Tuesday, March 23, 2010

Catatan ringkas trip Bandung - 20 Mac 2010

oh, ada yang bertanya, weekend lepas saya ke mana?
actually saya ke Bandung.
short trip, weekend gateway.

Bertolak pagi-pagi, dan sampai around pukul 11 pagi waktu Bandung (lewat sejam dari malaysia).
Penerbangan 2 jam - aku tidur, krohhhh..krohhh.
Oh, masih dlm cuti sekolah. Saya duduk dikelilingi family besar yang terdapat emak, ayah, datuk, nenek, sepupu, baby kecil dan meraka ramai dan sgt happening. So keadaan adalah meriah kerana mereka suka bergurau senda, berjalan-jalan, ketawa kuat-kuat. Dan baby mereka juga suka menangis kerana di usik-usik oleh sepupu mereka yang nakal. Suasana mcm kenduri kerana mereka pass-pass mknn (sesambil cover line takut FA nampak, coz AA kan takleh bwk outside food - aku nampak derang bwk nasik lemak oke.). Tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk tidur kruihhhh..kruihhh. Aku mmg senang tidur kalau bas, naik ketapi , flight, lori dan kereta.


Sampai di Bandara Husien Sasteranegara Bandung jam 11 pagi waktu jawa barat. Oleh kerana ini bukan kali pertama saya ke mari, so dah boleh bayangkan nak kemana.
Oh.melewati pemeriksaan imegresen dan kastam yang SANGAT KETAT. Everything must be scanned and they will check ur beg . Beg galas aku di scan and the person incharge (muka dan suara garang) tgk muka catz. "Apa di dalam???"
aaa..mak takut oke. Garang.
So aku bukak zip depan dan tah bongok sgt aku coz ni packing last minute pakai campak-campak aja kan..terpacul 2 papan panadol yg aku sumbat cam tuh je kat poket berserta, cable laptop, small item , mcm sikat, buku,sampah,pad dll. Kastam muka garang tanya " APA INI?"
aaa..ketarrr oke. "err..PANADOL". and he put it back into the pocket. selamats. But it was not end yet!
Dia bukak zip yg main and tanya.."INI APA????"
mak jawab : "LAP TOP"...dia jawab balik.."APA??"
mak jawab: "komputer kecil, komputer riba"
and he said.." COBAK BUKAK..."
aku pun kuarkan,
and he said " COBAK DIHIDUPKAN, COBAK DIHIDUPKAN...!"
i was like...aaaaa....
alaaaa..leceh laa..
tapi segera ON kan bila muka garang itu jegilkan mata.
haaaaa...ok la...ye laaa..ye laaa..aku ON laaaa...
He satisfied when the laptop adalah tidak meletup ..ihiks..and let me go.
I mean..they just doing their job, to ensure that there's no harmful item like b0mb, drugs smuggled into their country. so pasrah je la..
aku kena tak delah teruk sgt compare to one mat saleh yang siap kena bukak segala benda, kasut, topi pun di scan (dia pakai sgtyle pelik2, pesen apa tah, berjambang dll). Dan lama gila dia kena cek itu ini, brg dlm beg dia oso di cek satu persatu.
oklah..aku tak kisah. cuma tempat mereka buat inspection itu adalah sempit, dan crowded dgn org etc .
sapa dah pi Bandung tau lah kan.

Then naik cab ke hotel, Novotel Bandung.
ke bandung tidak susah, airport adalah di tengah Bandar, naik cab 5-10 minit dah sampai hotel. Dengan tambang around 40-50k rupiah. Teksi berlambak depan pintu airport, so senang.


Lega dah sampai hotel. macam biasa lah, teksi, beg akan diperiksa oleh pegawai bertugas. tak semua hotel mcm ni lah, sesetengah rangkaian hotel je kot.
Disambut oleh staff yang manis dan lembut. And they served welcome drinks..ahhh..sejuk dan nyaman tekak ni.

lobi Novotel Bandung

bilik..stay at executive room, so entitled free internet dll.



Ok..after solat Zuhor, minta map dari reception coz aku nak pi kedai piza hut. mcm keji je kan pi sana nak mkn piza hut. ha-ha-ha. sebabnya..aku sgt suka piza hut Indonesia. Food lagi banyak variety dan drinks derang banyakkkkk jenis dan best! mak suka.
Ni nak repeat benda yg aku suka makan 3 minggu lepas masa aku pi MAKASSAR (sulawesi selatan)- eh..i still didn't blog about it kan? karang laaa..

I lurveeeee their prawn bruschetta..nyam -nyamm.
so gigih nak cab ke Istana Plaza coz nak mkn benda ni. waitress mcm kerut2 muka and tanya ulang kali samada aku nak pesan pizza. pizzza kita tanakkkk!


prawn brusschetta -eh susah nak eja.


ayam apa ek..lupa


pasta with black pepper beef

jus alpokat - sedap gila!


next..where to?

