Beberapa hari ini berita berkisar tentang kemalangan bas, kemalangan kereta.
Musim perayaan, akhir tahun, cuti sekolah.
so the number of accident has increased. Trafik tinggi lah katakan di mana2 lebuh raya.
Yang hangat dibincangkan adalah kemalangan bas yang mengorbankan banyak nyawa.
Time macam ni semua orang bising.
lepas tu karang senyap.
Bolehkah kita mempunyai public transport yang selamat dan reliable?
Tengok dalam berita semalam, aku tertarik dengan cadangan seorang penonton yang mengatakan tukar je nama ekspress tu dengan nama lain. So instead oh bas ekspres, apa nama yang sesuai ye kerana perkataan 'ekpres' itu kerana menurut pembaca itu, ia memberikan makna atau memberikan impak di hati pemandu 'ingin berlumba' utk cepat sampai ke destinasi or berlumba di jln raya dengan kenderaan lain sebab rasa kenderaan mereka besar.
so..agaknya apa nama yang sesuai supaya ia mempengaruhi drebar bas utk memandu dengan berhemah, tertib dan selamat sampai ke destinasi.
' Bas selamat'? 'Bas sopan santun' ?? , ' Bas ekspres sopan santun'?
????
bagi saya, sikap pemandu dan pengusaha bas ekpres itu sebenarnya yang perlu di ubah. Mungkin nama juga mempengaruhi, tapi yang penting adalah sikap dan rasa tanggungjawab.
Nak ubah sikap bukan senang.
Penguatkuasaan yang ketat? mungkin salah satu caranya.
Boleh ke kita ada satu akademi pemandu bas ekspres? Atau dah ada? no?
Kalau pilot nak bawak kapal terbang kena ada pelbagai training dan dinilai kelayakan fizikal dan mental, boleh ke kita buat perkara yang sama dengan pemandu bas ekpres? Justeru saya rasa ia akan mengangkat profession 'pemandu bas ekspres' kepada satu level yang lebih tinggi.
Bukan setakat pandai bawak bas, tapi juga mempunyai rasa tanggungjawab dan menghormati profesion mereka. Adakan satu akademi, di sana training bukan saja dari segi pemanduan yang selamat, tapi terapkan perasaan yang mereka bawa nyawa penumpang, justeru feeling-feeling utk mesti sampai ke destinasi dgn selamat. Diberi mata merit cthnya.
Pemandu mestilah berkelayakan dan berdaftar dengan satu badan 'pemantauan' yang merekodkan prestasi pemandu. Maksudnya, pengusaha bas ekspres tak boleh sesuka hati amik sapa2 je kerja jadik drebar bas. Asal boleh bawak bas je hire. Tak boleh macam tu.
Pengusaha bas nak amik driver kena melalui akademi pemandu bas. Bunyinya macam leceh?
Tapi why not? Mungkin ini adalah cara untuk mengubah persepsi dan sikap. ia melibatkan nyawa manusia yang ramai kan? Mungkin sekiranya profession 'driver bus' or pemandu bas itu diangkat ke satu level yang sedikit atas, mereka lebih menghormati kerjaya mereka dan lebih menghargai nyawa penumpang yang dibawa. Tidak ada istilah mengantuk, melanggar had laju, atau memandu secara berbahaya. Maknanya mereka betul2 bertanggungjawan dgn kerjaya mereka dan prestasi mereka direkodkan
.
So masa bawak bas, maybe bleh lah wat cam dlm kapal terbang, sesekali pemandu bas berckp dengan penumpang. "Salam sejahtera, saya kapten bas anda. Kita sekarang baru saja melalui kawasan Gua tempurung. Cuaca nampaknya baik dengan suhu 29 darjah celcius. Had laju bas adalah 80km/jam dan kita akan sampai di destinasi lebih kurang 2 jam lagi. Nikmati perjalanan anda. Saya akan memandu mengikut had laju yang ditetapkan secara berhemah utk sampai ke destinasi anda dengan selamat."
Takdelah bila dah kemalangan alasan mereka 'saya mengantuk', or maybe terbabas sebab berlumba/ memandu melebihi had laju. Atau, bila berlaku kemalangan, tgk2 driver bas tersebut banyak saman, memandu di bawah pengaruh dadah, alkohol dan sebagainya. Seolah-olah asal ko boleh pegang stereng bas, reti nak tekan minyak, reti nak reversekan bas tu, reti nak tekan break, tau nak masuk highway pegi Changloon, JB, Taping, Kuantan etc, ko bleh bawak bas, tanpa fikir adakah keadaan keadaan fizikal dan mental ketika itu bersedia utk perjalanan jauh.
Pengalaman saya memandu dari Selatan ke Utara baru-baru ini melihat bahawa pemandu bas ekspres rasa mereka adalah 'raja' di jalan. Memandu melebihi had laju, berlumba sesama bas ekspres, mengekori kenderaan hadapan dengan jarak dekat, menukar lane secara berbahaya dll.
Dan suka sgt blink-blink lampu pada kereta di hadapan seolah-olah langsung tak sabar.
Talian aduan LPKP juga yang dilekatkan di belakang kenderaan mereka pun macam cuma hiasan saja. Sebab derang tau, kalau org call mengadu pun, yang jawab mesin je. Tak akan ada tindakan serta merta. Semalam di TV pun ada highlight isu talian LPKP ni, dan derang ada tunjuk rakaman panggilan ke talian aduan tersebut. Mungkin sekiranya talian aduan itu berkesan fungsinya, pemandu kenderaan besar ni, lori dan bas akan lebih takut nak melanggar peraturan.
Dan saya harap pihak yang berkenaan akan lebih tegas dengan penguatkuasaan, pemantauan yang berterusan. Buat peraturan lebih ketat. Bukan bila jadi kemalangan melibatkan banyak nyawa semua baru bising nak buat itu ini, tapi bila dah reda senyap je.
Mungkin sudah suratan nak jadi kemalangan tersebut, tapi sebolehnya kita elakkan dengan memandu secara berhati-hati dan berhemah.
sekian.
Monday, December 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
pemandu bus kena antor kursus..jadik kita punya pemandu bus pintar..berhemah ..sopan santun di jalan raya
ekspress..tu rasanya tak perlu ko ..memadai ngn nama bus je..
huhuhu this coming thursday ndak balik JB naik bas....semoga perjalanan diberkati Illahi...amin
setuju la..eksiden ne kebanyakan nya berlaku sbb sikap pemandu....huhuhu
orang kita ni selalunya reaktif dan jarang yang proaktif. Dah jadi baru nak kalut-malut dan melalut (walhal dah banyak kali jadi pun)
ala seminggu dua lg senyap ler....
Post a Comment