraikan makanan je?
errr....hihihi..aku tak reti tulis benda lain selain food. sounds keji gak le kan.
patutlah tak kurus sampai tahun 2013 gamaknya.

oklah....since ni last day 2009, kedengaran begitu ramai yang berazam macam-macam.
oh..apa ya azam aku. ramai gak yang tanya.
ok..aku malas nak berazam-azam ni lah.
cuma apa yang aku harapkan, i could change my life into healthy life style.
I mean..mostly on food intake.
tetiba mendapat hidayah begitu sebab lately asyik tertengok "the biggest loser asia".
aku tertengok siri yang awal2 di mana mereka baru je sampai ke vila and the instructor show then how to eat healthy.
salah satunya..trainer tunjuk healthy breakfast.
susu, bijirin, epal, yogurt ,gitulah kot.
christy ke trainer pompuan tu ckp.." ok..this is ur breakfast".
dan derang duk tgk muka satu sama lain like ckp..."kenyang ke??"
salah seorg peserta, Goddess kot ckp.." it's healthy but looks expensive".
betul gak ek?? ek??? ko ingat murah yogurt tu?
aku pun setuju la. Kena beli bijirin, buah, susu bagai tuh.
ye lah..biasanya kan sng buat je nasik goreng dari nasik lebih mlm tadi kan. makan utk sarapan. or spend RM1.00 - RM2.00 for nasik lemak/ bihun.
but christy laser balik dgn ckp " do u know how much cost for cancer treatment? diabetic treatment???".
kekekkekeke...hahahhaaaaaa.... kannn semua dah diam.
hihihihi.
and they show their fridge yang gabak-gabak tu
full of daun, sayur, rumput food, yogurt, buah..arnab food.
so...
kalau nak start healthy food intake, i have to re-organise my fridge.
no more daging, fat2 segala tuh....
tapiiiiiiiiiiii!!! replace it with arnab food.
or, i should change the way i prepare dinner/ lunch especially.
less sugar, less oil/fat........less salt!
breakfast. NO nasi lemak!
and drink plain water - 2 botol/day. (aku tak suka/ susah nak minum air masak/air mineral. camna ek?)
so prepare to be an arnab in 2010.
yeye-O je.
i know it is hard.but possible.

ok u ols.
to all readers catzscafe:
happy new year 2010.
i'll be away.Good bye.
see u next year.
:)


49 comments:

attyfir said...

selaMAT tAHUN bARU CATZ..

pijankodok said...

salam...
happy new year... walaupun taknak list out memories in 2009, ok what letak gambar n aktiviti mcm kat sini... still dalam 2009.. heheheh...
azam tahun 2009 yg tak berjaya bawak ke tahun 2010.. ok...

hehehe..
anyway... happy new year to you again...

;>

Romie Pujaan said...

selaku org pertama yg mengcomment:

HAPI NEW YEAR!! aahahha

doakan kite berjaya mengejar cita2 menjadi airline pilot. doa lebey2 utk fireflyz ye ahaha amin

zixol said...

panjangnye entri kali nih..eheh

Inah said...

selamat tahun baru catz!! harap azam tahun baru ko berjaya..aku dah start lama dah..makan oat ngan cereals for sarapan..tapi x kurus2..maybe sbb malam aku balun pasta..hahahah :P

rezeki said...

salam catz

selamat tahun baru , semoga suksess selalu

Tijah said...

hepi nuyer beb!

Ridzal Ahmad said...

Hi catz, photo yg you ambik ni lawa-lawa la... sebenarnya i nak tanya, kalau nak guna photo u ni untuk dalam design i boleh ke tidak. photo ni u punya so kena respect la sikit. tak boleh main belasah aje...

kalau boleh kata boleh tidak saya ternanti-nanti.. thankz

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

HaPpy new Year Catz..
Mulot melayu mesti nak baham nsi kgak ctaz oi...

mkan jerla..then workout..

catz said...

atty,
hepi new year to u too..

catz said...

scrlettfrr,
hai...
:)
hepy new year too!
azam tahun 2009?
ihiks. malas dah nak ingat..
asyik fail.

catz said...

hi romie pojaan,
ko bukan pertama ..ko peng-komen ke-3..
hhehehe..
happy new year too...hope u sukses and jadi pilot kebanggaan malaysia.
ok.aku doakan.
err..kalau aku doa dgn gigih, aku dpt naik free taK??
aku nak duk kerusi pilot..hehheeh

catz said...

hi romie pojaan,
ko bukan pertama ..ko peng-komen ke-3..
hhehehe..
happy new year too...hope u sukses and jadi pilot kebanggaan malaysia.
ok.aku doakan.
err..kalau aku doa dgn gigih, aku dpt naik free taK??
aku nak duk kerusi pilot..hehheeh

Wahidah said...

sis seriously teringin nak makan ice jelly kt lolo tu blk..sedap gilerrr........nanti kiter hang out sekali lg k be4 saya fly

Unknown said...

huuii...CATZ. i nak balas cerita u panjang2 kat comment box ni tak seswai.

satu je, kelakar la kak chik, u boleh sesat cari kg baru!
u selalu ke makan2 kat Hasan tu? I pun selalu gak nyinggah situ...nextime kot terjumpa lady 'macam ku cam seperti CATZ' tu mungkin tidak syak lagilah...hehehe

catz said...

azizol,
happy new year..
thansk singgah ke mari.

catz said...

Inah,
happy new year..
actually catz pun dah lama tak heavy bekpes..
now nak change to healthy living..
:)

catz said...

rezeki,
selamat tahun baru juga.
tq sudi singgah ke mari.
:)

catz said...

tijah,
hepi nuyer to yu too!
:)

catz said...

life,
hepi new year..

