Wednesday, June 30, 2010

Addiction

spegeti -Austin Steak

Korang ada ke masalah addiction???
bukan addiction tengok bola now nih. tu 4 tahun sekali takpe.
Ni addiction terhadap makanan.
feeling-feeling terasa makanan kat tekak bila teringin suatu benda.
aku selalu macam tu.
Latest addiction adalah spegeti. apa tuh bolognese???
Pi kedai steak pun order sepegeti, padahal orang lain memakan daging kambing/lembu dengan rakus, aku tetap order spegeti.

Ni yang aku masak malam semalam. Cendawan selambak. Bukan macam makan kat kedai yang cendawan adalah 2 helai je pastu senipis kulit bawang. Masak sendiri boleh letak 2 tin cendawan secara tamak. Bila dah tamak, memasak secara berlebihan, boleh bawa bekal ke opis. Ye. Semalam, aku bawak 2 bekas besar, satu spegeti, satu sosnya. so dinner, sarapan, munch-munch pukul 10, lunch, munch-munch petang, dan sambung dinner kat rumah adalah sepegeti di atas ituuu!wow..kalau aku sambung-sambung spegeti yang dah masukdalam perut aku tu, mungkin boleh sampai stadium bola kat Afrika nun. Ha-ha. eee..tak kelakar, kesian aku tak reti buat lawak.
Tak cukup dengan tu, stok spegeti dan sos, cendawan adalah tiba-tiba berlambak. Sebab, aku punya addiction ni biasanya adalah bertahan dalam masa seminggu. Kalau sambung-sambung spegeti mungkin boleh buat jambatan ke planet Zuhal.



Ok..recently addiction terhadap makanan adalah:

puh..gigih amik gambor kedai.

1. Nasi kandar Tanjung, seksyen 7 Bangi - Bungkus. Dia bungkus guna surat kabar oke. Rasa macam kat penang. Nasik dia kadang-kadang warna kuning, kadang putih tapi macam diletak apa tah, mcm ada daun kari ke apa.
Lauk rasmi aku:
amik ayam GORENG - DRUMSTICK dan kuah campur-campur (kuah bungkus asing). SAHAJA.
Oh..pakcik penjual ala kerut muka..like eiii budak ni..ayam dengan kuah aja?

makan depan TV. siram kuah sikit-sikit dan BUBUH KICAP MANIS CAP KIPAS UDANG. seminggu weii aku makan macam ni. memang takdelah teringin benda lain. err..tokey kicap kipas udang tak nak ke supply aku kicap barang patblas botol untuk stok setahun? aku dah selalu promote kicap dia ni.

Fakta tambahan: Pasembor kedai ni sedappp!!! kuah sedapppppp!!

Gila mengada aku, pagi-pagi nak pi kerja siap singgah oke beli nasik kandar. huwa-huwa.tegarrrr.melampau.

2. ABC - tak kisah kedai mana-mana, asal ABC.

3. Mee bandung yang tak berapa bandung. Dah lah aku tak suka pegi kedai tu, tapi sebab tekak aku teringin, terpaksa gaklah pegi hari-hari. hiksk.puffff..

Nasib le kan aku punya addidction adalah benda yang murah-murah. kalau yang mahal-mahal, mau mak kena meragut-ragut rumput seminggu selepas itu.



Err..takdelah pulak aku teringin beriya kepada Quaker Oat ke..kan. Tunggu gak ni. Mana tau addiction bertahan sebulan. Pagi petang siang malam quaker oat. JIMAT + KURUS.

Pengat labu

Dah lama tak masak benda manis-manis.
Labu ni LIBL beri. Datang dari Parit Buntaq, Perak.
Oh..bukan setakat labu, tetapi daun pandan oso travel dtg dari perak.
Siap ada daun kari, limau nipis. Pakej kot.
:)).
kebetulan ada gula melaka yang dah berzaman bertapa dalam fridge dan santan pun ada.

Tapi sayang lah, catz masak ni, tuan punya labu jauh lah pulak.
Kalau tak boleh lah saya hantar semangkuk dua.

Ok,
jom masak.

Bahan-bahan:

Labu - 1 biji, saiz sederhana
santan - kotak
gula melaka - 1/2 biji
daun pandan -2 helai
gula pasir - 1/2 cawan
Air

Cara-cara:

Belah labu. Ini pekerjaan azabsss. Nak belah labu punnn atas lantai. aku hempuk pisau aku dgn anak lesung baru terbelah labu tuh. 4 kali hempuk ya. korang tak taulah kot ada pisau / parang yg senang untuk belah benda keras.
then kopek. opss..kupas kulit labu. pun azabsss. kena hati-hati, takut terkupas jari sekali.
then buang biji, hiris labu.
Cuci bersih.
Rebus labu dengan sedikit air.
Masukkan sekali gula melaka dan daun pandan.
Agak labu dah lembut sikit, masukkan santan dan gula pasir.
Kacau-kacau sampai mendidih.
kena monitor lah time ni, takut santan pecah..kang tak sedap.
Then dah mendidih, kacau-kacau,angkat.
Hidang.
sedap dimakan sejuk.


Hiasan daun pandan yang tah hapa-hapa. aku simpul dan bubuh je. haaa..memang tangan keras.
Takde seni.

selamat memasak.

Sunday, June 27, 2010

Cekodok yang diimport dari Portugal


so camana?
kecewa ke peminat England?
hikhikhik.
mak? mak tak kesah . mak tido.
cumanya dengar berita kat radio on the way pi keje..

