Wednesday, December 9, 2009

Jalan-jalan di Brunei

Ramai yang kata, kalau nak berjalan di Brunei, sewa kereta. Hem..kat sini teksi tak banyak. Dan naik teksi mahal. Yelah..kita belanja dlm Dollar Brunei di sini which is sama nilai dgn Singapore dollar. Banyak syarikat sewa kereta seperti AVIS, Hertz dll.
Kalau tak pun boleh naik bas, ada 6 routes , tambang bermula dgn $1.00. Kekerapan adalah 15-20 minit.


Ni teksi yang bawa kami jalan-jalan. Malas lah nak sewa kete, sebab nak jalan2 sikit-sikit je. Lagipun pakcik teksi ni bagi harga yg reasonable dna bleh bawak makan, jalan2 sekali. so senang.
kira driver cum tour guide lah.

bas

On teh way ke ton, melepasi bangunan ini. Pakcik teksi kata, ramai pelancong mat saleh duk sini, kat pusat belia. Ada youth Hostel yang harganya satu malam $10.00.


Pusat Belia

Nak stay sini, boleh book tru internet kata pakcik tu

Antara tempat yang bisanya pelancong pergi ialah Royal Regalia.


Di sini dipamerkan alat-alat kebesaran DiRaja, dan segala yang bersangkut paut dengan kerajaan dan Raja Brunei. Cthnya, ialah hadiah dari ketua negara/ Raja dari negara lain yang melawat Brunei pun dipamerkan di sini. Kita akan dpt tgk, alat kebesaran yang diguna masa istiadat DiRaja dll. Tak boleh bawa kamera dalam ni.

Bangunan Royal Regalia

catz in Royal Regalia

Destinasi wajib ialah masjid ini, Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.
Banyak gak aku amik gambar kat sini.



Kemudian ke Muzium Brunei

Bangunan muzium


Jom tgk town

Maybank


Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei


Ni macam dataran merdeka, kalau ada event besar, derang buat kat sini


Ha..ni kalau tak pegi sini, mcm tak dtg Brunei lah..
Kampung Air.

Kalau nak naik boat kat sini, ronda-ronda banyak pengusaha boat yang beroperasi di sini. Mereka duk approach, cakap.." nak naik bot? 20 ringgit je" tapi actually 20 dollar lah. tak taua kenapa, rata2 yg aku jumpa, termasuk pakcik teksi kalau ckp pasal duit akan ckp dlm ringgit. Tapi maksud sebenar ialah dollar. AKu malas nak naik bot. Tgh panas tengahari , panas terik. Dan aku tgk derang bawak bot sgt lajuuuu..aww..terlambung-lambung gitu..
hiks.



so aku zoom-zoom je..aahhahaha..aci tak?



another masjid, karang aku buh caption.

Panggung wayang

Brunei Hotel

Sheraton Utama

area waterfront

Tamu Kianggeh
Lalu je, tak singgah sebab dah tengahari..if dtg pagi baru lah best

sekitar bangunan dan shopping kompleks depan area waterfront

shopping???
Menurut kawan catz yg selalu ke Brunei, yg best nak beli ialah kain.
cantik dan murah katanya.
so catz sempat beli kain di dlm mall kat hotel, tak sempat nak pi tempat lain. rasa ralat gak.
Tapi mmg cantik2 dan jauhhhh lebih murah dr tempat kita.

Aku jalan-jalan dlm shopping mall ni, masuk kedai jual vcd..wah..banyaknya cd penyanyi Malaysia di sini, i mean Cd-CD lama, artis tahun 70-an, 80-an,awal 90-an ..ada yang dah suam2 kuku dan dah tak nyanyi dah pun tapi CD mereka ada dijual di sini..


6 comments:

nizz said...

sis
huhhh kt brunai kia rondo di buat teksi nyahh,huhhh kereta kesanyangan mak tu nok...ari2 berkilat jer...nk bawa pun penuh berhemah...derang leh wat teksi,tapi kt thailand nie kereta peronda polis toyota camry,geget jari mak ...nokss

luv_ender said...

ada no contact pakcik teksi tu? nak g jalan2 sana gaks :)
nak sewa kereta tak tau jalan pula nanti
tx in advance!

jentayu said...

assalamualaikum...

Cam besh je jalan2 kat Brunei tu..Apa yg saya perasan...

1. Penggunaan tulisan jawi terdapat di merata tempat, besar2 plak tu...

2. Klakar la panggung wayang dia..cineplex ada tak..?

3. Masjidnya dasat2...mcm kubah emas semenye...

4. Tak nampak plak motosikal..? ada ke kat sana ?

5. Masakan kedai2 makan kat sana OK tak ?

IsabellaIdura said...

Best x g brunei? Baru nk pergi ni. http://isabellaidura.blogspot.com.

Azil said...

Apalah blogger ni... jalan2 dekat Brunei pun boleh tanya kenapa diorang cakap ringgit... Matawang Brunei dipanggil RINGGIT BRUNEI bukan DOLAR BRUNEI... dan kalau diterjemahkan dalam bahasa Inggeris disebut BRUNEI DOLLAR. Simbolnya aja sperti $ tetapi disebut sebagai Ringgit. Macam Malaysia tahun 80-an sampai 90-an, Malaysia juga gunakan simbol $ dan disebut RINGGIT MALAYSIA.

Anonymous said...

tu lah. kita kat brunei tak sebut brunei dollar. sini memang cakap ringgit. panggung wayang tu yang dah lama tutup lah. cineplex banyak je kat shopping mall besar.. tu mungkin dah berhantu ye la dah 20 taun tutup kot?