Wednesday, June 23, 2010

Ikan yang berenang di pasar tani




Balik joging di suatu pagi ahad,

Nampak ramainya orang dan gerai-gerai seperti pasar malam.
Oh best. Pasar tani.
Mesti ada orang jual air best-best sebab nama je pasar tani, tapi mesti ada gerai jual air berwarna warni. Dan kemudian mesti ada dijual segala jenis makanan.

Oh petai yang bergantungan dan memanggil-manggil pengunjung untuk membawanya balik.
semua segar-segar di pasar tani.

from the kolam straight into the kuali gitu

waaa..ikan pun sangat segar-segar. ada 3 bekas macam ni kot. ada patin, keli yang katanya organik. masih berenang-renang u ols, sebelum di sembelih dan dimasak. wooo..freshhh nya. Mesti dagingnya sedap sebab masa di siang, ikan tuh baru je swim 50 laps.

Talapia yang sedang berenang pun ada. so boleh pilih yang segar-segar dan kuat berenang. Boleh disiang di situ. err..takkan aku nak bawak balik ikan tu hidup-hidup. Mau melompat kuar tingkap kete karang.Ikan merah, siakap, kerisi yang kelihatan sangat sedap dan segar. Ye. walaupon belum di masak, aku dah nampak sedap. Sebab tu kakak aku kata aku kuat makan, sebab bila tengok kambing kat TV yang dihalau masuk kandang oleh tuannya pun aku cakap.."eiii sedapnyaaaaa kambinggg".
Dua ekor ikan siakap dibawa balik. Harga untuk 2 EKOR siakap yang sederhana besar (boleh makan 2-3 orang) adalah RM12.40. abg penjual ikan bagi diskaun patposen. so bayar RM12.00 untuk siakap 2 EKOR yang segar dan nampak sangat sedap. Aku tamak, sekali makan sekor = 6 ringgit. eh..kalau kat restoran, sekor around RM30-40.00.
hik.
Yang ni masak sendiri, boleh makan tamak-tamak.

Err..takde pun kan akak/abang pasar tani yang offer ikan 3 ekor RM2.00 mcm penjual sayur. Kalau dia cakap macam tu, aku beli RM10.00 letak dalam akuarium. hik.

Pasar tani bukan saja meriah dengan ikan, ayam, sayur, tapi sangat meriah dengan penjual lontong, mee goreng, mee rebus, mee sup, apam balik, burger, air warna warni, cendol. aa..menggugat iman betul bagi seorang budak yang baru je membakar kalori dengan berjoging dan berjalan. Err..jalan je yang lebih, lari adalah dalam 5 minit je.

Oh.pakcik penjual ubat memanggil-manggil pelanggan, siap pakai mikropon. ada 3 kot gerai jual ubat macam ni. "Haaaa..abang, kakak, pakcik, mari...mari,.mariiiiiiiiiiiiiiiii!! ubat darah tinggi ada, kencing manis, gaot ada...sila mariiiiii.....".
So aku pun jakun gak nak tengok. Ada sample free macam promoter supermarket bagi sample air oligo free (lepas tu aku saja lah kan lalu banyak kali dan minum banyak kali sampai hilang haus).
Aku tengok ada yang cuba minum.. pakcik penjual cakap." minum..minum...satu hari..minum 2 kali. pagi dengan malam. letak dalam air panas. yang ini, minum macam ni je. Tapi kalau dirumah, boleh letak dalam teh, milo, kopi...murah saja, ubat segala penyakit..RM5.00".

"berkesan ke?" ada sorang tanya.

pakcik penjual jawab.." setakat ni ada 2 orang je yang minum dan beli kata tak berkesan. yang lain Alhamdulilah boleh baik. Yang sakit gaot dah boleh makan udang, makan ketam".

Bunyik macam menarik.

Kagumnya. pakcik tu cakap laju-laju tak berenti.

Bukan setakat ubat dalam botol je yang ada. Malah disusun-susun buah yang nampak pelik. Buah telunjuk langit ke apa? aku macam nak pegang, tapi takut kang tiba-tiba pakcik tu sergah hulur aku secawan suh cuba minum. oh, takut.Ha..tak cukup tanah kang aku lari sebab aku penakut ubat dan benda-benda pahit ni.


so..lari balik rumah. bawak dua ekor ikan siakap.

nak masak.

22 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

mama tunggu catz masak nih...lapar!

koci said...

miss catz.

syok nyer pg pasar tani...
pasar tani area mana nie...bgtau cikit..leh cuci2 mata beli ikan fresh nie...

kucingorengemok said...

ko gi jogging bawak purse sekali ke, siap boleh singgah shopping² ni? hihi (lain kali bawak troli, banyak sikit benda boleh beli)

NenetPenne (NP) said...

kelakar laa ko ni katz...
joging tu tempelan jer kan..
menu utama ialah pasar tani..kan kan kan.... :)

Dr Singa said...

bawak purse..bawak kamera...

DrSam said...

saya pun psycho kalau nak makan ubat-ubat camtu...silap hari bulan entah apa-apa jadinya

Wahidah said...

bile la dpt rs masakan akk ne kan...hehehe...

rindu tk? :p

Uncle said...

sedap pulak bila tengok ikan tu...ingat esok nak gi menjala la pulak!

Lady of Leisure said...

petaiii my fav.. smlm buat sambal bilis petai hehehe

@xiM said...

buat siakap stim kaa??sedapnyaaa...

AZNI BINTI MAT ISA said...

hai cat,,miowww akak salam singgah,, keep on writing!!!!!

catz said...

mama,
dah masak..
:)

catz said...

lyza,

kat pkns bangi.
balakang PKNS bdr baru bangi.
pagi ahad.
:).

catz said...

kog,
'haruslah bawak purse segala.
ko ingat mak jogging bawah rumah ke..?
aku joging jauh dr rumah oke.kena naik kete,
kenalah bawak beg duit.
:)

catz said...

nenet,

2-2.
hikss..
:)

catz said...

DRSinga,

haruslah.
blogger tegar.
lepas jogging, makan di kedai.
tuh kena bawak wit.
:)

catz said...

DrSam,

owh..mmg agak takut. tapi macam best je..
:)

catz said...

wahidah,
balik malaysia bagi tau lah.
jemput datang rumah.
:)

catz said...

uncle,

pegi menjala dan masak di dapur hotel.
bestnyaaa.
:)

catz said...

Lady of leisure,


yeszaa..catz time suka petai sure beli.
now tak musim suka petai.
:).
tapi kalau kemaruk, hari2 mau.
owh..i lap u petai.
:)

catz said...

axim,

ye..siakap steam..sodap.
:)

catz said...

aznimatisa,

hi..apa khabar?
long time no see.
:).
keep blogging ya.

:).
mioww