Tukar channel radio.
Disebabkan aku pi keje jauhhhhhh.
lepas suboh dah berangkat. so satu jam lebih gak dgr radio.
Dengar radio IkIM.

ustaz jemputan berceramah: " Tanda-tanda Hari Kiamat semakin hampir adalah bla..bla..bla...manusia semakin bla..bla..bla..manusia yang paling baik adalah..bla..bla..bla..
menurut Ibnu Abbas...bla..bla.
Haa..kamu tau siapa dia Ibnu Abbas itu? Dia merupakan..bla..bla..bla...Cordoba..800 tahun yang lalu...zaman kegemilangan Islam di Spain..bla..bla..
haAA..itu sejarah Islam, KITA KENA TAU. JANGAN ASYIK HAFAL NAMA PEMAIN BOLA SEPAK SAJA."..Kita kena tahu amalan kita..banyak mana....bla..bla....
errr....terasaaaa.

nanti kat akhirat,
kita tak ditanya, sapa nama pemain bola sepak German, pemain England.<---ni tambah senirik.

errr...
malu sendiri.

sambal kicap world cup

cekodok portugal<-----bahan-bahan import dari portugal.

mee siput yang dah hampir katam, import dari Brazil.

Menghabiskan hujung minggu dengan ketam gergasi.

Abah tak reti berkebun - abah cantas pokok dengan bunga-bunganya sekali
Abah tak reti menjahit - abah buh selotep kat anak patung yang dah rupa gila.
Abah tak reti buat tocang - Tak tau nak describe. tah rupa apa tah budak tu.
Tapi abah suka beli aiskrim dihujung minggu.

sedutan iklan TV.
Iklan yang mana? iklan benda kat bawah ni.



Walls selection, Rocky road

sedap gila!



Hujung minggu yang biasa.
went out for family lunch. Oh bloated gila. Food was soo sedap and banyakkkk. Tak tau nak makan yang mana. Gambar mknn? malas. Hotel food. Boleh dah bayangkan ghopanya kan.

Kami drive balik dalam keadaan mengantuk.
then, shopping beli dan belah.
'
'
'
'
'
'

dan masak makan malam.
no rice, konon sebab tengahari dah makan macam makan untuk 7 batalion dan untuk 7 tahun punya supply.

tapi goreng ketam gergasi 4 ekor. Takdelah gergasi mana pun. saja je. Nyummm.Dan fish ball soup.


Hampir habis satu bekas rocky road tu. so diet hapa kemenda tah kan???
Lupakaannnnn.

lately aku malas nak buat entry jalan-jalan. Bukan tak kemana, ...ada.
tapi kok males.
entry makan - masak-masak dah lah ek.

Wednesday, June 23, 2010

Jom masak : steamed siakap with limau and preserved red prunes

siakap stim limau asam boi


Tajuk entry macamlah masak apa benda kan. Macamlah masakan apa yang canggih gitu.
padahal masak ikan steam dengan asam boi.
Owh, ini adalah ikan yang aku jala di pasar tani. Tips, sebelum beli, kena tengok ada tak perkhidmatan menyiang ikan. sebab kalau buat kat rumah, boleh terbalik dapur jika tak ada peralatan yang bersesuaian. Mau terpelanting ikan tu sampai ke Temerloh karang.

Ha-ha.
oh, oleh kerana bahan utama resepi adalah azam boi..or asam boboi, maka gigih aku ke supermarket cari asam boi. aku duk browse seksyen yang jual-jual asam.
Takde pun asam boi?
Aku tanya SA yang tengah duk kemas-kemas sayur sawi (see...if pekerja supemaket duk sibuk berkemas susun sawi, maknanya pagi gila kan aku dah masuk supemaket. hari ahad derang bukak awal).

aku : kak...ada jual asam boi?
akak : ada. (dan dia jalan ke arah asam boboi).
aku: errr...yang ni ke?
akak: ye la. ni la asam boi. If nak yang dalam paket siap, kat sana tu haaaa!
aku: ok, tengkiu.

ha-ha. asam boi pun aku tak kenal sebab semua asam tu bulat-bulat macam serupa je?
tapi nama lain-lain, like 'ginseng prunes". ginseng red prunes" etc.
ah..

rupanya asam boi ni ada nama saintifik eh? Nama oramputeh gitu. aku siap tengok yang dah siap dipeket, sama tak?
err..rupa cam sama.
So aku beli dalam 200 gm.


preserved red prunes/ asam boi



oklah.

jom masak.

Bahan-bahan:


Ikan siakap -1 ekor, sederhana besar.
asam boi - 4 biji
halia muda (hiris halus nipis) - 2 inci.
bawang putih - 2 ulas, tumbuk kasar
limau nipis - 2 biji
kicap cair /kicap manis <------ kicap masin/kicap pekat/kicap manis, dicampur air jadik kicap -
cair kan?? aci tak?????
minyak bijan /sesame oil - 2 sudu
sos tiram- 1 sudu
kiub pati ayam - if kecik satu, if besar, 1/2 kiub dah cukup.
daun KETUMBAR - satu pokok. nak guna sikit je, yang lebih tu tanam. :)
garam
minyak

* actually, kuantiti bahan tu agak-agak je. anggaran. pandai-pandai lah adjust. aku agak2 sebab masak campak-campak, tak sukat.




ready to steam


ok,
cara-cara membuatnya:

Panaskan pengukus.
tumis bawang putih.
Rendam asam boi dengan sedikir air.
satukan sos tiram, kicap cair,minyak bijan, perahan limau nipis dan sedikit hirisan daun ketumbar, asam boi, separuh dari halia yang dihiris halus dan kiub ayam. kacau rata.
Masukkan bahan campuran tadi kedalam tumisan bawang putih, kacau kejap.
Masukan ikan dalam bekas tahan panas ke dalam pengukus. Bubuh halia hiris atas ikan.
Siramkan bahan tumisan tadi ke atas ikan.
Bubuh sikit lagi minyak bijan atas ikan , sedikit garam dan perahan limau.
Tutup pengukus.
Kukus around 15-20 minit dengan api yang agak besar.
ok..udah siap.





hidang dan bubuh daun ketumbar hiris , untuk rasa dan bau yangggg..wallaaaa..

oh, halia...sedap.

oh sedappp sgt! dan mudah disediakan.

sedap kuah ikan ni makan dengan nasi.

oh, ya. ada orang tak suka daun ketumbar kot. boleh la ganti dengan daun sup kot. hiks. jangan ko pakai daun pokok durian sudah.


selamat memasak!

Ikan yang berenang di pasar tani




Balik joging di suatu pagi ahad,

Nampak ramainya orang dan gerai-gerai seperti pasar malam.
Oh best. Pasar tani.
Mesti ada orang jual air best-best sebab nama je pasar tani, tapi mesti ada gerai jual air berwarna warni. Dan kemudian mesti ada dijual segala jenis makanan.

Oh petai yang bergantungan dan memanggil-manggil pengunjung untuk membawanya balik.
semua segar-segar di pasar tani.

from the kolam straight into the kuali gitu

waaa..ikan pun sangat segar-segar. ada 3 bekas macam ni kot. ada patin, keli yang katanya organik. masih berenang-renang u ols, sebelum di sembelih dan dimasak. wooo..freshhh nya. Mesti dagingnya sedap sebab masa di siang, ikan tuh baru je swim 50 laps.

Talapia yang sedang berenang pun ada. so boleh pilih yang segar-segar dan kuat berenang. Boleh disiang di situ. err..takkan aku nak bawak balik ikan tu hidup-hidup. Mau melompat kuar tingkap kete karang.Ikan merah, siakap, kerisi yang kelihatan sangat sedap dan segar. Ye. walaupon belum di masak, aku dah nampak sedap. Sebab tu kakak aku kata aku kuat makan, sebab bila tengok kambing kat TV yang dihalau masuk kandang oleh tuannya pun aku cakap.."eiii sedapnyaaaaa kambinggg".
Dua ekor ikan siakap dibawa balik. Harga untuk 2 EKOR siakap yang sederhana besar (boleh makan 2-3 orang) adalah RM12.40. abg penjual ikan bagi diskaun patposen. so bayar RM12.00 untuk siakap 2 EKOR yang segar dan nampak sangat sedap. Aku tamak, sekali makan sekor = 6 ringgit. eh..kalau kat restoran, sekor around RM30-40.00.
hik.
Yang ni masak sendiri, boleh makan tamak-tamak.

Err..takde pun kan akak/abang pasar tani yang offer ikan 3 ekor RM2.00 mcm penjual sayur. Kalau dia cakap macam tu, aku beli RM10.00 letak dalam akuarium. hik.

Pasar tani bukan saja meriah dengan ikan, ayam, sayur, tapi sangat meriah dengan penjual lontong, mee goreng, mee rebus, mee sup, apam balik, burger, air warna warni, cendol. aa..menggugat iman betul bagi seorang budak yang baru je membakar kalori dengan berjoging dan berjalan. Err..jalan je yang lebih, lari adalah dalam 5 minit je.

Oh.pakcik penjual ubat memanggil-manggil pelanggan, siap pakai mikropon. ada 3 kot gerai jual ubat macam ni. "Haaaa..abang, kakak, pakcik, mari...mari,.mariiiiiiiiiiiiiiiii!! ubat darah tinggi ada, kencing manis, gaot ada...sila mariiiiii.....".
So aku pun jakun gak nak tengok. Ada sample free macam promoter supermarket bagi sample air oligo free (lepas tu aku saja lah kan lalu banyak kali dan minum banyak kali sampai hilang haus).
Aku tengok ada yang cuba minum.. pakcik penjual cakap." minum..minum...satu hari..minum 2 kali. pagi dengan malam. letak dalam air panas. yang ini, minum macam ni je. Tapi kalau dirumah, boleh letak dalam teh, milo, kopi...murah saja, ubat segala penyakit..RM5.00".

"berkesan ke?" ada sorang tanya.

pakcik penjual jawab.." setakat ni ada 2 orang je yang minum dan beli kata tak berkesan. yang lain Alhamdulilah boleh baik. Yang sakit gaot dah boleh makan udang, makan ketam".

Bunyik macam menarik.

Kagumnya. pakcik tu cakap laju-laju tak berenti.

Bukan setakat ubat dalam botol je yang ada. Malah disusun-susun buah yang nampak pelik. Buah telunjuk langit ke apa? aku macam nak pegang, tapi takut kang tiba-tiba pakcik tu sergah hulur aku secawan suh cuba minum. oh, takut.Ha..tak cukup tanah kang aku lari sebab aku penakut ubat dan benda-benda pahit ni.


so..lari balik rumah. bawak dua ekor ikan siakap.

nak masak.

