Wednesday, December 9, 2009

Brunei : nice stay, nice food





Ada permintaan suruh buat entry pasal Brunei , coz ada reader nak ke sana.
Gigih aku duk buat entry Brunei nih.

welcome to Brunei.

Aku sampai malam..hujan renyai-renyai. Samapi di lapangan terbang antarabangsa Brunei, wah..tgk mereka gunakan tulisan jawi untuk perkataan Bahasa Melayu.Suka tengok.


Pemeriksaan adalah sangat rapi. Beg kecik sampai besar, kotak etc semua di scan teliti. Dan kadang dibuka. Aku bawak beg galas je, so takde apa nak diperiksa.
Dari airport, ke pusat bandar naik teksi. Oh...pemandu teksi yang ramah kata, kat seluruh Brunei cuma ada 34 buah teksi. Dari jumlah itu, 15 teksi adalah di lapangan terbang.
So aku terdetik, oo..semua org ada kereta ke..jarang kot naik teksi bagai ni.


Penginapan.

Di Brunei terdapat beberapa pilihan hotel.
Antaranya The Empire Hotel, Sheraton Utama, Rizqun International, Brunei Hotel, Jubilee Hotel, Centerpoint Hotel Seri Begawan, RiverView Hotel, Traders Inn, Grand City Hotel, Palm Garden, Orchard garden Hotel dan lain-lain. Google je. Kalau tinggal di wisma belia pun boleh. Ada youth hostel, harganya menurut driver teksi tu, dlm 10 dollar brunei.


Rizqun International di Gadong


Interior hotel ni cantik nak bercirikan mewah..eh lawa..cam masuk istana

reception

Cantik!

salah satu area dkt lobby, bilik tempat lepak-lepak bersembang

lobi

check-in di Premier Lounge kerana stay di Premier Floor
Staff sgt ramah dan cecepat served welcome drinks.. Mereka bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Dapat internet free di bilik.Or kalau tak pun , boleh je lepak-lepak sini, bawak lappy.

premier lounge


Bilik ..nice!


mereka siapkan sekali waktu solat

fruits


Bilik yang selesa dan cantik

Restoran.


Food..banyak pilihan dan sedap.

Hotel ni bersambung dengan shopping mall, so meriah lah. Kalau tinggal di town area, sunyi. Ni menurut kata driver teksi. Dia cakap banyak orang suka ke mall ni..makan-makan dan bersantai di sini. Ada tempat makan dan kedai-kedai.

Katanya ni shopping Mall terbesar
Masa catz dtg sini, memang suasana meriah, Ada booth dari tourism Malaysia, Proton dan jualan barangan di Ground floor.

Makanan.

Di Brunei, makanan banyak yang lebih kurang sama dengan tempat kita.Kuih-muih, lebih kurang sama.

Di tingkat atas, terdapat food court yang punay banyak pilihan makanan. Ada makanan thai, melayu, Japanese food, makanan Arab dan fast food. Ni Jollibee, fast food yang famous di Brunei.
So kalau duk hotel Rizqun, nak makan senang. Tak payah jalan jauh-jauh. KFC pun ada dalam mall ni.

Aku makan kat sini, Pondok Sedap. Konsepnya bakar dan salai

Terdapat pilihan makanan laut yang dibakar, ayam bakar dan pelbagai masakan style indonesia.

mini steamboat

Ikan pari bakar yang sgt meletop sedapnyaaaa!!!! aku bagi A+++.
Makan dgn nasi putih.
sampai sekarang duk teringat-ingat.

Ayam bakar

kuah sambal kicap

aku dan crocs ku..

3 comments:

geraugebang said...

cantiknya hotelnya catz. Berapa semalam tu catz. bestnyer.

adie-ishmael said...

catz...suka juga tgk tulisan jawi merata2 kat Brunei tu...

CeqGu said...

duk tgh gugle gambar pondok sedap kat the mall tu...tersinggah kat blog ni...kambing bakar kat pondok sedap ni memang la terbaekkk....mintak izin nak copy paste gambar kedai tu boleh tak.nanti sy buat link ke blog ni sekali....tiap kali ke situ asyik lupa nak amik gambar...boleh yer :)