Factory outlet.
oh..now bandung asyik hujan, and some place kat sana banjir ya.
so instead of jln sendiri, naik je cab utk ke FO, terpaksa hire satu cab utk kesana kemari sebab dah start hujan dan fikir how to bawak barang kang..actually tak terfikir nak soping sgt lah.
just cuci mata and beli sket utk hilangkan stress. (eh? aku kah yg berckp itu? shopping hilangkan stress? akukahhhhhhhh??).
Disebabkan cuaca tidak elok, hujan dan jalan yg sgt macet, i dont expect too much. Just pi few FO di jalan DAGO, Jalan RIAU, Pi jln AHMAD YANI for TOKO TIGA , pi FO anak Kecil de belakang Gedung Sate.
So sempat pi Secret ( oh..i lurveeeee to shop here..ada asistant tukang angkat beg, bagi voucher diskaun, assist nak carik baju caman yg kita nak, kedai cantik, ada tempat lepak for food and dll).
This is my second time here and i'll come again!
Other FO yg sempat pegi, GRANDE - i loikeee coz i can find wut i want here!
Blossom, rumah MODE, EPISODE, dll.
haaa..aku lupa.
But the best was TOKO TIGA. This is original jeans outlet..far cheaper and original.



ni kat EPISODE


SECRET


TOKO TIGA - 2 tingkat.


After shopping, pi dinner kat..errr.....apa ha nama restoran ni? Tapi ni kat Jalan DAGO, sebelah episode kot.
Serves sunda and othe indonesian cuisine with reasonable price, ambiance menarik, food sedap.


Es teller

cumi bakar jimbaran - manis sket

nasi timbel komplit

ayam penyet -pedas nak mamp*s sambal nya ya. tapi sedap.

Nasi timble yang mengandungi nasi (dlm daun pisang tu), ayam goreng, tempe dan tahu goreng, ikan masin, ulam-ulaman, sambal.

ni semua aku punya ye..jus alpokat, teh o tawar (FREE) dan es teller. Tamak kan.

suasana dlm restoran. siap ada musik lagi.


Ok..balik bilik. Oh...sumbat all this dlm beg

Sampai bilik aku tgk atas meja ada hidangan minum petang, apa tah.seafood goreng, kuih, coklat, bubur, tiramisu dll . Tak makan pun...dah kenyang. tidur.

esok pagi tuh, sarapan di hotel. buffet..banyaknya food.

BIG breakfast on SUNDAY

restoran ni punya killer menu


puding roti yang syetapppp!

bubur

aku makan gitu-gitu je. kenyang. penat.mengantuk. balik bilik sambung tidur.berkemas.
oh..restoran ni staff sgt bagus. and the hand me form cam questionaire lah on restoran ni punya kualiti..staff, ambiance, taste etc. and one of the quest was..
Barikan nama staff yang pelanggan tak boleh lupa atas sebab-sebab tertentu.
so i wrote.
" a staff at egg counter (i dont remember his name).he forgot to prepare my 1/2 boilled egg, but he politely asked for apologie and immediately prepare it and sent straight to my table. he is soft spoken, polite..anddddd err..err..HANDSOME. aku siap tulis tarikh, pukul berapa (to make sure this staff get kredit lahhhh..mana tau dpt anugerah pekerja cemerlanggg).
hahhahaha.ngek.


the SQUARE

FA baju merah, tgh gossip ke kak??

ok..jom balik!

14 comments:

Unknown said...

Adehh.. sedapnya makan..
makan besaq no!
makcik tengah lapaq nih..

AyunasiA said...

best nye, gi bandung mcm gi pekan parit raja je hihi

CAHAYA said...

wah!! lama tak pegi Bandung. Aish, buat rindu je entry Catx ni. Isk, destinasi seterusnya nak pi Bandung lah! Catz, yang pasal pegi London tu, kalau lepas bulan 8 awak nak pegi, saya nak ikut!

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

duhhh...bestnya Bandungggg... nih mcm nak gi gak nih..

Anyway..sila jwb TAG sy yer..

Azhan said...

Catz if u ke mana-mana lagi I nak ikut boleh hehehehehh....

Lepas ni nak ke mana? Umrah jom?

Leez said...

catz,
camana boleh tak i boleh jadi mcm u tiap2 minggu gi jalan2...???
boleh bg tips???

rezeki said...

salam catz

seronok tgk jalan2, makan2,jalan2,makan2 hehehe

tak berkesempatan lagi ke sana, kalau kami duk di KL , sure hujung minggu boleh terbang sekejap mcm catz, tapi kami duk di hujung tanah melayu hehehe

afendi ariff said...

posing mamat depan secret tu mmg tkblh blah...heh!

xplorer said...

wah hebat btul g bandung over the weekend . mcm balik kampung ek, he he . saya tak suka ke indonesia sebab ada pengalaman kena rompak masa kat RIAU , mmg trauma

DrSam said...

alpokat...alpokat...rindu plak kat alpokat indon.

zixol said...

aku xpenah bosan bace blog ko catz..best giler..lawak giler.. pastu terase lapo giler..


nasib baik aku xgiler dibuatnye..hahhaa..

LYS said...

tp nape jus alpokat kat wong solo x sedap ek?

Dessert Queen said...

Erk...apulkat..kat Jakarta ari tu tak best la..rindu Toko Tiga...huish..jelez la ngan Catz ni..jalan je tau!Pssttt...boleh email tak no driver yg reliable kat Jogja tu?

nowwa78@gmail.com

TQ

drsshk said...

wahhh nice!! boleh jadi guide nih. :D