Monday, June 21, 2010

Yati Ayam Percik

Antara restoran yang pack time lunch hour di Bandar Baru Bangi.
Terletak di deretan kedai baru dekat dengan PKNS. sederet dengan Papparich.


Konsepnya masakan pantai timur

dan makan dalam suasana yang agak cozy. Boleh juga duduk atas lantai makan, ada ruang untuk makan atas lantai.

menu, ada set, ada yang ala carte. menu adalah makanan kegemaran pantai timur seperti nasi dagang, nasi kerabu, gulai kawah, dll.


Ada juga kudapan seperti kepok lekor, sata, dll.

pelbagai pilihan minuman, kami order cincau bandung


kat sini banyak lah jenis percik. ayam percik, keli percik, dll

sup tulang. SEDAP! walau nama sup tulang, tapi ada gak daging. nyumm! aku makan smapai ke titisan terakhir.

cili yang datang dengan sup tulang. oh..bye-bye cili.

keli percik

nasi kerabu

nasi goreng ayam percik

Tempat makan yang selesa.
Harga: agak reasonable walaupun ada yang aku rasa agak mahal. Tapi dgn tempat makan yang selesa dan agak cozy, ok lah.
service: Datang time lunch dan pack sungguh restoran ni, so service agak lambat. tapi kategori OK.
Food: kategori makanan sedap.

ok.
selamat menjamu selera deh.

S3X & the city 2

saja tak eja penuh, sebab kang takut peminat laman web p0rn0 carik benda lain tersinggah ke blog aku.
hahha..
idea spontan untuk menonton. Ni kira sambungan SATC yang sebelum ni.
ok..kelakar...but sometimes too much. Memang tak sesuai untuk tontonan umum di musim cuti sekolah.
Oh, sukaaa sgt percutian percuma derang ke 'Abu Dh@bi ' itu.
ok..tipu. This movie was filmed in M0rocc0, sebab tak dapat kebenaran untuk membuatnya di Abu Dh@bi. But overall kelakar.
As mereka bercuti ke negara timur tengah, maka nya..kesian Samantha. ha-ha. u know. aku rasa dia mmg macam dah tak waras. But, aku baca review, comment dalam laman web SATC, ada bagusnya filem ini, teladannya adalah, kalau pegi negara orang sila hormat budaya negara tersebut ye, samada cara berpakaian atau tingkah laku.

One thing yang aku rasa aku dengan Carri3 experience benda yang sama (ecehhhh).
Masa nampak pompuan arab pakai purdah tu makan. Serious. AKu buat benda yang sama dgn carrie. Nak tengok how they eat! Aku pernah mkn dalam restoran arab dan aku mmg nak tauuu sgt camana derang makan kentang goreng. Sama mcm dalam movie SATC 2 ni. Perempuan arab tu pun makan kentang goreng jugak. And sama lah..derang akan selak penutup muka tu untuk makan.

S@mantha? oh gila over.

Charl0tte? oh..rupanya dia tension.

overall..menghiburkan.


Dalam kalut nak masuk panggung dan beratur (bongok kan, nak pi tgk last minute and tak terpikir now cuti sekolah so manusia super ramai).
So beratur sambil doa, wayang tak start lagi. Coz time aku beratur, waktu tu patutnya dah start dah. so dalam kalut-kalut, sebelum masuk kepanggung, aku menyaksikan:

1. OKU yang tiada sebelah kaki, beratur membeli tix wayang dan barisan sgt panjang. dia dgn adik dia kot. kesian.tapi takde pun orang nak bagi dia terus ke depan. so dia pun beratur mcm aku dalam barisan panjang. Sepatutnya OKU tak boleh ke terus je beli? Dengan bertongkat dan sebelah kaki, aku rasa patut dia boleh terus je ke depan. or mungkin dia tak terfikir nak terus ke depan, tapi orang lain yang beratur, takde ke nak kesian dia?

2. Dah le tgh lari nak naik tangga ke panggung, kena lalu depan pemeriksa tiket kan?
wayang aku dah start!!! aku nak cepat tapi....stucked depan aku dengan satu family, yang ada 4 dewasa dan 4 kanak2 kot. Keluarga Chi. Aku duk dgr dia maki-maki.. "F*uk u man!".
F*ck u man!!! rupanya dia bawak jajan satu plastik besar. SO kakitangan panggung tak bagi dia bawak food masuk dalam, suh tinggal je kat situ. SO dia dah bengang la kan coz kan NO OUTSIDE FOOD ALLOWED kan. So dia maki2 staff panggung tu kaw2. Aku rasa satu floor tuh belh dgr dia duk ber f*ck-f*ck tak sudah. siap warning staff tu.."I remember your face and u plis remember my face!!!" Maki-maki kuat-kuat depan anak beranak dia. terkulat2 muka staff tu menerima sumpah seranah lelaki Chi itu.
oh..aku faham lah. dia bawak food sendiri, mungkin nak jimat dan makan ala2 mcm tgk TV kat rumah. But...wut to do.kena ikut peraturan. macam2 dia bebel. takut aku dengar.
pastu tak tau apa jadik, staff kerat tix aku dan aku lari 160km/jam masuk panggung.

