Tuesday, March 16, 2010

Random edisi stress.

STRESS!

1. edisi teh o ais

eh..addicted to teh o ais , kedai mamak punya teh o ais. napa tah.
so aku dah ada 2 port..sebab? kedai pebret aku kan, eiiiii..dari jauh aku masuk kedai kan, mamak tersebut terus dia ckp 'teh o ais' kuat2 tgk muka aku, and tak sampai seploh saat, teh o ais sampaiii ala-ala melayang atas meja aku. efisyen? YES!
Tapi, mak segan oke. macamlah aku melepak kedai mamak hari-hari. Dia dah cam muka aku oke. so tak yah order, terusssss air sampai.
Eh, tah hari ni aku nak minum air ribena ke kan??? tiba2 je teh o ais yang sampai.isk.Segan pulak nak dtg selalu (lagipun kan..bukan dia kasik aku minum free ke, diskaun ke kan ek..ek?)
Malu oke. so kena carik port lain, oh, tempat tak berapa vassss, tapi ada cendol dan sup kambing yang sedap. Dan telur dadar yang sihat.


teh o ais

eh, aku promote gerai ni. depan kedai Perodua fasa 4 tambahan, bandar baru bangi.
cendol sedap! (ada harapan tak aku nak mkn cendol free?)

2. edisi cendol

aku dah jaranggggg kuar lunch. sebab rasa lunch time tu kalau keluar akan memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Ada sesekali kawan aku ajak kuar, or aku ajak derang pi makan-makan. Tapi selalunya, aku makan bekal aku, tidur bawah meja atau pun kuar sorang, carik cendol.


3. edisi rempit

semalam kan..
aku stress gila. tah. so aku decide cuci kereta (apa kaitan? org kata, kalau stress, kita kemas rumah, kemas kereta, cuci kereta, boleh reduce stress, so aku suruh org cucikan, sesambil tuh aku pi kedai sebelah stesen minyak, order nasik goreng dan ais kosong). Kan? serampang dua mata.

Tgh nak sedut air,tetiba..

BOOOMMMMM!!!! GANGGGG!!!

Sebuah lori langgar sebuah motosikal - betul2 tengah2 trafic light. Dan loriii zooooommm..blah cam tu je.kuang hajo kan?
oh..nak luruh jantung mak oke. Restoran ni betul2 depan trafic light, sebelah stesen minyak, traffic heavy petang2 pukul 6.30.Aku duduk ngadap trafic light tuh.
So aku nampak how motor tuh berkecai, dan penunggang terlambung kelepekkkkk atas jalan.
Sadis oke. Seorang jururawat berhenti, maybe nak tolong. dan org mula kerumun dan efisyennya polis daerah Kuala Langat ni, tak sampai 3 minit dah muncul. Tapi takde sapa yg touch body atas jalan tuh. tertiarap dan tak bergerak langsung. Tunggu ambulan kot.
Semorang dlm kedai ni kuar ke depan. Orang Kedai Court Memot sebelah oso kuar. Dari meja aku mmg dah jelas nampak, so sebab aku tgk2 betul2 scene ni depan mata, rasa lemah semangat. Aku suh adik waitress bungkus je nasik goreng aku, dan air tuh dah tak lalu nak minum tinggal je ( err..air kosong, free ).
Nenong-nenong-nenong ambulan sampai. aku amik nasik dan terus berjalan , sikit lagi lupa nak bayar, tuan kedai dah jeling oke.
so aku nampak derang angkat lelaki tu masuk ambulan.
kusssss semangat. aku amik gambar kejadian. tapi tak lalu nak letaklah.
tak sanggup.
Aku lagiiii stressss.

4. edisi racing

nak kurang kan stress? eh jangan kiah. ko jangan merempit-rempit oke!
kalau main-main tak pe..


vroooommmm.....!

cantik tak kereta baru aku. merah oke! jom race!


8 comments:

NenetPenne (NP) said...

sapa yang salah sebenarnya kat tengah2 traffic lite tu? lori atau penunggang kuda itu...eeh bukan, penunggan motosikal itu...

tapi kok ya pun, lori tu , benti laa dulu... apapun tukang driver lori tu akan mendapat hukuman yang berat kerana langgar lari...ni dah jadi kes polis

catz, ko catit tak nombor plet lori tu? bak sini, nenet nak pi kedai TOTO amik nombor..ha haha...

oo cousin kita penah tau amik gambar xcident, sekali kena marah dengan poliss daaa...

Anonymous said...

enjoy betul ye catz..hehe

Anak Jawa said...

ehhh naper ko tak posing2 tepi motor tuu mcm aku posing masa beita kemalangan ari tuuu? penting kiah... kita ni saksi kejadian katanya!!! hua hua hua

rezeki said...

salam catz

stress, lumrah kehidupankan. tapi byk cara nak hilangkan stress asal buat benda yg berfaedah oklah hehe

saya dulu pernah main kereta ni masa kekecik dulu kat genting highland seronok menyondol bontot kereta org lain hehe
tapi kena sondol dan menyondol kat tempat sini garenti org tak marah hehe

Dr Singa said...

ngigau tak malam tu??
:)

CAHAYA said...

wah gila ah! jeles!

@xiM said...

buh la gambar motor berkecai tu..hehe

xplorer said...

ada satu tempat saya nak rekomen tempat teh ais sedap . TEH AIS TIGA LAYER . Dia campur ngan kordial buah kundur , mmg sedap btul .Kedai dia kat kelana jaya , btul2 kat traffic light on the way ke stadium kelana jaya .do try it