Friday, December 11, 2009

potong?

Now ni perkataan 'potong' sangat glemer kan?
Bukan pasal potong bawang, potong sayur, kereta potong atau ice cream potong.
Tapi perang iklan potong-potong yang tgh femes now nih.
satu company suh potong dgn iklan berkompang-kompang.
yang tak tahan gelak tgk muka pengantin dgn dialog 'of cos'.
then satu kompeni lagi counter back pun dengan perkataan potong gak dengan dialog camni.
"aiyyaaa kata sudah potong, kenapa lembabbbb???"
Lepas tu iklan campak-campak kabel.
Tapi yang penting nak potong ke tak potong??

Aku kan,
dah mcm over limit dgn berukbeng aku ni.
Oh selkom. Aku bengang sudah.
Memang rasa nak potong.
Dulu, masa nak suh subscribe, dibubuhnya iklan beso-beso. "BERUKBENG SELKOM KINI DI XXXXX".
oleh kerana aku duk pindah randah cam orang nomad kat M0ng0lia, so aku rasa ni penyelesaian paling best. Tinggal di sebuah Bandar kecil (now dah expend sket, dah ada kopitiam, MekDI, kedai mamak best) , bila ada broadband tentulah excited, dah lama tunggu ko. Mahal oke time tuh modem broadband ni. Kurang seringgit, RM500. kontrak setahun.

Mula-mula pakai, uhh ok.laju jugak. biruuuuu je (sapa pakai broadband ni tau le apa maksud biru hijau. Biru = 3G, HSPDA, ijau =EDGE, GPRS).
Kalau biru laju lah, hijau kalu, lembab cam sifot vavis.
eksen oke. coverage bagus gaklah. Nak pi mana-mana pun senang, travel bawak je.Ke pulau, masuk tepi hutan, celah gunung, dalam ladang buah naga, coverage oke.

Tapi dalam 4-5 bulan kebelakangan ni (wow..lamanya aku bersabar), dah macam hampes dah signalnya. Hijauuuu je manjang. edge, gprs. dah selow gila. Asyik DC, then nak surf selow gila. Lebih lambat dari sipot yg tgh demam berjalan. Nak bukak laman web sampai menguap 56 kali belum tentu dpt bukak web page nya. Sampai tertidur, mimpi jadik heroin citer hindustan lari nyanyi golek-golek celah pokok kelapa getah, tukar baju 5 kali, hero lompat gunung, lompat atas bas sekolah celah gaung, then terjaga, ponnnnnnnnnn belum dpt bukak page nya. Selow yang tak masuk akal. Huh.

Nak masuk YM berjanggut lah. If dapat masuk pun, asyik dc. sampai kawan aku merajuk. upload gambar kat blog boleh, tapi nak ber-YM asyik putus or kdg nak masuk langsung tak boleh. Kompeni ni bawak signal pakai getah paip bocor ke apa ek?
asyik manjang 'server not found'. Dah le bulan-bulan kena bayar bil sama je. Derang ingat pelanggan ni bayar pakai daun ke? yang boleh petik je kat mana-mana.
(kalau daun tu boleh buat bayar cam duit, aku ni kategori miskin tegar tau tak sebab tangan aku ni panas, tanam pokok apa pun sumer kojol).
Dah tau pelanggan makin ramai, line konjes lah sebab kongsi band kan, upgrade lah ko punya facility. Jiran-jiran aku pun dah ramai yg beralih arah sebab, masalah ni lah. (agaknya laa).
Yang lagi hangin, aku ni duduk kira 10 langkah je dr main road town, so kira duk tgh town lah kan, ikut logik, kat tgh town mestilah coverage bagus. Tapi hampeh je...so kiranya, kat town tempat aku ni now selkom berukbeng mmg OUT dah now ni!

so now, aku tgh pikir..nak POTONG ke tak dan beralih arah ke broadband lain?
kalau aku senyap je tak update blog, maksudnya aku dah takde internet broadband lagi.
eh, mcm tak biasa lepak starbucks, order air satu duduk 6 jam.hiks.

Buat masa ni mmg tak akan guna strimix sebab jarang ada kat rumah. Rugi.

so now..POTONG? TAK POTONG?

5 comments:

Romie Pujaan said...

potong je

pe guna nak support bende yg cam taik kambins ahahaha

AB said...

catzs,

aku dulu berkira2 gak nak POTONG, tp aku mcm cuak gak la takut menyesal.

klu nak POTONG, cek dlu BT dia dekat dengan umah ko ke tidak. klu dlm 500m mmg best ah (berangan aku). if ko pengguna tegar berukband, dan range agak dekat dgn BT dia, i said go for it. cuma berhati2 bila nanti dah ramai customer, nanti dia jadi cam selcoms jugaks kot. tehehe..

lagi satu, org kate kalau nk POTONG ni, sesuai utk org yg browsing2 gitu je. laju la gak. if guna untuk mendonload je keje, hehe merana gak la. cam main game keh..

itu my 1 cent la. based on bace2 review dan pendapat org.

;)

catz said...

romie,
tulah..mak tgh pikir ni..nak potong pastuh nak sambung dgn apa pulak..

catz said...

ayu,

thanks for teh info,
aku kalau potong..potong terus..
ala2 idup dlm gua..takde internet

Unknown said...

ya, catz. takat pengguna macam i yg tak main game atau donload movie ke, lagu ke, ok la. bergantung pada capacity penggunaan macam yang Ayu (hai Ayu!) cakap tu.

dan lagi satu wireless brokbeng ni, kalo dlm enclosed area kweng la skit.

ps: tgh guna W1GGY (Potong punya), starter kit dapat percuma dari pc fair wekend lalu. ok la, setakat nak baca sotkabo online.