3. makan di food court. oh...manusia super ramai. tapi ramai yang selfish bila makan bertiga, amik dua meja. So aku terpinga-pinga dengan semangkuk soto di tangan tak tau nak duduk mana. So aku nak tumpang meja sebelah satu family. mereka 3 org. tapi amik 2 meja. ada lapan kerusi. Meja tuh bercantum. meja sebelah tuh just utk letak barang. AKu ckp nak tumpang dia tak bagi dan suh aku pi meja lain, tunjuk meja lain yang tah kat mana kosong. oi. aku cuma nak makan . bukan nak tgk muka ko oke. and y ko selfish sgt amik 2 meja 8 kerusi untuk family ko yang cuma bertiga???????
sigh. wife nya yang bertudung dan memakai t-shirt lengan pendek menjeling aku.
ek eleh. i nak duduk meja sebelah ok.
bukan satu meja dengan you. puhlissss la.

ok dah.




Saturday, June 19, 2010

Pucuk ubi masak lemak tempoyak



Pucuk ubi ni aku masak 3 minggu lepas.
Dah lama gila aku tak masak pucuk ubi. Kalau balik kampung ada gaklah mak aku masak.
Tapi nak masak sendiri kat sini , ni kali ke dua kot. sebab, aku sorang je makan. papa tak makan pucuk ubi. Tah kenapa tah. padahal daun-daun hijau jugak. pelik je. Ubi makan pulak.

Aku jumpa pucuk ubi ni kat pasar malam Dengkil. Tu la..sebab tu lah aku elakkan pegi pasar malam/pasar tani kalau tak perlu. sebab bila nampak sayur-sayur kampung, kang tiba-tiba hantu masak masuk dalam badan. Tiba-tiba segala pucuk , segala benda aku beli.
Masa beli pucuk ubi ni..bukan setakat pucuk ubi yang aku beli, segala pucuk paku, pucuk pokok apa tah aku beli.
biasalah kan..skrip makcik pasar malam.." Beli 3 ikat lah dik. 3 sayur RM2.00, boleh campur-campur." terus laju tangan aku amik sayur campur-campur 4 ringgit. Pandai makcik tu men-psyhco aku kan?? haa..tu lah ayat2 psycho pakcik/pakcik/akak/abang penjual di pasar malam kan. otomatik dia ckp RM2.00 dapat 3 ikat, terus rasa murah. so 6 ikat sayur lah aku bawak balik. Banyak gila.
Padahal aku bukan ada bela kambing pun kat rumah yang nak dibagi makan.


eh, nak tulis resepi sayur pucuk ubi, menyimpang sampai ke Abu dhabi pulak.

Ok..resepi.


Bahan-bahan:

Pucuk ubi
Tempoyak
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
ikan bilis
santan
cili api
garam


Cara-cara:

pisahkan tangkai dan daun.
Rebus pucuk ubi hingga empuk.
cuci dan perah hingga takde air.
tumbuk bawang merah, cili, kunyit, bawang putih, ikan bilis dan sedikit halia.
Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan tuangkan santan.
masukkan tempoyak, kacau.
Masukkan pucuk ubi. kacau sebati, hingga mendidih.
Bubuh garam,
angkat dan hidang.

* resepi ni lebih sedap sekiranya diletak daging salai..oh..melampau sedap pulak.
Tapi malas lah nak salai/grill daging ke apa. korang bayang-bayangkan dah lah ya. guna imaginasi tahap 5.


selamat ke dapur
.

masak apa tu?

Dalam banyak-banyak rancangan masak kat channel AFC, aku rasa rancangan masak dari Philipina yang paling unik

sebab??

1. aku tak pernah ingat resepinya. (mungkin otak aku yang lembab..ha-ha).

2.Maknanya food derang kdg guna gabungan bahan yang aku takleh imagine, dan tak berapa paham.

3. kadang macam simple..tapi kadang pelik likee...eh, tak ke pelik rasanya iteww???

contoh: tadi aku tgk , ala..aku lupa la apa nama rancangannya. Tabelsascape ke apa tah.

masak lobster..udang besar. ala macam udang yang kita beli kat pasar tu. Yang kita beli gred A tuh tak cukup besar,,,ni lagiiiii besar, dengan sesungut belalai bagai.

resepinya lagiiiiiiiiiiiiiiiii lah aku tak ingat namanya.
entah tak reti lidah jawa mak ni nak menyebutnya.

bahan-bahan:

bawang putih
bawang merah
tomato (di dadu kecil)
udang gergasi tu la
something mcm belimbing buluh..ye la kot.rupa sama.
air beras
kangkung
telur
cili
sos ikan
* oh...masak resepi ni guna periuk tanah ke gitu.

mula-mula, tumis bawang-bawang.
lepastuh, masukkan tomato, kacau, masukkan belimbing buluh.
tutup periuk, bagi benda2 tuh sebati dan empuk.
Bukak periuk, masukkan udang tersebut.
kacau, tutup.
then..bukak semula tutup, masukkan air beras (ko cuci beras tu, amik airnya).
then kacau..tutup.
Lepas tuh, masukkan kangkung. tutup, dah lunyai kangkung tu, buka semula dan masukkan cili besar.
lepas tu masukkan telur, kacau.

oh..apakah rasanya.?? korang bleh bayangkan tak?
sedap kot.

aku yang tgk pun tak leh imagine rasanya.

gambar tak sempat snap.

hik.

Thursday, June 17, 2010

drama..drama

ada info tambahan.


Adegan rama kat TV.
tak kisah lah citer omputeh ke..citer Melayu.
So banyak lah adegan yang lekat kat kepala ni..
peminat drama melayu le katakan.

1. adegan gaduh-gaduh selalunya mesti kat belakang lorong or belakang lot kedai. Jarang lah nak gaduh-gaduh pukul-pukul dalam rumah,kelab malam etc. Aku rasa, ni nak jimat bajet produksi. Kalau gaduh dalam kelab, costly la, cawan pecah, baling-baling kerusi, pecah sana sini. Mahal kosnya nak ganti benda tu semua.