:)

catz said...

salam Ridzal Ahmad,
welcome to my blog.
thanks for reading...
gambar cantik? thanks.
actually biasa2 je..amik hentam kromo je..
nak guna utk design apa tu ye?
btw,
happy new year!

catz said...

wahidah,
jommmmm!!

catz said...

adirFrida,

saya 1st time makan kat situ..
sebab baca kat blog org sedap.
oh u selalu ke situ ke? wah amna taukan one day kita akan berjumpa.
btw..
happy new year!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam catz,

selamat tahun baru. semoga catz berjaya dalam mencapai apa yg dicita2kan...apa saja, Insya Allah akan tertunai jika kita mempunyai azam yg tinggi serta berdisiplin melakukannya. good luck to you dear.

zino said...

salam kenal..
salam tahun baru..

Ridzal Ahmad said...

hi catz,
thanks for balas my comment, i nak guna gambar keropok lekor yg u snap tu untuk sticker keropok lekor yg i tengah design ni... mohon kebenaran u la dulu :)

Ridzal Ahmad said...

btw happy new year catz... i pun ada cat kat rumah nama kitty. kalau nak lagi manja panggil kitty bucuk..

bora said...

Catz,

Takpe..
Ada masa lagi nak collect wish stamp Starbucks tu.. Jom kita dating kat Alamanda.. Nanti kita sama-sama penuhkan stamp.. Kekekeke..

Oh, Happy New Year 2010 Catz!

geraugebang said...

Parit Jawa? Banyak nostalgia kat Parit Samsu Darat, kat Parit Jawa.

DrSam said...

melihat kepada aktiviti makan-makan yang begitu aktif sekali ni, boleh capai ke azam slim tu Catz?

Selamat Tahun Baru Catz!

eita_tks said...

Happy New Year Catzs!!!!

@xiM said...

Happy New Year catz!!

best baca entri neh..

yang aku paling suka masa Goddess kena laser ngan Christy pasal mahal nak treat cancer ngan diabetic tuh..kahkahkah..au tengok episod tuh.

tapi trainer BGA macam tak natural kan.

NenetPenne (NP) said...

so many things happend in my life last year... berharap dapat jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya... mensyukuri segala rahmat yang ALLAH berikan tanpa secalit kekesalan dgn apa yang telah terjadi...<<< alamak, akukah yang mengkomen separa skema ituew..ha hah a....

Anonymous said...

Hepi new year, Catz... :)

afendi ariff said...

xsercise sama la....buat lompat bintang ke...lompat katak ke...heh!

kucingorengemok said...

panjang entri ko, aku pun byk nak komen:1.3-3 muka budak keje coolblog tu aku kenal, 2.hoh, tu kampung aku tuuu(re:asam pedas), 3. hok alah, lupa la ko tak makan pedas, tak perasan pun hasan tu pedas sampai ko mention, 4.aku sllu gak sarapan oat, tapi kul 11 dah mengerang² lapar, tipu ke dia org ni semua kata oat is FILLING? 5.nak jalan gi mana pulak beli gloves? ke nak jadi tukang kebun? hehe...

byk komen aku, dan yang terakhir: macam best je ek jiran ko tu, ko ikuuuutt je cakap dia hatta dia suruh ko makan jemput² sotong sekalipun, kih kih :) sekian komen/entri panjang saya, selamat tahun baru, semoga azam anda tercapai

catz said...

mama,
selamat tahun baru juga..
:)

catz said...

hi zino,
welcome to my blog.
happy new year!
happy reading..
:)

catz said...

Ridzal AHmad,
oh..gambar kopok lekor?
gambar yg mana ye?
gunalah..tak kisah sbb u dah mintak izin..
boleh tgk tak design you?
hopefully tak kisah..saja nak tgk.
:)

catz said...

Bora,
happy new year!
biasa ke Alamnda?
sellau gak lepak SB alamanda.
:)

catz said...

Ridzal Ahmad,

kucen you comel kah??
:)

catz said...

geraugebang,

hi..adakah awak org pt samsu?
org muar?
oh..kita sama2 anak johor.
:)
happy new year!

catz said...

DrSam,
tu lah..cuba nak insaf..
harap2 berjaya,
by the way..
selamat tahun baru 2010.
:)

catz said...

hi kak eita,

Happy new year..
:)

catz said...

@xim,
happy new year..
ko tgk TBLA gak eh..
bersemangat nak kurus kalau tgk selalu.
tp if makannn cam nak rak,sampai 2016 belum tentu jari aku kurus.
ahhahaha

catz said...

nenekpenne,
happy new year...!
wah..nenek skema now ni..
ahahhaa..
nenek usah kenang yg sedih..
move on oke!
be happy!

catz said...

INTAN,
happy new year!

catz said...

afendi arif,
lompat2 bleh kurus??
now aku nak lompat..
berapa kali?
btw,
happy new year!

catz said...

kog,
tu lah...jiran aku tu teruk la..
dia makan apa je dia report kat blog..
pastuh jiran dia terliur pulak..
camtuh sampai tahun 2016 belum tentu kurus..
aku bukan tak mkn pedas,tapi pedas2 lite2 je..yg melampau cam nak kena panggil bomba..
hehhehe..
glove mak warna pink hokey...tak seswai pi kebun..hehhehehe.

aku rasa org yg ckp mkn oat tu kenyang perut dia kecik kot..plus kena biasakan..
'kalau pes taim makan mmg akan menggelupur kelaparan..
hehehhehehe