Wednesday, June 16, 2010

Tidur bola, makan bola, masak bola.

Resepi ringkas bertema bola-bola. 20 minit dah boleh makan. sambil tengok TV tengok bola.

Bahan-bahan:

Bawang putih - 2 biji (penyek-penyekkan)
bawang besar - 1 biji (hiris halus)bebola ikan - 10 biji
fish cake - 2 helai
stok ayam (kiub)
tomato - 1 biji (besar) - belah 4 dan hiris nipis.
bawang goreng
daun sup
air
garam

Aturcara memasak:

tumis bawang, belai-belai sepenuh rasa. (gila..ha-ha).
bawang dah naik bau, masukkan air.
Masukkan kiub ayam.
Masukkan tomato.
didihkan, sampai tomato tuh lunyai.
Masukkan daun sup, bawang goreng.
Biar mereka mesra-mesra alam.
Masukkan fish ball dan fish cake.
kacau-kacau kejap..hidang.

Makan bola, tidur bola, masak bola, minum bola ?????

Perbualan 2 orang perempuan tentang bola. Eh..mesti la kan. sana sini now orang sembang bola.
kita kenalah ikut trend yang tengah 'in'. orang kata..speak in the same language ke apa gitu?
so..ikuti perbualan bola mereka.


salmonela : eh..pemain bola yang jongang tu, sapa nama tu? duit banyak ek. Napa lah tak pakai braces?
Kiah: yang mana?
Salmonela: ala..yang kecik-kecik sikit..yang itam tu.
Kiah: Ronaldhini0 ek??kalau aku jadik dia..buat plastik surgery terusssss.
Salmonela: kann...banyaknya gaji derangg kan.
Kiah: ye..sebab tu ensem ke..tak ke..tetapppp orang minat nok.Salmonela: dia main dengan pasukan apa ah?
Kiah: errrr...Brazil .
Salmonela: haa..ye la..aku pasal bola mmg buta.
Kiah: Mak sokong portugal nok.
Salmonela: Napa? ko pernah jadi rakyat portugal ke?
Kiah: tak lah. Tapi laki mak kan ke main utk portugal.
Salmonela: hah?? sapa?????
Kiah: Cristiano Ronaldo.
Salmonela: ehhh...sapa tuuu?? tak kenal punnnnn?
Kiah: ko yang tak ensem ko kenal? Yang ensem tak kenal pulak????? iskkk
Salmonela: Adik aku suka mercy.
Kiah: mercy mana pulak?? Messy kah?????
Salmonela: ha...ye la tuh...dia main dengan pasukan Korea utara
Kiah: oiiiii..dia main dengan Argentina laaaaaaa..... ya ampunnn.

eh..jom tido la.


errrrr....

5 comments:

NenekPenne said...

sedapnya bola bola tu...

eeeh mcm ku kenal jer convesation tu...

ha kan... ada duit byk, gigi tetap jongang... ishhh

AyunasiA said...

yea sama ngan kiah. cristiano ronaldo. tp dia sorang je yg terel. teammates lain2 hampagas.

makcik rokiah said...

salmonela ni mesti ikot pengaruh rakan sebaya.. hahahaaa

makcik rokiah said...

bantang bekok yg kat blog aku tu kat bekok lar catz..
kat tengah2 atr chaah - labis...

air terjun kecik je kalau nak bandingkan ngan gng ledang.. tp bole lar kalau ko nak rendam2 kaki, terjun tiruk bagai..

klu nak feeling daki mendaki cam gng ledang tu xde lar ...

nak datang koling2 eh.. aku kat chaah ni mane lar ade byk tempat nak bersosial.. hahahhaaa

INTAN RH said...

pemain korea selatan hensem2 gak mcm pelakon pilem..

:P