2. Watak orang gaji asyik-asyik mak jah sembilu. Asyik mak jah, mak jah, mak jah. Jarang lah orang lain pegang watak orang gaji ni. kalau ada pun, macam rasa tak best pulak.ha-ha. Aku rasa, dalam Anugerah Skrin ke, bintang popular ke, kena wujudkan kategori " watak orang gaji terbaik". Ye la..asyik bagi anugerah pelakon pembantu popular, pelakon popular. so setakat berlakon pegang watak orang gaji, sampai bila pun takdapat anugerah. Aku rasa, kalau kategori orang gaji ni wujud, kompem mak Jah sapu. Juara menunggu 20 tahun u ols. oh...hidup Mak Jah,..

3. Cerita selalunya mesti ada watak datuk...datin. siap tunjuk camana mak datin bersosial, buat ketupat kat club golf. macam kurang meyakinkan lah pulak.Mereka bergosip tentang datin itu..datin ini. Siap ada persatuan Datin-Datin. Siap lantik pengerusi, like " Setelah diundi, Pengerusi kelab Datin-Datin ialah Datin Maria! " Tapi nampak yang datang cuma 7 orang. Lepas tuh watak utama je yang beriya dressing ala-ala mak datin. Yang lain-lain pelakon tambahan takde rupa datin pun. Macam kelakar pulak. Ala..ye lah..kalau watak utama, kenalah dressing tuh betul-betul menggambarkan watak, yang pelakon tambahan ni kadang pakai beriya pun, yang kuar kat skrin cuma tangan je tah-tah. hikhikhik.

err..by the way..wujud ke kelab sebegitu?

4. Kebanyakkan cerita, watak digambarkan kerja di opis. contoh ..keje engineer muda. tapi drive BMW or paling kokak pun merc. Jarang la ko nak tgk drama melayu, watak tuh drive Persona ke, kereta kancil ke, myvi ke. Duduk pulak mesti kat kondo yang posh gila ghopanya.
Lepas tu pulak, boleh drive merc siap bukak bumbung. oi..Malaysia panas oke. logik la sikit kot ye pun. Tak yah lah nak bukak bumbung segala untuk tunjuk yang watak tuh kaya, bawak kereta gah-gah. orang kenal la, itu merc s class, E class etc. iskkk....


5. adegan meluah perasaan selalunya kat tepi bukit mana tah. Contohnya..adegan sedih, nak clash, biasanya mesti kat atas bukit lah, tepi bukit, tepi gunung. Eh...gigih ye cari lokasi macam tu semata nak ckp.."kita dah tak sehaluan, kita bawalah haluan sendiri..".

6. watak datin asyik orang yang samaaa je lebih kurang. Cuba bagi mak jah watak datin pulak. asyik orang gaji je. Mak Jah tuh perpotensi gak. Sapa tengok citer NENEK PERKASA. makjah pegang watak utama tau. oke je kan. best jugak pun.

7. pelakon kat Malaysia ni ramai. tapi wonder why lah, kdg watak tuh digambarkan org yg berusia 20-an. Tapi guna pelakon yang dah dekat 40 tahun umurnya. isk..
kadang tuh, watak emak dgn anak, macam watak adik dengan kakak je. owhhhh....


8. orang jahat kalau nak meeting, mesti kat belakang lorong lah, belakang bangunan lah, kat dalam gudang lah. isk. padahal cuma nak meeting cakap 4-5 baris ayat je. hiks.

terima kasih kepada Puansri dan Tijah yang beri idea utk kesinambungan entry ni.

9. ye..aku rindu pulak dengan makcik mary citer cinderela tuh. oh dia pun berlakon jugak dalam citer Tari Tirana. Memegang watak sebagai mak guard. Dulu dia belajar kat UK ke apatah ..then involve dalam tarian. Tapi end up keje guard kat kolej.hiks. Lepas tuh bercinta dengan ex-bopren nya yang kaya. wah..dalam realiti ada ke? Orang tua kaya yang bercinta dengan mak guard kat kolej cucu nya? adaaaa?????
aku suka gak watak anak makcik mary tuh.mereka sesuai bergandingan. tuh anak dia betul ke??
Aku rasa, makcik mary memang boleh mencabar mak jah lah.
Tapi lately, makcik mary ni takde pun berlakon? balik2 muka makcik-makcik yang samaaa je sbg watak tambahan.
Makcik mary..i miss u so strong.

10. Babak nak tidur. mekap cam nak pegi KLCC je? kan Jah..oooooo Tijah.
ada ek orang tidur muka mekap tebal, dengan lipstik, bulu mata pelesu segala. tu kalau tidur ganas, tak ke boleh membahayakan tu, mana tau boleh tertelan bulu mata pelesu tu kangggg. iskkk...

11. kat rumah pun pakai baju cantik-cantik cam nak pi KLCC. aku cuba memperaktikkan.tapi tak jadik la.rimas. kain batik jugak yang best.ecehhhhh. macam lah aku ada pakai kain batik.
hahahaha.

12. babak sarapan rumah orang kaya. mak oi..penuh meja mcm makan malam.
lepas tuh..mak je yang makan. dialog mak .." fendi..makan dulu...tak elok pegi ofis perut kosong".
dialog fendi.." saya dah lambat...tak sempat, bye mom"..sambil hirup teh seteguk. padahal makanan macam nak bagi 7 batalion makan atas meja.



oh..merepek nya aku.
korang tak yah baca lah.
ha-ha.
otak tak stabil.
ampun.

The Climb

Lately...
lagu dan lirik ni asyik terngiang-ngiang di telinga. stucked dalam kepala.
Napa ah??




The Climb (
Miley Cyrus)

Songwriters: Alexander, J; Mabe, J;


I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa
.............................................................................

Bola..bola..bola...


gedik.
Belum kena rasuk hantu bola lagi.
Ke sebab TV aku takde sports channel??
Kalau nak tengok kena join mini stadium depan rumah. Ada kedai arab, kedai mamak, hello-hello-7-eleven dan gerai burger.Dan juga meja yang berteraburan atas jalan dan parking lot.
AKu rasa, kedai-kedai tu sales derang sure mencanak sebulan ni.
sorang at least minum 3-4 gelas air. kalau ada 70 orang??
Aku rasa time final nanti, depan rumah tu terus jadik stadium siap dengan lampu limpah bagai kot.

Dah beberapa kali tangan nak dail CS asterok, nak langgan spot cenel.
tapi ku tahan diri.mode kedekut.
Takpe..kang aku beli bola sebijik.
Main dalam bilik.Tak yah rebut-rebut.

oh...tak kuasa.

Wednesday, June 16, 2010

Tidur bola, makan bola, masak bola.

Resepi ringkas bertema bola-bola. 20 minit dah boleh makan. sambil tengok TV tengok bola.

Bahan-bahan:

Bawang putih - 2 biji (penyek-penyekkan)
bawang besar - 1 biji (hiris halus)bebola ikan - 10 biji
fish cake - 2 helai
stok ayam (kiub)
tomato - 1 biji (besar) - belah 4 dan hiris nipis.
bawang goreng
daun sup
air
garam

Aturcara memasak:

tumis bawang, belai-belai sepenuh rasa. (gila..ha-ha).
bawang dah naik bau, masukkan air.
Masukkan kiub ayam.
Masukkan tomato.
didihkan, sampai tomato tuh lunyai.
Masukkan daun sup, bawang goreng.
Biar mereka mesra-mesra alam.
Masukkan fish ball dan fish cake.
kacau-kacau kejap..hidang.

Makan bola, tidur bola, masak bola, minum bola ?????

Perbualan 2 orang perempuan tentang bola. Eh..mesti la kan. sana sini now orang sembang bola.
kita kenalah ikut trend yang tengah 'in'. orang kata..speak in the same language ke apa gitu?
so..ikuti perbualan bola mereka.


salmonela : eh..pemain bola yang jongang tu, sapa nama tu? duit banyak ek. Napa lah tak pakai braces?
Kiah: yang mana?
Salmonela: ala..yang kecik-kecik sikit..yang itam tu.
Kiah: Ronaldhini0 ek??kalau aku jadik dia..buat plastik surgery terusssss.
Salmonela: kann...banyaknya gaji derangg kan.
Kiah: ye..sebab tu ensem ke..tak ke..tetapppp orang minat nok.Salmonela: dia main dengan pasukan apa ah?
Kiah: errrr...Brazil .
Salmonela: haa..ye la..aku pasal bola mmg buta.
Kiah: Mak sokong portugal nok.
Salmonela: Napa? ko pernah jadi rakyat portugal ke?
Kiah: tak lah. Tapi laki mak kan ke main utk portugal.
Salmonela: hah?? sapa?????
Kiah: Cristiano Ronaldo.
Salmonela: ehhh...sapa tuuu?? tak kenal punnnnn?
Kiah: ko yang tak ensem ko kenal? Yang ensem tak kenal pulak????? iskkk
Salmonela: Adik aku suka mercy.
Kiah: mercy mana pulak?? Messy kah?????
Salmonela: ha...ye la tuh...dia main dengan pasukan Korea utara
Kiah: oiiiii..dia main dengan Argentina laaaaaaa..... ya ampunnn.

eh..jom tido la.


errrrr....

Tuesday, June 15, 2010

Hiking - Broga Hill Part 2

Setelah sampai 1st peak..
lepak-lepak sambil makan coklat, minum.
Mula-mula, disebabkan LIBL tengok aku dah ala-ala nyawa-nyawa ikan je, dia ckp, kita sampai 1st peak dah lah.
tapi bila dah rehat lama, dan tengok orang lain proceed ke second peak, kami pun terpengaruh. Tambahan pula, ada pemangkin yang berupa objek menarik..kan nenet.
So..kami pun hike ke second peak, amik-amik gambo ala2 photoshot dalam semak, celah batu.



pandangan dari atas bukit


go--go--go!


Macam ketagih oke. Tiba-tiba rasa cam keji pulak kalau tak sampai 4th peak. Budak kecik yang pegang botol susu pun boleh naik kan...so malu le pulak kalau nak stop dan turun balik.
Ni kat 2nd peak kot. Dah ala-ala tak cukup oksigen dah. gila mengada aku. Penat oke.

Tapi puas hati bila dapat sampai ke atas
Then proceed ke 3rd peak. panjat...panjattt

aiyo...nak kojol dah rasa..tapi kan, aku bukan nak downkan korang yang entah-entah tiba-tiba bersemangat nak panjat Broga hill ni. Sebenarnya, sapa-sapa pun boleh hiking ke atas ni. Makcik-makcik tua, nyonya pun kami terserempak. Malah ada yang naik lenggang kangkung je pun tak bawak apa-apa. Budak kecik yang duk bawak botol susu pun ada. Yang penting semangat dan kemahuan. Naik je lambat-lambat. Kalau naik laju-laju bukannya ada markah pun. Kat atas tu takde pun shoping komplek yang tengah buat SALE 70% pun. So makcik kiah, ko pun boleh...errr...tapi jangan ajak aku. Mak dah tobat dah naik sini. Next nak pi naik Kinabalu. kehkehkeh. Rentik kan lah catz oi...bukit camni pun cam nak kojol dah...Kinabalu? oh lupakan le Catz oiiiiiiiii!



siap buat yoga pose oke! er..rama-rama gajah tu saja menyebok.

nice...


oh..puas hati...seronok walau muka dah macam orang balik noreh getah
kat sini aku rasa yang lawaaa sekali nak amik gambo. so segala sesi photo pun sgt giat. BUkan kitarang je. orang lain pun,dengan SLR yang lens panjang cam belalai gajah pun ada oke! Dah macam-macam gaya tengok orang posing-posing. Maklumla..bukan senang ye tak nak sampai atas niiii...so harus lah amik gamba buat satu album. tunjuk kat anak cucu nanti...err..mcm feeling-feeling naik Gunung Kinabalu pulak..hahhaaaaaaaaaaaaa


aku sukaaaa gambar ni..Yasmin sangat rajin. siap turun ke bawah celah batu nak amik gambar kami.
OOoooooooooooo!ooooooooOOOOOOOO!


Ni namanya aksi puncak kasih ye adik-adik.
Make sure dah dapat kebenaran ibu bapa ye nak naik atas ni..hikhikhik


kami...

kami
nice view dari atas
puh...so, kepada penerbit-penerbit video klip lagu , kalau nak amik kami berlakon boleh. Jadik heroin ke..tapi mahal sket bayaran. apa? ko ingat senang nak naik atas ni??
sayup mata melihat ke bawah

yuhuuuuuuuuuu!

Macam-macam aksi. Yang ni sibuk amik gambar sendiri

yuhu


ok..dah puas amik gambar, duduk-duduk, proceed ke 4th peak. Laluan adalah semak dan kena panjat batu.

Ni le tempat nak naik tu. ada tali. So kena bergilir lah, kalau ada orang nak turun, tunggu dulu.
Nampak tak orang kat atas batu tu..haa..kena guna tali nak turun sambil kaki pijak kat bongkah batu.

ha..ni yang nak turun.



akhirnyaaa..sampai lah kami ke sini..yey!

best gila sampai kat bendera ni!

skill memanjat pokok masa kecik2 dulu boleh diadaptasikan di sini ye.

ok..Malaysia boleh!


yang ni agak over..maklumlah..nak sampai atas ni hazabsss

Lepas tuh kiatarang makan dan minum, sembang, gosip, ketupat pada ketinggian 400m dari aras laut. Projek cekodok tak jadik sebab tak bawak hapa pun.lagipun malas. Nak masak kat rumah la kan.

Lama kitarang lepak sini. sampai pukul 11 kot. lepas tuh kami turun..oh..turun agak tak hazabs lah. tapi ketaqqqq lutut dan berenti beberapa kali. masa ni haus gila..air dah habis. Lepas tuh panas ya amatsss.
Sampai bawah..oh...bestnya...ada penjual air...apa lagi..terus amik,..dah minum baru bayar.
masa ni rasa ya ampunnnnnnnnnnnnnnn sedapnya air sejukkkk...
siap nyonya penjual cakap..air sejuk..ada air batuuu.
rasa nak beli semua air dia.


oh makcik penjual air..i lap u very stronggg!

Makcik jual air siap tanya.."penat kaaa??"
ehhhh....
malasnya nak jawab kan. kura-kura dalam aquarium. dah tau lagi nak tanya.

Kat ladang ni pun kitarang duk bergambar. macam tak pernah masuk ladang.
oh..macam penggambaran filem hindustan cuma tak golek-golek tukar baju 6 kali je.

Time ni..dah terbayang-bayang kedai mamak ok..ohhhh..teh o aisss!!!


so kami berjalan menuju ke parking di celah pokok kelapa sawit. baru nak masuk kete.." amoiiiiiiiiiii...u sudah bayarrr kaaa??"


aku... 'o pocotttt!!!..berapa?"

"dua ringgit".

oh..tuan punya ladang sedang mengutip duit parking ya. RM2.00/kereta.


Kami memandu ke bandar semenyih..err..pekan ke bandar ek.
semenyih ni kira small town. Ada tesco etc.
Ada tesco so boleh la dikategorikan bandar kan.?

Aku ajak derang makan nasi ayam yang femes di Semenyih.
kedia ni dekat dengan telekom dan depan sekolah cina.

oh..sirap limauuuu

ayam nasi ayam

kedai ni juga femes dengan tahu goreng dan cucur udang. Tapi sambal dia merah. Kalau lah dia bagi sambal kicap..perghh..harus lajuuuu.

Kami tak selera sgt makan (tapi habis jugakkk..entah bila betul2 takde selera tuh catz??). maybe letih..so air je lah yang laju masuk ke anak tekak.
Kat sini, kamai terserempak ramai juga yang sama-sama mendaki kat broga tadi.

so...lepas tuh..balik.

dah.

Gunung Kinabalu..here i come....!!! eh. tiba-tiba.

aku kah yang berkata-kata itu??